February 21, 2012

Catur Dan Kehidupan...






Assalamualaikum,




Pertama sekali terima kasih buat kalian kerana mendoakan yang terbaik buat ibu tercinta dalam entry yang lepas.Cuma hanya sekadar nukilan tak seberapa buat ibu tercinta yang terlalu kecil nilainya berbanding pergorbanan yang telah berikan...:')

Kali ni nak bercerita tentang catur.Cerita yang agak panjang yang memerlukan ketabahan untuk baca sehingga habis...

Catur,yup catur yang mana kotak permainannya berwarna hitam dan putih.Begitu juga dengan buahnya.Main catur ni pula tak macam main dam.Main dam yang pada fokusnya hanya untuk mengejar haji.berbanding catur memerlukan pencaturan dan juga strategi untuk berjaya.Setiap dari buahnya mempunyai gerakan dan cara strateginya sendiri.

Ironiknya,secara sedar atau tidak permainan catur ini juga berkait rapat dengan kehidupan kita manusia.Mungkin akan ada yang kata apa kena mengena catur dan hidup bukan?.
Catur memerlukan strategi untuk menang dan juga punya gerakan tersendiri untuk mengalahkan lawan.Manusia juga perlu ada strategi untuk berjaya dalam hidup.Bukan sekadar menyerah dan pasrah dengan setiap apa.yang berlaku.Memerlukan usaha untuk berjaya.Perlunya ada perancangan.dalam setiap apa yang kita usahakan.Bak kata orang kalau tak dipecahkan ruyong manakan dapatkan sagunya.Ye dak?.

Jadi buat apa perlu mengalah dan beralah seandainya masih belum mencuba?manakan tahu akan hasilnya jika masih duduk dan masih menunggu dan sekadar membuat spekulasi sendiri dan masih bermonolog sendiri seakan tak yakin pada diri.Ayuh,bangkit dan berubah dan bukan sekadar menyerah.Berusaha itu perlu,dari sekadar terus menunggu.

*Ini sekadar entry motivasi diri sendiri dan juga buat kalian untuk dikongsikan...:))

February 16, 2012

UntukMu Ibu...









Assalamualaikum,



Wanita tua itu,
Itulah ibu yang satu,
Sentiasa  ada menemaniku,
Tanpa mengira waktu.

Hari ini hari lahir ibu,
Selamat ulang tahun dari anakmu,
Doa dari anak mu cuma satu,
Agar diri mu diberikan kesihatan yang baik selalu.

Ibu telah tua,
Terukir dari kedut wajah dimuka,
Menyimpan segala cerita,
Sanggup berkorban demi anaknya.

Senyuman manis penyejuk jiwa,
Bila mana hati terasa duka,
Bagi ku ibu adalah segala,
Dialah dunia,dialah syurga.

*selamat ulangtahun kelahiran buat ibu tercinta…
Rokiah Bt.Mohamad,
sayang mak selalu..:’)

February 15, 2012

Orang Dan Kita...








Assalamualaikum,



Awan senja petang semakin hilang,cahaya yang tadinya terang bertukar menjadi kelam.Tanda hari menunjukkan waktu mahu malam.Apa yang aku termenung lagi?merenung masa lalu,waktu zaman kanak dulu.Manis dan ada yang suram,lumrah itulah namanya kehidupan.Macam ayat dekat header blog ini “episod  yang perlu dilalui” itulah realiti kehidupan ini.

Masih lagi diri ini bernafas untuk menikmati keindahannya.Esok?masih lagi menjadi satu misteri.Hari ini,telah berlalu seperti hari yang terdahulu.Satu persatu kesilapan lalu diperhati dan diperhalusi,muhasabah diri dan mencari diri sendiri.

Andai sekiranya hari ini yang terakhir untuk aku melihat dunia,biarlah perginya nanti dengan hati yang gembira.Jangan ada sesiapa yang terluka mahupun terasa dengan apa yang dikata baik dari tutur kata ataupun dari penulisan yang tak seberapa ni.Kadang agak risau untuk menulis sesuatu cerita,hingga abaikan perasaan orang lain.Soal hati,terlalu sukar untuk difahami.Mungkin akan ada yang kata terima apa yang dikata,atau mungkin sekadar kata untuk sedapkan hati jer.Padahal hati di dalam tak siapa duga,bergelora bagai nak telan jer gayanya .

Kadang dalam tak sedar ,akan terkata perkara yang tak sepatutnya.Niatnya baik tujuannya ikhlas,tapi hingga mengaibkan orang lain pulak.Seronok cerita tak ingat apa,luah segala perkara sampai lupa soal hati dan perasaan manusia.Keaiban orang lain jadi bahan cerita.Matlamat tetap tak menghalalkan cara,dalam tak sengaja mengumpat pula jadinya.

Memang bila sedang asyik menulis semua perkara jadi modal cerita.Keburukan dan kesilapan dan keburukan orang lain ternyata lebih banyak negatif dari yang positif.Walau sebanyak mana pun kebaikan orang itu lakukan,kesalahan juga yang akan dicanangkan.Itulah sifat manusia yang kadang tak sedar ada pada diri.Mencari akan kekurangan diri?jauh sekali untuk  mengkaji dan muhasabah diri.Lebih suka menilai orang lain dari menilai diri sendiri.

Melihat secara dalam.Dunia semakin tua,begitu juga dengan usia.Selama mana kita nak mengata sesama manusia,sedangkan diri tahu dosa dan pahala atau sengaja dibuat lupa.Biarlah perginya nanti,tenang jiwa terasa.Jangan ada penghalang yang menjadi beban bila ajal kunjung tiba.



*terima kasih sebab singgah sini,maaf agak jarang update sekarang...akan berkunjung kalian semula insyaAllah..^^,

February 08, 2012

Untitled Entry...






Assalamualaikum



Suasana di subuh hari,sunyi dan sepi.Azan subuh sudah lama berkumandang,namun masih ada yang lena dibuai mimpi panjang.Setapak demi setapak kaki melangkah,berjalan menuju ke laman rumah.

Duduk seorang ditepi parit,sesekali masih terdengar bunyi cengkerik.Merbah berterbangan dengan perlahan,terbang seekor mungkin mencari teman.

Hari baru untuk hari ini,dan diri masih bernafas lagi.Alhamdulillah,masih lagi diri bernafas untuk sehari lagi.esok masih misteri,mati?itu adalah pasti.



******************


Betapa singkatnya waktu,memang cepat masa berlalu.Kalau dulu kanak² lagi,sekarang dah boleh nak jadi suami,eh?heh.Masih tak mampu untuk terima realiti,tapi mana nak lari?itulah kehidupan duniawi.

Selama hayat dikandung badan,berapa kali muhasabah diri buat renungan?insafnya hanya seketika,esok lusa kembali lupa.Beringat hanya sekejap,itupun hanya setelah puas bercakap dan berucap.

Malu,dan terus tertunduk malu.Seakan kedu dan diam seribu.Islam itu agamaku,Allah itu Tuhanku,dan Muhammad itu adalah Rasulku.Mengaku akan semua itu,tapi adakah tindak tanduk selari seakan irama dan lagu?

Jauh terasa diri telah tersasar,dari landasan hidup yang sebenar.Kadang selalu terleka dan dibuat lupa,sedangkan Dia tak pernah sekali melupakan kita.Selama mana nafas diberi untuk dihirup,renungkan dan jangan lupa untuk apa kamu hidup...

*Sekadar nukilan buat renungan,ingatan diri dan juga kalian.



Free Blog Theme and Templates