May 08, 2011

Wanita Tua Itu...





Sebuah basikal yang sungguh banyak berjasa pada tuannya,seorang wanita yang kini sudah berusia.Basikal yang digunakan bagi mencari rezeki,keluar dikala sudah subuh pagi.Mencari rezeki untuk anak tunggal lelaki,yang seorang cuma dalam hidupnya.


Basikal itu dikayuh dengan perlahan,dengan kudrat seorang wanita.Apakah daya itu sahaja kemampuan yang ada,basikal itu dimanfaatkan dengan sebaiknya.Mengayuh basikal itu dengan kearah destinasi yang dituju.Bekerja sebagai pencuci di sebuah pejabat.Katanya biarkan kita susah tak apa,asalkan mencari yang halal rezekinya dalam hidup kita.


Wanita tua itu begitu gigih,mencari rezeki yang ada.Segala kesusahan dan derita ditanggung,tapi masih mampu untuk tersenyum.Ada banyak cerita dalam hidupnya,sebagai yang dulu usianya mengajar anak yang ada erti sebuah dunia.Kesusahan tak membataskan segalanya,kerana selagi ada usaha,lakukan apa yang terdaya.Kudrat yang ada dikerahkan,itulah hebatnya wanita tua ini.


Tidak cukup dengan satu pekerjaan,wanita tua itu mengambil upah yang lainnya.Bekerja tanpa mengenal erti penat yang ada.Kagum bila melihatnya,betapa hebatnya diri yang cuma seorang wanita.Kewajiban dan tanggungjawab sebagai ibu,mendorong dirinya untuk berusaha lebih demi anak yang tercinta.Baginya,anak itu adalah segala.Dan begitu juga dengan anaknya,begitu kasih dengan ibunya.


Kini wanita tua itu sudah tidak bekerja,dan anaknya kini sudah dewasa. Mengerti akan kepayahan wanita tua itu dalam mencari rezeki,tanggungjawabnya kini berubah ganti.Melakukan apa yang terdaya,selagi jasad anak masih bernyawa,walaupun tahu pengorbanan wanita tua itu sungguh besar nilainya..

Bersyukur padaNya masih punya ibu yang satu,maafkan kesalahan dari anakmu.Ibu tetap selalu dihatiku,kerana dirimu adalah cintaku.Selamat hari ibu...

10 comments:

ayuni said... BALAS

segala penderitaan ibu berbaloi tatkala anak tahu asal usul kehidupan.tahniah buat ibu yg berjaya mendidik anak itu.tahniah buat anak juga. selamat hari ibu. :)

aiEz said... BALAS

miss silent-^^,terima kasih,selamat hari ibu juga..:)

Izyan Masri said... BALAS

KITA BUAT APA PON TAK BOLEH LAWAN JASA MAK KAN.LEBIU MAK.:D

aiEz said... BALAS

izyan-betul tu,terlalu besar apa yg dilakukan dan tak mungkin mampu untuk dibalas..^^

MiZz ShINcHaN said... BALAS

sob... sob... betapa besarnya pengorbanan seorang ibu... I love my mom so much... :)

aiEz said... BALAS

mizz-yup,sangat besar dan tak terbalas..^^

Penyu said... BALAS

selamat hari ibu !!!
pada ibu ibu sekalian :)

aiEz said... BALAS

Penyu-selamat hari ibu juga,esok lusa dan seterusnya..^^

Farhana Jafri said... BALAS

pngorbanan si ibu dh trbalas.. kem slam kat mak ea.. hik3

jemput singgah ANASAURUS :)

aiEz said... BALAS

farhana-insyaAllah..anak maknya tak ada ke?hoho..^^

Free Blog Theme and Templates