*gambar ihsan google*
Assalamualaikum,
Satu petang yang kelihatan agak mendung di langit menandakan hujan bakal turun membasahi bumi dan juga
Dalam hati kecil mula membisik
“kan bagus kalau aku ada kereta,tak payah la aku susah nanti kena hujan …” tapi apakah daya kerana itu hanya sekadar bisikan hati berkata jer,heh.
Hati mula keluh kesah dan bertambah gelisah melihat rintik hujan mula kelihatan.Hati mula berbicara sendiri lagi
“Manalah rakan sekerja aku yang sorang ni,tak masuk kedai dari tadi.Tengok hari dah gelap semacam,nanti aku juga yang susah basah kena hujan…grr!..”mengeluh aku sendirian lagi.
Sedang aku asyik melayan muka buku sambil menunggu rakan yang seolah tak nampak jalan pulang tersesat dalam terang,bagai menunggu kelapa jatuh menyembah ke bumi.Tiba-tiba,kedengaran pintu kedai ditolak,Kepala sedikit diangkat menjenguk untuk melihat siapa yang datang.Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang agak kusyuk bermain telefon bimbit masuk dan akhirnya,aku menarik nafas lega.
“Akhirnya,masuk jugak budak ni,grr!tanda tak puas hati kerana lewat...”bisik hati kecilku lagi.*nampak sangat aku suka bermonolog sendiri*.
Tanpa membuang masa,kunci motor aku capai dari atas tempat simpanan topi keledar,Dijengket-jengket kaki sambil tangan terus meraba mencari mana letaknya kunci motor tadi.Akhirnya bertemu juga,setelah naik kerusi untuk mencari.Ya,kependekkan aku terserlah disini semasa ingin mencari barang ditempat tinggi.Sebelum balik,sempat aku berpesan pada rakan sekerja yang seorang ni apa kerja yang patut disambung sambil bergaya mengalahkan akulah bos caranya.Kepala ditunduk sambil mengangguk tandanya faham.
“Jangan lupa weyh…”kata ku lagi.
“Yelah…” menunjukkan jawapan tanda yang ia betul-betul faham.
Aku bergegas berlari membuka pintu kedai.Renungan mata pantas melihat lori khinzir melintas didepan mata.Seketika selepas itu,aroma yang kurang enak menusuk lubang hidungku.Agaknya inilah yang dinamakan
Namun kaki tetap jua melangkah setapak demi setapak,menuju ke arah kuda biru atau dikenali juga motor aku.Tapi langkah seakan terhenti terpaku dan lidah bagai kelu melihat sekumpulan gadis ala-ala pasukan sorak bergelak tawa dan bertepuk tampar sesama mereka.Bila melihat aku yang pada ketika itu bagai kaku dan diam kedu tak tahu mana nak tuju.Mereka juga diam sambil melihat aku bagai makhluk asing barangkali didepan mata mereka.Aku?semestinya aku menjadi malu,segan dan seumpamanya.Ya segan,itu kelemahan aku.Aku segan bila ada perempuan yang melihat aku yang jumlahnya lebih dari satu.Dengan tak semena-mena muka seakan menjadi merah dan sifat kelam menjadi salah satu tabiat aku bila jadi tak menentu.Ya,sejujurnya aku malu dengan perempuan.Itulah kelemahan aku yang tak semua orang tahu.*sekarang semua tahu = =''*
Mereka melihat aku yang dah tak menentu.Kaki aku yang pada mulanya bergerak melangkah ke depan dengan perlahan patah semula ke kedai untuk mengelak untuk bertemu gadis-gadis itu.Setelah mereka melihat gaya aku yang mungkin agak pelik,mereka tertawa dengan kuatnya.Aku?hanya mampu mengintai dari dalam kedai melihat mereka.Hujan rintik membasahi bumi,aku pula tak balik lagi.Rakan yang dari tadi duduk perhati,apa kenalah dengan aku ini.Mujurlah gadis-gadis itu takut juga dengan hujan,jadi mereka pun meninggalkan tempat berkumpul tadi.Aku yang melihat mereka yang dah tak ada,pun sama terkejar mengejar masa untuk pulang ke rumah.Membuatkan rakan yang tadinya jadi terpinga-pinga.Sesudah pulang ke kedai barulah diceritakan apa yang berlaku dan diiringi gelak tawa setelah mendengar cerita aku.
“hampeh…”hanya itu yang dapat aku katakan bila diketawakan.
Okeh cerita ni memang betul terjadi dan tu salah satu dari kelemahan dari dulu sukar untuk ditepis.Minta pendapat semua,macam mana nak tingkatkan keyakinan diri ni bila nak bercakap dengan perempuan?Kalau sorang dua boleh lagi kawal rasa malu ni,tapi kalau ramai memang jadi tak menentu.Rasa kelam tiba-tiba tu mesti datang balik,jenuh juga nak hilangkan perasaan ni.Ada cara apa-apa tak untuk atasi masalah ni?.Kalau dibiarkan lama macam ni,jenuh ohh.Cuba bagi tips sikit hilangkan segan dalam diri ni. = =''…






