June 29, 2011

Wordless Wednesday...

 Apakah itu Wordless Wednesday?


-WW ni satu trend utk semua bloggers di alam Maya. Di mana setiap rabu semua bloggers membuat post tanpa apa2 caption/penerangan/cerita dan sebagainya.

Kali kedua join WW ni..

















berminat nak join jugak?like page ni di fb...^^,dan juga Sekapur Sirih diblog mereka...

June 27, 2011

Hari Ini...



Sekarang ni dah jadi macam satu trend pula bagi semua stesen tv nak adakan program realiti.Semuanya tumbuh bak cendawan selepas hujan.Ada yang mengetengahkan program yang berbentuk mencungkil bakat terpendam yang selama ini tersimpan.Baik dari segi nyanyian dan dan sebagainya.Tak cukup dengan itu,ada pula program bagi usia emas menunjukkan bakat yang terpendam.Terlalu banyak untuk dikira sebenarnya program realiti yang berbentuk hiburan semua ini.Tapi bagi program yang berbentuk keagamaan pula?boleh dikira cuma seberapa sahaja.

Hiburan yang semata-mata dunia.Ada yang berpesta berpegangan tangan tanpa ada rasa segan silu antara lelaki dan perempuan.Menari dan berpacaran seiringan senada dengan alunan muzik yang dimainkan.Penonton bertepuk tangan dan sorakan tanda memberi sokongan dan kekuatan.Hiburan yang tanpa batasan,bila dunia yang selalu diagungkan.Kemasyuran jadi keutamaan,dunia jadi pilihan dan hiburan jadi pegangan.

Itulah realiti hari ini,rancangan yang berbentuk hiburan semestinya menjadi pilihan yang pertama.Keseronokkan dan hiburan itu mesti ada.Lumrah,sebagai manusia biasa aku pun kadang-kadang inginkan hiburan juga.Tapi perlu ada batasannya,usah terlalu mengejar dunia semata.Sekadar berpesan-pesan sesama kita kerana aku juga tidak juga sempurna sifatnya.

Selama mana hidup kita?adakah hidup untuk selamanya?sedangkan kematian itu bila masa sahaja.Sudahkah kita bersedia,bila saat itu menjelang tiba.Saat diri masih lagi alpa dengan berhibur disini sana....

June 25, 2011

Kita Mudah Lupa?...



Sebagai manusia sifat lupa takkan boleh lari dalam diri.Ada yang kata lupa ni terjadi bila banyak sangat makan kepala ikan,err betul ke?Kalau kata tertelan semut tu pun boleh menyebabkan kita lupa juga ye?.Banyak juga faktor yang boleh menyebabkan kita lupa ni.Dan kalau kita ingat,kita juga pernah berjanji.Agak-agak kita ingat tak?mungkin ada yang terlupa...

Agak dengan siapa ye?sewaktu kita dialam roh kita pernah berjanji dengan Pencipta bahawa kita bersaksi Allah Tuhan yang satu,dan akan menuruti segala arahannya dan menjauhi apa yang terlarang.Pada ketika itu kita berjanji takkan merosakkan alam ini tika kita berada di dunia.Menjauhi perkara yang dilarang dan menjadi hambaNya yang soleh.Berjanji takkan melupakan janji yang pernah dilafazkan,sebelum dilahirkan didunia.

Pada ketika itu juga kita berjanji akan berusaha menjadi anak yang soleh dan mendengar kata orang tuanya.Mendengar kata apabila dibicara dan akan menjaga orangnya apabila sudah tua.Begitu besarnya pergorbanan seoarang ibu dalam melahirkan kita sehingga hari ini.Walau apa jasa dan kebaikan yang kita lakukan takkan mampu terbalas dengan apa yang telah ibu berikan.Berjanji untuk bahagiakan kedua orang tua hingga keakhirnya,tapi kita lupa bila usia menjelang dewasa.


Bila usia menjengah dewasa,mula kenal dunia sebenarnya.Janji yang pernah dilafazkan lupa segala.Dibuai indah godaan dunia.Dunia yang besar masih belum banyak diteroka,keseronokan dunia masih belum puas dirasa.Lupa dan terus lupa.Leka dan lena dengan semuanya.Janji yang diucapkan masih belum dikota.Lupa dan terus lupa.


Mana janji yang pernah dikatakan?masihkah ada ruang dan kesempatan untuk berubah perbaiki kesilapan dan menunaikan janji yang pernah diberikan?.Jalannya masih ada,ruangnya sentiasa terbuka.Selagi nyawa masih ada,selagi jasad masih terdaya.Dia sesekali takkan pernah melupakan hamba-hambaNya.Kita yang sebenarnya lupa padaNya.Betapa diri ini rapuh,moga ada kesempatan untuk perbaiki kesilapan dalam perjalanan sebuah kehidupan...

June 23, 2011

Itu Hak Aku...





"Itu hak aku untuk bersuara,aku adalah aku... "

Pernah dengar ayat diatas?kebebasan bersuara yang selalu kita agung-agungkan.Hak individu dalam meluahkan setiap pendapat dalam diri dari menjadi seorang yang hipokrit pada diri dan orang lain.


Benar,itu hak kita untuk bersuara.Kerana kita juga negara yang mengamalkan sistem kebebasan untuk bersuara dalam meluahkan ketidak puasan hati dalam sesuatu perkara.Tapi jangan dipandang terlalu jauh,lihat pada sekeliling kita.Kita sebolehnya ingin menjadi seorang yang jujur dalam sesuatu perkara,tak ingin untuk menjadi yang menampakkan sikap hipokrit dalam diri.Mungkin jawapan yang diberikan adalah mudah,itu adalah aku.Kenapa perlu menjadi orang lain sedangkan itu bukan sikap dalam diri?benar,tapi harus diingatkan.Dalam sikap kita yang terlalu tidak mahu hipokrit dalam diri,ada juga hati yang perlu dijaga.
Dengan orang sekeliling kita.Kita tak hidup didunia ni sendiri,ada juga hati yang perlu dijaga.

Tak semua diantara kita yang mampu menerima apa yang disampaikan dengan kata yang secara terus.Seeloknya disampaikan secara yang lebih berhemah,bukan dengan nada yang berbaur sindiran dalam meluahkan apa yang dirasakan.Kita punya adab dan agama,diajar juga berbudi bahasa.Gunakan tutur kata yang sebaiknya dalam setiap butir bicara.Ini bukan soal hak dalam setiap apa yang disuarakan tapi kesan dari jangka panjang dari apa yang dituturkan.Setiap kata juga adalah satu doa,baik buruk dalam apa yang dikata.


Hati kita semua tidaklah sama,ada yang elok dalam menerima dan ada juga yang akan terasa dengan apa yang dikata.Membina sesuatu persefahaman mungkin mengambil masa,tapi dengan merosakkan sesuatu perhubungan dalam silaturahim sesama insan itu amatlah mudah caranya...

June 15, 2011

Wordless Wednesday...Entri Tanpa Cerita...

















p/s-hanya gambar yang akan menceritakan segalanya...:)

nak join?klik sini...





June 14, 2011

Kerana Zina...




Entri yang agak sensitif,tetapi sekadar pengkongsian sesama kita dan memerlukan pendapat sesama rakan blogger sekalian.Pada komen yang diberikan amatlah dihargai kerana ini perkongsian sesama kita tentang isu semasa dan masalah kita hari ini.

Kalau dilihat kejadian membuang bayi amatlah membimbangkan statistiknya di Malaysia sekarang.Kejadian remaja yang hamil diluar nikah dan masalah gejala sosial dikalangan remaja kita hari ini amat menakutkan.Seringkali kita melihat didada akhbar ada sahaja kejadian membuang bayi dan sikap yang tak berperi kemanusiaan pada bayi yang tak berdosa ini.


Bermulanya zina,dari hubungan mesra yang sekadar suka teman tapi mesra berlanjutan ke peringkat yang seterusnya.Dari perbuatan yang sekadar mencuba sesuatu yang baru mendatangkan keburukan dikemudian hari.Kalau dilihat hari ini,ada sesetengah golongan remaja yang tanpa berasa segan silu bermesra dan dengan aksi yang kurang menyenangkan dikhalayak ramai.Tanpa ada perasaan malu dan segan silu dalam diri.Kalau dulu pada mulanya,bersentuhan sesama berlainan jantina merasakan satu perasaan yang aneh dalam diri.Tapi jika sudah kerap dilakukan perbuatan ini seolah menjadi satu ketagihan dalam diri.Dan ini menjadi satu kebiasaan pada kita.Tanpa sedar diri semakin hanyut dan leka diarus alam indahnya cinta.


Dan seterusnya,atas keterlanjuran diri,lahirnya seorang insan didalam rahim si wanita.Atas dasar membuktikan betapa cinta pada pasangannya hingga lupa pada agama dan Penciptanya.Yang menjadi mangsa adalah anak dalam kandungan.Melihat pada pembuangan bayi yang berlaku,betapa kejamnya kita sebagai manusia melakukan perbuatan sebegitu.Melakukan zina adalah satu dosa besar inikan pula membunuh anak yang dilahirkan.Malu dengan orang sekeliling mungkin?tapi kenapa tidak ada perasaan malu dalam diri bila melakukan sesuatu yang dilarang?Amalan dicatit kiri dan kanan dilupakan,nafsu segala menguasai akal fikiran.Sedangkan haiwan juga mengasihi akan anaknya,inikan pula kita sebagai manusia yang ada akal fikirannya sehingga tergamak melakukan perbuatan sedemikian.


Berfikir untuk  jangka masa yang panjang,berfikir secara matang.Bukan sekadar berfikir dengan akal yang singkat,keseronokan yang hanya sementara.Berpesan-pesan agar tak terlalu leka dengan dunia yang hanya sementara...

June 13, 2011

Kita Adalah Sama...




Kita semua adalah sama,samakah kita?kalau sama mana pula nak beza lelaki dan perempuan?sebab semuanya dah sama jer..hehe.Okey,maksud aku kita semua sama,tak ada apa antara kita sesama manusia yang membezakan antara satu sama lain.Adakah adanya pangkat dan kekayaan yang berbeza membuatkan kita rasa ada perbezaan diantara kita?..


Aku berpesan pada diri juga,agar tak leka dengan apa yang ada.Tak perlu dibangga dengan pangkat atau kekayaan yang ada didunia semata.Nama atau pangkat apa yang membezakan kita itu hanya kehidupan didunia.Kita diuji dengan pangkat yang tinggi,bukan juga untuk menindas atau membezakan antara satu sama lain.Bukan untuk saling meninggi diri."Taklif Laisa Tasyrif" yang bermaksud tanggungjawab bukan kebanggaan.Satu kewajipan apabila menjadi seorang pemimpin dan jangan sekali disalah digunakan.Tanggungjawab sebagai pemimpin digunakan pada jalan yang betul,bukan untuk takbur menunjukkan apa bezanya antara satu sama lain.

Pangkat sebesar mana pun,bukanlah jadi kayu pengukur bagi membezakan antara kita.Harus diingatkan setiap amalan kita didunia ini yang membezakan kita diakhirat sana.Sedikit atau banyak yang membezakan kita semua.Dunia?hanya satu persinggahan yang sementara untuk mencari bekalan untuk dibawa.Itu yang benar-benar membezakan antara kita...





June 09, 2011

Lelaki Dan Dayus?...







Tajuk entry semacam jer aku rasa.Entry ini atas permintaan dari seorang sahabat yang ingin aku sampaikan dan kongsikan pada semua dalam blog aku yang serba sederhana ni.

Apa yang kita tahu,dayus ini apabila seorang lelaki memukul seorang wanita maka serta merta dia dilabel sebagai lelaki dayus.Dan ada yang mengatakan,dayus bagi seorang suami itu apabila membiarkan isteri itu berkuasa lebih dari lelaki yang juga ketua dalam sebuah institusi keluarga.Mengikut kata dan telunjuk kata isteri,itu jawapan yang akan diberikan apabila ditanya maksud dayus itu sendiri.

Tapi cuba kita luaskan makna dayus itu.Dayus juga bagi seorang lelaki yang tanggungjawabnya dalam keluarga sebagai pemimpin membiarkan apa yang terlarang dilakukan oleh saudara perempuannya ataupun ibunya sendiri melakukan perkara yang dilarang.Misalannya,seorang abang membiarkan adik atau kakaknya membuka aurat untuk dijadikan bahan tatapan orang ramai.Seorang ayah membiarkan anak perempuannya keluar tanpa ikatan dengan teman lelakinya,meskipun sudah bertunang.dan juga dayus bagi lelaki atau suami itu,membiarkan kecantikan seorang isteri itu dipandang oleh orang lain.Banyak sebenarnya huraian yang boleh didefenisikan lelaki itu sebagai dayus.

Berat dan besar sebenarnya tanggungjawab menjadi seorang lelaki ni,yang juga menjadi pemimpin dalam sebuah keluarga.Bukan mencuba menjadi budak dakwah,berlagak bagus nasihat pada kebaikan,tapi berpesan-pesan itu adalah satu kewajipan...

June 08, 2011

Segalanya Dalam Kenangan...




Sebuah kisah lama yang sekadar terkenang dari ingatan buat perkongsian dalam sebuah kamar bicara tanpa suara.Blog yang hanya sekadar penulisan yang tak seberapa,perkongsian perjalanan dari sebuah kehidupan dan kisah dari rakan sekalian.


Setiap dari kita takkan ada manusia yang sihat tubuh badannya selama ia bernyawa.Mesti ada sakit dan pening,yang paling tidak singgah ditubuh badan.Saat kita sakit dan pening,badan lemah tak terdaya dan segalanya diuji pada diri.Kesabaran dalam menghadapi segala kesulitan walau sakitnya tidaklah seberapa yang ditanggung.Pasti ada yang mengeluh seakan tak merelakan diri dengan apa dugaan yang diterima.


Dan ini adalah sebuah kisah seorang sahabat yang dulunya rakan sepermainan tika kecil bersama.Orangnya tidak lokek dengan senyuman,tak pernah sekali melihat dirinya cuba berbalah atau meninggi diri dengan sesiapa.Ramai yang ingin untuk berteman kerana selesa dengan dirinya,kerana sifat ramah yang ada padanya.Terpancar sinar keikhlasan dalam diri kerana begitu menghargai sebuah ikatan yang bernama persahabatan.Begitu hebat dirimu wahai teman.


Tapi persahabatan dan perkenalan kita tidak lama.Allah lebih menyayangi diri mu wahai teman,dari kami sahabat yang ada.Dirimu pergi meninggalkan kami semua rakan dan taulan sekalian.Walaupun tahu dirimu sakit menderita kerana penyakit yang ada,tapi masih mampu untuk tetap tersenyum menanggung kesakitan melihat kami.Tidak suka melihat teman yang ada hati bersedih,walaupun diri batinnya merintih.Begitu hebat dirimu menanggung dugaan yang ada,sabar dan tabah hadapi segala walau ku tahu dirimu derita.


Kini,segalanya dalam ingatan..Pusaramu kini jadi kunjungan,moga dirimu damai hendaknya disana..

June 07, 2011

Macam Tu Ke Kita?...

''Ko tengok tu,ada ke cari tin kosong dari tong sampah..eee,tak malu ke orang tengok?.."


Situasi diatas berlaku baru-baru ni.Masa aku merayau keluar sekejap dari tempat aku kerja sebab nak cari barang.Dan dah menjadi kebiasaan,memang jenis aku yang suka memerhatikan orang,tengoklah gelagat manusia lain sambil berjalan mencari kedai yang dituju untuk membeli barang yang diperlukan.Masa aku berjalan lalu satu barisan kedai,aku tengok seorang hamba Allah ni tertunduk-tunduk mencari sesuatu dalam tong sampah.Dah dapat tin yang dicari-cari,dipijak pula tin kosong tu masuk dalam plastik yang dipegangnya.

Kebetulan pada masa hamba Allah ni mengutip tin kosong tu,ada dua orang remaja berjalan dibelakang orang tu tadi.Cara pandangan melihat pada yang sedang mengutip tin tu,dengan cara yang sungguh jijik,sambil mulut mencebik seolah geli tengok apa yang orang tu buat.Sebaik lepas jer dari orang tu,keluarlah ayat macam diatas.Seolah apa yang dibuat orang tu tadi terlalu hina.Orang yang mendengarnya  tu hanya sekadar menundukkan kepala tanpa mampu berkata apa.


Dua remaja tadi berlalu dengan gelak tawa,aku yang tengok dari jauh hanya mampu melihat tanpa dapat berbuat apa-apa.Dua jiwa remaja,yang terlalu muda jiwanya.Melihat dunia dari pandangan yang sangat berbeza.Sekadar inginkan keseronokan dan tak sekali tahu erti kesusahan.Semua kepayahan tak dirasakan kerana ada keluarga yang menghulurkan apa yang diinginkan.Apa yang dilakukan oleh hamba Allah tu,sekurangnya dia berusaha untuk mencari rezeki dengan apa cara sekalipun.

Memang kalau tengok rasa macam jijik,tapi tak perlu nak gelakkan orang lain dengan niat nak menghina.Hati dan perasaan orang lain pun kita kena jaga.Bukan semua benda boleh dijadikan bahan untuk diketawakan.Sekurangnya dia berusaha selagi masih ada kudrat terdaya.Diri tak minta untuk dihina,manusia ditetapkan rezeki antara kita adalah berbeza.Mungkin itu,rezeki bagi dia,mencari tin kosong untuk dijual bagi meneruskan kehidupan.

Nasib kita pun bukanlah selalunya baik,tak selalunya kita diatas.Ada masanya kita akan jatuh kebawah kalau diri terlalu leka duduk diatas.Usah terlalu menghina sesama kita,kerana kita tak ada hak untuk saling menghina sesama manusia.Langit juga tak selalunya cerah,nasib manusia juga boleh berubah...


p/s-tiga hari blog bersawang,oh!tidak...

June 03, 2011

Fitnah?...



"eh ko tau,si polan aritu aku tengok dengan orang lain ni dah dengan orang lain pulak.."

"eh yeke?patut la aku jumpa hari tu dengan orang lain,ni mesti jenis yang macam-macam ni..."


Pernah ada dalam situasi macam diatas?kalau yang kata mesra-mesra gosip mesyuarat tingkap,hehe..Biasa kan mulut kita manusia,kalau menceritakan tentang keburukan orang lain,sangat lah tersebar dengan cepat,tapi cuba kalau ada kebaikan yang dilakukan,amat jarang sekali umtuk diperkatakan.

Gosip dan mesyuarat tingkap,mungkin kata tak salah kot sebab dapat mengeratkan sesuatu hubungan dan ikatan sesama kita.Yela,dapat bersama-sama beriadah bersama.Betul,itu kalau pada sesuatu yang berfaedah,tapi bukanlah pada sesuatu yang mengaibkan dengan menceritakan perihal orang lain.

Walau ada benda sesuatu yang betul tentang seseorang itu yang diceritakan,bukankah itu dipanggil mengumpat?menceritakan tentang seseorang dibelakang dan tanpa pengetahuan si polan itu sendiri.Dan jika sesuatu yang tidak benar dan diadakan pula dalam sesuatu cerita bagi menghangatkan sesuatu perbincangan itu pula disebut fitnah?Bukankah fitnah itu lebih bahaya dari membunuh insan lain?..



Tak salah berbincang akan sesuatu perihal,tapi bukanlah dengan mengaibkan dan menjatuhkan orang lain.Jaga ikatan kita sesama manusia,jangan dirosakkan hubungan sesama kita.Ingatlah,banyak sejarah keruntuhan sesuatu kaum itu disebabkan oleh fitnah itu..

p/s-soseh soseh..^^

June 02, 2011

Malu Itu Harus Ada...




Malu,satu perasaan semulajadi yang ada dalam diri.Perasaan ini dapat mencegah dari melakukan sesuatu yang terlarang.Tapi kita hari ni,malu pada sesuatu yang mendatangkan kebaikan tetapi tidak malu untuk melakukan yang salah.


Boleh kita lihat pada hari ini dan aku juga berpesan pada diri,sikap kita yang kadang agak bebas dalam setiap pergaulan,tanpa ada perasaan segan silu dalam diri dalam kehidupan sosial antara yang berlainan jenis.Malahan ada yang tanpa segan silu bertepuk tampar dalam pergaulan tanpa ada batas-batas yang perlu dijaga.Ya aku juga bukan insan yang sempurna,kadang juga aku terleka dengan benda-benda sebegini.Sesuatu yang dianggap sekadar gurauan jangan diambil mudah,tapi harus juga diingatkan perlu ada batas yang perlu dipelihara.


Antara lelaki dan perempuan juga harus ada perasaan malu dalam diri,kerana dengan adanya perasaan sebegini dapat mengelakkan dari melakukan sesuatu yang terlarang.Jangan kerana arus pemodenan yang ada,kita hilang perasaan malu dalam diri.Lihat sekeliling apabila kita hilang perasaan malu dalam diri,segala kemungkinan yang terjadi.Masalah sosial disana sini,bercampur gaul dan bebas dalam melakukan sesuatu tanpa ada batas dan tanpa ada rasa malu dalam diri.


Harus diingatkan,jangan kerana hilang perasaan malu kita juga hilang rasa malu itu pada Allah.Kembali pada fitrah kita sebagai manusia,tahu erti akan pahala dan dosa.Malu pada Allah,dapat mengingatkan diri dari melakukan sesuatu yang ditegah.Ini bukan ceramah,tapi juga sebagai peringatan pada diri.Ingatlah juga,malu itu sebahagian dari iman.

Bersama kita renungkan..

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates