January 11, 2012

Miskin Vs Kaya...






Assalamualaikum,





Miskin vs kaya,siapa pemenang dan siapa yang kalah?tak kan ada siapa yang menang dan takkan ada siapa yang kalahAdat,si miskin pasti punya impian dan harapan untuk punya rumah sebesar istana.Si miskin juga pasti juga punya cita-cita ingin memakai baju baru dan pelbagai fesyen yang terkini.Lumrah bagi orang-orang dibawah.

Tapi jangan sekali yang dibawah dipandang jelek dipandang dengan hanya pandangan yang sinis,senyuman taklah semanis yang dilihat tapi punya sindirian semata-mata.Apakah hina menjadi insan yang miskin?salahkah andai si miskin punya cita-cita untuk berjaya?sekurangnya dia berusaha untuk kearah itu dan bukan sekadar angan kosong yang tak punya apa.

Si miskin bukanlah insan yang pemalas  dan mengganggap yang miskin itu adalah warisan.Tidak,itu salah sama sekali.Ingat rezeki itu ada dimana-mana,sekali pun ulat dalam batu pun ada rezekinya.Hanya orang yang susah tahu bagaimana perasaannya menjadi susah.Yang senang hanya melihat dan memandang,bukan menagih simpati tapi lihatlah dari sudut hati.

Bukakan mata dan gunakan dengan sebaiknya,yang senang tak selalunya senang dan yang susah takkan selalunya susah.Bumi Allah itu luas,rezeki Allah itu juga telah dijanjikan pada mereka yang rajin berusaha dan mengubah nasibnya sendiri.

Kaya atau susah sekalipun itu hanya sekadar pinjaman dan harta yang Allah berikan untuk menilai ketaqwaan dan kesyukuran kita padaNya.Adakah kita lupa dan leka dengan harta dunia atau sentiasa beringat dan syukur atas segala limpahNya.Miskin atau apa sekalipun jangan dikeji mahupun dibenci.Apa gunanya harta yang berguni-guni andai hilangnya nilai budi pekerti.

37 comments:

luahfikiran ... mari kita said... BALAS

Salam,
Peringatan yg amat baik. Tkasih

adwafarahin said... BALAS

allah x pernah membezakan umatnya.apakah hak kita utk membezakan taraf kita..bila kita mati,harta bkn bole dibawa mati pon
baju yg kita pakai semasa mati nnt pon sama jugak.

yg membezakan kita usaha..sapa berusaha lebih mst byk rezekinya..mcm tu jugak sebaliknya :)

Alieza Dayasari said... BALAS

suka entri ni......
miskin... kaya... budi pekerti....

Cikgu Ma said... BALAS

family akak sederhana sangan..dulu2 rasa macam sama juga dengan orang yg dapat bantuan kemiskinan sebab abah pun selalu berhutang...tapi alhamdulillah, kami adik beradik tak kebuluran...

jom terjah:
selamat ulangtahun - jom wish ramai2

yad'z said... BALAS

miskin atau kaya, semuanya sama dimata Allah.. =)

cik siput said... BALAS

si miskin lbih byk berkorban dr si kaya.. my opinion la :)

foloe sini =D

Anum said... BALAS

perasaan sedih bila baca

Nur Eisha Fatihah said... BALAS

ayat tu tak betul... "salahkah menjadi miskin?" . tiada sesiapa yang ingin menjadi miskin. ada yang mahu kehidupan sederhana, terlebih kaya atau kaya tapi kaya juga dengan agama..

Patutnya, "Salahkah mereka miskin??"

LiLy @ MumMyQiStInA said... BALAS

tak kira miskin & kaya..kita adalah sama disisiNya..

Paris Lipton said... BALAS

dulu lect slalu ckp, 'org kaya semakin kaya', penah debat dlm kelas isu ni....tp tp tp, biar miskin harta, jgn miskin budi ><

Pok Amai-Amai said... BALAS

Entri ini sgt cool! Permulaan yg baik utk pagi Rabu ini!

=D

CintaZulaikha said... BALAS

kaya atau miskin sumernya betolak balik pada usaha kan..humm

aiEz said... BALAS

nur eisha fatihah@alkisah entri berkisar pada diri,tp dinyatakan secara umum,realiti yg terjadi baru2 ini...

.........cP~ said... BALAS

Tapi, kadang-kadang orang yang miskin terlalu bersangka-sangak pada yang kaya. Terlalu rendah diri bila duduk dengan yang kaya. Inferiority complex. Tak semua orang kaya pandang rendah orang miskin.

rozeeta rashid said... BALAS

yang miskin tak harus dipandang hina. yang kaya tak harus dipandang bongkak. yang kaya boleh jadi miskin kalau Allah nak tarik balik apa yang dibagi. yang miskin pun boleh jadi kaya.

yang penting bukan banyak mana harta yg kita ada tapi sejauh mana kita bersyukur dan bagaimana kita gunakan harta kita ke arah kebaikan.biar miskin harta jangan miskin akhlak.

alamak terbuat esei pulak! haha.

Aida Omar said... BALAS

org yang paling kaya adalah orang yang berbudi pekerti :)

FIFIEY LYCHEE MARATION said... BALAS

aiez, biar miskin harta asal kaya hati dan budi!

Rtp Farra Arisha said... BALAS

setiap insan yang dilahirkan di dunia diajar untuk sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang tlah diberi oleh Allah. and well, rich and poor people is same. hanya tingkah laku, personaliti, pekerjaan dan mentaliti mereka yang berbeda. jangan disebabkan darjat pandangan, nafsu dan maruah kita tidak terbela...biarkanlah diri masing2 mendapat keberhasilan dengan usaha mereka sendiri...:') dan asalkan kita senantiasa mendoakan yang terbaik buat mereka!

YOUsoF said... BALAS

Bukan harta bukan rupa yang dipandang Allah tapi hati dan amalan kita.. ;)

Kita dah cukup bertuah ada rumah untuk berteduh, ada makan setiap hari ada pakaian bersih...

mrs. hairum said... BALAS

kemiskinan juga bukan untuk diwarisi :)

Mya said... BALAS

biar tak kaya tapi jangan miskin hati =) yang penting mari terus cari bekal ke sana inshaallah =)

Azza Azman said... BALAS

kaya itu rezeki... dan juga ujian. Allah bagi kekayaan kepada sesiapa yang Usaha. Kaya boleh jadi munafik tetapi boleh juga bawa kita ke Syurga... husnulzon je kat orang kaya...

adakah anda follower saya yang ke 2012?

tyra said... BALAS

entri yang bermanfaat. (: suka entri anda.

miss silent said... BALAS

dalam dunia ni memang manusia asyik tengok duit. hakikat dalam dunia nyata. bohong tak pernah terlintas atau menyindir " tu la, suruh sekolah tak sekolah pandai2. skng kan dah jadi tukang cuci" . kadang2 mak bapak pun cakap macam tu kat anak untuk bagi motivasi.
tapi skng dah lain. orang yang kaya kadang2 memng tak nampak zahirnya sebab xnak orang lain tahu kekayaan mereka. yang kaya pulak kadang2 tak ukur dibaju sndiri. so, nilai je sendiri.

* apa2 pun, kain kafan jugak yang kita pakai akhir kelak. biar kaya adab dari kaya harta. peace ^__^v

PCL said... BALAS

taknak kaya sgt nt lupa diri...miskin sgt pun jgn sampai menyalahkan takdir Ilahi...yg sedang sedang saja...

anamizu kaito said... BALAS

kat dunia ni bolehla nk beza MISKIN KAYA.. kat dunia bleh la terlepas.. huh~





luv,
cik ana

Fatin Mraz said... BALAS

masih ada orang yg tidur di jalanan ni...

CintaKhadijah said... BALAS

miskin atau kaya, dua2 ujian buat kita. rite? ^^,

amir aizat said... BALAS

nice entry ! thumbs up :)

Faaein Talip Roy said... BALAS

hiduplah saling hormat-menghormati... ^^,

cimöt said... BALAS

si miskin jgn salahkan takdir-Nya,
si kaya jgn lupa semua itu nikmat-Nya.

miskin atau kaya kita semua sama saja di mata-Nya,
bezanya ibadah yang dikerjakan hanya untuk-Nya.

**::CIKNUURUL::** said... BALAS

Assalam,.morning aie

Allah tak memandang harta, kecantikan , pangkat atau miskin dan kaya. yang Allah tengok adalah iman dan amal kita..semoga kita dapat beriman dan beramal dengan apa yg kita ada..

perkongsian yg baik,.^^

meisnani said... BALAS

i'm not the first anymore.. but i'll still leave a comment for ur entry..

"Miskin & Kaya cumalah di dunia ini.. Miskin & Kaya yg sbenar, adalah selepas kematian.."

Namee Roslan said... BALAS

kesian lah org yg miskin sgt. bila tgk org miskin, namee selalu fikir..apa diorg buat time muda ye, mana anak2 dia..diorg takde anak ke..macam2 fikir kenapa takdir diorg jd mcm tu :(

kajaharuna said... BALAS

rezeki pemberian Allah, jangan hine orang yang miskin, sebab sudah kerja Allah beri rezeki masing-masing.. betul ke macam tu ayie ? hehe

محمد رازيق said... BALAS

peringiatan yang baik yie. terima kasih sahabat.

kiera'sakura said... BALAS

dan diuji dengan kesusahan itu menjadi pilihan kerana dikhuatiri bila diuji dengan kesenangan akan membuat kita angkuh dan lupa siapa diri yang sebenarnya..

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates