Assalamualaikum
Suasana di subuh hari,sunyi dan sepi.Azan subuh sudah lama berkumandang,namun masih ada yang lena dibuai mimpi panjang.Setapak demi setapak kaki melangkah,berjalan menuju ke laman rumah.
Duduk seorang ditepi parit,sesekali masih terdengar bunyi cengkerik.Merbah berterbangan dengan perlahan,terbang seekor mungkin mencari teman.
Hari baru untuk hari ini,dan diri masih bernafas lagi.Alhamdulillah,masih lagi diri bernafas untuk sehari lagi.esok masih misteri,mati?itu adalah pasti.
******************
Betapa singkatnya waktu,memang cepat masa berlalu.Kalau dulu kanak² lagi,sekarang dah boleh nak jadi suami,eh?heh.Masih tak mampu untuk terima realiti,tapi mana nak lari?itulah kehidupan duniawi.
Selama hayat dikandung badan,berapa kali muhasabah diri buat renungan?insafnya hanya seketika,esok lusa kembali lupa.Beringat hanya sekejap,itupun hanya setelah puas bercakap dan berucap.
Malu,dan terus tertunduk malu.Seakan kedu dan diam seribu.Islam itu agamaku,Allah itu Tuhanku,dan Muhammad itu adalah Rasulku.Mengaku akan semua itu,tapi adakah tindak tanduk selari seakan irama dan lagu?
Jauh terasa diri telah tersasar,dari landasan hidup yang sebenar.Kadang selalu terleka dan dibuat lupa,sedangkan Dia tak pernah sekali melupakan kita.Selama mana nafas diberi untuk dihirup,renungkan dan jangan lupa untuk apa kamu hidup...
*Sekadar nukilan buat renungan,ingatan diri dan juga kalian.
34 comments:
pantas masa berlalu. banyak mana je masa yang kita luangkan untukNya. kerdil je diri kita ni kan. walaupun kadang2 kita lupa, Dia masih sayangkan kita. masih beri kita peluang.
Bila Hati Berbisik
selama masih di beri kesempatan menghirup udara yang nyaman, maka sentiasalah usaha memperbaiki diri.
uiyooo suka entry ni... ^_^
seronok di baca pagi2 macam ni..
bnyk pyampaiannye.. =)
hidup dengan matlamat dan tujuan yang satu...menghambakan diri kepada-NYA.
kesedaran yg dtg itu mahal harganya..
tggl lagi untuk berubah.. berubah pada yg lebih baik..
thanks aiez for this..
=}
sentiasa cuba untuk baiki diri kita..
Kita sentiasa terdedah kepada dosa, maka setiap masa kita kena perbaiki diri lagi dan lagi..
syahdunya.. T__T
insha-Allah, starting from now on, we start with a new wish and leave all the unwell actions :')
P/S: agak lama arisha tidak berkunjung kesini...:) sihat aie?
terima kasih aieremindkan kami...namun hati ttp mahu bebalih lagi...oh itu sudah pasti...pastikan iman hakiki...weee
lama gila xupdate ><"
masa memang cepat berlalu, kadang2 rasa macam taknak ia berlalu. tapi ia berlalu juga. nak plak time masa berjalan tu..banyak bnda yang masih tak tercapai.
Nice entry Ayie..
Buat renungan kita bersama..
akan sentiasa untuk memperbaiki diri ini..Insyallah..
ita@yup betul tu,Dia takkan sekali pernah lupakan kita,selagi nafas masih ada,takkan sekali Dia lupakan kita...:')
Iskandar@tajuknya?sedap jugak tu,^^
etong@insyaAllah,sama2 kita ye..:')
nani@err,terima kasih nani...
PCL@betul sangat PCL,insyaAllah takkan lupa,terima kasih PCL..:')
FM@sama2 FM,kita berubah pada yg lebih baik...:)
Phat@yup sama2 kita bro...:)
yousof@begitu banyak dugaan dan cabaran hidup,sama2 kita sahabat..:')
cekbolat@err...
arisha@sama2 lakukan perubahan,bermula sekarang..:)
sihat alhamdulillah,terima kasih arisha,^^
zila@sama2 kita zila,wah sama tu ayat,hehe..yup,lama sangat bawak diri melayan jiwa..ewahh..
namee@yup namee,terlalu pantas...tak terkejar,sebab tu kena lakukan sesuatu selagi nafas masih ada...:')
sislily@terima kasih akak...:')
sama2 kita akak..
peringatan utk adwa yg kadang lupa tujuan hidop ini utk apa..klu x selalu diingatkan mmg lupa
tp Allah x penah lupa umatnya,pecinta setia doa umatnya yg x pernah lupa memohon padanya :')
sebab tu laaa kite kena ingat-mengingati antara satu sama lain..
mmg cepat masa berlalu..diam x diam dah dewasa kita..hihihi..byk tanggungjawab dah lepas nih..kan =)
adat manusia selalu alpa..
sama-sama kita saling mengingati, n berubah ke arah kebaikan.. InsyaAllah. =)
Salam,
Kita insan yang serba lemah. Kita teruskan usaha kita mendekatiNYA.
Tertinggal bas... br sampai dr kampung :)
bagus doe penulisan kau ;)
dah lama tak singgah sini.
masa, tukang cemburu #1 di dunia..
hmm...btul..nyawa kita pn milik Allah
masa sentiasa berjalan
errr... senyap je... sakit ke ayie?
masa memang pantas berlalu. tanpa sedar. yang penting kena sentiasa wasatiah. muhasabah diri. perbaiki mana kurang. dan lupa cinta pada Nya. =)))
berlalunya masa memang semakin lama semakin pantas
P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2
http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html
Dan aku adalah si pendosa yang tidak sedar diri diuntung.
syahduu
syahduu
nice awak...:')
moga kita semua masih di landasan yg betul...
true :) baru rasa macam semalam je habis pmr. tup tup sekarang dah masuk puluhan tahun. masa yang berjalan dah tak terasa lamanya.
masa terasa cepat..20 tahun dulu baru tadika je.maen2 lari2 dgn kwn2..xde pon nak pk pape..urmm~
luv,
cik ana
Post a Comment