May 02, 2012

Kau Dan Aku Pun Sama...












Assalamualaikum,






Bahang masih lagi terasa di media sosial mahupun diblog² dan juga dikaca tv dengan kejadian yang berlaku dari kejadian minggu lalu.Ini bukanlah isu berkenaan politik mahupun fahaman apa yang kalian pegang,tapi ini hanyalah satu penulisan picisan dari seorang insan biasa.Jika ada yang masih ingin berpolitik,itu tak salah.Itu hak setiap insan dalam memilih dan kepercayaan dan fahaman yang dipegang.Tapi berbicaralah dengan nada yang senada menjaga dari setiap bait kata dari apa yang diluahkan.


Sedih sebenarnya bila mana kita hari ini tak kira dimana pun,saling berpecah belah dan saling bertelagah.Kalau diikutkan jumlah populariti umat Islam hari ini amatlah besar jumlahnya.Tapi dapat juga dilihat kita saling berpecah belah dan bertelagah hanya kerana berbeza fahaman.Yang disana menyalahkan orang lain dan juga disini sebaliknya.Hanya kerana itu kita bermusuhan dan juga ada yang mana kawan menjadi lawan kerana pemikiran tak sebulu.Kenapa perlu perkara sebegini berlaku?.

Tak perlu untuk saling tuding menuding jari hanya kerana kau dan aku tak sama.Pada asasnya kita semua adalah saudara.Yang Islam pada nama tapi kadang perlakuan tak mengambarkan akhlak Islam yang sebenarnya.Ya,mungkin akan ada aku cuma berlagak bagus untuk semua ni.Tapi percayalah sedikit sebanyak,terasa bosan dan jelik bila mana melihat kita berpecah belah hanya kerana kuasa dan hal dunia.Hilang saudara dan agama dilupa hanya kerana terlalu taksub dengan kepercayaan dan fahaman masing².

Kita masih bawah satu bumbung yang sama,masih juga bercakap dan guna bahasa yang sama,masih juga bila mengadapNya berladaskan kiblat yang sama.Tapi kenapa perlu dicari perbezaan hanya kerana berlainan fahaman?Itu yang kadang agak menyedihkan bila difikirkan.

*politik menjengkelkan...

12 comments:

anamizu kaito said... BALAS

aah ayie.sangat menjengkelkan..tak suke huru hara cmtu =.='








luv,
cik ana

EmpayarUtama said... BALAS

Aku takut pergaulan biasa seharian aku selepas ini akan penuh dengan rasa syak wasangka... hanya kerana insiden tu. Mentaliti pun diganggu bro...

LiLy @ MumMyQiStInA said... BALAS

Memang amat menjengkelkan..
Sedih..knapa perlu bersikap sedemikian..hmmmm..

syakey said... BALAS

yes,stuju sgt.

Cikgu Ma said... BALAS

tah la...pening politik sekarang...

Azreen Amran said... BALAS

mereka rasa semua perkara boleh selesai dengan demonstrasi jalanan agaknya. :( poor them. poor us..

xila riston said... BALAS

em em sedih sket...tapi langit tak selalunya cerah...dugaan nih... moga Tuhan tunjukkan sape yg benar...

محمد رازيق said... BALAS

sedihkan ayie. hanya kerana berbeda pendapat, manusia berpecah belah.. perlu tahu, setiap pendapat itu tiada benar, tiada salah.. apepun nice entri.

El-Janna said... BALAS

mmpu tggu dan lihat semua kmbali pulih atau tak.. sy xmmpu bt apa2

Muhammad Damian Alias said... BALAS

Bila fahaman politik diagungkan, saudara seagama sanggup dipukul. Kalau boleh dibom, rasanya sudah dibom asalkan niat mereka tercapai. Bila dah kena bala baru nak kongsi ramai-ramai.

BlueiceButterfly said... BALAS

~huhu sy tak suka politik..pening2 :(

Namee Roslan said... BALAS

sedih jugak tengok keadaan. dalam fb pun masing2 maki each other. emm, padahal masing2 sendiri tak punya kefahaman yg tepat pasal issue tu. bercakap je tahu.hmmm

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates