March 20, 2013

Pesan Mama









Assalamualaikum...


adik anak mama
anak papa dan juga mama
memberi cahaya pada kami berdua
anugerah dari Yang Maha Esa

adik anak mama
pesan mama jadilah insan berguna
pada keluarga dan juga agama
pada bangsa dan negara

adik anak mama
kita punya agama
jadikan ia dalam diri selamanya
hadapi cubaan fitnah dunia yang penuh menggoda

adik anak mama
rencah dunia banyak cabarannya
berhatilah kamu dengan dunia
kerana dunia itu tak semua indah belaka

adik anak mama
jagalah adabmu pada orang tua
bukan hanya pada papa dan mama
agar ada terlatih dirimu menjadi insan berguna

adik anak mama
jagalah maruahmu tak kira dimana
jangan sekali cemarkan ia
tanpa ia hinalah jadinya

adik anak mama
ingatlah Allah walau dimana
solatmu haruslah dijaga sentiasa
agar imanmu tetap terpelihara

adik anak mama
takutlah kamu akan dosa
kerana neraka itu pedih azabnya
moga dijauhkan darimu wahai anak mama

adik anak mama
mama dan papa takkan selamanya ada
hanya satu pinta kami berdua
bila kami berdua tiada kirimkan doa agar damai kami disana

adik anak mama
jangan pernah kamu lupa
kamu juga akan menjengah usia tua
pesanlah nasihat ini buat anakmu juga


p/s:maaf buat kawan² yang tak jemu singgah sini,maaf sebab jarang update sebab sibuk dengan kerja..inshaAllah akan kerap update,dan takkan sekali berhenti menulis belog.. :)

March 10, 2013

Pakcik...



Pada suatu hari...






“adik,tolong pakcik boleh?...”


“inshaAllah pakcik,apa ye yang boleh saya tolong pakcik?...”


“ni ha,pakcik baru beli broadband ni tapi tak tahu pakai..ajar boleh?...”


“err boleh jer pakcik,meh saya tengokkan…”


“haa bagus,senang pakcik kamu nak tolong ajarkan..


tapi bukan ajar kat pakcik ler yer,ajar kat anak pakcik..Maklum ler pakcik dah tua,susah nak hadam..”


“ha,susah nak hadam?...”
sedikit keliru dan kedu


“tak,maksud pakcik,susah nak ingat..


slow ler kamu ni…”
penjelasan diberi,terkena aku.
  

“err…”


“boleh tak ni ajar anak pakcik?..”
soalan ditanya lagi untuk kepastian..


“boleh jer pakcik,ater mananya anak pakcik tu?..”


“ada tu ha dalam kereta,dia malu benor orangnya,pakcik ajak sekali tadi taknak…”
pakcik berikan penjelasan.


“err,perempuan ke pakcik?..”


“ater ada ker laki yang pemalu?..”
soalan dipulang dengan soalan.


“err ada,saya pun pemalu jugak…”
*senyum pada pakcik tu*


“bior benor kamu?...ater macam mana nak kawen?...”
kesitu pulak soalan pakcik ni bertanya.


“err…
*hanya tersengih*
  

‘sengih ye kamu,kejap panggil anak pakcik kejap..”


“err,okeh…”



********

“ha angah,kamu pergi kat pakcik tu,minta dia ajar kamu guna macam mana,kamu karang jangan tanya abah…tanya pakcik tu abih2…”


sambil tengok muka aku..


“err baik abah…”
jawab anaknya yang hanya aku kenal dengan nama angah.


“pakcik panggil aku?..”
monolog aku sendiri dalam hati



********


“yang mana ye awak tak tahu?awak buat saya nak tengok boleh?...”
sesi perkenalan lah sangat dengan anak pakcik tadi,eceh.


“yang ni,nak connect minta id dengan password macam mana eh?...”
angah bertanya.


“err,sape register benda ni?...”
bajet kontrol macho bertanya balik.


“abah kita la…”
jawapan diberi,ringkas.


“kena tanya abah awak,masa register ada bagi id,cuba tanya kot abah awak lupa…”
aku cuba berikan penjelasan.


“kejap,abah kat luar tu,tengah hisap rokok…”


“err okeh,awak tanya boleh?..”a
ku bertanya


“apa dia?...”
balasnya


“err awak umur berapa?pastu kenapa abah awak suruh awak panggil saya pakcik?sentap ohh rasanya…”
Tanya aku yang agak sentap tadi.


“haha,takde apa la awak..Saya umur 23,abah memang macam tu…
abah sajer nak tengok air muka awak macamana bila kena panggil 
pakcik…”
jawapan yang diberi,masih tak berpuas hati.


“err kenapa pulak awak?...”
Tanya aku lagi


“kalau saya panggil awak pakcik,takde la awak nak mengorat saya nak jelling ker,awak pun mesti jadi segan kan,abah taknak orang kacau anak dara dia..sambil senyum bercerita…”


“hah,..."
jawapan yang diberikan macam lain macam jer.



******

Pakcik tu masuk kedai balik…



 
“dah ke angah?dah tanya pakcik dah apa nak tanya..?.”
Tanya pakcik tu kat anak dia.


“dah abah..”
sambil tersenyum


“kamu tunggu kereta ye,abah nak cakap dengan pakcik ni jap…”


“okeh abah…”



******


“Adik maap ler ye,sajer pakcik nak sakat kamu tadi,panggil kamu pakcik…”
sambil tangan bersalam dengan aku.


“err takpe pakcik,saya okeh jer..
*padahal memula sentap,heh*


“sempoi ler kamu,kalau orang lain mahu dah berubah muka pakcik panggil macam tu..tapi pakcik tengok kamu sempoi…”katanya


“err..”


“terima banyak ye dik tolong pakcik,pakcik balik dulu…assalamulaikum!”
salam diberi sebelum keluar kedai.


“waalaikumsalam pakcik sambil tersenyum..
*bersalam dan berlalu pergi..*



-tamat-


***

Situasi terjadi kat kedai aku sebelum ni,kan sempoi  ada pak mentua macam ni suka gurau,hehe..

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates