January 30, 2012

Tanah Yang Tandus...






Assalamualaikum,





tanah yang tandus






Tanah dikorek,bukan dirobek.Dirobek itu adalah jiwa hati yang luka,heh.Digembur lagi,dan lagi sekali.Terjumpa pula cacing gelang yang sedang bergerak.Badan diusik,terus jadi mengeletek.Rasa geli geleman dengan cacing gelang sebenarnya,tapi gatal nak main juga.motif?jangan ditanya,sebab diri pun tak ada jawapannya.



ini cacing gelang,
tapi kenapa cari kat google keluar cacing perut?euwww....



Niat asal dah lari,sejak main cacing tadi.bukan nak buat geli²  tapi boleh dibuat memancing ikan keli.Buat masak cili api,dah rasa nanti pasti nak lagi.

Berbalik pada cerita,asalnya nak gemburkan tanah.Tanah yang tandus,sayang bila dibiarkan macam tu jer.Lebih baik berbudi pada tanah,ada juga datang faedahnya.Rasanya dah lama tak berkebun,tu yang diambil cangkul niat nak bercucuk tanam.Tapi bila dah buat benda lain pulak yang terfikir.nampak sangat tak fokus sesuatu.

Tanah ini jika dibaja dan disemai dengan benih pasti akan datang hasilnya.benih apa sekali pun jika dijaga dan dipelihara pasti subur dengan baiknya.Simbolik pada kehidupan kita manusia kan?



************************
 


Begitulah alam kejadian Tuhan yang menciptakan alam semesta,bukan sekadar melihat hanya dimata.Benih itu ibarat anak yang lahir didunia,jika betul pada acuannya maka berjayalah kedua orang tuanya.Anak yang lahir ibarat benih yang disemai,dan dituai.Maksud yang dituai,anak itulah yang akan mendoakan orang tuanya apabila telah tiada.

Benarlah kata orang,benih yang baik pasti akan membentuk sebuah pulau.Begitu berat akan tanggungjawab kedua ibu bapa dan anak juga perlu fahami dan mengerti.Jika anak selalu ditegur,usahlah cepat melenting kerana anda permata berharga ibu bapa.Tanggungjawab ibu bapa bukan sekadar dunia semata,tapi yang pasti diakhirat sana.

Pada anak yang juga kasihkan ibu dan ayah,hormatilah dan jaga mereka yang ada.Ingat pada perintah agama,dan jangan sekali mudah lupa.Kerana dunia banyak cabarannya,jangan sampai terus terleka.

Jadilah seperti benih yang berhasil apabila dibaja dan dijaga,berguna untuk baka benih seterusnya.Kerana anak juga akan berkeluarga,dan punya generasi yang seterusnya.Apa yang dihasilkan baik acuannya,maka akan baik juga pada hasil seterusnya...

January 20, 2012

Pukul 7 Petang...






 Assalamualaikum,




Jam di tangan menunjukkan tepat pukul 7 petang.Hati mula rasa resah dan gelisah.Bukan kerana ingat pada Makcik Esah,tapi tak sabar untuk balik ke rumah.Mana taknya,kerja yang banyak membuatkan fikiran terasa sedikit sesak.

"jom balik,kata awek bos..."

Cantik,seperti orang yang nak ke tandas,berlari dengan seberapa pantas.Motor biru dipecut laju,bawak macam kena kejar hantu.Lampu merah tak dipeduli,sila jangan cuba aksi ini.

Akhirnya,rumahku syurgaku...

Tadinya tempat kerja terasa penat,balik rumah haruslah nak berehat.Sambil duduk diatas bangku,remote tv dicapai dulu.Siaran tv dicari,akhirnya jumpa apa yang dicari.Tv diperhati,setia menanti.

Rancangan dah lama mula,rasa rugi terlepas dari awal cerita.Cerita dihayati,maklumlah dah tengok dari episod satu lagi.Yang lain tak dipeduli,padahal tak sedar diri tak mandi lagi.



***************************




Azan terus berkumandang,tandanya maghrib sudah menjelang.Betapa lalainya diri,pentingkan sekadar duniawi.Padahal akhirat yang patut dicari,tapi masih tak ambil peduli.

Masih setia menunggu,bagi cerita habis dulu.Begitu berjaya pengaruh cerita,hingga ada yang terleka dan alpa.Cerita sedih dihayati,sedangkan masa berlalu pergi.Sayangnya masa habis begitu jer,melayan cerita yang menyentuh jiwa.

Rugi masa berlalu dibiarkan sia².Bila azan berkumandang,berapa sangat yang bangun tutup tv dan segerakan solat dulu.?Tahu,ada yang masih leka,diri ini pun begitu juga.Katakanlah ajal kunjung tiba,sedangkan kita alpa dengan urusan dunia macam mana?masihkah ada masa untuk ditangguh untuk sejenak?sudah tentu jawapannya tidak.

Jadi,segerakan apa yang patut didulukan dan yang kemudian dibelakangkan.Dunia hanya sementara,kejarlah untuk disana.marilah menuju kejayaan sepeti laungan azan,bukan kejayaan dunia yang diutamakan.

Sekadar renungan bersama...[^^,]

January 18, 2012

Santai Rabu...

entri santai,link asal 9gag...

January 16, 2012

Kalaulah Saya Salah...








 *langit senja tu cantik kan?gambar tak sama dengan cerita..hee*






 Assalamualaikum,





Muka buku diperhati,laman gossip juga sesekali disinggah.Konon mencari hiburan dengan melayan gossip artis tempatan.Panas,dunia artis semakin panas sebegitu juga panasnya cuaca diluar.Susahnya jadi artis,asal apa jer yang dibuat mesti akan ada yang kisah.Tak jadi artis pun ada yang kisah,tu namanya peka dengan sekeliling.Bukan jaga tepi kain orang,tapi namanya hidup bermasyarakat perlulah ambil tahu.Bukan hal peribadi yang perlu diambil tahu,tu namanya memang sajer nak kena luku..hehe..

Itu jalan yang dipilih dan harus terima walau apa pun yang akan dikatakan.Baik pujian mahupun cacian,usah terima dalam paksaan.Menegur kerana sayang,bukan menyibuk hal orang.Lumrah manusia,kadang ada yang dapat terima segala kritikan dengan hati terbuka,dan ada juga yang tak berapa terbuka bila menerima sesuatu kritikan.Menyibuk?itu perlu.Lagi² bila saudara seagama.

Bila kritikan yang diberikan,ambil sebagai satu pengajaran.Kaji dan muhasabah diri agar tak terlanjur lagi.Yang menegur pun ada cara dalam tuturkata,tak boleh semua main redah jer.Asal niat ingin membetulkan yang salah,alih² marah maki dan menghina.Adakah itu yang diajar dalam agama?bagai menarik rambut dalam tepung,rambutnya tak putus tepung pun tak berselerak.Perlu dengan berikan kesedaran,bukan dengan kata makian.

Masing²  melakukan kesilapan,dan mana yang salah segera diperbetulkan agar nanti tak jadi bahan untuk dijadikan kritikan.Yang dah berlaku tetap berlaku,yang belum terjadi lebih baik berhati-hati…

January 11, 2012

Miskin Vs Kaya...






Assalamualaikum,





Miskin vs kaya,siapa pemenang dan siapa yang kalah?tak kan ada siapa yang menang dan takkan ada siapa yang kalahAdat,si miskin pasti punya impian dan harapan untuk punya rumah sebesar istana.Si miskin juga pasti juga punya cita-cita ingin memakai baju baru dan pelbagai fesyen yang terkini.Lumrah bagi orang-orang dibawah.

Tapi jangan sekali yang dibawah dipandang jelek dipandang dengan hanya pandangan yang sinis,senyuman taklah semanis yang dilihat tapi punya sindirian semata-mata.Apakah hina menjadi insan yang miskin?salahkah andai si miskin punya cita-cita untuk berjaya?sekurangnya dia berusaha untuk kearah itu dan bukan sekadar angan kosong yang tak punya apa.

Si miskin bukanlah insan yang pemalas  dan mengganggap yang miskin itu adalah warisan.Tidak,itu salah sama sekali.Ingat rezeki itu ada dimana-mana,sekali pun ulat dalam batu pun ada rezekinya.Hanya orang yang susah tahu bagaimana perasaannya menjadi susah.Yang senang hanya melihat dan memandang,bukan menagih simpati tapi lihatlah dari sudut hati.

Bukakan mata dan gunakan dengan sebaiknya,yang senang tak selalunya senang dan yang susah takkan selalunya susah.Bumi Allah itu luas,rezeki Allah itu juga telah dijanjikan pada mereka yang rajin berusaha dan mengubah nasibnya sendiri.

Kaya atau susah sekalipun itu hanya sekadar pinjaman dan harta yang Allah berikan untuk menilai ketaqwaan dan kesyukuran kita padaNya.Adakah kita lupa dan leka dengan harta dunia atau sentiasa beringat dan syukur atas segala limpahNya.Miskin atau apa sekalipun jangan dikeji mahupun dibenci.Apa gunanya harta yang berguni-guni andai hilangnya nilai budi pekerti.

January 07, 2012

Entri Sesengal Ubi-Songlap Punya Kisah...







Assalamualaikum,




pagi yang damai...

 


"beb,
ko dah tengok ker cerita baru tu?
ko download lah,
aku tak tengok lagi...
aku nak download kat opis slow la internet...
aku bagi link okeh..."

"citer apa eh?
ombak rindu ke?
entah aku malas download...
jiwang derr.."

"cehh,
bukan citer tu,
ni citer sam dengan ada budak lelaki yang baru spm tu
dia berlakon..."

"oh citer tu,
belum lagi...
petang nanti ko datang okeh 
aku bagi ko...
bagi aku download dulu..."

"okeh beb,
cantik...."


.....................................................................................................................................................



petang menjelma...




"ko dah download dah ke?
ko masuk dalam pendrive aku okeh..."

"boleh jer,
bak 5 hengget...
hehe.."

"amboih,
ko pun download free je lepas tu
nak jual kat aku ker?...
tu pun ak bagi link download k..."

"ala,
ko tak kesian aku ker?..."
*muka comel*

"tak...
dapat pun free,
berkira dengan aku..."

"ala,
aku gurau jerlah..
serius sangat...."
*masam muka*

"yelah,
dah ko nak pau aku kan..
geram lah..."

"cehhh,
yela...
best weyh citer ni..."

"yeke?
mana ko tau?..."

"ko tengok nanti ada part jual orang,
sara ali tu nanti bunuh ayah dia,
tapi tu part nak last
sam kena kejar dengan orang nak bunuh dia,
yang adik dia tu nanti last ikut sara ali naik bas...
ada part yang jual baby tu kesian kot tengok..
ko tengok yang part sam tampar perempuan tu?
yang kat tv ada promo tu kan
ha,tu lah part sam ikut ada pelakon tu nak jual orang..
macam-macam weyh citer realiti kita sekarang kan..."

"eh,ko dah citer ni aku nak tengok pun malas..."

"la kenapanya?..."

"dah aku tanya sikit ko citer sampai part last kenapa?
aku mula pun tak tengok lagi..."

"err,aah la..
dah ko tanya aku jawab lah..
hahaha..."

"siotlah ko,
potong jer..."

"hahahaha..."

January 05, 2012

Muda Hanya Sekali,So Kita Enjoy!!...

*sumber google*




Assalamualaikum,






Tik tok tik tok,masa berjalan dengan pantas.Bagai keretapi api yang bergerak pantas menuju ke destinasi.Tapi itu dapat dilihat dengan mata kasar,sedangkan masa yang berlalu tak dapat dilihat dan tanpa disedari.Detik menjadi saat,saat menjadi minit,minit menjadi jam dan sedar tak sedar hari baru menjelang lagi.Jika masih dipanjangkan usia,ketemu lagi dengan hari yang baru.Bila hari baru menjelma,kadang pernahkah terfikir kenapa masih lagi bernafas untuk sehari lagi?.

Kebanyakkan dari kita hari yang berlaku sekadar berlalu macam tu jer.Tanpa ada pengisian dan dibiarkan kosong tanpa haluan.Rutin seharian seperti selalu,tanpa ada sebarang perubahan.Kalau dulu diri ini pernah alami usia remaja,bila umur dan mencapai usia 20 keatas ni terfikir dan merenung balik masa silam.Berapa banyak masa yang dibiarkan berlalu macam tu jer.Sedangkan tau masa tu sangat berharga tapi lebih utamakan perkara yang sia-sia.Orang kata umur 20 keatas ni muda lagi tapi bagi diri tak rasa macam muda pun.Sebabnya masa berlalu dengan pantas,semakin hari usia pula semakin kurang.

Masa muda remaja,tulah masa yang betul-betul sangat berharga.Berpesan juga pada diri yang mana pernah alami usia remaja,ingatlah masa muda hanya sekali.Mungkin ada yang kata masa muda ni lah kita kena enjoy bagai.Sebab nanti dah tua tak merasa nak buat semua benda tu lagi.Ye,memanglah dah tua nanti tak merasa buat semua benda tu,kalau dah umur dah lanjut nak enjoy bagai tak ke buruk rupanya.

Semua perkara masa muda ni nak cuba,darah muda.Perkara yang dilarang itulah yang makin nak dibuat.Bertukar pasangan,bersosial dan berseronok tulah perkara yang paling menarik untuk dilakukan.Tapi pernah terdetik dan terfikir tak,bila dah menjelang tua mengenang balik perkara lama tak ke rasa diri tu hina melakukan perkara yang sia-sia?.Berseronok sementara usia muda,selagi tenaga masih ada memang itulah perkara yang paling gembira.Tapi tak terdetik ke yang ajal yang datang menjelma secara tiba-tiba?.

Sekadar renungan bersama.Berpesan juga pada diri sebab tau diri ni pun taklah sebaik mana.Tapi selagi terdaya dan bernyawa berpesan jugalah sesama kita.Hidup dunia hanya sementara,keseronokan kalau dan meresap dalam jiwa memang sekali pun takkan pernah rasa puas.Tapi selama mana kita nak berseronok dan hanya sekadar mengejar dunia semata sehingga lupa ada yang kekal di sebelah sana.Berubah kepada kebaikan dan bukan sekadar mengejar keseronokan.Sebelum segalanya terlambat,ajal menjemput pun dah tak boleh nak sekat...

January 04, 2012

Entri Sesengal Ubi-Kenangan...








Assalamualaikum,





"itew kan,masa cekolah dulu cute tau...ni akak angkat kita bagi sebagai bukti,hikhik..."
*muntah ijo,haha...;p


Tiba-tiba teringat kenangan zaman sekolah dulu,heh.Masa tu zaman comel-comel,cuba sekarang ni kalau buat muka comel,mahu lari bertempiaran orang nanti,hehe.

Satu kenangan zaman persekolahan yang tak boleh dilupakan bila mana ada kakak angkat.Dan ini salah satu pemberian dari akak angkat,penanda buku yang dibuat sendiri.Belakangnya tertulis kata semangat untuk PMR yang bakal tiba.Perkenalan singkat jer sebab masa tu pun dia dah tingkatan 6 atas,cuma ni jerlah yang jadi kenangan sebagai ingatan.

*entri ringkas jer,ingat nak letak gambar tanpa ayat tapi rasa macam sengal jer tangan ni nak tekan papan kekunci ni.Maka terjadilah entri ini,hehe.

January 03, 2012

Akal Dan Amarah...








Assalamualaikum,


siapa dulu yang mulakan
siapa pula yang memegang kebenaran
siapa yang harus dipersalahkan
siapa hero yang harus dijulangkan

apa yang diperjuangkan
kalau sekadar hanya laungan
aku hanya mahukan keamanan
bukan kekacauan yang ditimbulkan

aku mahu bangsa aku
bersatu dan terus maju
bukan berpecah menjadi suku
saling bertelagah dari menjadi satu

ilmu didada jangan disalah guna
gunakan akal kuasa minda
itu anugerah yang Allah telah cipta
gunakan dengan sebaiknya

amarah diri yang ditunjukkan
masih ada jalan untuk diperbetulkan
gunakan jalan yang disalurkan
bukan dengan merosakkan keamanan

gunakan akal yang telah diberi
bukan ikut jalan sendiri
apa guna kalau berkelahi
akhirnya susah diri sendiri

jika benar ingin tunjukkan kuasa
tunggu bila tiba pada masanya
masanya tetap akan tiba
pilihan ada gunakanlah ia




January 01, 2012

Selamat Tinggal...






Assalamualaikum,


Tajuk nak propa jer kan,selamat tinggal tahun 2011 dan selamat datang 2012.Sekejap benar rasa masa berlalu dan hidup pun semakin hari semakin singkat.Bila dah masuk tahun baru bermacam azam baru dalam senarai.Dan seperti biasa azam lama,kelaut ler jawabnya.heh..

Pelbagai kenangan manis dan pahit sepanjang tahun 2011.Dan yang paling menjadi ingatan bila hari jadi yang 24 tahun disambut bersama kawan-kawan.Tak pernah sekali dalam seumur hidup,hari jadi disambut.Selalunya dibiarkan berlalu sambil mengira usia yang semakin meningkat.Tapi tahun lepas,betul-betul satu kenangan yang amat manis untuk dikenang.Terima kasih pada kalian,dan itu akan selalu segar dalam ingatan selagi hayat dikandung badan.

Untuk tahun ini,segalanya bermula hari ini.Hari baru,tahun baru dan segalanya hendak dijadikan baru.Pengalaman yang lepas cukup mengajar erti sebuah kehidupan.Yang mematangkan dan juga mendewasakan untuk membuat segala pilihan.Yang berlalu tetap juga berlaku,hari ini adalah satu revolusi dalam diri.Untuk lebih berani melangkah setapak ke hadapan.Semoga apa yang akan dilakukan nanti akan dipermudahkan hendaknya.

*Pada yang sudi singgah ke teratak hati ini,terima kasih kerana masih sudi menjenguk ke mari.Sekarang agak jarang untuk update blog selalu kerana lebih mengutamakan yang lebih penting.
Free Blog Theme and Templates