October 31, 2011

Alamak Kena Taq...

Assalamualaikum,


Kena tag dengan blog EmpayarUtama.Pertama kali kot buat pos macam ni...tak reti sangat sebenarnya main tag-tag ni,tag nama sekolah taulah,heh...

Tengok syarat pun macam senang jer..antaranya ialah

•tak boleh tag orang yang sama yang telah ditag
• letakkan semua peraturan ni didalam entri tersebut
• tag 11 orang dan link mereka dalam entri
•maklumkan pada empunya tuan blog bahawa telah ditag
• ceritakan 11 perkara mengenai diri dalam post entri
• jawab kesemua soalan yang telah diberi oleh orang yang tag anda,dan reka 11 soalan untuk dijawab oleh mereka yang ditag oleh anda.

*Tujuan tag ni salah satu cara mempromosikan blog anda pada rakan blogger yang lain,pada yang telah di tag tiada paksaan untuk join... ;)



11 perkara mengenai diri
*seorang yang simple giler
*suka buat lawak sesengal ubi
*berbintang pisces
*anak tunggal*bosan*
*suka layan kartun,tak sedar dah tua..huhu
*minat melukis tapi tangan dah jadi kayu sebab asyik pegang skru driver jer masa kerja,heh
*suka ambil gambar awan,kalau perasan dalam setiap pos entri sebelum ni banyak letak gambar awan...:)
*seorang yang giler pada gadget
*suka kacau orang lain,huhu...
*berblog pada asalnya kerana merajuk membawa hati yang terluka*bajet frust,cehh*
*masih single,hahaha*promote ni*




jawapan soalan Empayar Utama

nama penuh
-terbalikkan nama Arisha maka keluarlah nama penuh pemilik blog,hehe..

nama suami,isteri ataupun yg tersayang
-belum ada yang berpunya..=.=!

entri terbanyak dalam sebulan
-jumlah 36 post,semangat ni masa mula2 berblog...

entri paling kurang dalam sebulan
-7 post,paling sikit..bulan ni nak berblogging memang tak ada idea giler...heh

pendapat tentang blog Empayar Utama
-simple,macam-macam cerita ada...

blog feveret
-boleh check kat bloglist tepi kanan laptop mahupun pc,hehe...

kenapa suka blog feveret tu
-ada bermacam cerita dan gaya bila cerita dalam setiap entri

apa yang pertama sekali buat bila buka blog
-baca setiap dari komen yang ada...;)

kalau tak berblogging sekarang buat apa
-main muka buku jer la...=.=

berapa lama masa diambil untuk baca entri ni sebelum post entri yang ni
-err,beberapa jam...jenuh pikir nak buat ke tak,hehe...

perasaan bila ditag
-err,mati kutu..blur nak jawab ke tak..huhu



11 blog yang dipilih untuk ditag


Dan ini 11 soalan yang wajib dijawab oleh anda...;)

1-nama penuh anda mengikut pada surat kelahiran mahupun kad pengenalan diri

2-tarikh lahir anda,senang nanti nak bagi hadiah,hihi...

3-asal usul nama blog anda yang ada sekarang,kalau boleh storylah sikit ye...
nak tau ler jugak

4-kenapa anda berblogging ni ye?

5-berapa usia blog anda sekarang?dari mula berblogging hingga sekarang...

6-ni nak tanya pasal blog aie ni pulak,
macam mana anda boleh kenal atau terjumpa blog aie ni ye?
cuba citer sikit...

7-pendapat tentang blog aie ni macam mana?
kritikan juga diperlukan untuk perbaiki mana yang kurang,jujur ye...
 
8-blog aie ni berat tak masa nak loading?

9-selalu masa bosan buat apa eh?

10-blog kesukaan anda?

11-kenapa suka blog tu ye?

October 29, 2011

Entri Sesengal Ubi-Pakcik Memang Cool Giler...

 *gambar sumber google*



Assalamualaikum,



"kamu tolong saya check pc ni boleh?...
mestilah boleh kan?
sebab saya kan customer kamu,
jangan kamu kata tak boleh,
kalau tak boleh saya buli kamu....''
*nada gurau*

"eh mestilah boleh jer pakcik,
masalah apa ye?..."

"kamu tanya saya?
kalau kamu tanya saya,
saya nak tanya siapa?..."

"err,
aah betul jugak,
baik saya silap...
saya check dulu,
pakcik duduk ye saya check..."

'kalau saya tak mahu duduk?..."

"err,
tak apa,
pakcik buat jer apa-apa,
tapi janganlah buat bukan-bukan,
jenuh saya..."

"kamu risau ye?
tak apa,
kamu jangan risau...
saya nak hisap rokok kat luar dulu...
kat dalam ni tak boleh merokok kan?..."

"tak boleh pakcik,
sebab ada aircond..."

"yela,
saya pun tak mahu bagi kamu sesak nafas
dan sesak kepala melayan kerenah saya,
saya keluar dulu ye..."

"err,baik..."

"saya keluar ni?..."

err,ye pakcik keluar lah...

"betul ni?"

"err,
betul pakcik,
dah tau masalah
saya bagitau pakcik..."

"okeh saya duduk luar,
tapi tak adalah duduk...
saya diri lah sambil tengok orang..."

"err...=.="

.....................................................................................................................................................................

selepas 15 minit...


"pakcik,
pc ni kena tinggal dulu,
saya belum dapat detect lagi masalahnya...
pakcik tinggal nombor telefon nanti saya call semula ye..."

"kena bagi ke?
kalau tak nak?..."

"err,
janganlah pakcik..
untuk rekod saya
dan nak bagitau pakcik semula nanti senang..."

"yela...
ni no pakcik 012 bla bla bla...
kamu dah tahu masalah hantar rumah pakcik ye?
boleh?..."

"boleh jer pakcik,
tapi rumah pakcik kat mana ye?..."

"kamu tahu rumah besar kat sana tu?
kan ada rumah besar kat situ..."

"ye saya tahu,
oh,tu rumah pakcik la ye?
kaya pakcik ni..."

"aah,
tu la rumah pakcik...
lama dah pakcik duduk situ...
takkan la kamu tak tau?..."

"saya tau pakcik orang sini
tapi tak tau duduk mana....
nanti saya dah siap saya hantar ye..."

"okeh,
baguslah kamu ni..."

"biasa jer pakcik..
hehe..."
*kembang-kembang kena puji...;p*

"okeh kat mana rumah pakcik tadi?
cuba bagitau?..."

"rumah besar kat jalan sana tu kan?..."

"ha bagus,
tapi...
rumah besar tu bukan rumah pakcik...
pakcik duduk sebelah rumah besar tu jer...
kamu jangan salah hantar pulak ye..."

"err,
lah sebelah rumah tu je...
ingatkan rumah besar tu
terkena saya..."

"hahaha,
sajer nak gurau dengan kamu...
hahaha..."

"err..
sabar jer lah..."
=.=!


*gila-gila pakcik ni,memang suka bergurau sampai terkena jer masa sembang...nasiblah,selalu sembang kenakan orang dan sekarang sendiri dah terkena,huhu...=.=!

October 27, 2011

Kisah Chenta Jiwa Yang Tak Berapa Nak Lara...

 *gambar sumber uncle google*



Assalamualaikum,




Pernah dengar lagu Getaran Jiwa,Belaian Jiwa dan Gelora Jiwa tak?pernah jer kan?takkanlah tak pernah dengar kot?cuba cari dekat utube ada jer nama "Jiwa" disebut-sebut.Kenapa dengan "Jiwa?"Ha inilah nak cerita,kisah saya yang bernama "Jiwa",hehe.Popular kan saya?selalu jer orang menyebut nama saya,tambah lagi yang hati yang berbunga jiwa ni.Memang hati jiwa-jiwa lah,hehe.Tapi kan,baru-baru ni orang selalu kaitkan saya dengan "Lara".Siapa "Lara?" saya pun tak tak tahu.Yang saya tahu cuma satu,iaitu "Rohani,"*pstt,dia isteri saya..heh*

Saya bahasakan diri sebagai "Jiwa" jer ye,bukan apa rasa agak selesa dengan panggilan tu."Jiwa" selalu jer menyendiri dan sepi.Dengan itu "Jiwa" gemar mencari keseronokan duniawi.Meskipun jiwa bergembira dan mencari keseronokan yang ada di dunia ni,"Jiwa" selalu terasa kosong.Biarpun "Jiwa" bersuka ria bersama teman "Jiwa","Jiwa" masih terasa ada kekurangan dalam diri.

"Jiwa" mencari-cari ketenangan dalam diri "Jiwa",mencari kenapa masih ada kekurangan yang "Jiwa" sendiri tak pasti.Sehinggalah pada suatu hari,tika "Jiwa" merenung dan berehat diatas kerusi di taman."Jiwa" terdengar suara azan,"Jiwa" terasa seakan tersentap didalam diri.Tanpa "Jiwa" sedari airmata "Jiwa" bergelinangan."Jiwa" terkenang pada zaman kecil "Jiwa".Tiap kali azan berkumandang,"Jiwa" dan keluarga "Jiwa" selalu ke masjid bersama.Tapi kini "Jiwa" sudah dewasa "Jiwa" semakin jauh."Jiwa" semakin hanyut dengan dunia,"Jiwa" hanya mencari keseronokon dunia semata-mata.

"Jiwa sangat sedih..."

"Jiwa" malu,"Jiwa" sudah lupa bagaimana melakukan kewajipan pada Allah Yang Esa."Jiwa" benar-benar malu dan banyak bergelumang dengan dosa.Sesudah melihat orang lain habis bersolat,pada ketika itulah "Jiwa" terdengar alunan suara orang mengaji.Siapa yang mengaji tu?hati "Jiwa" bertanya sendirian.Pada ketika itulah "Jiwa" terpandang seorang  bersih wajahnya.Suara itu terhenti seketika tatkala melihat "Jiwa" begitu asyik melihatnya.Siapakah dia?rautnya begitu berseri,wajahnya tampil bersih dan mendamaikan hati.

Itulah "Rohani",yang sentiasa mengingati Allah disisi.Sentiasa melakukan kewajipan pada Maha Pencipta.Membuatkan "Jiwa" ingin mengenalinya dengan lebih rapat lagi.Rupanya "Rohani" anak Pak "Iman"."Jiwa" memberanikan diri untuk berjumpa dengan orang tuanya."Jiwa" disoal kenapa mahu mengenali "Rohani"."Jiwa" berkata yang "Jiwa" benar ikhlas untuk mengenalinya."Jiwa" tak mahu bercinta-cinta kerana "Jiwa" tak mahu semakin hanyut dan lalai bila bercinta.Pak "Iman" seakan memahami dan dapat melihat "Jiwa" benar-benar ikhlas untuk mengenali puteri kesayangan hati iaitu "Rohani".

Maka,bersatulah kami."Jiwa dan Rohani",Setelah kedatangan "Rohani" dalam hidup "Jiwa",terasa hidup lebih sempurna."Rohani" menerima "Jiwa" seadanya.Membawa "Jiwa" keluar dari dunia lama."Jiwa dan Rohani" saling melengkapi dan "Rohani" selalu mengingatkan "Jiwa" pada yang Esa agar jangan mengulangi kesilapan lama dan akhirnya kami bahagia untuk selamanya dan dikurniakan "Hati" sebagai lambang cinta dan kebahagiaan kami.

Begitulah kisah "Jiwa dan Rohani".

*kebahagiaan hati dapat dipenuhi bila kesejahteraan jiwa dan rohani diisi dengan sesuatu yang mengingatkan kita dengan Pencipta... :)

October 25, 2011

Lawak Dan Wanita?...





Assalamualaikum,




Sekarang ni,kalau kita lihat banyak jer rancangan yang berbentuk hiburan dan jenaka yang disiarkan dikaca tv sampai tak tahu nak tengok yang mana satu.Meriah,ada rancangan yang berbentuk informasi dan diselitkan juga dengan sedikit hiburan bagi menceriakan suasana.Begitu juga dengan rancangan bual bicara,dalam perbincangan artis tempatan dijadikan sebagai artis jemputan dan juga sebagai salah satu tarikan buat penonton.

Bila sesekali layan cerita yang berunsur jenaka ni 'masyuk' jugak,heh.Yela dapatlah jugak menghilangkan rasa tekanan seharian bekerja dan juga dapat bersama dengan seisi keluarga.Okehlah tu kan?tapi ada juga yang tak okehnya bila jenaka yang disajikan pada penonton dirumah diselitkan pula dengan jenaka yang berunsurkan sesuatu yang memalukan.

Jenaka lucah seringkali dijadikan lawak pada mereka yang sering kekurangan idea ini.Dan selalunya,wanita jugak yang dijadikan bahan untuk diketawakan.Hairan,masih ada juga ada penonton yang masih ketawa dengan lawak sebegini,terpaksa atau dipaksa-paksa?Seolah-olah lawak sebegini dijadikan sesuatu yang biasa pulak pada yang mendengarnya.Seolah hilang nilai sensitiviti dalam isu sebegini,seakan semua perkara dijadikan mudah dalam satu-satu hal.

Seharusnya perkara sebegini bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan bahan gurauan.Mungkin ada yang mengatakan,ini cuma sekadar jenaka jer tapi perlu ke sampai semua perkara dijadikan bahan tawa?.Bayangkan bila tengah duduk santai bersama keluarga,tengah ketawa dengan lawak yang ada,sekali keluar lawak lucah macam tu,boleh ke gelak lagi bila dalam situasi macam ni?mesti ada perasaan malu bukan?paling kurang pun mestilah ada rasa segan bila ada benda macam ni.

Bukan apa,kalau menonton bersama seisi keluarga mestilah ada anak-anak kecil ni kan,jadi benda lawak macam ni senang sangat buat mereka ni terpengaruh.Sebelum melarat baik beringat,tak semua benda bolek dijadikan lawak,semata-mata nak bagi orang gelak.

p/s:blog 3kupang...

October 23, 2011

Oh!Meow Meow...






Assalamualaikum




Baru ni ada beli Mastika keluaran terbaru,dan cover depan pulak gambar seekor kucing yang kudung kedua tangannya kerana mencuri.Serius sedih,bila tengok ada yang sanggup buat sampai macam tu sekali.Apalah dosa seekor anak kucing yang sedang lapar pada tika itu,melainkan hanya mencari makanan.Tapi ada juga manusia yang sanggup menetak kedua-dua tangannya kerana kesalahan yang dilakukan.

Masih ada manusia yang sanggup buat macam tu sekali walaupun punya akal yang telah diberi.Cuba bayangkan apa agaknya akan derita jika si pelaku dibuat perkara yang sama?bukankah tahu betapa sakitnya rasa.Untunglah ada juga insan yang punya hati dan perasaan dalam diri,tahu menghargai dan menghulurkan simpati.Membawa pulang anak kucing yang dalam keadaan lemah tak bermaya dan cedera kerana sifat kejamnya manusia itu sendiri.Itulah dia kisah kucing yang bernama Hero.Nak tahu lebih-lebih beli ler,ye tak?hehe...

Dan ini kisah diri ni pulak.Serius,memang dulu tak berapa suka sangat dengan kucing ni.Bukannya apa,cuma agak tak selesa bila kucing ni suka terlebih manja.Gesel kaki nak menunjukkan manjanya tu.Tapi itulah,kuasa Allah kan,takkan ada siapa yang menduga,apa yang kita benci dan itulah yang akan dapat.Satu hari kucing yang ada sekarang diberikan oleh seseorang pada diri ni sebagai satu amanah dan juga hadiah untuk dijaga.Bayangkan dari menyampah dengan kucing ni,tapi boleh pulak sekarang suka kucing.Dari situ jugaklah mula perhatikan dan memahami kucing ni,perilakunya macam mana.Dari kecik dibela sampailah sekarang dan kacak jugak rupanya,hehe..;p

Dari situlah mulanya suka kat kucing ni.Sekarang ni ada pulak orang yang sanggup buat perkara yang kejam pada kucing ni.Tak tahu macam mana ada manusia yang sanggup pukul,bunuh dan paling baru video yang kecoh di facebook sekarang sampai sanggup bakar kucing.Kenapalah sanggup buat sampai macam tu sekali,tak kiralah apa sekalipun tapi kita kan dah diajar apa jer benda yang bernyawa ni janganlah sekali kita sakiti.Bukannya kita jer yang nak hidup,makhluk macam ni pun kita kena jaga jugak.

Betullah kata orang,dalam dunia binatang tak ada manusia pun,tapi dalam dunia manusia ada jer manusia bersifat binatang...


p/s:grrr!

October 21, 2011

Selalu Jugak Macam Ni Kan?Heh...


*motif gambar kucing?...*





Assalamualaikum,

 

situasi 1


"assalamualaikum adik,
nak tanya sini ada kerja kosong tak?
abang tengok dekat luar tu ada iklan kerja kosong...
ada lagi ke adik?..."

"err ada abang,
jawatan untuk juruteknik komputer...
abang ada pengalaman kerja kedai komputer sebelum ni ke?..."
 
"tak ada la pulak adik,
sebabnya sebelum ni abang kerja kat pasaraya jer
jadi cashier..."

"oh,yeke abang...
maaf abang,
bos memang cari orang untuk kerja,
lepas tu nak kena ada paling kurang asas komputer juga,
sebab kami kat sini selalu buat kerja luar..."

"tak adalah pulak dik,
tapi abang betul-betul perlukan kerja sekarang...
susah dapat kerja sekarang ni dik...
tempat kerja lama abang,
abang dah berhenti..."

"kenapa ye,abang berhenti?
maaf saya tanya abang..."

"ye la adik,
hari-hari duit short jer
mana abang tahan dik...
lepas tu abang kenalah bayar balik,
berapa sangatlah yang tinggal,
duit belanja harian lagi abang nak pakai...."

"oh macam tu...
susah jugak ye abang..
macam ni la abang tinggal dulu nombor telefon...
nanti saya tanya pada bos saya ye..
kot,bos nak ambil abang ke tak nanti
ye abang?..."

"baik,
terima kasih dik..."

......................................................................................................................................................................


situasi 2

"beb,aku tumpang duduk sini ye?
malas la aku masuk kerja awal...
tadi dah la bos aku suruh aku buat kerja luar,
penat la beb..
duduk sini best,
ada aircond,hehe..."

"ala,
tempat kerja ko pun best juga der,
ko kerja pulak kena hantar surat sana sini
lepas tu,ada kerja baru ko buat...
okeh la tu kan?..."

"memang la,
tapi boring la...
kena pergi sana sini,
keluar jer..
tapi kan kalau duduk sajer pun boring jugak kan?
hehe..."

"ha,
okeh la tu...
dapat keluar pergi sini sana,
hantar barang ambil barang
kira lagi okeh ada kerja
dari orang yang tak ada kerja kan?
heh..."

"ko sindir aku ke beb?
mula la tu
yela,
aku nak blahh la ni..."

"oit!
touching lebih la ko..
hehe..
dengan aku pun nak gedik-gedik...
aku sekeh nanti baru tau,
aku suruh beringat jer,
kerja ada sekarang ni jaga la...
nak kerja sekarang ni susah la,
so apa yang ada ni
tak yah ler nak mengeluh jer...
betul tak?..."

"err,
yela...
tiap kali aku datang sini mesti ko kenakan aku kan?
grrr..."

"eh,
mana ada,
aku sembang jer kan?
ko pun kawan aku la...
sebab tu aku pesan-pesan jugak...'

"err yela...
thanks beb,
bagi aku singgah kejap lepak sini...
aku tak ambil hati pun,
benda betul kan...
buat apa nak marah..."

"sorila beb,
aku pun pesan jer kat ko....
ko tak terasa hati kan?..."

"tak ada la,
tapi
nanti ko belanja aku,
hehe..."

"cehh,
nak pujuk la ni?hehe,
gedik,
okeh jer
nanti ok?..."

"orait der,
thanks weyh...
aku gerak dulu la ye..."

"orait,hehe.."


Kadang-kadang diri ni pun selalu jugak macam dalam situasi yang no dua tu,heh...err,tak adalah selalu sangat mengeluhnya.Ada ler jugak sikit luahan hati bila dah penat sangat ni,heh.Cuma tu la,sekarang ni nak dapat kerja memang susah.Jadi mana yang dah bekerja tu bersyukurlah seadanya,tak perlu nak mengomel cakap penat ke apa ke.Memanglah ada perasaan penat tu,cuma tak perlu nak hebahkan sangat.Anggap kerja tu satu ibadah jugak,bila dah anggap macam tu segalanya jadi mudah InsyaAllah.Dan kena ingat jugak,kerja tu satu amanah,jadi lakukan dengan seikhlasnya.

*pesan kat diri sendiri jugak ni...=..=!

October 19, 2011

Mama Tolong Adik,Adik Minta Maaf Mama...

 *gambar sumber uncle google*




Assalamualaikum,


"kejap lagi adik nak keluar,
nak tengok dunia..
tak sabarnya rasa,
adik boleh dengar suara kawan-kawan mama keliling adik...
tapi kenapa mereka berbisik-bisik?
dan kenapa ada juga suara lelaki marah mama?
kenapa dia garang sangat mama?
adik takut mama..."

"mama,adik nangis ni,
kenapa mama macam tak pedulikan adik?
adik ada buat salah ke mama?
adik minta maaf kalau semasa adik tak sabar melihat dunia ni buatkan mama rasa terseksa,
adik minta maaf mama.
.adik tak ada niat untuk semua tu,
maafkan adik mama..."

"mama,
kenapa mama biarkan adik duduk diluar ni kesejukkan?
kenapa mama menangis tengok adik?
papa mana mama?
kenapa mama seorang jer?
papa benci adik ke?
papa,mama adik minta maaf..."

"mama,
adik sakit mama...
semut ni semua hurung muka adik,
adik sakit...
mama,adik kecil lagi,
adik tak sanggup mama hadapi semua ni...
jangan tinggalkan adik,
mama kata akan ada orang yang akan jaga adik,
tapi sekarang adik kesejukan mama...
sejuk sangat,
adik rasa sukar untuk bernafas mama...
adik rasa tak selesa,
mama tolong adik mama..."

"mama,
adik minta maaf dengan mama...
adik dapat rasakan hayat adik seakan tak lama lagi mama..
pandangan adik makin kabur,
adik masih ingat lagi wajah mama masa mula-mula adik melihat dunia...
adik minta maaf membuatkan mama menangis,
susah payah mama melahirkan adik...
adik betul-betul tak mahu susahkan mama,
bukan niat adik mama...
sungguh mama,
maafkan adik..."

"mama,
adik jumpa mama disana...
adik tetap tunggu mama,
terima kasih sebab lahirkan adik,
dapat melihat dunia untuk seketika cuma...
adik cuma nak mama tahu,
adik sayangkan mama...
selamat tinggal mama...
adik doakan mama tika adik disana...
mama tetap mama adik..."



Sedih sebenarnya lihat didada akhbar kes bunuh bayi yang baru lahir,kes buang anak pula seakan tak ada kesudahannya.Dimana nilai kemanusiaan kita pada hari ini?dimana jiwa yang begitu kasihkan kehidupan bernyawa?sudah hilangkah nilai itu dalam diri kita hari ini?sedangkan haiwan pun begitu kasihkan anaknya,inikan kita pula manusia.Insan yang lain bersusah payah dan beikhtiar berusaha untuk punya cahaya mata,tapi yang telah dianugerah permata yang paling berharga disiakan sebegitu rupa.Dosa pahala entah tolak kemana.

Benarlah,kebanyakkan kerosakkan diatas muka bumi ini,lebih banyak hasil dari tangan manusia itu sendiri.

* selalu dialog pasal diri dan harian, hari ini dialog hayati andai diri adalah bayi itu sendiri,fahami dan jiwai...

October 17, 2011

Saya Dalam Proses Pembelajaran Juga...





Assalamualaikum,



"kamu dulu belajar buat baiki semua ni dari mana?
belajar dari mana ye?
"kamu tau ke buat semua ni?
tengok macam tak tau apa-apa jer..."

"tak ada dari mana pun..
lepas sekolah dulu terus kerja macam ni,
sampai sekarang kerja macam ni jer..."

"lama jugak tu ye,
tapi kamu buat semua ni kamu tau ke buat?
nanti jadi lain pulak yang kamu buat
kalau tak tau jangan buat,
nanti jadi lain..."
*mulut cebik-cebik*

"tak adalah pandai sangat,
tapi saya kerja dah lama...
kira-kira sekarang dekat 6 tahun jugak saya buat benda ni semua...
saya kerja pun ada sebab,
dan bukan tak nak sambung belajar semua tu..."

"owh,
tak ada sambung mana-mana tapi tau buat baiki ni semua...
jangan jadi lain dah lah,
heh..."
*sinis*

*senyum*



benarlah itu penting dalam hidup,bila kita agak tak seberapa orang akan pandang lain pada kita.tapi diri ini juga dalam proses pembelajaran,belajar sesuatu yang baru dengan kerja yang ada sekarang.Tahu akan kepentingan ilmu dan tak dinafikan itu,tapi jangan perkecilkan orang lain.Setiap manusia berbeza caranya,dan dalam tuturkata juga ada yang perlu dipelihara.

*belajar dari pengalaman lalu dan keadaan sekeliling yang sedikit sebanyak jadi panduan dan guru dalam hidup...

October 15, 2011

Entri Sesengal Ubi,Tips Mengorat Gadis,Ceewah...




Di suatu petang,ceewah...
dialog panjang ni...=..=!



"feewit,awek doh lawa...
suwitt,suwitt...
*bunyi macam tikus tu*

"ececeh,ha apa lagi?
pergi lah try mengorat...
mana tau sangkut ke,heh..."

"tak naklah abang,tengok macam sombong jer...
kami ni bukan ada apa pun,
muka pun tak hensem...''

"alala,ayat korang ni sedih pulak aku dengar,hehe...
korang dah try ke?..."

"tak delah,
takut sebenarnya..hehe"

"agak dah,
cakap jer korang ni,hehe..."

"ala abang,kami ni tak biasalah...
ramai-ramai ni berani la buat bunyi macam ni,
kalau sorang diam jer..."

"hahaha,
memanglah bukan aku tak faham korang ni..."

"abang bagilah tips nak ngorat awek ni,
boleh?..."
betul lah,
ajar kami ye?
tolong..."

"okeh,macam ni...
pergi dekat dier buat berani lah..
cakap kat dier,awak tumpang pinjam handphone...
handphone saya hilang,
mahu call handphone saya tu..."

"oh,okeh-okeh...
tapi abang handphone saya ada jer...
mana ada hilang?.."

"lah korang ni,buat-buat jer la...
lepas tu korang call la nombor korang tu,
handphone dalam poket bunyi cakap lah,
"ha dah jumpa pun.."
hehe
kan dah dapat no dier,suruh lah nanti mesej-mesej...hahaha"


"wah,abang ni hebatlah...
nakal jahat jer,hahaha...
ni mesti abang buat macam tu kat awek abang kan?..."

"hehe,
aku awek pun tak ada lah..
adoih..."

"la tu tadi abang ajar kami tu?
mana pulak abang buat?..."

"err,aku cadang jer...
tak pernah buat pun...
hahaha..."

"apalah abang ni,
sendiri tak ada lagi mahu ajar..."

"err,dah korang tanya jawab jer lah...hehe"

"senget abang ni,hahaha..."

"choii!ehehe..
okeh la pandai-pandailah korang ye..."



*dialog masa jumpa member budak-budak orang asli yang suka usik-usik awek...lawak jer borak dengan diorang ni,hehe...

*update,lupa pulak namee ada bagi tips mengorat awek dulu dalam entri lepas,hehe...nak baca singgah SINI,

October 13, 2011

Teknologi Itu Selamat Ke?...






Assalamualaikum,



Dalam entri yang lepas ada cerita pasal video 3gp ni kan,dan kali ini nak cerita pasal fail yang dah dipadam tapi masih boleh dapat balik.Err,boleh ke?boleh jer sekarang ni,teknologi pun dah makin hari makin canggih jadi benda macam ni memang tak ada yang mustahil.Contoh macam nilah,kalau nak jual telefon bimbit,mesti kita padamkan dulu fail kita tu.Yela takkanlah nak bagi orang simpan gambar kita pulak ye dak?heh.

Sebenarnya fail yang telah dipadam tu masih lagi boleh dapat semula.Dengan adanya program yang digunakan khas untuk dapat semula fail yang hilang ataupun dipadam.Dan peratusan untuk mendapatkan semula fail itu juga tinggi kira-kira 90% dari fail asal.Dan bakinya 10% tu pula,fail jadi seakan corrupt.Contoh macam gambar yang kita dapat balik tu ada,tapi hanya nampak separuh jer gambar dari fail asal ataupun dokumen yang kita dapat balik tu jadi tulisan pelik-pelik macam cacing,heh.Fuhh,meremang bukan?jadi pada siapa yang macam nak pakai duit tu,kemudian tolak telefon bimbit tu dekat kedai janganlah sekali dengan memori kad.Janganlah dikisahkan sangat pasal harga telefon tu jatuh jadi murah sebab tak ada memori kad masa dijual.Jangan dikira sangat semua tu,asalkan fail atau apa sekalipun yang pernah dibuat dengan telefon bimbit tu tak diketahui orang lain.Pilih mana yang lagi selamat?...

Sekadar berkongsi maklumat,teknologi semakin canggih dan ada jugak pemikiran kita makin hari makin kreatif.Jadi benda macam ni pada yang tak tahu sekadar berkongsi.Terpulang pada kita untuk memanfaatkan sesuatu teknologi yang ada tu.Biasanya benda ni digunakan untuk recover balik fail penting atau dokumen yang dah dipadam secara tak sengaja.Tapi pada yang salah guna pulak faham-fahamlah apa yang dibuat dengan benda macam tu.Jadi apa-apapun sentiasa berhati hati.Kalau kata dalam telefon tu ada ambil gambar ala-ala camwhore tu,tak pela lagi.Tapi macam koleksi bukan-bukan terlepas pada orang lain,sendiri fikirkan.

Jadi,sama-sama jaga diri,jangan buat benda pelik ke apa.Jaga maruah dan batas pergaulan tak kira masa,pesanan juga untuk diri sendiri.Sama-sama kita berpesan...

October 11, 2011

Klip 3Gp,Kamu Ada?...





Assalamualaikum,



"beb,ko wat pe?
ni laptop ni bila sampai?..."

"tadi masa ko rehat...
aku tengah backup fail customer ni dulu...
banyak fail dier weyh,dah la cakap masa hantar tadi kata jangan hilang satu pun...
ko tolong double check eh..."

"okeyh je...
ko check dulu k..."

...................................................................................................................................................................


"beb,ko tengok ni fail apa..
astaga,banyak beb simpan video ni...
giler la..."

"la,habis tu ko delete jer la...
jangan backup benda macam ni,
ni ko tolong backup kira ko tolong dier gak simpan benda ni...."

"tak apa ke?..."
"ko tak berani meh aku delete...
kalau hilang pun takkan dier berani tanya fail apa yang hilang..."

"mana ko tau?..."

"aku tau la sebab sebelum ni aku pernah buat jugak kat customer lain...
aku taknak terlibat dengan benda macam ni..
kira ko bersubahat tu tolong backup fail dier...
cuma aku tak faham la,kenapa yang selalu simpan benda ni orang kita jugak...
kita ada agama,tak ingat ke semua tu?..."

"la,ko jangan la tanya aku..
aku mana tau,emo la ko..."

"tak dela emo,
cuma aku sedih jer banyak benda macam ni dorang simpan buat apa..
dah ada anak bini pulak tu,
budak sekolah pun sama jugak simpan benda kotor macam ni..."

"err,yang tu aku pun tak ada jawapan..."

heh,tak ada jawapan kan?
lepas ni mana customer yang ada simpan benda macam ni ko delete jer terus...

"err,part tu ko buat ye...
aku takut nak delete data customer..."

"ko takut customer ke yang kat atas tu?..."

"err,yela..."

"heh..."


Realiti diri sebagai seorang yang bekerja di sebuah kedai komputer.Benda macam ni dah selalu sangat jadi,klip video macam tu dah jadi macam kebiasaan dikalangan remaja mahupun yang dah berkeluarga.Cuma terkilan kenapa benda macam ni suka sangat disimpan?tak ingat tuhan ke?jangan hanya nak fikir seronok semata.Ingat kita ada agama,tanpa agama goyahlah iman kita.Tu yang terjadi masalah gejala sosial,macam kes entri sebelum ni.Sebab menularnya video macam ni dikalangan kita.

Fikir kesan jangka panjang tentang keruntuhan akhlak,masalah lain yang akan timbul.Kerana nafsu rosak generasi akan datang dan juga agama.Mana ibu bapa yang ada anak remaja tu,tolonglah pantau telefon bimbit ataupun notebook anak-anak ni.Peka dengan perubahan anak-anak sebelum perkara lebih parah terjadi.Sekadar pesanan dari diri yang tak seberapa...


*aku juga melalui usia remaja,masa untuk enjoy telah lama berlalu...
masa berlalu terlalu cepat,hidup kita juga semakin singkat...

October 09, 2011

Sedih Sangat Manusia Hari Ini...




Assalamualaikum,



Buka jer fesbuk ramai yang kongsikan cerita isu seorang ayah sanggup meliwat anak lelakinya yang berusia 23 hari selepas si ibu menolak pelawaan untuk bersama kerana masih lagi berada dalam keadaan pantang.Ya Allah,kerana nafsu tergamak seorang ayah melakukan perkara sebegitu pada anak yang masih baru untuk mengenal dunia.Betapa kejamnya ada manusia yang macam ni,sanggup buat sampai macam tu sekali.

Entri sebelum ni pun ada bercerita pasal anak,dan ini jugak akan bercerita pasal anak.Apalah dosa anak kecil yang baru nak mengenal dunia,sampai si ayah sanggup buat macam tu.Inilah yang jadi bila buat sesuatu perkara hanya berlandaskan nafsu semata-mata.Tanpa gunakan akal dengan sebaiknya yang Allah dah berikan.Harus diingatkan yang  perkahwinan itu bukanlah berlandaskan kepada nafsu semata-mata tapi juga atas tanggungjawab agama.

Hidup dalam perkahwinan saling lengkap melengkapi dan saling melindungi.Sepatutnya sebagai ketua keluarga yang boleh diibaratkan sebagai nakhoda dalam sebuah kapal seharusnya menjadi contoh dan teladan yang baik dalam sesebuah keluarga yang ada.Bertindak dalam melakukan sesuatu dengan akal yang waras dan bukan kerana tuntutan nafsu semata-mata.Kerana dalam apa yang kita lakukan hari ini,itulah yang akan memberikan impak dimasa akan datang,jadi berfikirlah sebelum melakukan sesuatu,lagi-lagi yang bertentangan dengan nilai moral manusia itu sendiri dan juga agama.

Pada yang bakal bergelar ayah dan juga suami dalam sesebuah keluarga,peliharalah keluarga yang ada.Janganlah dirosakkan ia dengan isu dan perkara yang tak elok macam ni.Ingatlah kesan dan jangka panjang pada anak itu sendiri.Keseronokan yang ada hanyalah seketika dan jadilah ketua dan suami yang bertanggungjawab. Ketahuilah perkahwinan itu adalah sesuatu yang mulia,anak yang dikurniakan juga adalah satu amanah yang Allah telah pertanggungjawabkan.Peliharalah dengan sebaiknya dan janganlah dimusnahkan ia.


October 07, 2011

Anak Tu Kan Satu Anugerah...






Assalamualaikum,



Kalau entri sebelum ni ada diceritakan pasal kahwin,dan kali ini entri kembali berkenaan anak ler pulak,heh.Serius ni,setiap pasangan yang berkahwin semestinya inginkan anak kan?tipulah kalau kata dah kahwin nanti taknak anak.Tapi ada jugak member cakap yang dia dah kahwin tak nak anak.Kata anak-anak ni nanti menyusahkan.Terkesima jugak lah dengar dia cakap macam tu,tapi sesudah dibasuh dan sesi soal jawab diadakan,jadi berterus teranglah dia sebab dan musabab kenapa dia taknak anak ni.Err,nak tahu apa sebabnya?Tak romantik katanya,nanti dah ada anak tak dapat nak berdua dan bermanja dengan isteri.Aduhh,geleng kepala jer dengar masa dengar alasan dari dia,heh…*manja jugak member ni,baru tau,hehe…*

Okeh berbalik pada cerita,kenapa aku tetiba jer cerita pasal anak ni?ceritanya begini.Aku ni kerja dekat kedai komputer,jadi memang biasa la kan pelanggan keluar masuk dalam kedai.Nak dijadikan cerita,adalah sepasang suami isteri ni datang bawa anak sekali.Anaknya pulak tak dalah kecik sangat,tengok dalam lingkungan 3-6 tahun macam tu umurnya.Budak kecilkan macam biasalah,masuk kedai komputer tu mestilah ada perasaan teruja.Tengok pulak laptop yang dibuat pameran ni,mesti ada bertanya pada mak dan ayah dia ni sambil jari tunjuk kat laptop tu.

Sekadar memerhati sambil senyum,dengar dan amati suara budak tu dan rupanya yang budak tu tergolong dari kalangan orang kurang upaya.Apa yang dapat aku tengok,budak ni bisu dan jugak ada masalah pendengaran.Sebab tengok ada alat pendengaran dekat telinga budak tu.Tapi yang kasihan aku tengok,si ibu dan ayah ni semacam malu jer dengan anak ni.Maksudnya,masa budak ni bertanya-tanya sesuatu mestilah ada keluar suara kan,cuma kita yang tak berapa faham sangat.Ayah dan ibu ni boleh pulak marah dekat budak tu.Siap buat isyarat suruh diam sambil mata tengok balik dekat aku.Sepatah budak tu bersuara nak bertanya,sepatah jugak bunyi "shhhhhh"isyarat diam aku dengar.

Derr, tu kan budak lagi janganlah dimarah macam tu sekali.Anak-anak ni pun dalam proses pembelajaran jugak nak mengenal sesuatu yang mereka tak pernah tengok.Lagipun buat apa nak malu dengan anak yang kurang upaya ni,anak tu kan satu anugerah.Anak tu terlalu istimewa sangat,sebab tu dilahirkan macam tu untuk mengajar yang kita ni erti sabar dalam hidup dengan setiap dan dugaan yang Allah Taala dah bagi ni.Kesian jugak tengok anak tu,kena marah bagai walau silapnya aku rasa tak adalah besar mana.Lepas pada tu aku tengok,mak ayah dia suruh budak tu diam jangan berbunyi lagi dah.Ada jugak ibu bapa yang macam ni,malu dengan anak sendiri.

Cuba positifkan diri,pada mata yang melihat waktu tu tak nampak sebarang masalah pun dari budak kecil tu,nak cakap lebih-lebih tak boleh anak orang.Lagipun pelanggan kedai jugak,jadi apa yang dapat aku buat sekadar tengok jer budak tu dibuat macam tu.Macam-macam sifat kita manusia ni aku dapat tengok sepanjang aku bekerja ni.Betul kata orang,pengalaman dan sekitar kita betul-betul mematangkan kita dalam berfikir....

p/s:-suka budak-budak...heh

October 05, 2011

Saya Nak Kapel Jer,Tak Nak Kawen Boleh?...



Assalamualaikum,


Setelah beberapa hari blog ini menyepi dari menulis entri,terasa sengal sendi lah pulak bila tak ketak ketik papan kekunci ni,heh.Dan entri kali nak cerita pasal nak kapel jer,tapi tak nak kahwin.Err,macam mana tu?boleh ke?...Heh,langkau rangkap dua ye,hee.. ;)

Bagi setiap pasangan bercinta semestinya inginkan sesuatu hubungan tu keperingkat yang seterusnya kan?.Mestilah ye dop?takkanlah tak nak kahwin pulak.Lagi pun semua ni kan benda baik takkanlah nak dilengahkan lagi kalau dah ada rezeki lebih dan diri pun terasa dah mampu untuk semua tu. Jadi tunggu apa lagi?Cuba tengok balik sekeliling kita hari ni,bermacam dah masalah sosial yang berlaku bila dilengahkan benda yang baik ni.

“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.”.-Riwayat Tabrani-

Diri ini pun bukanlah insan yang baik sangat pun,tapi sebagai manusia kita jugak perlu saling berpesanan antara satu sama lain jugak.Bila kita berkapel ni pulak selalu banyak yang mendatangkan benda negatif dari yang positif.Memanglah akan ada yang mengatakan yang diri tahu menjaga batas dan pergaulan,tapi kena ingat jugak yang syaitan itu sentiasa ada bagi memesongkan kita.Bukankah diantara lelaki dan perempuan bila berdua ada yang ketiga?,jadi sebab itu tak ada kapel dalam Islam itu sendiri dan yang ada hanyalah perkahwinan.Jika berkenan,teruskan jumpa keluarga minta izin untuk berkawan dengan perempuan,tu tanda betul-betul menuju ke arah itu dan bukanlah sekadar main-main jer.

Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.” -Ibnu Majah-

Lagipun benda baik kan,kena lah kita segerakan.Kalau ditanya pada diri bila nak kahwin?memang nak disegerakan,tapi pasangannya tak ada jer,heh.Ni pulak pasangan yang berkapel ni,tak mahu berkahwin ke?besar pahala mendirikan masjid dan mahligai yang akan terbina ni,jadi segerakanlah.Usahlah setakat berkapel jer tanpa ada arah dan tujuan.Hidup ini perlu ada matlamat baru apa yang diusahakan dan ikatan yang terbina diredhai.

*Jadi member yang bercerita tak nak kahwin tu,ni jawapan balas dalam entri,heh..;p

*Selalu kena tanya bila nak kahwin tak?singgah baca SINI pulak...;)

October 02, 2011

Kenapa Kamu Berblogging Ye?...

"ko dah lama kan berblog ni semua?..."

"tak la,aku baru jer lagi,
bulan dua dulu aku mula...
nape eh?.."

"taklah,
aku tengok blog ko ni dari dulu sampai sekarang macam dah lain...?

"lain macam mana beb?..."

"taklah,
masa dulu semua ko citer pasal jiwa ni semua kan,
tapi sekarang aku tengok ko ada plak citer pasal nasihat la...?

"err ko pasan eh?
tak adalah...
aku masa mula berblog dulu kebanyakan citer dari hidup aku sendiri..
lepas tu aku dapat nasihat dari seseorang kenapa aku berblog?
suka-suka atau ko nak bagi sesuatu pada yang singgah dan baca..
aku ada jugak fikir dari apa yang dier cakap,orang tua kan..
pengalaman pun banyak,jadi tak salah aku fikir apa yang dier cakap dan menulis untuk kearah macam tu..."

"oh,kira nasihat dier masuk gak la kat ko eh?
heh..."

"yela,ko perli aku eh?
ko fikir gak kan..
kalau ko mati,apa ko nak tinggalkan?
ko dengan aku anak bini pun tak ada,sape nak doakan ko kalau ko dah tak ada?
aku amalan dah ler tak banyak...
jadi sekurang kalau aku buat macam ni,ada ilmu sikit-sikit dan mendatangkan kesan kearah kebaikan pada yang singgah blog aku ni,alhamdulillah..."

"pergh,macam tu sekali ko fikir?jauh betul..."

"yang hidup mesti mati kan?
heh..."

"err,yela..
betul la tu.."

"hehe...;)"




"Dan seketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?
" Orang-orang itu menjawab, "Nasihat itu ialah untuk melepaskan diri dari rasa bersalah kepada Tuhanmu,dan supaya mereka bertakwa."-Al-A'araaf 7:14-


October 01, 2011

Ha,Kan Tak Elok Fitnah Tu...



"assalamualaikum,hai awak..."

"waalaikumsalam,err awak..."

"saya jumpa awak ni nak minta maaf dari awak.."

"maaf,sebab apa?awak tak ada buat salah dengan saya pun..."

"err,betul ke tak ada?
tapi kenapa tiap kali berjumpa awak mesti masam muka dan tarik semacam jer kat saya?..."

"err,mana ada awak..."

"tu macam tadi awak macam nak lari jer dari saya,
saya buat salah ke?...
kalau ada yang saya tak sedar buat awak terasa dengan saya,
saya minta maaf..."

"baiklah saya cerita...
awak ada cerita apa-apa tentang saya pada kawan saya ke?

"hah?cerita apa?kawan awak yang mana satu?..."

"kawan tempat saya kerjalah...
awak ni pun..."

"oh kawan awak yang tu eh?
tak ada cakap apa pun awak...
kenapa eh?..."

"tak adalah,
dia kata awak ada cakap pasal saya pada dia,
so dia cerita balik pada saya,
yang awak burukkan saya..."

"ha?
yeke?
patutlah selama ni awak tak tegur saya,
awak dah salah sangka ni...
nanti saya nak jumpa dia,
tanya depan-depan..."

"eh,
tak payahlah awak...
nanti saya gaduh pulak dengan dia..."

"la,
tadi awak kata kawan awak cakap saya cerita hal awak pada dia..
masa bila saya buat macam tu,
tak ada pun awak..."
tak ada sebab pun...

"yeke?
saya yang terlalu dengar cakap dia,
tanpa usul periksa tanya awak balik...
saya minta maaf ye awak?..."

"err,
awak tak ada buat salah apa pun awak,
jadi tak perlu minta maaf..." ;)

"saya pun selalu dengar orang cakap pasal kawan saya ni,
tapi saya tak percaya,
ni kena pada awak pulak..
awak jadi mangsa..."

"err,
tak apa awak..
abaikan...
kita kawan?heh..."

"eleleh,bukan kita memang dah kawan ke?gedik..."

"errr,
nak melawak pun tak boleh.?.."

"yela,saya gelak..."
''ha,ha,ha..''
*gelak bunyi satu-satu*

"err,
macam tak kelakar jer?..."

"memang pun,"

"err..."
*tak terkata*


Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” 

Jadi untuk mengelakkan dari berlakunya salah faham selidik dahulu dari mana asal dan puncanya.Kerana fitnah dan berburuk sangka jadi punah hubungan silaturahim sesama manusia.

*Macam-macam sifat manusia ni...=..=!
Free Blog Theme and Templates