March 22, 2020

Membina Percaya.

Membina Percaya.

ada satu hal yang kadang kau lupa,
bukan mudah untuk membina percaya,
membina ia mengambil masa lama,
fahamkan kau apa itu sebenar percaya?, aku menjarak untuk aku berjaga,
benteng aku bina untuk elak terluka,
namun kau datang aku robohkan ia,
dasar percaya aku bina ia terlerai punah segala,

aku sekuat cuba untuk membina,
namun pecahkan semudah kaca,
aku bangkit meski masih tak sempurna,
sakitnya perih kau torehkan luka,

sekali percaya aku genggam ia,
sekali terlerai percaya tak sama serupa,
membina kembali tak semudah mula,
atau lebih baik jika kau tiada,
.
@ayie_suhari

#yangselaluada

Pos Baru Weh...Haha

Assalamualaikum,

lama jugak aku tak menulis dekat kat sini,aku kirakan waktu boleh tahan bertahun jugak blog ni sepi..fuhh bersawang,haha.

terima kasih pada yang sudi menjengah pada entri ni ditulis,haha ada ke yang masih membaca blog aku ni?hehe..

inshaaAllah aku akan kembali aktif pada penulisan blog juga.Terima kasih kepada yang selalu ada dengan aku selama ini,dan tanpa jemu memberikan kata semangat buat aku.

mungkin blog ini genrenya agak bercampur,tapi aku lebih tekankan kepada tulisan santai dan tak terlalu skema mungkin kali ini?hehe mana tahu kan.

okay ini sajalah pos aku untuk pertama tahun ini setelah beberapa tahun,haha.

oh lupa aku aktif kat instagram tau,kot korang suka penulisan aku carilah instagram aku ayie_suhari.

okay tu saja kot penulisan aku,hehe..terima kasih membaca,sayang korang..hehe

June 25, 2015

Manusia



Manusia.

nama pun manusia,
ada hati ada jiwa,
punya jiwa untuk merasa,
berbagai emosi dalam jasad selagi bernyawa,

punya hati dan perasaan,
kadang sensitif orang tak perasan,
gelak suka girang tawa,
dalam terluka tak siapa duga,

itulah manusia,
uniknya manusia diciptakanNya,
hanya Dia faham akan setiap makluknya,
manusia faham tahu tapi tak selami sepenuhnya,

usah pelik lihat dia gila-gila,
kadang serius kadang derita,
manusia itu kompleks sifatnya,
kerana itu sifatnya manusia,
pemilik emosi berbagai rasa.

AS
25Jun15

August 26, 2014

Lambat.



Lambat.


"sesuatu yang lambat ni biasanya datang pada waktu yang tepat,jadi usahlah kau keluh kesah kenapa apa yang kau inginkan tak segera ditunaikan..."

August 25, 2014

Bahagia.




Ingin.


Bahagia,
semua ingin bahagia bukan,
sama juga aku kau dan dia,
tapi apa bahagia yang sebenarnya,
saat kau ingin bahagia dengan manusia,
ia datang dan pergi,
kadang tanpa alasan pun diberi,
lalu kau patah hati,
melayan hati sedih sendiri.

hey,
bangkitlah kamu,
usah duduk diam termangu-mangu,
sedang banyak yang lain menunggu,
buat apa dibawa hati yang pilu,
yang mana suramnya lebih dan sayu.

lihat,
dunia ini penuh warna kan,
banyak lagi dihadapan,
cuma kau yang perlu buka jalan,
bukan tutup pintu dengan halangan,
kau yang sendiri yang tentukan,
haluan jalan hidup ini dihadapan.

tunggu,
sejauh mana kau berlari,
usah kau mendongak terlalu tinggi,
lihat tunduk selalu ke bumi,
agar kau tahu realiti,
hidup ini memang selalu diuji,
Allah ingin menguji insan yang disayangi,
kerana tak mahu kau leka lagi.

lihat,
itulah BAHAGIA abadi.
Free Blog Theme and Templates