August 01, 2012

Manja Ke?Korang?...




Assalamualaikum






Tuttt tuttt tuttt...menunggu talian diangkat...

"Hello..."

"Mak,tengah buat apa tu?..."

"Tengah basuh kain,kenapa call mak ni?..."

"Err sajer call,shoyue(nama kucing,haha) tengah buat apa?
dah makan ke?..."

"Ada tu,baru lepas makan..
tengah dok tersadai kat pintu..."

"Err okeh,mak da lah eh..aie ada keje nak buat..
kalau aie balik lambat mak tunggu je la eh,balik rehat tak tau pukul berapa hari ni..."

"Kenapa balik lambat?banyak keje ke?..."

"Aah,ni sajer dok kejap,pening kepala tengok banyak sangat..."

"Kalau tak larat,dok rehat dulu..
jangan tertekan sangat..."

"Err okeh,tak ada apa.."
sambil senyum..

"Okeh,balik nanti elok²...
jangan nak cepat sangat..."

"Err baik mak..."
 
Talian diputuskan...


........................................





selesai sudah borak dengan mak tadi,aku duduk rileks sekejap dan bangun pergi belakang basuh muka bagi segar balik...rasa sangat lega walaupun kerja banyak nak buat..betul kata orang,ibu adalah segalanya dan syurga itu terletak pada telapak kaki ibu...segala apa permasalahan pasti akan dkongsi dengan ibu,walaupun ada BFF sekalipun namun segala apa permasalahan apa sekalipun pasti akan balik dikongsi dengan ibu..begitu jugak aku..

nampak manja?heh..dengan orang tua akulah nak bermanja bagai semua..syukur kerana masih punya ibu..memang boleh dikatakan dalam sehari mesti ada sekali waktu kerja aku akan telefon mak aku..bukan sebab apa,cukuplah dengan mendengar suara mak,hati yang resah kembali tenang..tak percaya?cubalah..

cuma ingin berpesan jugak pada diri,mana yang ada orang tua tu hargailah selagi mereka masih ada dan jangan sekali dipersiakan.ingatlah jasa kedua orang tua kita yang susah payah membesarkan kita.yang sanggup bersengkang mata nak jaga kita waktu kecil dulu nak tidur..punyalah sayang,nyamuk gigit pun marah pada nyamuk tu..kita merengek lapar susu tengah malam,sanggup bangun untuk kita..pergorbanan mereka sememangnya tak ternilai dan terbalas dengan wang ringgit sekalipun...jadi hargai dan balas mereka,jangan jadi kacang yang melupakan kulit..hanya masa hati sedih,susah baru nak teringat pada orang tua,nak mengadu bagai..tapi bila hati senang seronok dengan dunia hanya sendiri dan dengan kawan² jer...

pada anak yang tinggal jauh,telefonlah pada orang tua..luangkan masa,bertanya khabar...dengan hanya telefon 10minit sehari sekalipun dah cukup bagi mereka orang tu yang jauh nun di kampung sana,mesti rasa bahagia sangat orang tua kita sebab anaknya telefon bertanya khabar..jangan masa musim cuti sekolah mahupun raya baru teringat pada kampung..balik kampung cuti sekolah,hanya sekadar menghantar anak² untuk dijaga oleh orang tua..tu tak patut namanya...

apa sekalipun,itu adalah tanggungjawab kita sebagai anak...kalau ibu boleh jaga anak sampai 10 orang,takkan 10 orang anak tak boleh jaga ibu yang hanya seorang..jadi,luangkan masa dan hargai masa itu sebaiknya bersama kedua orang tua kita..saat itu takkan kembali,jadi hargai sebaiknya...bahagiakan hari mereka sementara masih ada..

notakaki:kasih ibu bawa ke syurga,kasih bapa selamanya..hargai orang tua kita..:')

22 comments:

Cikgu Ma said... BALAS

x salah pun bermanja dgn ibu sendiri....

Anum said... BALAS

pengorbanan ibu sgt besar

cimöt said... BALAS

mmg suara mak ni ade power laaaa...

anamizu said... BALAS

MAK mmg pengubat segala duka..
kalo hati susah, try becakap
dgn MAK.. insyaallah reda segala ;)







slm ramadhan,
cik ana

MalizaMah said... BALAS

ada juga seorang ibu utk dimanja.

Namee Roslan said... BALAS

manja lah tu.rindu mak ehhhh ? em takpela. kat mak jela tempat kita bermanja...esok dah kahwin..kurang masa dah dengan mak.:')

aiEz said... BALAS

liza@maaf aie buat awak terkenang...

namee@err,rindu sgt...err,hehe...

Unknown said... BALAS

tak kisahlah aiez orang nak cakap apa
sementara mama tengah ada ni, buatlah apa2 yang boleh senangkan hati dia
janji dia happy, kita pun happy ;D

Anonymous said... BALAS

so sweet~~~~~

Unknown said... BALAS

hargai ibu, doa ibu mujarab kan... manja dgn ibu sndri lahhh takan dgan ibu jiran sebelah an an

inche hlovate said... BALAS

ye betul tu..sygi la kedua org tua selagi mereka masih ada

Mrs Nurul said... BALAS

i hargai mak i..tp camne buat pun tetap takkan sebulu dengan dia..so x rapat ~

Syazwan Che Deraman said... BALAS

betul bro.

suara mak ni macam suara penyelesaian masalah.

aku pun pernah hadapi.
dalam tak sedar, kita rasa tenang dan dapat selesaikan dengan baik masalah kita tu.

meisnani said... BALAS

ibu tempat kita melepaskan keresahan..
kebanyakan orang hanya telefon ibu dia bila dia susah.. tapi bila dia senang ? dok enjoy dgn kwan je..

bile senang dan susah, kita share la dgn dia selagi hayat dia masih ade.. :)

محمد رازيق said... BALAS

setuju yie. :) hargai ibu bapa selagi mereka ada. selamat hari raya yie. maaf zahir batin yer. aku dah update balik blog, kalu free jput singgah yie. apepun jemput dtg raya bangi yie.

محمد رازيق said... BALAS

salam yie!. setuju yie. kena hargai parents selagi mereka masih ada. anyway selamat hari raya yie! hehe. maaf jarang blogging skang ni apepun, aku ada update entri baru yie. jmput singgah blog :)

CintaKhadijah said... BALAS

CK kalau sedih mesti ambik bantal baring sebelah mak tengah baca quran. rasa macam tenang sngt.. tak manja kan..? :p

♥ Nana BamBam ♥ said... BALAS

manja ngan mahram x salah kot..hhe

http://farhanazin87.blogspot.com/
link blog nana yang baru..nanti tukar balik kat bloglist tauu..kalau sudi lerr..huhu thanks :)

Unknown said... BALAS

rse cm nk ngs lak bce nie

m said... BALAS

salam aie. lama menghilang? sedih baca entri ni. anyway take care ye.

EmpayarUtama said... BALAS

Ini antara sebab blogging aku terbantut. Sekarang ni dok berulang JB-Pontian-JB. Demi ibu tersayang. Nantilah senang baru bercerita

aiEz said... BALAS

empayarutama@takpa bro,demi bonda tercinta bro..tu harta yg kita ada,jasa2 bro semua akan terbalas nanti..inshaAllah,blogging kemudian pun boleh bro..:)

Free Blog Theme and Templates