July 27, 2011

Wordless Wednesday #6...

Wordless Wednesday menjelma lagi...;)





Page rasmi mereka sini,dan blog mereka sini...

July 24, 2011

Cerita Tentang Opah...



Tadi ada baca entri dari blog seseorang yang sangat istimewa bagi aku.Baca tentang entri opah.Tiba-tiba aku teringat pada arwah opah aku,sebak pula rasanya bila baca ceritanya.Heh,beremosi pula aku.Tapi hakikatnya,aku juga manusia punya hati dan perasaan.Tahu akan erti sedih dan sayu dalam diri.

Ayat agak jiwang?biarkan,sebab aku cuma meluahkan apa yang aku rasakan.Arwah opah aku meninggal akibat ketumbuhan barah pada muka,pernah tengok kan yang sakit pada muka tu?besarnya ya amat,aku masih ingat meskipun waktu tu aku masih kecil.Ketumbuhan tu membesar dengan cepat.Hanya Allah Yang Maha Mengetahui,betapa sakit dan derita yang opah alami.Meskipun aku tak berapa rapat dengan opah,tapi aku melihat apa yang opah aku tanggung dan rasakan.Betapa derita yang opah rasa.


Opah,walaupun pada hayatnya ada juga marahkan cucunya yang nakal seperti aku dan lain,tapi marahnya ada sebab yang tersendiri.Marahnya kerana sayang,mahukan cucunya menjadi orang.Bukan marah sesuka hati,tapi kerana lebih dulu makan garam.Mana yang tak enak dipandang,itu yang opah tegur dan itu yang opah larang.Begitulah didikan opah dulu dan aku  rindukan saat itu.Waktu,sedikit pun takkan kembali namun hanya kenangan yang tersemat dalam

memori.

Derita opah tak tertanggung disitu,ketumbuhan pada wajah opah mula pecah.Hanya Tuhan yang tahu betapa derita sakitnya opah waktu itu.Kalaulah dulu aku rapat dengan opah,ingin aku kurangkan rasa sakit yang opah rasa.Tapi apakan daya,masa dan kenangan itu takkan kembali.Opah pergi tak lama selepas itu.Sedih,semua anak-anak opah termasuk mak aku meratapi pemergian opah yang disayangi.Cucu opah juga sebak terasa bila opah pergi buat selamanya.


Ya,itu kisah opah aku.Baca entri itu mengembalikan kenagan aku yang dulu.Kenangan yang banyak mengajar aku,betapa perlunya hargai seseorang yang ada disisi.Meskipun aku tak rapat dengan opah,aie(nama aku dirumah)harap opah tahu...


aie rindukan opah...

July 21, 2011

Syukurkah Aku?...



Sebagai manusia kita takkan lari daripada masalah.Baik masalah yang kecil hingga pada masalah yg sebesar-besarnya.Setiap ujian itu datang dari Allah untuk menilai keimanan kita padaNya.Adakah kita semakin jauh atau selalu dekat denganNya.


Solat,salah satu cara mendekatkan diri dengan Maha Pencipta.Memohon keampunan dan dan merenung akan kekurangannya diri ini.Betapa kerdilnya diri kita diatas muka bumi ini.Walau sebesar mana pangkat kita sekalipun,kita semua sama disisiNya.Berkongsi bumi yang sama dan berkongsi oksigen yang sama.Jadi tak perlu kita saling membenci diantara satu sama lain.Saling menghina dan mencerca antara satu sama lain.Kerana apa?kamu dan aku adalah sama.


Terkadang diri terfikir akan kesilapan diri,bersyukurkah diri?betapa banyak kekurangan dan kesilapan yang dah dilakukan.Kerdil dan hinanya diri ini.Hanya mencari dan mengenal Tuhan tika diri hanya dalam kesusahan dan serba kekurangan.Memohon agar dapat permudahkan segala kesulitan yang ada,tapi bila diri dalam keadaan suka dan gembira lupa segala dan syukur padaNya.Lupa dan kadang leka,dengan semuanya.


Merenung dan meratapi diri lagi,perbaiki akan kesilapan diri.Banyak kekurangan yang harus diperbetulkan.Jauh,diri takut semakin jauh.Moga diri akan dapat perbetulkan segala kesilapan sebelum terlewat untuk semuanya...

July 20, 2011

Wordless Wednesday #5...

Kenangan Itu...




like page ni dan blog rasmi..

July 14, 2011

Berlapang Dada...



Dalam beberapa minggu yang lepas dan juga minggu ni masih juga terasa bahang kepanasan dengan apa yang berlaku baru-baru ni.Masing-masing punya pendapat dan juga pengikut masing-masing.Melihat setiap blog yang sempat disinggah,masing-masing saling bertelagah antara satu sama lain.Ada yang katakan itu dan ada yang katakan ini.


Dan aku melihat situasi ni seakan berpanjangan.Bertelagah dan dan saling berpecah belah.Kita sesama kita,satu negara dan satu agama.Ada yang menggunakan kata-kata yag berbau makian dan cacian.Ada juga yang menggunakan  cara yang lebih berhemah dalam menyatakan pendapat dan hujah.Berbeza pendapat dan fahaman menjadikan kita ada yang berpecah belah.Ada yang bermasam muka dan saling tak bertegur sapa disebabkan oleh fahaman berbeza.Pelik,tapi itulah kenyataan.

Berbeza pendapat itu perlu,tapi usah sampai berpecah belah.Kita punya agama yang satu,Allah yang satu.Tapi kita bertelagah hanya kerana berbeza fahamannya.Walaupun kita berbeza pada fahamannya tapi kita juga diajar untuk mengunakan pendekatan yang lebih baik,bukan dengan emosi.Api jika dilawan dengan api makin besar pula jadinya,Jadi berbincang dengan sebaiknya.Kerana itu yang telah diajarkan pada kita.



Dunia semakin tua,kita semakin alpa dan leka.Sedangkan syaitan takkan pernah lupa untuk memecahkan silaturahim sesama kita.Jadi bersatulah sesama kita.Lupakan sengketa yang ada,bukan untuk sesiapa tapi demi agama tercinta.

p/s-aku buat entri ni sebab ada kawan yg bermasam muka sebab berbeza pendapat tentang baru-baru ni..

July 13, 2011

Wordless Wednesday #4...







like page ni klu nk join dan ni blog rasminya...^^

July 07, 2011

Hubungan Itu Antara Kau Dan Aku...



Seronok bila tengok keluarga yang besar,ada ramai adik-beradik.Ada teman untuk bergurau senda dan bermain bersama.Paling aku suka bila melihat telatah sesama adik beradik ni,bergurau sampai tak ingat dunia.Dan ada ketika,kalau bergaduh pula ada yang bertepuk tampar.Tapi selama mana pun mereka gaduh,lama-lama akan baik semula.

Aku selalu impikan suasana yang semacam tu,tetapi aku tahu yang aku tak mungkin boleh untuk mencapai semua tu.Kerana aku dilahirkan sebagai anak tunggal dalam keluarga.Anak tunggal?mesti ada yang kat
a seronok kot jadi anak tunggal ni,nak apa jer mesti dapat.Dan ini jawapan aku...

''Tidak sama sekali..."

Aku sebenarnya impikan punya abang dan kakak.Dan itu yang aku idamkan dari dulu.Tapi itu tersangat mustahil bagi aku.Dan itu hanya impian aku diwaktu kanak-kanak dulu.Setelah lama aku kian meningkat usia dan tahu untuk berfikir dengan akal yang waras,aku mula belajar untuk menerima hakikat dengan apa yang telah ditetapkan untuk aku.Dan ini adalah ketentuan bagi aku,suratan yang harus jalani.Terima qada dan qadarnya dengan sebaiknya.

Cuma,aku sedikit terkilan ada juga manusia yang seakan yang tak bersyukur dengan apa yang ada.Kehidupan yang punya adik beradik,tapi ada sikap yang saling membenci antara satu sama lain.Padahal darah sedaging,membesar bersama dari kecil.Tapi bila sudah dewasa,saling bermasam muka dan pantang bertentang mata pasti akan ada salah dan silapnya.


Jangan kerana diikutkan sangat sikap amarah dalam diri,saling membenci sesama sendiri.Jangan nanti tak nampak dimata baru nak menyesal segala.Memang bila ada dekat saling membenci antara satu sama lain,tapi bila dah kehilangan baru terasa sunyi.Aku pernah melihat situasi sebegini.Baru nak menyesal pada orang dah pergi,hanya kata maaf yang dapat diucapkan kepada orang yang dah tak ada lagi.Memang tika hidup semua serba tak kena,tapi selama mana kita nak bergaduh sesama kita yang bernyawa ni?benarlah kata orang,kita jarang hargai sesuatu yang ada didepan mata.Jadikan kisah lalu sebagai iktibar dan mulakan buku baru.Selagi rasa amarah dan benci ada dalam diri,selama itu juga takkan tenangnya rasa hati...


Selagi masih ada masa...

July 06, 2011

Wordless Wednesday Ke 3...

Wordless Wednesday?


-WW ni satu trend utk semua bloggers di alam Maya. Di mana setiap rabu semua bloggers membuat post tanpa apa2 caption/penerangan/cerita dan sebagainya. 

 

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates