May 31, 2011

Bila Jari Jemari Mula Menaip...





Kata orang mata tulisan pena lebih tajam dari mata pedang.Dalam arus perubahan dan teknologi kini,segalanya kian berubah dengan adanya internet yang terdapat segala informasi yang meluas dan tanpa sempadan.Terpulang pada kita untuk gunakan dengan sebaiknya mahupun sebaliknya.


Dengan adanya internet juga kita dapat mengikuti perkembangan semasa dan segalanya bagai dihujung jari.Bak kata,taip apa yang diingini segalanya akan keluar dipaparan skrin.Begitu mudah,berita gosip?segalanya kita tahu dulu sebelum keluar dalam akhbar tempatan.Dan kini,blog juga dijadikan satu medium untuk berinteraksi antara satu sama lain.Memberi pendapat dan hujah yang sebelum ini hanya disimpan tanpa diluahkan.


Dan aku juga gunakan medium blog ini selain dari fesbuk untuk berinteraksi bersama rakan yang lain.Bertukar idea dan saling mengenali satu sama lain.Begitu berlainan sungguh cara kita berkomunikasi pada hari ni.Tapi ada juga yang mengunakan medium ini sebagai tempat untuk menjatuhkan antara satu sama lain.Sesautu yang kurang benar disampaikan dan disebarkan dengan mudah,dengan hanya segalanya menaip dari papan kekunci.Segalanya terpulang pada kita dalam memberikan sesuatu informasi itu dengan apa cara sekalipun.Tapi ingatlah,bukan kita sahaja yang melihat dan membacanya,tapi satu dunia dapat melihat apa yang ada.


Aku masih teringat akan kata-kata seseorang ini waktu mula aku berjinak dan masih cuba untuk mengenali dunia blog ini.Katanya,apa yang kita cuba sampaikan pada pembaca yang singgah dalam kita itu,adalah satu ilmu.Gunakan dengan sebaiknya,kalau apa yang kita sampaikan tak benar atau menjatuhkan orang lain sesama kita.Fikirkan baik buruk apa yang diberikan,dan aku masih pegang pada apa yang dikatakan.Kadang aku juga risau andai ada yang dikongsikan akan melukakan hati orang lain.


Kita apa yang kita sampaikan,gunakan apa yang ada dengan sebaiknya untuk kebaikan dan manfaat sesama kita.Itu adalah yang sebaiknya..

p/s:mesti orang tu ada singgah dan baca apa yang dipesankan pada aku,terima kasih untuk itu..^^,

May 30, 2011

Kamu Ikhlas Ke?...




"Kamu ni buat kerja entah ikhlas,entah tidak..."


Apalah akan dirasa bila kena dengan soalan macam tu?Ikhlas,melakukan sesuatu perkara dan perbuatan semata-mata keranaNya tanpa mengharapkan sesuatu balasan mahupun ganjaran.

Aku pernah tanyakan pendapat sahabat aku tentang ikhlas ni,ada yang kata ikhlas ni adalah rahsia Allah dan hanya Allah yang tahu dalam hati hambanya.Dan ada juga yang mengatakan ikhlas tu dapat dilihat dan diukur daripada perbuatan individu itu sendiri,dari apa yang dia lakukan.


Kadang ada individu yang betul melakukan sesuatu perkara tanpa disuruh dilabel sebagai pembodek segala.Dipersoal pula kerja yang dilakukan ikhlas atau tak.Cuma fikirkan perasaan pada yang ditanya,semangat melakukan sesuatu perkara tu dengan penuh rasa tanggungjawab dalam diri ada tapi pudar kerana terasa hati setelah dipersoal soalan macam tu.Kita manusia hatinya tak sama,tak semua boleh terima apa yang dikata.Ada yang sensitif bila dipersoal semacam tu.


Soal ikhlas atau tak,usah dipersoalkan.Kalau ada sesuatu rasa tanggungjawab dengan amanah yang telah diberikan dalam diri pasti buat sesuatu dengan ikhlas.Hanya Allah Yang Mengetahui,kita manusia tak berhak untuk mengadili dengan pandangan mata kasar melihat dan kata-kata.Allah jua yang tentukannya..

May 27, 2011

Entri Tanpa Nama...




Entri sekadar renungan sejenak bersama.Walau ada yang elok jadikan sebagai pedoman,aku pun nak bagi nasihat bagai pun tak tahu sangat sebab aku pun ada buat silap secara sedar dan tidak.Kalau kita baca suratkhabar hari bermacam berita yang dapat kita lihat.Dengan kes si polan tu dan ini.Agak ngeri juga baca dengan berita kes jenayah,masalah sosial dan lain-lain.


Yang terbaru seperti kejadian tanah runtuh yang melibatkan anak-anak yatim.Kasihan pada anak-anak yatim sebegitu rupa apabila ditimpa ujian.Pada yang meninggal kita sedekahkan al-Fatihah bersama,moga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman.Tika ujian dan musibah datang menduga tak ada siapa yang terkecuali.


Okey,yang aku nak ceritakan bukanlah tentang anak yatim tersebut,tapi berkenaan kejadian tanah runtuh dan bencana alam kita hari ni.Tanda-tanda yang berlaku pada hari ni,salah satu dari tanda kiamat kecil.Mungkin ada yang kata,alah dah duduk kawasan berbukit bagai.Ye tak dinafikan,tapi cuba perhatikan keadaan kita sekeliling kita hari ni,dengan masalah yang ada dikalangan kita sebagai remaja.Tak kira remaja atau tak tapi keadaan kita sebagai umat hari ni.Agak terleka dengan apa yang ada.


Boleh dilihat dengan tanda-tanda lain,macam kejadian yang terbaru seorang lelaki yang ingin mengubah kejadian yang diciptakan kerana kehendak naluri dalam diri.Lelaki berpakaian seperti wanita dan sebaliknya.Masalah sosial ada dimana-mana,tak kira masa dan ketika.Bukan ke itu adalah salah satu tanda ang terang dan nyata?..


Entri kali ini agak serius,tapi cuma sekadar berfikir bersama kita dengan apa adanya.Dan entri kali ini juga atas permintaan rakan yang meminta untuk kongsikan bersama teman dan rakan blogger sekalian..Sama-sama kita berpesan..

May 24, 2011

Nikmat Yang Ada...




Takkan pernah ada manusia yang sempurna dalam hidupnya.begitu juga dengan aku,punya banyak kesilapan yang pernah aku lakukan sebelum ini.Tapi kesilapan tu juga banyak mengajar aku tentang erti hidup dalam sebuah kehidupan.Aku dulu manusia yang sering mengaku kalah dan sering berputus asd,tapi apa yang berlalu tetap berlalu.Bulakn hidup baru dalam setiap langkah kaki aku.
 

Aku berasa teramat bersyukur kerana masih punya masa dan ketika untuk perbaiki akan kelemahan dan kesilapan dalam diri.Walau tidak secara keseluruhannya,tapi aku perbaiki selagi apa yang termampu.Sebab aku pernah merasakan betapa lemahnya aku pada ketika itu.Kesakitan yang ada dalam diri,dan nikmat akan sesuatu pinjaman yang Allah dah berikan ditarik semula dari aku.Pengalaman itu hanya seketika bagi aku,menginsafi akan kesilapan diri dan mengenal akan maknanya diri dalam kehidupan ini

Selalunya kita menjadi mudah lupa akan nikmat yang diberi percuma dalam hidup ni sangat kita tak hargai dengan apa yang ada.Sampailah pada saat waktu dan ketika kita dah kehilangan baru akan terbit akan perasaan kesal dalam diri.Lumrah,begitulah kita  manusia.Hanya yang benar-benar menghargai dan  sedar akan nikmat pinjaman yang diberi digunakan pada jalan yang sepatutnya.Bukan pada jalan yang dilarang dan ditegah olehNya.


Contoh yang paling nikmat yang paling dekat yang Allah berikan pada kita tentang kehidupan kita atas muka bumi ni untuk apa sebenarnya.Adalah untukNya,menginsafi akan betapa kerdilnya diri ini.Menilai kebesaran alam ciptaan Tuhan.Mana mereka yang pernah merasakan saat terselamat dari kemalangan pasti merasa bagaimana seolah mati hidup semula.Sembuh dari penyakit yang dialami dan diberi kesempatan untuk perbaiki akan kekurangan diri pasti akan memahami apa yang aku cuba sampaikan.Kerana aku juga pernah merasa pengalaman seperti itu,terselamat dari kemalangan.Terasa bagaikan diberi peluang hidup semula.
Cuba perbaiki akan kesilapan lalu dalam diri.

Entri sekadar perkongsian tentang pengalaman hidup,bercerita tentang sebuah kehidupan yang hanya satu persinggahan.Nikmat yang ada digunakan pada jalan yang sepatutnya,kerana kita manusia selalu leka.Begitu juga aku...

May 21, 2011

Kamu Bila Nak Kahwin?...


"Ha,kamu bila nak kawen?ko tengok macam aku ni,senang ada orang jaga..."



Tu la yang ditanya kawan aku dekat aku sebab dah lama tak jumpa.Masa kahwin dulu aku tak dapat datang sebab kena dengan waktu kerja.Tengok bahagia jer kawan aku ni lepas kahwin,badan pun makin sedap.Yelah makan minum dah ada yang jaga,hati pula senang bila tengok isteri tercinta dikala balik dari kerja..Ceewah..



Dan jawapan macam biasa aku berikan masih mencari pada yang sudi,hehe..Okey,serius.Berbalik pada cerita,setiap pasangan yang bercinta semestinya inginkan mahligai cinta yang dibina diakhiri dengan alam perkahwinan dan itu adalah matlamat bagi setiap hubungan.Dari bercinta berubah ke alam berumahtangga.Tapi,perkahwinan bukanlah semudah apa yang dikata sebab ini melibatkan tanggungjawab kita dalam membina sebuah keluarga.Ibarat bagi lelaki sebagai nakhoda bagi sebuah kapal,andai kapal yang dibawa pada jalan yang betul,maka akan kukuhlah apa yang dibina.


Dengan perkahwinan dapat menghalalkan apa yang selama ini terbatas,namun harus diingatkan bukan kerana itu jer kita nak kahwin.Perkahwinan adalah satu amanah yang telah dipertanggungjawabkan pada yang bernama lelaki.Diingatkan,saat lafaz nikah diucapkan segala tanggungjawab dan amanah kini menjadi tanggungjawab bagi lelaki yang kini bergelar suami.Baik atau buruknya sesuatu perkara yang dilakukan oleh seorang isteri itu nanti,dipikul oleh suami tu nanti.Betapa beratnya tanggungjawab suami pada amanah yang telah diberikan.Kahwin bukan kerana inginkan keseronokan semata,tapi juga kerana tuntutan agama.Berharap apa yang dibina dalam keluarga tu nanti diredhai olehNya.Bukan sehari dua perkahwinan yang ingin dibina tapi sampai menjelang usia tua.


Itulah apa yang diharapkan dalam sebuah perkahwinan,begitu juga dengan aku.Memang nampak seronok tengok kawan semua dah kahwin,cuma masih belum pada masanya.Diri cuma mampu merancang,tapi Tuhan yang menentukan.Jadi pada teman yang bertanya tu,itulah jawapan yang aku berikan...(:

 

May 19, 2011

Dimana Arah Kita?...


 



Siapa ada tengok cerita Juvana dekat tv3 setiap hari Isnin?jalan cerita yang agak mantap,dengan lakonan berkesan dari pelakon baru yang diperkenalkan.Ini bukan iklan berbayar untuk promosi siri tv3, cuma sekadar berminat dengan jalan cerita yang dibawa..

Kalau kita tengok jalan cerita yang dibawa,itulah realiti kita hari ini.Kisah remaja kita yang semakin membimbangkan dari hari ke hari.Bukan semua remaja kita sebegitu,tapi segelintir dari remaja kita hari ini.Seperti aku nyatakan dalam entri sebelum ni tentang masalah remaja kita sekarang,gaya pemikiran kita hari ini kian berubah.Semakin majunya kita hari ini,semakin mundur akhlak dalam diri.Bukan diri menolak teknologi,cuma ada sikap segelintir dari kita yang hanya mementingkan keseronokan semata.

 
Ada segelintir remaja kita hari ini,kalau dilihat semakin berani sifatnya.Ya,sikap berani harus ada dalam diri agar diri tidak senang dibuli mahupun dikeji, tapi sayangnya keberanian yang ada dalam diri bukan pada  tempatnya.Kalau kita tengok hari ini,dengan kisah mat rempit yang tak ada kesudahan,sikap kita yang suka bersosial tanpa ada had dan batasannya.Kalau nak ceritakan banyak sebenarnya masalah dikalangan remaja kita hari ini,dan disekeliling aku sendiri.Aku juga tahu macam mana menjadi remaja,apa yang remaja inginkan.Keseronokan yang tak ada batasnya,tapi sampai bila kita nak terus jadi macam tu?selama mana kita nak bawa sikap yang macam tu?


 Memanglah kata masa remaja ni lah nak seronok bagai,tapi kena juga ingat setiap apa yang kita lakukan ada batasnya.Ini tidak,dengan masalah bersosial sesama lelaki dan perempuan tanpa ada batas,bila apa yang dilakukan atas nama keseronokan bermacam boleh terjadi.Harus diingatkan,kita bakal pelapis,dan kita adalah pewaris dengan apa yang ditinggalkan.Kalau elok apa yang kita lakukan hari ini,eloklah masa depan yang kita bawa.


Aku pun beringat pada diri aku juga,belajar dari kesilapan .Selagi diri masih bernyawa,perbetulkan segala kesilapan yang ada.Usah tunggu tika usia tua baru menyesal akan segala,itu pun jika diri masih ada...

May 16, 2011

Guru,Aku dan Kamu...




Selamat hari guru pada semua warga guru diseluruh Malaysia,dan juga pada guru sekolah aku dulu iaitu Sekolah Menengah Buyong Adil.Terbaiklah zaman sekolah dulu.Segala macam kenangan yang ada,pahit manis dah jadi semacam lumrah dalam kehidupan.Pengalaman yang takkan dilupakan.


Bukan senang sebenarnya jadi guru ni,ye la nak mengajar yang anak murid bermacam ragamnya.Ada yang degil ikut kepala sendiri dan ada yang perangai yang gila-gila.Cabaran dan amanah yang harus dipikul sebagai warga pendidik.Masa kan tidak,bagi guru yang dah bekeluarga disekolah guru dan dirumah dengan menjaga keluarga lagi.Sangat sukar sebenarnya,tanggungjawab guru ni.Di sekolah pun ibarat dah jadi ibu bapa kedua bagi pelajar,mendidik mana yang sepatutnya.


Cabaran guru hari ni pun makin berat,anak murid sekarang bukan macam anak murid dulu.Ada yang mendengar kata,dan ada juga yang sebaliknya.Nak kata semua nakal pun tak boleh juga,sebab tak semua macam tu.Bukan apa,bermacam masalah disiplin remaja yang masih bersekolah sekarang ni,dengan melawan kata gurunya,hisap rokok pun dah jadi macam perkara biasa disekolah.Susah nak membentuk sahsiah pelajar yang betul-betul berkualiti ni,itulah yang tanggungjawab yang harus dipikul oleh guru.

Bila ada guru yang menegur untuk kebaikan ada yang melawan,dirotan pula jadi satu isu juga.Didendam pula gurunya,ingatlah kita ni bakal pelapis negara,kita juga jadi contoh untuk generasi akan datang.Jadi tak salah jika guru menegur untuk kebaikan,untuk kebaikan diri juga.Sekiranya diri dah punya keluarga semua,tahulah nanti betapa sukarnya jadi seorang pendidik untukanankya nanti,samalah seperti guru mendidik anak bangsa untuk berjaya.

Jadi pada yang masih belajar tu,manfaatkanlah ilmu yang dah diberi oleh guru yang mengajar.Usahlah nak melawan kata guru ke apa,ilmu yang dapat pun jadi tak berkat bila melawan kata guru.Manfaatkan usia remaja dengan sebaiknya,cari ilmu selagi masih terdaya.Kelak nanti ada kejayaannya..

p/s-terasa entri agak skema jer,:))

May 15, 2011

Maruah Kamu Itu....




Perempuan kalau dah sayang pada lelaki akan dibuktikan segala apa yang termampu,si lelaki pulak bila dah dapat peluang sebegini semestinya mahukan bukti apa yang dikatakan.Lafaz janji setia diucapkan,sebelum dapat.Bila dah dapat,habis madu sepah dibuang.


Pada yang perempuan,entri aku yang sebelum ni pun ada tulis tentang usah terlalu percaya kata manis yang diucapkan dari seorang lelaki.Lelaki sebegini hanya berhidung belang,yang hanya pandai tahu untuk berjanji taat setia tapi nilainya apa pun tak ada.Apa yang aku sampaikan ini adalah realiti yang terjadi,betapa mudahnya percaya pada apa yang dikatakan dari mulut namanya lelaki.

Aku juga lelaki dan bukan aku nak burukkkan kaum sendiri,tapi fahami lah sebagai lelaki harus punya sifat dan tanggungjawab dalam diri.Bukan sekadar janji kosong tanpa ada isi.Perempuan untuk dilindungi bukan untuk disakiti walaupun sekali.Pada yang lelaki yang jenis berfoya-foya hentikanlah,seronok seketika cuma.Aku kasihan,mendengar akan satu cerita tentang seorang remaja perempuan yang menyerahkan segala,tapi bila diserah apa yang ada si lelaki baru mengaku sudah ada yang punya,bakal berkahwin dengan yang lain.Betapa aniaya diri terasa bila hal sebegini berlaku.


Hal ini juga takkan berlaku andai diri bila berkawan lelaki dan perempuan menjaga batas yang ada.Ilmu agama sudah ada,cuma iman yang menghalang benda sebegini berlaku.Jangan terlalu percaya kata janji manis yang diucapkan.Bila diri terlalu percaya apa yang diucapkan,maruah yang terpelihara musnah dengan sekelip mata.Betapa bernilainya maruah itu,tapi punah dengan hanya sekadar ayat cinta..


Aku berpesan pada diri juga,agar menjaga adab dalam setiap perbuatan.Mungkin benda sebegini nampak seakan remeh,tapi dari benda sebegini datang impak yang besar kemudian harinya.Entri ni,luahan dari seseorang minta aku untuk kongsikan bersama...

May 12, 2011

Kisah Jurujual...





Bukan mudah nak mencari rezeki,pada aku yang dah bekerja ni terasa juga macam mana susahnya mak aku bekerja dulu untuk membesarkan aku.Yang aku pula,senang-senang jer minta nak itu dan ini.Kalau tak dapat mula lah menangis dan merengek segala.Tapi tu dulu la,masa aku budak-budak.Buat sesuatu pun tanpa berfikir dengan panjang.


Dan sekarang,aku dah merasa semua benda tu,betapa susahnya nak dapatkan apa yang kita nak.Dan kerja macam aku,yang sehari-hari berjumpa dengan pelanggan membuatkan aku faham yang kita sebagai manusia ni punya banyak kerenah sebenarnya.Begitulah sebuah kehidupan,walau sukar macam mana dan pelbagai kerenah yang ada kena juga tempuh,sebab itu jalan yang aku pilih.


Cerita tentang kerja dan kerenah pelanggan ni,teringat aku apa yang terjadi baru-baru ini.Bukan kisah aku sebenarnya,tapi kisah seorang jurujual yang bawa buku-buku agama ni dan merayau mencari pelanggan di kaki lima.Kadang kalau kita tengah makan dekat kedai makan ke,mesti datang dan tegur kita.Lepas tu tanya samada nak beli ke tak apa yang dijual.


Kasihan juga tengok mereka ni bekerja,bagi yang lelaki kira biasa kalau kena panas matahari ni semua,tapi tengok pada yang perempuan berpeluh-peluh kejar pelanggan,tegur jer siapa yang boleh ditegur asalkan barang dapat dijual.Kerja mereka ni pun,ikut pada komisen berapa barang yang dapat dijual,kalau banyak kira lebihlah bulan tu.Kalau tak ada,jawabnya kena berusaha lebih gigih lagi.


Masa aku tengok mereka ni buat kerja,ada lah yang suka-suka jer pergi kacau mereka ni.Buat-buat tanya barang apa yang dijual,lepas tu orang dah tanya mestilah jawab.Beri penerangan segala,lepas tu lepas dah bagi penerangan barang yang dijual boleh pulak yang bertanya ni tadi cakap kuat dan kata yang jurujual ni suka mengganggu orang.Kacau orang nak lalu lalang semua nak tegur,yang jurujual tu perempuan.Boleh dibayangkan betapa malunya apa yang jurujual tu rasa waktu tu.Orang sekeliling dah tengok semacam jer,ada yang iyakan apa yang dikata.Yang jurujual ni,hanya mampu tunduk dan terus pergi dari tempat tu.


Betapa susahnya mereka ni nak mencari rezeki,dugaan pun banyak bila bertemu dengan pelanggan yang bermacam kerenah.Ada yang betul-betul tanya dan ada juga yang sekadar main-main.Pada yang nak bergurau tak kena pada tempatnya tu,usahlah nak bergurau tak kena cara.Mereka ni nak cari rezeki bukannya senang,jadi hormat antara satu sama lain.Kalau kita pun hormat orang lain,orang lain pun akan hormat pada kita.

Aku yang tengoknya,hanya mampu menggeleng tanpa dapat buat apa-apa....

May 11, 2011

Perlu Ke Ada?...




Kita selalu disogokkan dengan kata cinta dalam sebuah cinta karya agung.Betapa kasih dan cintanya uda dan dara dalam bercinta.Hadapi dugaan yang datang.Dan kesan yang nak lagi nampak romantis adegan pegang tangan sudah menjadi kebiasaan.

Amat jarang sekali dapat kita lihat,kisah cinta yang sebenarnya dan ikut pada landas yang sebetulnya.Maksud apa yang aku nak kata ni,perlu ke adegan pegang tangan tu semua?nak tunjuk perasaan cinta tu terserlah.Adegan pegang tangan dah jadi macam biasa jer,asalkan nampak macam betul dalam cerita tu.


Cuma terfikir,sekarang ni dah terlalu banyak masalah yang sosial yang ada sekarang dikalangan remaja kita.Aku juga remaja dan aku juga faham apa yang remaja fikirkan.Inginkan keseronokan,kebebasan dalam kehidupan.Tapi kebebasan juga perlu pada tempat dan batasnya.Berbalik pada kisah cinta yang terlalu diagung-agungkan membuatkan kita leka dan alpa dibuai indahnya cinta.Sampai ada yang terlanjur kerana cinta.
Pengaruh dengan apa yang disampaikan dalam satu-satu adegan dalam cerita.

Bukan aku membenci apa yang disampaikan,tapi perlu ke kalau dengan nak buktikan kasih sayang dan cinta semua tunjukkan adegan romantis,pegang tangan ni semua,rangkul pinggang segala ni?jarang aku tengok jalan cerita cinta yang tak ada adegan pegang tangan ni,kebanyakkannya mesti ada.Kalau cerita cinta yang ikut pada landas agama,jarang dapat kita lihat ke aku yang tak pernah tengok?..




May 08, 2011

Wanita Tua Itu...





Sebuah basikal yang sungguh banyak berjasa pada tuannya,seorang wanita yang kini sudah berusia.Basikal yang digunakan bagi mencari rezeki,keluar dikala sudah subuh pagi.Mencari rezeki untuk anak tunggal lelaki,yang seorang cuma dalam hidupnya.


Basikal itu dikayuh dengan perlahan,dengan kudrat seorang wanita.Apakah daya itu sahaja kemampuan yang ada,basikal itu dimanfaatkan dengan sebaiknya.Mengayuh basikal itu dengan kearah destinasi yang dituju.Bekerja sebagai pencuci di sebuah pejabat.Katanya biarkan kita susah tak apa,asalkan mencari yang halal rezekinya dalam hidup kita.


Wanita tua itu begitu gigih,mencari rezeki yang ada.Segala kesusahan dan derita ditanggung,tapi masih mampu untuk tersenyum.Ada banyak cerita dalam hidupnya,sebagai yang dulu usianya mengajar anak yang ada erti sebuah dunia.Kesusahan tak membataskan segalanya,kerana selagi ada usaha,lakukan apa yang terdaya.Kudrat yang ada dikerahkan,itulah hebatnya wanita tua ini.


Tidak cukup dengan satu pekerjaan,wanita tua itu mengambil upah yang lainnya.Bekerja tanpa mengenal erti penat yang ada.Kagum bila melihatnya,betapa hebatnya diri yang cuma seorang wanita.Kewajiban dan tanggungjawab sebagai ibu,mendorong dirinya untuk berusaha lebih demi anak yang tercinta.Baginya,anak itu adalah segala.Dan begitu juga dengan anaknya,begitu kasih dengan ibunya.


Kini wanita tua itu sudah tidak bekerja,dan anaknya kini sudah dewasa. Mengerti akan kepayahan wanita tua itu dalam mencari rezeki,tanggungjawabnya kini berubah ganti.Melakukan apa yang terdaya,selagi jasad anak masih bernyawa,walaupun tahu pengorbanan wanita tua itu sungguh besar nilainya..

Bersyukur padaNya masih punya ibu yang satu,maafkan kesalahan dari anakmu.Ibu tetap selalu dihatiku,kerana dirimu adalah cintaku.Selamat hari ibu...

May 07, 2011

Kasihmu Ibu...




Hari ibu pada tahun ini jatuh pada 8Mei bersamaan dengan hari Ahad.Hari ibu disambut bagi menghargai jasa seorang insan yang bergelar ibu,yang mana telah mengharungi begitu banyak dugaan dalam membesarkan anak-anaknya yang pelbagai ragam.Begitu besarnya pergorbananmu ibu,dalam membesarkan kami anakmu.

Tak perlu tunjukkan kasih dan cinta pada seorang ibu pada hari tertentu,kerana sebagai anak kasih dan sayang itu seharusnya ditunjukkan setiap hari pada ibu.Seorang insan yang begitu mulia darjatnya,melahirkan kita untuk melihat dunia yang ada sekarang.Tanpa ibu siapalah kita sebenarnya.Seorang ibu,yang bersusah payah dalam melahirkan dan membesarkan kita.Meskipun diri payah terasa,namun tanggungjawab dan naluri hati sebagai seorang ibu yang penyayang tetap ada dalam sanubari tersemat dalam diri.Itulah kasihmu ibu,hatimu suci begitu murni.

Teringat akan satu peristiwa,seorang ibu memarahi anaknya sendiri,dan anaknya cepat pula terasa hati.Katanya ibu membenci dirinya kini..


Tidak dan takkan pernah sekali,seorang ibu membenci anaknya sendiri.Marahnya ibu itu kerana kasihkan kamu.Kerana ibu dulu lebih tahu dari kamu baik buruk perkara itu..

Betapa ibu ingin melihat anaknya gembira hingga sanggup menahan segala duka, mencuba untuk tersenyum namun dalam senyuman ada derita sebaliknya.Biar ibu menanggung derita,asalkan melihat kamu tersenyum ketawa..


Itulah kasih hati seorang ibu,setia menjaga kesemua anaknya.Tapi kini ada yang lupa akan jasa ibunya sendiri.Kalau ibu boleh menjaga kesemua anak-anaknya,mampukah kesemua anaknya menjaga ibunya pula bila usia menjelang tua?
..

Usah menjadi seorang anak yang lupa jasa ibunya,mengejar dunia semata-mata.Dan berkata kasar pada ibu yang telah tua,seolah berbicara sesama rakannya.Hormati ibu yang disayangi,selagi masih ada lagi disisi.Bahagiakan hati seorang ibu,kerana disitu letaknya syurgamu....

May 05, 2011

Sedetik Lebih...




Sedetik lebih,dah macam tajuk lagu nyayian Anuar Zain jer,dan seperti biasa aku bukanlah nak ceritakan tentang tajuk lagu tu pun.Setiap masa yang berlalu teramat bernilai bagi mereka yang benar-benar tahu untuk menghargainya.Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,dan benarlah pada apa yang telah dikatakan.

Masa berlalu meninggalkan kita tanpa kita sedari.Dan usia kita pula semakin meningkat dari hari ke hari,mana mungkin pula usia kita akan kekal untuk setiap tahunnya.Terasa amat pantas masa berlalu,seakan masih segar segala kenangan yang berada dalam ingatan.Seolah seperti semalam baru berlaku.Dan esok adalah hari baru dalam sebuah kehidupan yang masih menjadi teka-teki untuk kita tempuh seharian.


Begitulah sebuah kehidupan,setiap ketika masa yang berlalu.Tapi apakah kita benar-benar menghargai setiap apa yang hadir dalam diri,dimanfaatkan dengan sebaiknya?kadang diri seakan alpa dengan apa yang ada.Leka dengan segala urusan dunia semata hingga lupa yang disana.Saat hati terdetik berubah kearah kebaikan satu penghijrahan dalam kehidupan seharian,seakan diri sengaja untuk melengahkan untuk dilakukan.Selalu jadi begini,asal mencuba untuk perbaiki kekurangan dalam diri terasa untuk payah sekali.Jika hadir satu perkara yang melekakan,keseronokan sementara cuma,begitu senang dan lapangnya diri untuk turut sama serta.Itulah sifat kita sebagai manusia,takkan pernah puas mengejar dunia.Seringkali alpa dengan apa yang ada.

Saat tiba masanya ajal datang menjemput pada yang masih terleka,terlewat untuk perbetul diri ketika itu.Pada yang masih ada kesempatan yang diberikan moga ditunjukkan jalan,supaya tidak terus alpa dan bermegah dengan segalanya.Jika waktu itu tiba kelak,sedetik lebih masa yang diberikan pun takkan hadir,kerana ajal akan tiba tepat pada waktunya.Tiada kurang tiada lebihnya,pada tika itu..

Sudah sediakah kita?...

May 03, 2011

Kisah Fesbuk Lagi?...


 


Fesbuk,siapa yang tak ada akaun fesbuk kan?sekurangnya ada antara dari kita mempunyai satu akaun fesbuk dan ada juga yang mempunyai lebih dari itu.Dengan arus kemodenan sekarang setiap dari kita takkan terlepas dari mengikuti perkembangan teknologi yang ada kini,cara bersosial yang lebih mudah dengan hanya dihujung jari.

Banyak sebenarnya kebaikan fesbuk ni,kalau kita tahu memanfaatkan kemudahan yang ada.Dengan fesbuk dari jauh kita dapat dekatkan,dan ada juga yang mengunakan medium fesbuk sebagai tempat mencari jodoh.Banyak kegunaanya dan kebaikan dari fesbuk ni,dan aku sekalipun tak menafikan itu.

Tapi setiap dari kebaikan pasti ada juga keburukannya.Ada juga yang mengunakan fesbuk dengan menjatuhkan antara satu sama lain.Kalau ada yang dibenci dan yang disakiti,salah satu cara yang mudah mengunakan medium fesbuk untuk saling sindir menyindir,maki memaki orang yang dibenci.Keluar status fesbuk dengan kata-kata mencarut bagai,marah yang teramat pada orang yang dibencinya.Bukan seorang dua yang membacanya,tapi boleh dikata satu dunia.Inilah dunia tanpa sempadan,teknologi hanya dihujung jari.


Memalukan antara satu sama lain,saling benci membenci.Hina menghina dan jadi seakan perkara biasa.Apa yang dikatakan seolah menjadi makanan harian dalam diri,seakan tak punya rasa bersalah untuk meluahkan apa yang dikatakan..Dari kata apa yang diungkapkan,orang dapat menilai siapa kita yang sebenarnya.


 "Aku punya wall,aku punya suka la nak kata apa...."


Betul,tersangatlah betul apa yang dikatakan.Memang fesbuk sendiri,ikut suka apa yang hendak dikatakan.Tapi orang sekeliling dapat menilai kita,siapa diri kita.Jika benci sekalipun usah dimalukan pada yang dibenci,ini letak status yang memalukan dan maki memaki.Ada pula yang komen jenis batu api,melagakan lagi apa yang terjadi.Semakin melaratlah perasaan marah dan benci dalam diri.

Manfaatkan kelebihan yang ada dengan sebaiknya,bukan dengan saling menjatuhkan antara satu sama lain.Jika ada perasaan benci,sama-sama muhasabah diri.Belajar untuk memaafkan dan tidak sekali untuk berdendam.Kerana itu tak mendatangkan sebarang faedah.Mencipta satu-satu hubungan memang mengambil masa,tapi dengan meruntuhkan sesuatu hubungan itu hanya sekelip mata.

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates