May 04, 2012

Akak Macho Dan Abang...



Bunyi printer model Panasonic KXP-1121 memecah kesunyian dalam kedai.Dari tadi print 100 helai tak sudah² lagi.Printer model ni memang menguji tahap kesabaran yang ada dalam diri.Andai kata kesabaran itu boleh diuji dengan termometer makmal,sudah pasti suhu tahap sukat kesabaran dalam diri boleh memecahkan bebuli termometer  tu.Mana tidaknya, dahlah perlahan,bunyi bising pulak tu.

Tiba² terkenang zaman persekolahan,hati berbisik tertanya macam mana makcik PIBG yang kerja sebagai kerani sekolah boleh bertahan dengan bunyi bising masa nak print resit² sekolah dan juga dokumen lain?.Memang tabah betul makcik PIBG sekolah ni,pujian dan kenaikan pangkat harus diberikan pada mereka.Monolog aku sendiri dalam hati.


ni lah printer tu,grrr..memang sangat menguji anda





***********************


Lagu dari  winamp dimainkan satu persatu.Dan tibalah lagu seterusnya nyanyian Jimmy Palikat-Tanak Kampung.Nyayian penyanyi dari Sabah yang dah di translate ke bahasa Melayu.Sedap jugak lagu ni,entah bila minat lagu macam ni pun tak tahu.Dari liriknya bagai terkenang kisah sejarah lama.Ternyata,memori itu masih lagi dalam ingatan.Memang sukar bila melupakan sesuatu jika ia pernah ada dalam hidup.

“Argh,ternyata aku masih lagi terbawa dengan emosi,jangan sampai makan diri sudah.Soal hati bukan boleh dilayan sangat...”

Tiba² dengan perlahan pintu utama kedai ditolak.Sememangnya itu memang pintu utama pun,mana ada lagi dah tu satu je pun pintu masuk.Kelihatan seorang akak yang agak macho gayanya menuju ke arah aku dan bertanya sesuatu....

“Adik,akak nak beli printer..
Yang mana adik boleh rekemen pada akak?...”soalnya.

Lalu bermulalah sesi soal jawab antara penjual dan juga pembeli.Seronok sebenarnya kerja aku ni.Dari situ aku dapat perbaiki kelemahan aku yang agak gagap bila berkomunikasi dengan pelanggan.Lagi² pada yang bergelar perempuan ni.Tapi akak ni aku berani sikit,mungkin pada gaya dan caranya yang sempoi seakan ada keserasian disitu...ecehhhh..

Setelah selesai sesi soal jawab dan jawapan yang diberikan sangat memuaskan.Maka printer Canon E500 jadi pilihan.Kenapa?ianya sangat menjimatkan.

“Serius,tak perlu bersusah payah untuk buat tank tambahan dekat luar.Kebiasaanya printer normal hanya print 50-100 helai jer.Tapi yang ni,boleh sehingga 800 helai.Hebat bukan?..”

Itulah jawapan yang diberikan buat pelanggan yang bertanya.hehe..

Selesai sudah sesi jual beli tadi.Lalu aku kembali tengok printer yang dari tadi tak habis² lagi.Kertas yang keluar dari printer tadi,dilipat dengan cermat.Yela,kertasnya jenis panjang berjela.Bukan macam printer biasa yang kertasnya keluar sehelai² .

Pintu kedai ditolak lagi,dengan perlahan seorang lelaki berkaca mata dan bertopi merah pula masuk kali ini.Seperti biasa soalan di aju.Pelanggan pula diam seribu bahasa.Membuatkan hati tertanya.Senyum pun tidak,jawap pun tidak.


*********************** 



Langkah kaki diekori,gerak geri diperhati...


Lalu soalan berulang lagi,

“Abang cari apa ye?
boleh saya tolong abang nanti...”
soal ku dengan lagak bos jer caranya..

kepala dipusing mata menjeling.Dilihatnya atas dan bawah,seakan ada buat salah.Hanya mampu senyum jer,ditanya tak jawab ditanya lagi takut ler pulak.

Soalan ditanya lagi,

“apa yang abang cari?
tengok dari tadi cari macam tak jumpa lagi..”
soalan ditanya berulang kali .

Jawapan berbalas,telinga mendengar dengan pantas..


“adik mesin gunting rambut ada jual tak adik?
abang tengok dalam ni semua barang komputer je dik..”
soalan akhirnya ditanya...

“la,kenapa abang tak tanya dari tadi..
kita jual barang komputer dengan baiki komputer je abang..mesin rambut mana ada abang,”
dengan nada kelakar aku menjawab..

“err yeke,abang malu nak tanya tu yang abang nak tengok dulu
 kot² ada...”

Aku hanya mampu tersenyum dengan abang tu.Ternyata manusia banyak kerenahnya yang kadang kelakar pun ada.Betullah kata orang “malu bertanya sesat jalan”,Kesian abang tu,ni bukan sesat jalan dah ni,tapi jauh sangat menyimpangnya,hehe..

*kepada abang tu,sorilah ye..jadi topik entri kali ni...hehe..

18 comments:

EmpayarUtama said... BALAS

Hehe teringat der...

Azreen Amran said... BALAS

printer kat atas tu memang sentiasa menguji kesabaran. like seriously, kalau datang gila dia memang rasa nak hempas kat lantai. =='

Cikgu Ma said... BALAS

printer panasonic tu abah beli masa mula2 dia beli komputer....masa akak kat kusza dulu pun kerani bahagian kewangan pun pakai printer yg sama...bising tak yah cakap la kan...hehe

Anum said... BALAS

huhu..

[PCL] said... BALAS

memang pesen org yg tak berapa nak ramah agaknya berat mulut nak bertanya..keh2. eh pcl nal beli printer lah...tp xnk le utk print report kertas yg berjela2 tu..

laskar pelangi said... BALAS

Printer ni kadang2 manje tak bertempat jugak kan. Time nak cepat, ada je dia buat masalah. Eheeee~

Faaein Talip Roy said... BALAS

tak sempat nak baca semua..

baca kejap2 je..

yang pasti printer saya sedang 'sakit' sekarang ni.. =(

xila riston said... BALAS

tak penah tau pasal printer tuh, tp bunyik dia leh agak2....jadah mesih rambut dicarinya...abang nih...*tarik telinga ;p

Ad-Dien said... BALAS

begitu juga dengan ilmu..sebagai tolibul 'ilm...jika malu untuk bertanya sesuatu yang tidak kita tahu, nescaya kita tidak akan belajar ilmu yang baru...bertanya itu salah satu dari cabang ilmu :)

allahua'lam

Muhammad Damian Alias said... BALAS

Halamak, takkan tak dapat beza satu-satu kedai tu. Ada pulak cari mesin potong rambut di kedai pc.

Printer tu slow tapi saya suka bunyi dia.

Muhd Aizie said... BALAS

Aku punya tugasan ada 90 page. Boleh print dekat kau tak?


beb, aku follow blog kau.

LiLy @ MumMyQiStInA said... BALAS

Printer tu mengingatkan akak time kerja dulu..mmg menguji kesabaran..lebih2 kalau awal bulan nak print statement..perghhh..time tu lah dia nak wat hal...

Alahai..sian Abang tu..tu lah..malu bertanya..sesat jalan .. :D

BlueiceButterfly said... BALAS

~agak menguji kesabaran..hehe
susah jugak kalau malu nak tanya nie..:)

cimöt said... BALAS

abang oiii..nape tak carik kat restoran kot2 ade kan?

hahahaha

YOUsoF said... BALAS

Hehehe kali terakhir aku dengar bunyi printer senyap tu masa buat report kes eksiden tu bulan lepas.. Dapat pulak Inspektor bengis, huhu.


Nasib baik brader tu tak berapa segan nak tanya.. Kalau tak sampai ke sudah dia tak tau yang kedai komputer memang tak jual mesin gunting rambut.. ;D

amna said... BALAS

di rumah ada lg printer cm gambar atas tu :D krek3.. krek.. hehe

Teenager Housemaid said... BALAS

hahaha..kelakarnya abang tu...mesin gunting rambut??? teehee~~

wah..tretiba rasa nak beli printer...:D

Namee Roslan said... BALAS

aik apa ke peliknya abang tu!!! hahah

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates