April 23, 2012

Makan,Nasi Ayam Dan Awek...







Keluh kesah rasa sedikit gelisah,bukan sebab tahan sakit perut nak membuang tapi terasa lapar yang teramat.Bajet nak diet lah sangat,sanggup skip makan pagi.Bila dah masuk waktu petang,ibarat irama keroncong bercampur zapin mengikut rentak tari.Agak bahaya cara diet macam ni,boleh merosakkan sistem penghadaman nanti.

Jam dinding menunjukkan pukul 5 petang,perut pula makin bergendang.mahu makan atau tak?segalanya bermain diotak.Lebih baik telefon kawan,jangan nak teruskan kalau buat binasa badan.

Nombor didail satu persatu,diikuti alunan irama menunggu...

“beb,jom lepak sama nak?
aku belanja ko makan nanti…”

“ko apa mimpi belanja aku?
kalau nak rasuah taknak ler aku...”

“la aku nak belanja je makan luar doh,
dari pagi aku tak makan apa²…”

“okeh² cun,nak makan kat mana?
tempat biasa ke?...”

“tak,kali ni makan kat tempat lain,
tapi cam biasa la,
tapi ko amik aku k?...”

“la,yela² ko kan bos..
tunggu ak datang nanti...”

“hehe,tau pun..
okeh thanks beb...

…………………………………………………………………………….





“ko nak makan apa beb?
tengok sini makan memang best..
tu yang ramai orang...”

“aku nak makan makanan yang bergoreng,lepas tu
tapau sekali k?...”

“amboih,
mentang aku belanja..
ko guna² aku..huhu…”

“agak² der,
guna² dah jadi lain tu...
ko pulak nak makan apa?”

“hahaha,aku gurau je..
tapau jela tak kesah...
aku nak makan nasi goreng kampung tapi asalnya aku nak makan nasi ayam tu”

“hehe,ni aku suka kawan dengan ko ni...
tapi kenapa ye ko taknak makan nasi ayam?”

“bodek je la ko ni....
nanti aku bagitau k”

…………………………………………………………………………….





waktu makan masing² diam jer,yelah tengah layan selera depan mata.Mata meliar sedikit melihat awek² yang lalu lalang.Kalau dah namanya lelaki,mestilah awek yang dipandang.Baik bujang mahupun laki orang,ada sedikit sifat pak belang.Ada yang berjalan bergaya persis model tapi ada sedikit gedik² disitu.Ada yang datang seorang jer,menunggu boifen barangkali agaknya.Ada yang sedang bermanja dan bermesra ditempat terbuka,tanpa peduli mata yang melihatnya.Bila dijeling diangkat kening,yang melihat pun dah naik pening...


“ko nak tapau tadi kan?
dah order belum?...”

“belum lagi,
aku nak tapau nasi ayam tu...
tapi aku tengok ayam tu terdedah,ada lalat doh...”

“aah kan,tu la aku tak jadi tadi,
so tak jadi la ni?...”

“tak jadi la..
takkan ak nak makan benda terdedah…
geli siot…”

“hahaha,ko cakap agak la sikit..
dengar tuan kedai nanti..
ko nak tau lalat tu la resepi rahsia..hahaha…”

“euww banyak lah ko..
weyh aku tak makan la benda macam tu…”

“yela² ak gurau je..
so tak jadi la tapau ni?...”

“aah la lain kali je la weh..”

“selamat duit aku,hehe..
lain kali tak ada la dah…”

“kedekut...”

“aku gurau je la,hehe..”
“lain kali k…”

“orait,jom la balik....”






…………………………………………………………………………….


Dalam kereta,


“ko kalau makanan terdedah ko makan tak?
rezeki tu je ko ada..”

“tak,kotor weh..
tapi darurat aku makan jugaklah,tapi sebaiknya aku elakkan…”

“okeh²,kalau awek pkai terdedah pulak ko tengok tak?...”

“tengoklah weh tu rezeki tu...”

“hahaha,sengal...”


TAMAT,
kisah sengal dua sahabat…
..........

kredit gambar dari 500px.com

*jalan cerita sedikit diubah dari dialog asal perbualan...

April 11, 2012

Chenta Oh Chenta...







Assalamualaikum,


Agak lama rasanya tak buat entri yang santai ni,selalu buat yang agak skema je.Nak buat entry santai pulak hari ini,heh.Berbalik pada cerita,nak tanya pernah jatuh cinta?kerana cinta anda jatuh,hehe.Tipulah kalau kata tak pernah jatuh cinta,sedangkan monyet pun pernah bercinta.Tak caya?tu cinta monyet tu,tulah dier,kehkehkeh..*okeh sengal...

Bila cakap pasal cinta ni mesti libatkan dua jiwa kan?bukan dua jiwa macam tajuk movie tu,tapi ini soal hati dan perasaan antara dua jiwa,ceewahh.Dah macam pakar cinta pulak,hihi.Bila hati dah dimiliki pastinya ada rasa kasih bukan?rasa cinta itu lumrah,fitrah bagi makhluk yang bernyawa.Tapi sejauh mana kasih dan cintanya pada seseorang itu perlu juga ingat jangan melebihi pada Pencipta.

Okeh,dalam Islam sendiri ada menetapkan garis dan panduan untuk memulakan perhubungan.Antaranya dengan bertunang dan juga kahwin.kapel?istilah kapel tak ada dalam Islam yang ada hanya tunang.Dari situ mulanya proses perkenalan diantara lelaki dan perempuan.Harus diingat tunang bukanlah tiket untuk lakukan yang agak sengal ubi,tapi lebih kepada kenal hati budi...hee

Fuhh,panjang pulak tulis ni kan.Bukan apa sekadar ingin bercerita.Pada arjuna yang mencari cinta usah sekali permainkan perasaan wanita.Wanita kalau dah sekali kecewa terasa amat sukar lupakan kisah lama.Kata orang,kalau dah diketuk dan hati dan dimiliki usahlah permainkan.Kalau dibuat jugak,sakitnya terasa amat pedih sekali.Jangan sekali bagi harapan andai diri tak mampu nak tunaikan.amboih,janji itu dan ini,tapi apa pun tak boleh..

Jadi mana yang dalam perhubungan tu,segerakan ikatan dengan pertunangan mahupun pernikahan.Benda baik perlu disegerakan barulah datangnya keberkatan.Jangan buat benda yang tak elok,ingat-ingat bila dah anak nanti barulah anak yang lahir nak berkualiti dan elok.Kalau dah bercinta pun terbabas dengan pegang-pegang itu dan ini,jangan salahkan anak nanti bila kita cakap dier tak dengar kata sedangkan kita lupa kita sendiri pun tak dengar perintah agama..

Okeh,jauh pulak rasanya melencong dalam cerita.Tu jer nak cerita,hehe.Adios,terima kasih sudi baca..

* Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.-Ustaz Azhar Idrus

April 08, 2012

Perang Dah Tamat?...Misi Damai








perang era baru mula tercetus,
bagai ledakan gunung berapi yang bakal meletus
sang anak kecil melihat dengan hidung yang berhingus
siapa yang perlu percaya seratus peratus

siapa yang menang siapa yang hebat
yang mana menang pastilah yang kuat
kucar kacir disini sana bikin jadi darurat
benarkah perang sudah lama tamat?

khabar diberitakan perang sudah tamat
berita gembira buat semua umat
yang tersurat hanyalah perang yang tamat
yang tak terlihat hadirnya secara tersirat

caranya kini sudah berbeza
tak perlu lagi susah angkat senjata
sang pejuang tak perlu beradu tenaga
perang psikologi ilham akal miranda

warna kulit sama bahasa juga sama
yang tak sama pada cuma hanya cara fikirannya
kenapa perlu cari pada perbezaan yang ada
sedangkan berpaksi pada satu kiblat yang sama

bukan soal siapa besar dia berkuasa
sedangkan ada yang lebih besar Dia di atas sana
hidup hanya sekadar singgahan sementara
lebih baik cari bekalan untuk diakhirat sana

perang bila mahu tamat
mahukan sepuluh jari bertemu dan berjabat
bukan bersalaman tapi hati penuh muslihat
selesaikan yang dah bermula berakhir dengan selamat

ayie@aie2012

April 04, 2012

Kejamnya!!!






Assalamualaikum,



Balik petang kerja terus buka muka buku,bagus jangan diamalkan ye.Selesaikan mana yang patut dan bukan muka buku yang diutamakan.Tengok notification penuh dengan tag dan juga jemputan,terasa bagai orang besar gitu,hehe.Berbalik pada cerita,sekali terpandang status dari rakan muka buku gambar bayi atau janin yang baru lahir dibakar macam ayam yang dibuat bbq.Tersentak rasa hati,betapa kejamnya manusia hari ini.

Sedihnya rasa hati,melihat bayi yang baru lahir diperlakukan sebegitu.Dimana hilangnya nilai kasih dan juga perasaan sayang pada diri?kenapa sampai sanggup diperlakukan sebegitu sekali.Kalau sebelum ni pandai nak berkasih sayang dengan dengan pakwe mahupun makwe,kenapa tak ada rasa kasih pada bayi yang baru lahir tu?sudah hilangkah kewarasan dalam diri sampai macam tu sekali dibuat pada bayi yang baru nak kenal dunia.

Kalau sebelum ni tak berfikir panjang sampai melakukan hubungan terlarang dan melakukan satu dosa zina janganlah pula dibunuh bayi yang tak berdosa tu pulak.Orang lain punyalah nak anak sampai berusaha bagai untuk punya zuriat,tapi ada juga manusia yang Allah dan berikan anugerah diperlakukan macam tu sekali.Kalau betul pun tak suka janganlah dibuat macam sampah yang tak guna.Gunakan medium yang ada,dengan beri pada rumah kebajikan ke.Ni sampai nak diperlakukan macam tu sekali terasa anda adalah manusia yang lebih teruk dari binatang tu sendiri yang lebih kasihkan anaknya sendiri.

Bertaubatlah selagi masih ada masa,jangan nak fikir seronok dan nikmat semata-mata.Masa suka seronok tak ingat dunia,bila dah terlanjur menyesal tak berguna.Moga Allah ampunkan dosa kalian yang melakukan perbuatan sedemikian...

*sedih

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates