March 27, 2012

Manusia Aneh...

sumber dari video youtube klik sini




Kelihatan orang ramai melihat kearah sesuatu.Mataku juga ingin melihat apa yang berlaku,namun atas batasan waktu,aku hanya melihat sekilas lalu.Dari jauh dapat dilihat seorang manusia berjalan seolah  berkaki empat.Ingin hati melihat dengan lebih dekat apakah benar apa yang dilihat,tapi apakah daya jaraknya tak rapat hanya dapat melihat susuk kelibat.

Dari dalam cermin kedai,mata memerhati dari jauh,bos bertanya apa yang dimenungkan hingga termenung jauh?tapi aku hanya mampu tersenyum,walau senyumanku taklah buat orang kagum.Susuk manusia yang berjalan dengan gaya berkaki empat itu cuba melintas jalan.Ada juga manusia yang berasa hairan,namun itulah kebesaran Tuhan menjadikan manusia berbagai untuk dijadikan renungan.

Sedih dan sayu melihat,rupanya dia dilahirkan cacat.Tangannya jadi seakan berlipat,menjadikannya berjalan seolah berkaki empat.Ada juga manusia yang baik hati,rasa simpati datang menghulurkan budi,melihat wang ringgit diberi dan juga sebungkus roti untuk dialas perut nanti.Terasa diri hina rasanya,adakah diri syukur nikmatnya?.Dilahirkan cukup anggota,tapi masih disalah guna.Hanya terkedu dalam hati,rasa insaf mulai kuasai diri.Melihat apa yang telah terjadi,agar menjaga nikmat yang telah diberi.

Betapa berbagainya manusia,yang dijadikan oleh Maha Pencipta.Bukan sekadar renungan sahaja,tapi melihat dan insaf akannya.Betapa gigih insan itu,moga dirimu dilindungi selalu.Walau dilahirkan begitu,tabahlah hadapi hari-harimu....

*Cerita ni dah lama terjadi,sekadar untuk dikongsi.Pernah lihat sendiri depan mata...





March 26, 2012

Tiba Masanya...







terdengar sudah ura-uranya,
makin ligat disini sana,
merata-rata canang berita,
tandanya hampir tiba masa...

tiba masa penentu segala,
perubahan dibawa masa depan negara,
yang terbaik jadi utama,
siapa dia?masih rahsia...

bukan sekadar pandai berkata,
hanya laungan semata-mata,
setiap kata perlu dilaksana,
agar tak menjadi riuh di sini sana...

senyuman manis mula terukir,
jangan kata hanya dibibir,
ingat juga pada yang terpinggir,
agar adil segalanya ditadbir...

semangat muda berkobar-kobar,
yang pertama kali mestilah tak sabar,
sebelum memilih banyakkan istighfar,
keputusan dinanti terasa debar...

siapa pilihan itu hak persendirian,
tak perlulah nak dihebahkan,
yang elok jadi kemestian,
agar dapat membawa kemakmuran...

bukan politik yang dikisahkan,
tapi perlukan satu keamanan,
bagi menjamin generasi masa depan,
moga negaraku tenteram dan aman...

Aminn..:)

March 25, 2012

Alkisahnya...






Kisah dongeng chenta yang diagungkan dikaca tv.Betapa hebatnya kisah chenta remaja,rela menempuhi segalanya.Kasih teguh bagai Shah Jehan pada Mumtaznya,bagai Romeo pada Juliet cinta hatinya dan juga bagai kasih Lela dan Majnunnya.Betapa besar kuasa chenta dan agungnya karya nukilan direka...

Bagai tersuap dengan kisah chenta remaja yang dilihat betapa indahnya,hati bergelora ingin juga bercinta.Kasih yang disulam mengikat janji kata setia.Cinta mula disemai dan kasih mula terasa.Indahnya dunia terasa bagai milik berdua.Segala perkara bagai indah belaka bagai kisah pari-pari dialam maya.Betapa nikmatnya kasih hingga terlanjur dan lupa segala.Penyesalan terasa,akhirnya kembali kepada orang tua.Senang dilupa merana baru ingat semua.

Realiti hari ini.Rasanya kisah dimainkan dikaca tv terlalu banyak menayangkan kisah cinta dan bagai terbuai dengan kemanisan cinta cerita yang dibawa.Hingga ada babak yang rasa yang agak kurang menyenangkan jadi santapan.Yang remaja bagai terbawa dengan kisah dongeng cinta akhirnya terjebak dan ingin mencuba.Cukuplah dengan kisah yang menayangkan kisah kasih bermadu asrama cinta yang terlalu banyak bawa kesan buruknya.Romantika yang dibawa terlebih jadinya.

Cukuplah dengan hiburan dan nyanyian yang melalaikan.Dunia kita diakhir zaman,segalanya itu hendak diagungkan dari mengagungkan kebesaran Tuhan.Bukan menolak hiburan tapi rasanya terlalu banyak yang melekakan dari rancangan yang membawa pengisian.Jika cerita  keagamaan seakan dipinggirkan dan boleh dikira berapa sangat dalam seminggu bahan yang boleh membawa keinsafan?.

Hiburan?tentunya yang jadi keutamaan.

*Sekadar pandangan dari diri....

March 23, 2012

Diri Mu Bunga Jelita...






wahai dirimu bunga jelita,
nilainya tinggi penyejuk mata,
biar ramai yang cuba menduga,
namun iman masih lagi teguh didada...

wahai dirimu bunga jelita,
menjadi idaman para jejaka,
biar yang datang lebih buaya dari yang ikhlasnya,
namun dikau masih lagi tetap pendiriannya...

wahai dirimu bunga jelita,
maruahmu itu jagalah ia,
kembang perawan peliharalah ia,
buat yang berhak memilikinya...

wahai dirimu bunga jelita,
pelihara batas dengan sebaiknya,
jangan dicemar dengan kumbang durjana,
kelak menyesal tiada berguna...

wahai dirimu bunga jelita,
dirimu itu tinggi nilainya,
janganlah dicemar akan ia,
dengan tangan yang sengaja yang menyentuhnya...

wahai dirimu bunga jelita,
manis dirimu penambat jiwa,
janganlah disalah guna ia,
kelak menabur fitnah dunia...

wahai dirimu bunga jelita,
dirimu teguh yang sebenarnya,
bukannya mudah layu kerana kata manis belaka,
kerana dari manisnya kata kelak dirimu akan binasa...

wahai dirimu bunga jelita,
bukan memuji mahupun cuba memuja,
kerana dirimu terlalu istimewa dan berharga,
peliharalah maruahmu janganlah dipersia akan ia...
Free Blog Theme and Templates