August 31, 2011

Merdeka Raya...

doodle google hari ini


Assalamualaikum...


Hari ini dalam sejarah,tahun 2011.Raya dan merdeka dalam masa yang sama.Pasti menjadikan sesuatu yang berbeza untuk tahun ini.Sedar tak sedar,dah 54 tahun kita merdeka.Terlalu besar pengorbanan pejuang terdahulu untuk memerdekakan negara,sanggup berjuang demi pertahankan tanah air tercinta.

Begitu peritnya hidup dizaman itu,nak makan apa pun susah.Ini bukanlah sesuatu cerita yang didongengkan,tapi belajarlah dari sejarah.Kerana sejarah banyak mengajar kita akan erti sesuatu kehidupan dan pengalaman.Dan jangan kita sesekali mudah lupa,kerana sejarah juga mungkin akan berulang.Bukan mudah untuk pertahankan kemerdekaan sesebuah negara,lagi-lagi dengan arus kemodenan sekarang.Kita sekarang tidak merasa apa yang mereka terdahulu merasa,jadi mungkin kita tidak menghargai sangat apa yang kita rasakan sekarang.Sekadar melaungkan merdeka bila tepat tarikhnya,tanpa memahami maksud kemerdekaan yang sebenarnya.

Merdekakah kita?apa yang kita fahamkan dengan maksud kemerdekaan itu?bebas dari penjajahkah?bebas untuk berkata akan sesuatu perkara?Tanya pada diri,apa yang kita fahami dengan makna merdeka itu sendiri. Jangan jadi seperti sesetengah golongan yang hanya bermain kata dalam bicara.Berkata yang pejuang terdahulu bukanlah perwira.Bicara bukan pada dasar politiknya,cuma berfikir sebelum berkata-kata,memikirkan pada mereka yang pernah melaluinya.

Membina persefahaman dalam sesebuah negara bukanlah satu perkara yang mudah.Semua ini mengambil masa untuk membina satu negara yang aman.Jadi hargailah apa yang kita kecapi,usah persiakan kemerdekaan yang kita ada sekarang.

p/s-ingat nak cuti dari post entri raya ni,tapi tengok blog sunyi jer..tu yg post,heh..(:

August 29, 2011

Syawal Ini...



Assalamualaikum buat teman sekalian...
Dikesempatan ini,pada yang mengenali diri secara realiti mahupun maya...
Dengan rasa rendah diri,ingin memohon maaf kepada semua rakan bloggers sekalian,sekiranya ada yang terasa hari,terkasar bahasa dlm menyampaikan sesebuah entri...
Maaf dipinta buat teman semua...
Blog pun akan sepi buat beberapa hari kerana menyambut hari lebaran...
InsyaAllah akan kembali dengan entri yang lain...
 Salam aiditfitri,maaf zahir & batin...



August 27, 2011

Kita Pun Kena Betul Juga...

 gambar sumber uncle google...

Heh,apa yang betul dan apa yang tak betulnya ni?tak ada apa.Sekadar bercerita dari pemerhatian yang tak seberapa.Sebuah keluarga memarahi anak-anaknya,supaya menjaga perlakuan dan budi bahasa dalam setiap tutur kata.Ada kebaikan yang dapat dilihat disitu,tapi ada salah dan silapnya juga dari pemerhatian aku.

"Biar betul?kan ke elok kalau berpesan pada anak-anak supaya menjaga tutur kata dan budi bicara dengan orang lain?Peliklah kalau kata tak elok..."

Sabar dulu,ada cerita disebaliknya.Mana salah dan silapnya?Dan ini kisahnya.Pasangan tua ini berpesan pada anak-anaknya supaya menjaga budi bahasa dalam tutur kata,tapi dalam masa yang sama pasangan ibu dan bapa ini sering juga bertikam lidah dan berbalah didepan anak-anaknya.Macam mana tu?Berpesan pada anak membuat kebaikan tapi pada masa yang sama ibu dan bapa ini tidak menunjukkan teladan yang sepatutnya.Bukankah kepimpinan itu juga melalui teladan?

Manakan mungkin anak-anak ingin mengikut jalan yang lurus jika pada contoh yang diberikan jalan yang bengkak bengkok.Anak melihat dari apa yang orang tuanya lakukan dan jangan sekali kita lupakan itu.Setiap dari apa perlakuan anak itu sendiri bermulanya dari rumah,dan anak itu juga mudah untuk terikut dari apa yang ditunjukkan dari orang tuanya,Kita apa yang kita tunjukkan,pemimpin yang baik pasti menunjukkan teladan yang baik juga pada orang sekelilingnya.

Ini adalah satu cerita,hanya dari pemerhatian diri dan pandangan peribadi dengan situasi apa yang berlaku.Hanya melihat dan tak berani untuk berkata apa,tapi hanya menceritakan dalam sebuah entri yang tak seberapa untuk sekadar renungan.Apa yang kita terlepas pandang.

August 24, 2011

Rabu Kedu... #10






August 21, 2011

Pesanan Buat Kaum Wanita...




Assalamualaikum...

Ini hanya sekadar entri sedikit maklumat yang ingin dikongsikan pada pembaca blog yang tak seberapa ni.Dan ia lebih ditekankan buat kaum wanita diluar sana,kerana apa?supaya lebih berhati-hati kemudian hari.

Apa isu yang ingin dikongsikan?seperti yang sedia maklum teknologi hari ini memanglah tersangat maju.Dengan adanya teknologi,ia memudahkan kita untuk melakukan sesuatu perkara.Tapi sedar atau tidak,ada juga golongan yang menyalah gunakan teknologi sedia ada.Pada yang menggunakan teknologi pada jalan yang bermanfaat,sama-sama kita dapat merasa kebaikannya.Tapi jika digunakan pada jalan yang tak sepatutnya?impak yang lain pula kita akan terasa.

Okeh,sebelum bercerita panjang ingin sekali lagi berpesan pada kaum wanita diluar sana supaya lebih berhati-hati semasa menggunakan tandas awam misalnya ataupun ditempat yang tak dijangka.Kenapa?sebabnya sekarang ni adanya kewujudan kamera yang bersaiz mini yang mampu dimiliki dan mudah untuk dibawa kemana sahaja.Tak siapa yang tahu apa yang dibawa itu adalah kamera bersaiz mini,kerana rekabentuknya sama seperti barang yang biasa digunakan.Salah satu darinya berbentuk pemetik api.

Seakan tak percaya bukan?percayalah sebab benda ini memang ada.Dan ada yang menyalah gunakan benda ini untuk tujuan yang tidak baik.Jika sekali imbas memang tak ada siapa yang tahu bahawa itu adalah alat perakam berkamera,tapi ada sedikit beza di bahagian hujung bawahnya iaitu terdapat kamera kecil untuk merakam video dalam bentuk resolusi gambar yang sangat jelas.Bukan itu sahaja,alat ini juga boleh merakam bunyi disekeliling juga dengan jelas.Kebiasaanya benda ini digunakan oleh golongan lelaki berhidung belang,untuk merakam sesuatu yang bukan-bukan.

Ini bukan entri untuk menakutkan anda,tapi cuma sebagai peringatan dan perkongsian buat kaum wanita diluar sana.Sekarang ni banyak teknologi yang disalah guna.Jadi apa yang perlu supaya lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling,dan perlu lebih peka terhadap sesuatu yang tak dijangka.

p/s:Benda ini memang ada,dan pernah cuba dari seorang rakan.Jadi berhati-hati.

August 19, 2011

Ini Yang Perlu Kita Risaukan...



Assalamualaikum...

Ini bukan isu politik untuk dibicarakan.Tapi masih banyak lagi hal yang agak besar untuk dibincangkan dari isu yang agak remeh temeh untuk diperbesarkan.Ini bukan isu menyebelah mana-mana pihak tapi sekadar pemerhatian,yang mana politik itu kadang agak menjengkelkan.

Teknologi dihujung jari,apa sahaja yang ingin disuarakan pasti akan tersebar dengan pantas dan meluas.Bukan sahaja dalam negeri tapi satu dunia dapat melihat dan ketahui apa yang kita sampaikan.Dan salah satu medium yang sedang berkembang sekarang adalah facebook.Ya,kebanyakkan kita hari ini masing-masing ada akaun facebook kan?baik akaun peribadi mahupun akaun untuk stalk orang lain.Tapi sedarkah kita di facebook juga ada kumpulan yang mengumpulkan golongan yang tak percayakan Tuhan?Mungkin ada yang tahu dan ada yang tidak.Kumpulan ini mengumpulkan golongan atheis dari Malaysia dan Singapura.Agak mengejutkan bukan?tapi tulah realiti.

Sebenarnya isu ini sudah lama,kalau tak manakan mungkin ada mufti sendiri menyampaikan kebimbangannya dalam isu sebegini dikalangan umat Islam hari ini.Bila kebebasan bersuara terlalu diagungkan inilah yang terjadi.Golongan sebegini menjadikan facebook sebagai salah satu medium dalam mencari ahli baru dan menyampaikan dakyah kepercayaan mereka.Hidup mereka ini,tidak percayakan Tuhan dan hanya berpaksikan pada fikiran akal dan logik dalam sesuatu keputusan.Kalau melihat pada yang menjadi ahli kumpulan ini bukanlah golongon yang cetek ilmunya,ada yang terdiri dari golongon bijak pandai.Tapi sayang,bila kepandaian itu hanyalah berdasarkan pada fikiran dan logik sains semata.

Kita harus sedar dan buka mata untuk golongan sebegini,berhati-hati dalam setiap perkara.Mereka sebegini diibaratkan seperti musuh dalam selimut,gunting dalam lipatan.Ia mungkin ada diantara kalian,memerhatikan setiap dari gerak geri apa yang kita lakukan.Ini adalah isu serius dan kita harus kembali bersatu dalam memerangi hal sebegini.Usahlah difikirkan warna bendera apa yang dipangkah,tapi fikirkan ini adalah untuk kesejahteraan ummah.Bersatu dalam hal sebegini,bukan apa risau bila melihat kita pada hari ini saling berpecah belah.Ada yang kata itu,dan ada yang kata ini.Agama yang sama,tapi saling bercanggahan pendapat antara satu sama lain.Bersatulah,selama mana kita mahu untuk terus tuding menuding?sedangkan ada lagi masalah yang lagi besar untuk dibincangkan.Fikirlah dan renungkan...

Bersatulah,pegang pada kalimah yang satu..

August 17, 2011

Wordless Wednesday #9





jom join kat sini.....

August 16, 2011

Dunia Semakin Tua...



Dunia semakin tua,saban hari ada sahaja cerita tentang bencana alam,pembunuhan,pepecahan dari peperangan dan maksiat yang makin bermaharaja lela.Dunia semakin tenat dan tidak mampu untuk menanggung akan segala derita.

Tapi sedarkah kita akan ini semua?adakah kita masih leka dibuai mimpi indah lamunan betapa indahnya dunia yang hanya sebentar cuma?Bangun dari lamunan,dari mimpi yang panjang.Buka mata,dan lihat disekeliling kita.Hidup kita untuk apa sebenarnya?sendiri atau utuk Maha Pencipta?lupakah kita pada janji yang pernah di lafazkan?hidup untuk jauhi dari segala kemungkaran?.Janji hanya sekadar janji,janji yang tak ditepati.Hanya mereka yang benar tahu akan ertinya hidup ini,mengerti dan menghargai dengan nafas dan jasad yang diberi.

Betapa rapuh kadangnya iman,leka dibuai mimpi yang indah dari mata yang terbuka.Tapi sebenarnya buta menilai akan sesuatu yang ada.Melihat dunia hanya sekadar bersuka sahaja,tanpa memikirkan dunia nun abadi disana.Kata menjauhi kemungkaran,hanya dari bibir yang diucapkan.Amalan jadi bekalan,dari apa yang kita lakukan.Usia kita semakin tua dari hari ke hari,begitu juga dengan dunia kita diami ini.Setiap apa kemungkaran yang kita lakukan diatas muka bumi ini,bumi semakin hari semakin merintih.Bencana alam dimana-mana tanda usianya semakin tua.Diminta kiamatnya agar segera tiba,agar hilanglah akan segala derita yang ditanggung sekian lama.Yang tanpa kita sendiri sedari,kita sendiri yang melakukan...

August 13, 2011

Macam Biasa Bro...!





Macam biasa?apa yang macam biasanya?tajuk entri macam bagus jer,heh.Hari ini macam biasa lah,melakukan rutin kerja harian seperti yang diarahkan.Dah namanya pun staff kan,jadi apa yang orang atas suruh kena lah aku buat.Dan macam biasa,aku pun suka buat kerja luar ni,rasa okeh sikit dari duduk terperap dalam kedai main fesbuk bila tak ada kerja.*kantoi.kalau bos baca..heh*


Aku diberikan tugas untuk pergi ke pejabat lain untuk melihat masalah yang dihadapi pelanggan aku.Godek sana dan godek sini,masalah pun selesai.Dan aku pun nak balik lah kedai,rasa macam awal jer masuk kedai balik.Nak mengelat tak boleh,sebab nama pun kerja kan.Jadi aku pun buat kerja lain macam biasa,lepas tu aku kena check masalah lain pula.Lepas tu,aku kena pulak pergi ke satu tempat ni.Dan macam biasa,aku yang bajet macam pro buat kerja pulak jenis nak cepat jer memanjang dengan tanpa rasa bersalah segan dan silunya,aku pun masuk pejabat orang tanpa ketuk pintu dulu.Dan,dan...apa yang aku jumpa?kita sambung rangkap bawah ye,heh..;p


Dan apa yang aku jumpa, seorang lelaki dan perempuan yang hanya.....


Sekadar bersembang jer,jangan fikir yang bukan-bukan ye,heh.Tak salah bersembang,cuma apa yang kurang enak pada aku yang melihat apabila adanya aksi manja-manja macam ni.Dan aku yang hanya sekadar tunduk dan mendengar jer apa yang aku dengarkan,dan mereka pun tanpa pedulikan aku,adegan drama romantis diteruskan.Aku pulak yang jadi malu dengar gedik-gedikan manja tu semua.Bayangkan,dalam bulan Ramadhan,meskipun yang kita tahu yang syaitan ni semua dah kena ikat,tapi ingatlah ada sesuatu dalam diri kita yang agak sukar untuk dikawal.Apa dia?itulah nafsu.


Bersangka baik,dan sekadar cuma berpesan.Mana yang lelaki dan perempuan,jagalah batas dalam setiap pergaulan.Jangan semua nak main redah jer,kalau iman kurang didada bermacam perkara yang tak terduga akan terjadi.Lagi-lagi yang wanita,jagalah maruah tu sebaiknya.Dan jangan sekali mudah dan cair dengan apa yang diucapkan dari kata seorang lelaki.Dan ini tak bermaksud aku sebagai penulis lelaki,korang yang bernama wanita@perempuan ni tak percayakan aku pulak.Cuma sekadar bercerita dari pengamatan sekeliling aku yang aku perhatikan..;)

August 10, 2011

Wordless Wednesday #8...




Hanya gambar yang menceritakan segalanya...



Wordless Wednesday #WW di facebook

 Official blog di sini

August 08, 2011

Wah! Untunglah...



Sekarang rancangan hiburan dikaca televisyen semakin meriah.Bak kata orang,macam-macam ada.Yela,baik dari rancangan untuk kanak-kanak kecil hingga pada rancangan hiburan untuk warga tua.Rancangan itu ditaja dan rancangan ini pun sama.Wah untunglah,itu yang jadi meriahnya rancangan semacam ini dikaca televisyen.Ada sahaja penaja bagi rancangan sebegini.

Bila buka siaran ni,ada rancangan realiti jenis yang macam ni,buka siaran yang tu pun sama juga.Banyak sungguh bakat terpendam yang masih dipendam orang kita ni,jadi dengan adanya rancangan sebegini tak perlu risau lagi.Semua boleh turut serta,baik kanak-kanak yang masih baru mengenal dunia,anak remaja yang dewasa dan juga rancangan untuk orang yang meniti usia tuanya.Masing-masing tunjukan bakat yang ada.Yang masih bersekolah pun sama turut serta,ilmu dan pendidikan jadi nombor dua.

Secara sedar atau tidak,terlalu lama kita di didik dengan rancangan itu dan ini.Ilmu yang lain diabaikan dan dilupa,mengejar dunia semata-mata.Bulan Ramadhan baru kita disajikan dengan lagu-lagu ketuhanan dan berbentuk keIslaman.Masakan lagi 11 bulan?kita dibuai dengan santapan yang agak mengasyikkan.Bukan nak kata hiburan itu langsung tak dibolehkan,tapi cuba kita perhatikan,boleh dibilang berapa sangat rancangan yang berbentuk ilmuan.Sedangkan rancangan berbentuk hiburan boleh kata ada sahaja bakat yang ingin diketengahkan,tiap bulan ada sahaja konsert disini sana.

 Bukan berdakwah atau saling menyalahkan antara sesiapa,cuma mengajak merenung buat seketika,dimana arah tuju kita.Dunia semata atau destinasi kita yang kekal disana.Diri ini bukanlah insan yang sempurna,juga banyak melakukan salah silapnya.Apa yang dapat,perbaiki mana kekurangan yang ada dan saling berpesan sesama insan.







August 06, 2011

Blog Terjahan Kesayangan Hamba...

Kalau nak diikutkan aku masih baru dalam dunia blogging ni.Mula menulis pada bulan Febuari tahun ini.Sebab apa aku berblog?konon merajuk dengan seseorang di fesbuk ,lepas tu aku pun bukalah akaun blog ni.Dalam tempoh selama beberapa bulan ni berblog,banyak juga ilmu yang aku dapat dari rakan blogger yang lain.Dah bermacam jenis blog diterjah,yela kira blogger ni kan ada berbagai ragam.Ada yang menulis entri tentang sesuatu perkara dan ada yang menjadikan blog sebagai salah satu diari maya untuk dikongsi dengan pembaca.


Dan hari ini,aku nak kongsikan blog yang selalu aku terjah walaupun kadang-kadang tuan blog jarang post entri baru.






1-Blog ukhti nazihah,


 


-Sesuai dengan tagline diblognya "Membina Hati Bahagia" ,banyak perkongsian ilmu yang dikongsikan penulis untuk dibaca.Pengisian tidak terlalu berat dan satu blog yang sangat bagus dikongsi.Dalam kita berblog,harus diingatkan kita juga perlu saling berpesan-pesan antara satu sama lain.Berblog sambil memberi ilmu pada yang membacanya.




2-Blog nawal addina@nur athirah




 


-Blog nawal addina@nur athirah,selalu singgah ke blog ni.Blognya ringkas dan apa yang disampaikan dalam blog ini juga menarik.Penggunaan entri dialog yang lain dari blogger lain sampaikan dalam setiap entri.Walaupun masih muda,tapi penulis mempunyai bakat yang besar dalam bidang penulisan.Pada yang suka baca novel tu boleh singgah blog ini,ada novel hasil dari penulisan tuan blog itu sendiri iaitu "Sweet 17".




3-Blog Cik Ayuni




 




-Blog seorang sahabat dari Ipoh.Cerita tentang kehidupan penulis sehari-hari.Bukan sekadar cerita,ada juga diselitkan dengan pengajaran dari sesuatu cerita.Bak kata ada cerita disebalik cerita.*hehe*..Jom terjah..




4-Blog Fya Pelangi




 


-Ha,yang blog ni istimewa.Nak tahu kenapa?sebab baru-baru ni aku jadi follower bertuah dari blog ni.Dan tuan blog iaitu fya juga ada review kan blog aku yang tak seberapa ni.Dalam blog ni ada macam-macam selain dari entri.Selain tu blog fya juga ada menerima tempahan untuk mengedit blog dengan harga yang murah.Comel juga tengok hasil edit dari fya ni.Berminat?jom singgah ke sana..;)




5-Blog Amna


 

-Seorang guru pelatih,pertama sekali jumpa blog amna ni masa Wordless Wednesday,banyak cerita dan ilmu yang bermanfaat dikongsi dari penulis.Jom singgah ke sana ok..;)




August 05, 2011

Saya Nak Minta Claim Lebih...




Situasi...

"Berapa rm pendrive ni ye?.."

"Harga dalam rm20 lebih encik..."

"Okey,jadilah..tapi nanti bil buat harga rm40 lebih ye..Nak minta claim lebih sikit,penat kot berjalan beli barang ni.."

"Err.."



Ada sesiapa diantara kita yang pernah alami situasi macam ni tak?beli sesuatu kemudian minta untuk dibuat harga lain dari harga yang asal.Situasi sebegini selalu terjadi dalam urusan jual beli barang.Harga barang yang sepatutnya murah tapi kemudian dinaikkan harga dengan diadakan resit kedua.

Tujuan dibuat sebegini adalah untuk mengambil upah apabila dikirim untuk membeli sesuatu.Situasi ini, kalau dilihat agak remeh,tapi kalau difikirkan secara lebih halus,wajarkah perkara sebegini dilakukan?satu penipuan dan pengkhianatan berlaku tatkala kepercayaan diberi oleh seseorang buat kita.Membuat satu tuntutan yang bukan milik kita,dan memakan sesuatu yang bukan dari hasil sendiri.Hanya mengambil untung diatas angin dari orang yang tidak tahu apa-apa.Dan mengambil mudah amanah dari apa yang yang diberikan oleh orang lain kepada kita.

Tahukah amanah itu terlalu berat untuk dipikul?apa yang kita lakukan dan itu yang akan disoal kelak.Jangan sekadar memikirkan soal untung dan ingin mengambil jalan mudah dari apa yang dilakukan.Tapi fikirkan kesan jangka masa panjang dari apa yang dilakukan.Dalam situasi ini,dua orang memainkan peranan.Yang memberi dan menerima.Dua-dua sekali memainkan watak dalam satu cerita.

Sesuatu yang bukan hak kita usahlah diambil dan dijadikan hak kita.Masing-masing tahu akan hukumnya.Halal dan haram kena dimabil kira sebab itu akan ditanya dialam sana.Mungkin didunia lepas dari mata kita manusia,tapi harus diingatkan Allah memerhati akan setiap perlakuan hambaNya tika didunia...



August 04, 2011

Sekadar Bacaan...



Masa dekat sekolah tadika dulu dan sekolah rendah ustazah ada bertanya macam mana kita nak dapat pahala apabila kita dah tak ada nanti?masa tu budak-budak lagi dan masih belum jauh untuk berfikir dan masing-masing sekadar berpaling dan bertanya pada satu sama lain.Ustazah ada mengatakan...

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda "Apabila seseorang manusia meninggal dunia, maka putuslah amalannya, melainkan tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya."

(Diriwayatkan oleh Muslim)

Ya,sedekah amal jariah yang dilakukan semasa hayatnya kita didunia.digunakan pada jalan yang bermanfaat dan berfaedah.Kadang-kadang kita sebagai manusia ni agak lokek untuk melakukan sesuatu kebajikan.Tapi jika digunakan pada jalan pembaziran,amatlah mudah kita lakukan.Sekadar peringatan pada diri,kadang diri juga selalu begini.Perkara yang sia-sia senang untuk dijadikan ikutan,tapi kebaikan selalu dilengahkan. 

Ilmu yang bermanfaat,kadang-kadang diri takut juga nak menulis sesuatu yang bukan-bukan.Kadang kita tak duga,apa yang kita tulis dan sampaikan kadang melukakan hati orang lain dan membuatkan pada yang membaca terasa tersinggung.Pernah membaca dalam sebuah blog ni,ada menyatakan.

"jika satu hari aku mati,apa yang aku dapat berikan pada pembaca aku?aku tak mahu dosa-dosa aku memburukkan orang lain akan menjadi satu beban untuk aku bila mati nanti.."

Jadi,kita renung-renungkan samada kita menulis untuk berpesan pada kebaikan atau menulis untuk menjatuhkan orang lain dan menjadi beban untuk kita dialam sana nanti...

Doa anak yang soleh yang mendoakannya,didikan agama juga amat penting.Hanya doa dari anak-anak yang soleh yang mendoakan kedua orang tuanya apabila dah tiada nanti untuk dijadikan bekalan untuk disana nanti.

Sebenarnya ada banyak cara lagi,kalau ada yang nak tambah boleh komen untuk perkongsian sesama kita.Saling mengingati antara kita,berpesan kearah kebaikan..

August 03, 2011

Wordless Wednesday #7


:)

August 01, 2011

Salam Ramadhan 1 Syawal 1 Ogos....

  kredit gambar dari sini...

Alhamdullilah masih lagi bernafas diri ini untuk melaksanakan salah satu dari 5 rukun Islam yakni berpuasa di bulan Ramadhan.Dan tahun ini aku bergelar seorang blogger pada bulan puasa ni,*haha*.Okey,gurau.Banyak sebenarnya kenangan yang mengingatkan aku kembali pada kenangan masa lalu yang banyak kebetulan berlaku pada bulan Ramadhan.Terkenang-kenang pula bila masuk bulan Ramadhan ni,*heh*


Okey,jauh aku menyimpang dalam menyampaikan mukadimah entri dalam bulan Ramadhan ini dan juga bulan baru bulan Ogos.*hee*..Mengapa kita berpuasa?dan apa erti sebenarnya puasa itu?kalau dirujuk kembali pada makna puasa itu sendiri ialah menahan diri dari perkara yang membatalkan puasa dari terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari baik iaitu dari makan dan minum,mahupun dari sifat nafsu amarah yang ada dalam diri.


Selain itu juga kita tahu yang berpuasa ini juga baik segi kesihatan,yela dalam masa sebelas bulan dalam setahun ni kita asyik makan dengan itu dan ini.Dan perut kita ni nak juga berehat dari bekerja lebih dari bulan-bulan sebelumnya.Banyak sebenarnya  kebaikan berpuasa ni,dan ini semua ada sebab musabab tersendiri yang membawa kita lebih mengenali Maha Pencipta kita.

 kredit gambar dari sini..

Selain itu juga kita dapat menginsafi diri,yang dalam kesenangan kita ni ada juga yang kurang bernasib baik .Ada juga yang menjadi mangsa kebuluran akibat kekurangan makanan,tapi bagi kita yang hidup di Malaysia ni rasanya mewah dengan bermacam jenis makanan.Tak percaya?lihat sahaja bazaar ramadhan,berbagai juadah yang dijual untuk berbuka.Bak kata,macam-macam ada.Jadi sekadar peringatan juga pada diri,agar kita sama-sama dapat menginsafi diri dan perbetulkan mana yang kekurangan.Bulan Ramadhan bulan keberkatan,bulan yang lebih baik dari seribu bulan.Jadi sama-sama kita rebut peluang yang masih ada.Mencari redha dari Yang Esa.

p/s-Sempena bulan Ramadhan ini,diri mengucapkan salam ramadhan dan mohon kemaafan andai diri sepanjang berblogging ini ada tersalah kata,tersalah bicara tak kena gaya penulisannya mohon dimaafkan.Penulisan datang dari pengalaman dan pengamatan dari sekeliling untuk renungan bersama...;)..Peace!!heh..
Free Blog Theme and Templates