Dalam beberapa minggu yang lepas dan juga minggu ni masih juga terasa bahang kepanasan dengan apa yang berlaku baru-baru ni.Masing-masing punya pendapat dan juga pengikut masing-masing.Melihat setiap blog yang sempat disinggah,masing-masing saling bertelagah antara satu sama lain.Ada yang katakan itu dan ada yang katakan ini.
Dan aku melihat situasi ni seakan berpanjangan.Bertelagah dan dan saling berpecah belah.Kita sesama kita,satu negara dan satu agama.Ada yang menggunakan kata-kata yag berbau makian dan cacian.Ada juga yang menggunakan cara yang lebih berhemah dalam menyatakan pendapat dan hujah.Berbeza pendapat dan fahaman menjadikan kita ada yang berpecah belah.Ada yang bermasam muka dan saling tak bertegur sapa disebabkan oleh fahaman berbeza.Pelik,tapi itulah kenyataan.
Berbeza pendapat itu perlu,tapi usah sampai berpecah belah.Kita punya agama yang satu,Allah yang satu.Tapi kita bertelagah hanya kerana berbeza fahamannya.Walaupun kita berbeza pada fahamannya tapi kita juga diajar untuk mengunakan pendekatan yang lebih baik,bukan dengan emosi.Api jika dilawan dengan api makin besar pula jadinya,Jadi berbincang dengan sebaiknya.Kerana itu yang telah diajarkan pada kita.
Dunia semakin tua,kita semakin alpa dan leka.Sedangkan syaitan takkan pernah lupa untuk memecahkan silaturahim sesama kita.Jadi bersatulah sesama kita.Lupakan sengketa yang ada,bukan untuk sesiapa tapi demi agama tercinta.
p/s-aku buat entri ni sebab ada kawan yg bermasam muka sebab berbeza pendapat tentang baru-baru ni..