February 27, 2011

Penat

                                                 hutan yang perlu diredah

Seperti yang dikatakan hari ini pergi memancing,wahhh semangat sungguh pada ketika mulanya..hoho..
pergi pun tak ramai cuma berdua jer,sekadar mengingat memori dizaman remaja dahulu..sangat nostalgia bila dikenang kembali*ececeh,hoho* 
                                                              kawasan sungai sudah menjadi cetek

Setelah masuk jauh nun kedalam hutan,dengan keadaan nyamuk yang sangat banyak  dan diri yang dah lama tak masuk hutan ni sebenarnya..*siap sedia ubat nyamuk,hoho* kiteorang perlu melalui terowong yang agak panjang untuk sampai ke tempat memancing tersebut..masa dekat terowong lagi dah rasa tak best sebenarnya,kenapa?ya,kerana dari situ dah dapat tengok air yang dulunya dalam dah jadi cetek..nak taknak kiteorang meneruskan juga perjalanan melalui terowong tersebut..


                                                 terowong hantu,hehe

Semasa melalui  terowong  sempat jugak la kiteorang  bergambar-gambar di dalam terowong*bajet nak letak dalam fesbuk la konon,hihi*maka sampailah kiteorang ketempat dituju..sampai disana harapan punah sudah,air yang banyak sebelum ni dah jadi cetek giler.Sangat mengecewakan,dah tu ada pulak kebun kelapa sawit?entah bila masanya pulak ditanamnya..*mood memancing semakin hilang*kolam yang ada disitu pun dah jadi keruh semacam..


                                                          ambil gambar dekat highway

Nak buat macam mana,kiteorang pun dah sampai cacing pun dah dicari..maka kiteorang tetaplah jugak memancing disitu.,lama la jugak menunggu ikannya tapi seekor pun takda..Terasa kebosanan yang agak melampau maka kiteorang pun berjalan naik keatas terowong..sebenarnya atas terowong highway jadi kami pun bergambar la disana sebagai kenangan*hampeh*pelik jer orang yang lalu lalang,ye la tetiba jer ada orang bergambar tepi highway*apa kes?*..Lain yang nak dibuat lain yang jadi,hoho..

Ikan seekor pun takda masa memancing,maka kiteorang pun balik dengan melalui sepanjang sungai..nasib ada bawa tangguk,kiteorang pun menangguk ikan..dapat jugak ikan,tapi kecik-kecik je la..semasa nak balik melalui sungai dengan airnya agak-agak keruh dan berselut,banyak kali jugak la tergelincir dalam air..dah tu sampai selipar tertinggal dalam selut jenuh nak mencarinya..*sebenarnya ada insiden kelakar lagi yang berlaku,haha*

Sesudah sampai masing-masing mengeluh ikan tak dapat penat yang dapat..dengan tergelincir dalam air lagi,hoho..tapi macam mana pun best sebab dah lama tak pergi tempat tu..last pergi pun masa sekolah dulu..tapi dah banyak berubah,periuk kera yang nak dicari tu pun dah takda..*sangat sedih*

Itu je la cerita aku masa nak pergi memancing hari ni..terima kasih sudi baca..^^
 
 

Hari ini

Yeah,hari ini aku nak pergi memancing..setelah lama aku meninggalkan arena pancing memancing ni*ceewah,hehe*..tapi bukan la jauh sangat pun,belakang rumah aku jer pun..hihi..tapi kenapa aku cakap lama tak memancingnya?ye la,belakang rumah aku ni hutan banat.Penat aku nak meredah hutan tu nak sampai ke destinasi dituju.hutan ni pulak setahun sekali jer tak semak,sebabnya?ya disitu la kebun durian peninggalan pusaka,faham-faham jer la,masa musim durian jer baru nak menebas semua,hehe..

Tempatnya jauh jugak,nyamuk jangan cerita memang ada..dah masuk hutan kan..hehe..sangat seronok,dah lama tak tengok kawasan tu..macam mana la eh?tengok jer nanti..hoho..kali terakhir aku pergi sana ada periuk kera kat sana,tak tahu sekarang ni ada lagi ke tak...wah tak sabarnya nak pergi kejap lagi...tik tok tik tok masa berjalan,hehe..

Oklah ye,terima kasih sudi baca..nanti aku ceritakan pengalaman memancing tu nanti ok..^^

February 26, 2011

Kerja

Penat betul hari ni,balik kerja agak lewat dari biasa..time last-last minute nak balik ada pulak customer nak beli notebook sebijik*mood happy nak balik terbantut seketika,grrrr!hehe.*..apa lagi kelam kabut la dibuatnya...dalam notebook tu kosong jer pun,kena la aku penuhkan dengan program pelbagai seperti yang diminta,,*ye la customer kan selalu betul,hoho*..Kena la buat betul-betulkan,dorang beli dengan berbayar takkan nak buat sambil lewa jer..hoho..jadi aku pun hari ni balik la lewat,aku tak kisah pun sebab dorang beli pun dah kira rezeki aku,masyukk lah sikit nanti,hehe...

                                                            Tempat kerja aku


Yang aku nak ceritakan disini,tentang kerja..ada orang yang kerja tapi asyik tak puas hati jer tentang apa yang dia dapat..bersyukurlah anda sudah mempunyai kerja,sebab masih banyak mereka disana yang masih belum bekerja..kerja dalam aircond pun asyik komplen jer semua tak kena..syukur dengan rezeki yang ada buat masa ni,esok lusa kita tak tahu kan rezeki kita..jangan lah asyik nak merungut semacam anda sahaja yang betul segala..muhasabah juga diri sekali sekala pasti ada dimana-mana silapnya..


Err,aku bukan nak cerita apa-apa tapi aku berpesan jugak pada diri aku ni,Kerja jangan asyik nak mengomel letih la,asyik kena marah la..ye la kalau kena marah mesti ada sebabnya kan?takkan la tetiba jer kena marah,lagipun takkan la kena marah sikit dah tarik mucung*ala-ala muncung platipus*tegur pun untuk kebaikan jugak,kena la faham situasi alam pekerjaan ni..tambah lagi kalau bekerja yang kena mengadap pelanggan,senyum tu kena ada..jangan depan customer buat muka,tak dapat melawan cakap orang atas,pelanggan pulak yang kena*ish3,agak kasihan disitu*..jadi faham-fahamkan lah..

 Saling mengingat diri sendiri,perbetul diri mana yang kurang..aku pun bukan selalunya betul..kadang-kadang buat silap jugak..sama-sama la kita yer..^^

February 25, 2011

Kursus kawen?

Wah teruja seketika,petang tadi kawan call macam mana time pergi kursus kawen tu eh?errkk,kenapa tanya aku?aku ada pengalaman kawen dah ke?no no no...aku masih single lagi yer..mencari lagi ni hah..*isk2 jiwa meronta-ronta seketika*..Mood emo datang menjelma semula,ohh tidak!!huhu..

Yela kawan aku tanya aku,sebab sebelum ni aku dah pergi dah pun kursus ni..lama dah pun,masa umur aku 19 tahun..*gatal ni masa ni,haha*..aku ambil awal-awal pun sebab senang nanti kan,tapi kesian la pulak nanti bakal bini aku kena pergi sorang-sorang..hihi...Aku ingat lagi masa aku pergi kursus time tu,alahai aku sorang je la yang pergi takde sape pun nak teman..*mood sedih sekejap*yang lain semua berdua-dua...couple la kan..hoho..time rehat semua kumpul makan sama-sama,aku pulak dok sorang makan ..tengok la gelagat dorang makan suap-suap..*ececeh,romantikanyer..hehe*aku pun suap jugak..tapi mulut sendiri je la..hoho...
                      *macam ni la keadaan korang masa dalam dewan tu dengar ceramah*

Yang seronoknya time korang datang kursus ni,korang dapat kenal ramai kawan-kawan baru..ye la takkan la korang datang sana tak bertegur sapa kan,nampak sangat korang ni tak campur orang,hehe..
Time ni la korang dapat mengeratkan ikatan silaturahim sesama ummah,*ceewah..hehe*..seronok weyh dengar ceramah ni,ye la nak kawen kena la ada ilmu kan,bukan senang nak kawen ni..berat tanggungjawab..jangan pikir nak seronok jer..sebab ni tentang penyatuan antara dua jiwa,dua keluarga iaitu sebelah lelaki dan perempuan..bersama dengan pasangan korang sampai akhir hayat,InsyaAllah...


Macam aku dengar ceramah dulu,nak kata serius?tak la jugak,sebab masa aku dengar tu memang enjoy sangat..ada jugak gelak,ye la dah ustaz buat lawak mestilah gelakkan?tak kan nak buat muka ketat ibarat meneran sesuatu jer,hehe..tak ada benda pun nak ditakutkan pun,majlis ilmu jadi memang bermanfaat untuk bakal-bakal pengantin..sebab ni ada mengajar macam mana dengan institusi keluarga yang bakal korang bina nanti..jadi moh kita pergi kursus kawen..hehe..


Ha lagi satu,hari yang kedua best..time nak balik kan korang dah kenal dengan kawan-kawan baru masa kursus tu,sebelum balik korang akan dapat undangan majlis kawen yang banyak,hehe..semua jemput datang rumah time dorang kawen nanti,untung korang dapat makan free...hehe...


Okeyh lah,tu je la pengalaman aku masa pergi kursus kawen dulu..pada yang bakal kawen nanti aku ucapkan tahniah,Selamat Pengantin Baru..^^


-Moh-maknanya jom cakap orang Perak

February 24, 2011

Berdua Lebih Baik?

Mungkin kot rasanya berdua lebih baik dari seorang,bila seorang terasa sunyi yang teramat sangat.Tapi tak la maksud aku kalau berdua tu,korang berdua jer kemana-mana..agak-agak la pun,hoho..Definisi seorang disini adalah kehidupan sebagai seorang yang single,tersangat la boring..ye la tengok kawan-kawan semua dah bercouple ni,aku macam ni la jugak..


Dah tu tak cari ke?hoho..mestilah aku cari,jumpa tapi apalah yang ada pada diri ni..hidung pun tak mancung,poket pulak selalu jer kosong..agak sedih disitu..huhu..teringat kisah lama,tapi nak buat macam mana,aku cuma mampu merancang jer..kata orang cerita yang lama usah dikenang,aku tak kenang pun cuma teringat*agak sama maksud ayat disitu,hoho*..

Tahun ni umur aku dah melangkau ke 24 tahun,ohh tidak!!semacam tak percaya aku,terasa baru lagi tamat zaman persekolahan..hoho..Calon tak ada lagi,sibuk kenen-kenenkan dengan kawan diri sendiri terlupa nak cari..elok sangat la tu..aduhh..

Tu jer la kot corat coret aku malam ni,nak cerita panjang aku tak reti sangat..blog ni pun tersangat la baru lagi,hehe..thanx sudi baca..^^

Tentang Saya

-Nama aku pendek je pun Sha'ari..tapi kawan-kawan panggil aku ayie,aie dan arie..macam-macam nama pun,tapi tu tetap nama aku,hehe..So ikut korang nak panggil aku apa,jangan panggil ''woi ke,hoi ke'' dah la..tak elok panggil nama orang bukan-bukan kan?hoho...


-Lahir kat Hospital Besar Ipoh,dengan berapa kilo aku pun lupa,kena ke bagi detail semua?hehe..Mengikut cerita mak aku,aku lahir sebelum waktunya Subuh,keluar je aku,abah aku azankan aku..tak lama pastu Masjid berdekatan pun berkumandanglah azan..hoho..3/3 aku dilahirkan,perghh cantik nombor tu..hehe..tu sebab no 3 jadi nombor feveret aku,hehe...


-Berketurunan Melayu sebelah mak,abah aku pulak orang Jawa..maka jadilah aku yang setengah-setengah..haha..jadilah Melawa..hehe,ade ker?hoho..


-Memang orang Perak,mak orang Tapah dan abah pulak orang Ipoh..duduk kat Tapah,tempat yang indah..hoho..aku pun kerja kat sini jugak..dah tu rezeki aku yang tertulis..so aku redho seadanya..^^


-Perwatakan aku?aku ni boleh la,gila-gila jugak,tapi takdela gila sangat..hoho..kadang aku ni boleh boleh jugak jadi seorang yang emo..emosi aku ikut mood jugak,yela aku kan manusia,,punya ragam dalam dirinya..aku malu dengan perempuan,tak tahu kenapa..pelik kan?salah satu sifat aku yang selalu kena tegur dengan kawan-kawan aku..habis kalau aku malu dengan perempuan dekat sekolah dulu macam mana?aku ada la jugak tegur-tegur tapi kalu nak gelak suka suki huha huha dengan perempuan tu takde la..aiyo...hoho..


-Aku dah bekerja sebagai pembantu teknikal di salah sebuah kedai komputer,nak kata tahu komputer sangat tak la,tapi tahu la juga sikit..insyaAllah..^^


-Hobi aku?mana yang best tu aku ikut jer..hehe..kalau mengadap komputer aku suka baca blog orang,fesbuk pun layan jugak..tipula kalau korang kata korang takde fesbuk..sekarang ni majoriti semua dah ada fesbuk..hoho..


apa lagi ye nak tulis?entah tu je kot..hehe..jadi salam kenalan dari aku buat korang semua..^^

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates