November 12, 2012

Nasihat Dan Rumah Tangga...



Kisah satu kisah...

“Macam mana cun tak windows 8 tengok tadi tu?...”soalku pada seorang kawan sambil jari jemari sibuk membalas mesej dari seorang kenalan.

“Cun jugak bro,aku kenan pulak aku tengok.Lain dari windows yang lain.Ko kalau nak beli bagitau aku nanti ye,aku pun nak survey jugak berapa RM benda tu…”ujarnya membalas.

“Tak beli bro, nak tau harga jer.Mana mampu nak beli bro...”sambil tangan kusyuk membalas mesej whatsapp yang tak sudah dari tadi masuk.

“Aku ni tengok dari tadi ko asyik balas mesej je,siapa yang mesej?awek ke?.Takkan nak kena report kat awek tengah buat apa,lepak dengan siapa kot?...”bertubi-tubi soalan dituju.

“Erk,sorry bro…”balasku ringkas..

“Ala rileks la.Ko ni takut sangat dengan awek,biarlah dia mesej ko tu..Tak payah nak balas sangat la.Nak takut apanya kat awek  ko tu?.Awek  aje pun.Ni belum apa-apa lagi nak kongkong ko apahal...”hujahnya memberi khidmat nasihat pada aku.

“Taklah bro,akak customer ni.Nak tanya pasal barang dia order dah sampai ke tak…”penjelasan diberikan.

 “Ohh,aku ingat awek ko mesej ke.Jap, ko ada awek dah ke?...”

“Ni apa punya soalan dia tanya aku ni?..”monolog aku dalam hati.

Dibiarkan tanpa sebarang jawapan,dan hanya senyuman yang aku lemparkan.


**************************









Suasana sunyi seketika,

Tiba-tiba bunyi telefon bimbit datang menyapa dari kocek baju kawan tadi..


“Shhh,diam-diam kejap bro...”

“Err…” Aku diam terkedu.

“Ye,mama,ayah ada kat kedai kawan ni.Ayah ada lepak kedai Ayie keje.Ayah tak pergi mana pun mama…”

Dialog yang diucapkan pada pemanggil,aku memasang telinga untuk mendengar dan tersenyum mendengar.

“Ye,ayah tau..Ayah balik awal,ingat mama pesan beli barang tadi kat pasar.Ayah kejap je kat kedai Ayie.Nanti ayah balik eh mama…”ucapnya lagi.

Talian dimatikan..


**************************


Aku senyum.

“Bro,susah bro kalau dah kawen ni.Ko pergi mana je mesti bini ko telefon nak tau ko buat apa…”

Aku mendengar dengan kusyuk.

“Ko nanti taulah,sekarang ko bujang lagi.Nanti ko keluar,bini ko telefon suruh beli itu la,ini la.Potpet jer…”katanya lagi.

Aku hanya senyum mendengar apa yang dikeluhkan..

“Kenapa ko senyum bro?..” soalan diajukan.

“Tak de apa bro,teringat apa cakap tadi kat orang masa main mesej tadi,Kata kena kongkong semua,La ni bro yang kena kongkong,macam mana tu bro?…”jawabku membalas.

“Yela bro,aku pesan kat ko je.Jangan jadi macam aku,kena kongkong dengan bini aku.Nak pergi mana kena report..”ceritanya mengeluh.

Diam dan terus  mendengar,tak berani nak menjawab apa yang dibualkan.

Macam-macam kerenah rumah tangga ni.

*dalam rumah tangga kena ada persefahaman,kepercayaan dan paling penting kalau ada apa yang tak puas hati kena ada komunikasi,baru ada rukun dalam rumahtangga.Isteri pula,kena taat pada suami dan jangan sebaliknya kalau tak fuhh jenuh.Eh aku penasihat rumahtangga?cehh..heh

November 05, 2012

Kisah Si Ibu Kucing...



kotak tempat tidur kucing tu



Cerita ni jadi minggu lepas..aku mula perasan ada kucing dekat kedai aku masa nak balik..tu pun lepas tengok anak kucing 2 ekor ni main keluar masuk dalam kotak...comel,sungguh comel..cari jugak mak kucing ni,tapi tak jumpa..so aku mainlah dengan kucing ni..kira dekat 730pm juga baru aku balik rumah...

Niat dihati nak bawak balik kucing ni kat rumah,tapi kucing aku pulak jenis tak rasi dengan kucing lain..mana taknya,kucing aku ganas ohh..suka gaduh..aku pun jadi mangsa kucing aku ni..dia ni jenis bijak,tapi jarang ada masa..jenis ikut mood..kalau dia okeh,gedik jangan cakaplah..memang sangat manja..bila mood sengal ubi datang,grrrr tangan aku digigitnya..ni lah salah satu sebab aku tak bela kucing lain..

Okeh berbalik pada kucing tempat aku keje..kucing ni ada 2 ekor anak,pastu mak dia..so kira 3 ekor la kan..hari kedua baru aku jumpa mak kucing ni..tengok jenis muka macam jambu lagi.,kira ni mak muda la katakan..mak dia ni masa aku mula² nak main dengan anaknya dimengiow kat aku..gaya macam garang..tapi lepas aku gunakan hikmat penyejuk hati kucing,yakni dengan cara gosok² dagu dia so dia pun lentok je..hehe..aku nak main anak dia pun macam tak kesah je..

kucing yg dimaksudkan

Masuk hari ketiga,aku nak bukak kedai kucing si ibu ni datang kedai dan mengiow lagi..aku pun gosok² la kepala dia..manja rupanya kucing ni..dan aku tak tahu kucing sape punya...kotak khas yang cina sebelah kedai cermin ni bagi kat kucing tulah jadi rumah dia dan anak²nya main dan tidor..seronok pulak aku tengok telatah kucing ni..dan lagi sekali,otak aku asyik fikir nak bawak balik je..bila fikir kucing aku yang garang tu,terus terbantut disitu...

Hari keempat..kucing dan anak²nya ni jadi haiwan terbiar dikawasan aku keje..kucing ni tak delah kacau sape pun..dia main² lalu lalang sepanjang blok kedai aku keje..keluar masuk kedai buku,yg sememangnya terbuka..jalan² cari makan..aku bila lalu jer main2 anak dia..si ibu biar je tengok aku..dah ada bau aku kot,dan jugak dah kenal biasa so macam tak kisah aku usik² anak dia..anak dia pulak sekor jenis lincah sekor lagi jenis penakut..so yg penakut aku suka main..haha,aku guling2kan badan dia..hehe

Hari kelima pagi.aku kelam kabut nak hantar surat ke pejabat pos..dalam kelam masa aku nak keluar sempat lagi main anak kucing..mak kucing entah kemana..berak barangkali?
Anak kucing ni main²dekat kotak rumah tumpangan yang nak roboh tu sebab basah kena hujan..takpelah tengok kucing² ni macam tak kisah je main situ.petangnya pula aku rehat nampak anak kucing tu dan siibu sedang tidur..tidur keletihan atau kekeyangan tu tak pasti..tak pulak disoal siasat macam mana situasi..

Masa nak balik tutup kedai.aku tengok si ibu sekor je..mencari anak dia..ahh sudah,kata dalam hati..cari² jugak mana anak dia..cari² tak jumpa,kucing si mak ni dah miow² kat aku..minta tolong cari..serius sedih rasanya..si ibu ni pusing² cari anak dia tak jumpa..cari kat kotak tak jumpa.pastu datang balik kat aku..gesel²  kat kaki aku..aku pun tengok² la jugak cari anak dia..tapi masih tak jumpa..

Dalam otak terus pikir mesti ada orang ambil anak dia..kalau nak ambil pun agak² la..anak kucing tu masih menyusu lagi..ambil la dengan ibu sekali..bayangkan anak dipisah dari ibu..macam mana rasa?sedih dan pedih rasanya..aku dah pikir macam dah..

Lepas tu jenuh aku fikir apa nak buat..esoknya datang keje aku print satu kertas untuk sape²  yg jumpa kucing tu mohon dipulangkan semula..jangan ambil anak je mak tak nak.Tengahari tu aku dapat respon dari akak² yg keje blok sama dengan aku..akak tu bagitau ada aunty yang duduk kat blok aku keje ni buang anak kucing tu..aduh geramnya tuhan je tau..kenapa buang anak kucing tu motif aku pun tak tahu..akak tu ada nampak dan tanya kat aunty kenapa tak ambil ibu sekali..jawapan takot ibu gigit..abis kenapa buang anak?apa salah kucing tu..aku soal lat akak tu..akak tu pun tak tahu nak kata apa..

Sekarang yang aku kesian kat ibu kucing ni..lepas anak dia tak ada..dia asyik diam dan duduk kat kotak tu menanti anak dia..Allah kesian sungguh rasanya..bila aku balik atau datang keje kucing si ibu ni datang kat aku miow macam suruh cari anak dia...kesian sangat..apalah dosa kucing ni..pisahkan ibu dan anak..dan sampai ke hari ini si ibu masih menanti ditempat yg sama...

September 10, 2012

Bumi Menangis...


Bumi menangis,

Usianya sudah terlalu senja
Telah berusia terlalu lama
Segala isi alam telah dilihatnya
Bermacam ragam baik buruk manusia

Bumi menangis lagi
Pedihnya rasa tak terperi
Perutnya digali hasilnya dicari
Rasanya ia tak mampu menahan lagi

Bumi menangis dan teriakkannya makin bergegar
Akibatnya jadi kejadian gempar
Manusia berlari untuk menghindar
Tapi masih ada yang tak sedar

Bumi sungguh rasa berduka
Melihat manusia kejar kuasa
Menjadi raja yang cuba bertakhta
Cuba untuk mengawal isi dunia

Bumi terasa pilu
Melihat bayi kecil dibuang ibu
Sedangkan haiwan pun tak begitu
Tidakkah manusia itu berasa malu?

Bumi cuba untuk memahami
Kenapa manusia sering berkelahi
Saling berbalah sana sini
Apakah cuba dicari?

Bumi terus rasa terluka
Mana sifat kasihnya manusia?
Adakah manusia sudah lupa?
Agama dan Maha Pencipta?

Bumi merenung jauh lagi
Lupakah manusia pada janji?
Apakah tujuan manusia itu terjadi?
Menjadi khalifah diatas muka bumi ini

Bumi merasa amat kecewa
Melihat perihal manusia yang durjana
Akhirnya beban tak tertanggung jua
Minta kiamat disegera...

aie@ayie

August 01, 2012

Manja Ke?Korang?...




Assalamualaikum






Tuttt tuttt tuttt...menunggu talian diangkat...

"Hello..."

"Mak,tengah buat apa tu?..."

"Tengah basuh kain,kenapa call mak ni?..."

"Err sajer call,shoyue(nama kucing,haha) tengah buat apa?
dah makan ke?..."

"Ada tu,baru lepas makan..
tengah dok tersadai kat pintu..."

"Err okeh,mak da lah eh..aie ada keje nak buat..
kalau aie balik lambat mak tunggu je la eh,balik rehat tak tau pukul berapa hari ni..."

"Kenapa balik lambat?banyak keje ke?..."

"Aah,ni sajer dok kejap,pening kepala tengok banyak sangat..."

"Kalau tak larat,dok rehat dulu..
jangan tertekan sangat..."

"Err okeh,tak ada apa.."
sambil senyum..

"Okeh,balik nanti elok²...
jangan nak cepat sangat..."

"Err baik mak..."
 
Talian diputuskan...


........................................





selesai sudah borak dengan mak tadi,aku duduk rileks sekejap dan bangun pergi belakang basuh muka bagi segar balik...rasa sangat lega walaupun kerja banyak nak buat..betul kata orang,ibu adalah segalanya dan syurga itu terletak pada telapak kaki ibu...segala apa permasalahan pasti akan dkongsi dengan ibu,walaupun ada BFF sekalipun namun segala apa permasalahan apa sekalipun pasti akan balik dikongsi dengan ibu..begitu jugak aku..

nampak manja?heh..dengan orang tua akulah nak bermanja bagai semua..syukur kerana masih punya ibu..memang boleh dikatakan dalam sehari mesti ada sekali waktu kerja aku akan telefon mak aku..bukan sebab apa,cukuplah dengan mendengar suara mak,hati yang resah kembali tenang..tak percaya?cubalah..

cuma ingin berpesan jugak pada diri,mana yang ada orang tua tu hargailah selagi mereka masih ada dan jangan sekali dipersiakan.ingatlah jasa kedua orang tua kita yang susah payah membesarkan kita.yang sanggup bersengkang mata nak jaga kita waktu kecil dulu nak tidur..punyalah sayang,nyamuk gigit pun marah pada nyamuk tu..kita merengek lapar susu tengah malam,sanggup bangun untuk kita..pergorbanan mereka sememangnya tak ternilai dan terbalas dengan wang ringgit sekalipun...jadi hargai dan balas mereka,jangan jadi kacang yang melupakan kulit..hanya masa hati sedih,susah baru nak teringat pada orang tua,nak mengadu bagai..tapi bila hati senang seronok dengan dunia hanya sendiri dan dengan kawan² jer...

pada anak yang tinggal jauh,telefonlah pada orang tua..luangkan masa,bertanya khabar...dengan hanya telefon 10minit sehari sekalipun dah cukup bagi mereka orang tu yang jauh nun di kampung sana,mesti rasa bahagia sangat orang tua kita sebab anaknya telefon bertanya khabar..jangan masa musim cuti sekolah mahupun raya baru teringat pada kampung..balik kampung cuti sekolah,hanya sekadar menghantar anak² untuk dijaga oleh orang tua..tu tak patut namanya...

apa sekalipun,itu adalah tanggungjawab kita sebagai anak...kalau ibu boleh jaga anak sampai 10 orang,takkan 10 orang anak tak boleh jaga ibu yang hanya seorang..jadi,luangkan masa dan hargai masa itu sebaiknya bersama kedua orang tua kita..saat itu takkan kembali,jadi hargai sebaiknya...bahagiakan hari mereka sementara masih ada..

notakaki:kasih ibu bawa ke syurga,kasih bapa selamanya..hargai orang tua kita..:')

July 21, 2012

Walaupun Sekejap Cuma...











Tengahari tadi ada seorang lelaki india masuk kedai,belum pun sempat aku nak tanya apa,salam diberi...


“Assalamualaikum adik,sini ada print?
abang nak print la…”

“Err waalaikumsalam abang..
ada,banyak ke nak print?...”

“Ada dalam 8 keping nak print...”

“Err okeh sekejap ye abang...”



Pendrive dihulur,dan macam biasa fail yang nak di print aku tengok² dulu.Yela bukan apa kot ada senget² ke surat ditaip boleh aku betulkan..ada ayat typo pun aku baca mana yang silap.Satu² aku perhati..Penuh dengan senarai nama saudara baru..

Alhamdulillah,bertambah lagi umat Islam atas muka bumi Allah ni..

Dan seakan tahu apa yang aku buat,abang tu terangkan yang dia adalah orang yang diamanahkan untuk cari dan senaraikan nama saudara baru,untuk bantuan zakat katanya..

Sementara tunggu kertas nak di print..Sempat jugak aku bersembang dengan abang ni,katanya dah masuk tahun ke 4 dia menyambut Ramadhan.Katanya lagi,sebelum memeluk Islam bermacam dugaaan yang menimpa..hatinya tak terasa tenang,jiwa nya meronta seakan kosong.Semua apa yang di buat ada jer yang tak kena..Akhirnya hidayah ditemu..sehinggalah abang tu melafazkan kalimah syahadah..

Terkedu rasanya mendengar kisah abang ni..rasa seronok dan insaf juga timbul dalam diri,kisah abang ni punya dia berusaha mendalami Islam itu..Abang tu cakap,bila menjadi saudara baru ni jiwanya tenang..Alhamdulillah,itulah yang tak henti dia lafazkan sepanjang aku sembang dengan abang ni..

Yang kita sememangnya dilahirkan dalam keluarga Islam,tapi kadang tak mengamalkan ajarannya..hanya pada sekadar warisan namun amalan jauh dariNya..Allah,rasa insaf dalam diri..sedar diri ini kadang terlalu leka dan alpa dengan dunia..sedangkan saudara baru punya susah payah mendapat hidayah Allah..

Sedar tak sedar hampir 30minit jugak sembang dengan abang tu..leka sembang sebab cakap pun tfasih berbahasa,tapi lebih pada pekat loghat Perak tu yang seronok berbual,hehe..

sebelum balik abang tu ada pesan,kalau rasa tak tenang dalam diri,dekatkan diri pada Illahi,itulah damai yang sejati..

apa aku boleh kata,kagum pada abang tu...:')


*salam ramadhan semua,sama² kita perbaiki kekurangan diri...jadikan ramadhan kali ini lebih berkualiti,inshaAllah...

July 11, 2012

Jangan Tanya Semalam Aku...









Assalamualaikum,



fuhh akhirnya ada juga masa untuk menulis di teratak hati yang dah lama menyepi ni..sedikit perasaan aneh bila lama tak ketak-ketik papan kekunci mengadap belog..bukan tak mahu menaip seperti dulu,tapi hanya memberi ruang dan waktu untuk diri sendiri,cehhh...

tajuk jangan tanya semalam aku,macam tajuk apa² jer,bajet macam cerita emosi dalam duka jer,heh..okehlah berbalik pada cerita..masing² kita ada kisah silam bukan,kisah silam yang pedih,sedih dan juga yang manis untuk dikenang..itulah kehidupan,yang penuh onak dan ranjau kehidupan..manusia mana yang hidupnya yang tak hadapi cabaran,mesti ada punya...tipu kalau kata tak ada.

namun dalam setiap sejarah kisah silam dan masa lampau,tak semuanya indah bagi setiap orang...dan bagi mereka yang peka hal macam tu,seharusnya jangan lah pulak sengal ubi nak dok tanya sejarah silam orang lain dalam²..adakalanya diam itu lebih baik,dan bukanlah segala hal patut dikongsikan..

ya mungkin akan ada yang kata,lebih baik aku tahu sekarang dari aku tahu kemudian..tapi fikirkan balik,berapa banyak pula yang dapat menerima kekurangan setelah tau dari kisah silam?ada yang tak dapat menerima lalu menolak mentah² apa yang ada didepan mata.lagi² dalam sebuah hubungan itu sendiri.sekiranya tau akan buruk baik kesan dari sejarah silam,adalah lebih baik dirahsiakan demi menjaga hubungan itu sendiri.bukan cuba sembunyi mahupun lari dari realiti,tapi yang berlalu biarkan ia pergi.

kita manusia,bukan semuanya sempurna.ada salah silapnya juga.sekiranya merasakan diri terlalu mulia,menganggap hina akan sejarah silam orang lain,kaji pula pada diri.sempurnakah diri sendiri bila saling menyakiti dan tak menjaga hati?tepuk dada berikan jawapan jujur pada diri.terima pada kekurangan dan kelemahan orang lain.belajar melupakan dan memaafkan akan segala kisah silam.sedangkan pasir ditepian pantai berubah dek terkena pukulan ombak pantai,inikan kita manusia.yang penting insaf akan kesilapan silam dan belajar perbaiki akan kekurangan.

*sedangkan Nabi ampunkan umatnya,Allah juga mengampunkan hambaNya yang benar2 insaf inikan kita hanya manusia biasa yang tak punya apa...

May 28, 2012

Renungkanlah Dan Fikirkan...





hidup pelbagai warna,begitu juga manusia




assalamualaikum,


hiburan,siapa yang tak suka hiburan kan?tipu la kata kalau tak suka sesuatu yang menghiburkan...tapi,perlu ke hiburan tu jadi sampai melampau?semestinya takkan..hiburan itu boleh tapi biarlah berpada²..bukan sampai tahap melalaikan dan juga menjadi sesuatu yang sia²..

ini bukanlah nak cerita pasal hari belia negara,ketepikan itu semua..fikir dengan fikiran yang terbuka dan mata hati yang menilai segalanya..maaflah jika ada yang terasa,tapi sesuatu yang tak kena perlu ditegur juga.bukan untuk sesiapa,tapi untuk kebaikan bersama..

hari ini,kita boleh tengok pelbagai hiburan yang dihidangkan jadi santapan kita semua..tak kira lah,dengan rancangan berbentuk hiburan,gosip harian yang tak kesudahan,rancangan yang mencungkil bakat dari segenap umur..perhatikan,dari setiap peringkat umur kita disajikan dengan hiburan..dari yang kecil muda sampai keusia menjengah senja..segalanya ada didepan mata..perlukah itu semua?usah berikan jawapan,cukuplah anda sendiri yang tentukan jawapan...

cukup letih sebenarnya,malah rasa sedih juga ada..kemana arah tuju kita semua?adakah dunia yang dikejar semata?sampai akhirat bekalan lupa segala..percaya kalian juga perlukan sesuatu majlis yang pengisian..sama juga diri ini juga dahagakan ilmu yang boleh dijadikan panduan..tapi apa yang disajikan?lebih banyak pada hiburan...bukan itu yang diharapkan,bukan itu jadi bekalan...perbanyakkan majlis tentang kerohanian dan ketuhanan,dan bukan majlis atau perkara yang melalaikan..

tengoklah terlalu banyak hiburan menjadikan kita hari ini lemah..lemah dalam segala hal,terlalu banyak hiburan menjadikan kita lupa segalanya..sampai bila?sampai bila nak macam ni tu semua..cukup²lah..bila terlalu lama dibuai dengan keseronokan kita jadi lupa dengan segala batasan yang perlu dipelihara..sudah²lah

*ini cuma hanya pandangan peribadi,sekadar hanya meluahkan isi hati..memerhati dalam mencari,siapa kita hari ini...

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates