January 30, 2012

Tanah Yang Tandus...






Assalamualaikum,





tanah yang tandus






Tanah dikorek,bukan dirobek.Dirobek itu adalah jiwa hati yang luka,heh.Digembur lagi,dan lagi sekali.Terjumpa pula cacing gelang yang sedang bergerak.Badan diusik,terus jadi mengeletek.Rasa geli geleman dengan cacing gelang sebenarnya,tapi gatal nak main juga.motif?jangan ditanya,sebab diri pun tak ada jawapannya.



ini cacing gelang,
tapi kenapa cari kat google keluar cacing perut?euwww....



Niat asal dah lari,sejak main cacing tadi.bukan nak buat geli²  tapi boleh dibuat memancing ikan keli.Buat masak cili api,dah rasa nanti pasti nak lagi.

Berbalik pada cerita,asalnya nak gemburkan tanah.Tanah yang tandus,sayang bila dibiarkan macam tu jer.Lebih baik berbudi pada tanah,ada juga datang faedahnya.Rasanya dah lama tak berkebun,tu yang diambil cangkul niat nak bercucuk tanam.Tapi bila dah buat benda lain pulak yang terfikir.nampak sangat tak fokus sesuatu.

Tanah ini jika dibaja dan disemai dengan benih pasti akan datang hasilnya.benih apa sekali pun jika dijaga dan dipelihara pasti subur dengan baiknya.Simbolik pada kehidupan kita manusia kan?



************************
 


Begitulah alam kejadian Tuhan yang menciptakan alam semesta,bukan sekadar melihat hanya dimata.Benih itu ibarat anak yang lahir didunia,jika betul pada acuannya maka berjayalah kedua orang tuanya.Anak yang lahir ibarat benih yang disemai,dan dituai.Maksud yang dituai,anak itulah yang akan mendoakan orang tuanya apabila telah tiada.

Benarlah kata orang,benih yang baik pasti akan membentuk sebuah pulau.Begitu berat akan tanggungjawab kedua ibu bapa dan anak juga perlu fahami dan mengerti.Jika anak selalu ditegur,usahlah cepat melenting kerana anda permata berharga ibu bapa.Tanggungjawab ibu bapa bukan sekadar dunia semata,tapi yang pasti diakhirat sana.

Pada anak yang juga kasihkan ibu dan ayah,hormatilah dan jaga mereka yang ada.Ingat pada perintah agama,dan jangan sekali mudah lupa.Kerana dunia banyak cabarannya,jangan sampai terus terleka.

Jadilah seperti benih yang berhasil apabila dibaja dan dijaga,berguna untuk baka benih seterusnya.Kerana anak juga akan berkeluarga,dan punya generasi yang seterusnya.Apa yang dihasilkan baik acuannya,maka akan baik juga pada hasil seterusnya...

30 comments:

say to easy=) said... BALAS

btl tu aiez,benih yg baik,hasilnya akan baik jgk mcm manusia jgk:)

Rara said... BALAS

Enri ni termasuk dalam kategori rara suka baca.pasal alam alam ni mmg best.jangan ditanya apa alasannya,rara sendiri pun tak tahu apa sebabnya.haha lebih kurang mcm tu ayat aie.Tengok dapat pick up ayat aie.satu entri ada dua pengisian.good job ^_<

EmpayarUtama said... BALAS

Bagus berkebun ni, cuma bukan bidang aku. Takat nenas, jagung, cili, ubi bolehla

iAmCekbolat said... BALAS

terbaik.. =)

dibaja,disemai..

Unknown said... BALAS

Salam,
Suka baca n3 ini ... ada mesejnya

Unknown said... BALAS

mesej yg baek!
love it :))

jom lawat : tintahatimilikain.blogspot.com/2012/01/cita-cita-tercapai-baiki-menara-senget.html

LiLy @ MaMaQiStInA said... BALAS

Bila dah menjadi ibu..baru paham macamana beratnye tanggungjawab sebagai ibubapa utk mendidik anak agar menjadi anak yg berguna..
seorg anak juga haruslah paham..bila ibubapa menegur..jgn lah cepat melenting..tu semua utk kebaikan..& tanda syangnye mereka terhadap kita...

Aki said... BALAS

pergh, ayat bro aiez memang terbaik macma biase.. keep it up bro..

Unknown said... BALAS

menabur benih pd tanah yg tandus..mgkinkah jd atau x..seperti mnusia,dididik sebaik mgkin dgn penuh ksih syg dn wang rggit..tapi bila mncapai impian jd seperti lalang,makin berisi makin menegak...

Unknown said... BALAS

benih juga bakal teganggu dgn ancaman luar spt haiwan perosak bgitu jgk anak dipengaruhi manusia perosak sbb tu kena jaga elok2 hehehe kan kan kan >< eh lame update ye

fatin said... BALAS

proses menyemai, dan menjaga perlukan kesungguhan dan kesabaran...

beanr anak juga boleh diibaratkan seperti benih yang ditanam..

..cuma persoalan nya..[pernah ada seseorang mengutarakan satu soalan]
boleh kah anak itu 'diharvest'kelak..
salahkah niat jika ibu bapa jika berfikiran begitu..

cimöt said... BALAS

betapa pentingnya redha Allah tu..
so, how to make it halal?
nikah laaa..everything gonna be halalan thayyiban..

anamizu said... BALAS

ehem~
lame x dtg sini..
bz sket 2,3 menjak nih..hehe
aah betol3.. guwa sokong!
benih yg baik, SELALUNYA lah
hasilnya baik juga :)









luv,
cik ana

Cikgu Ma said... BALAS

tak reti nak bercucuk tanam...

PCL said... BALAS

salam aiez, laman blkg rumah pcl mmg dah lama tandus... lama tak berkebun susah lak nk mulakan

♥ Nana BamBam ♥ said... BALAS

Niat nak menanam biar ikhlas..bukan sebab kekayaan...kalau ikhlas.Insyaallah benih yang kita tanam pasti berhasil dengan baik kelak...

Sya_Merpati Putih 88 said... BALAS

berbudi kpd tanah mmg banyak faedahnya..

Namee Roslan said... BALAS

nak muntah namee tgk cacing tu. hehe. namee benci cacing. geli. kena jaga dari sekarang lah supaya benih kia tak terjejas. :)

♥ sitifarhana ♥ said... BALAS

aiyak cacing tuu..gelinye...huhu

rozeeta rashid said... BALAS

insyaallah. sama2 kita jadi yang anak yang boleh dibanggakan ibubapa. bukan saja dari segi hal dunia tapi akhirat jugak. seimbangkan kedua2nya.

m said... BALAS

salam aie... sihat tak ni? huu lama tak kunjung sini...

semuanya bermula dari diri sendiri. sentiasa dan jangan putus memperbaiki diri. biar turun ke generasi seterusnya jangan diabai biar benih terus subur dan terus memberi hasil terbaik dengan izinNya inshaallah =D

Anonymous said... BALAS

ingtkn entry tanah jo. pasal generasi pun bleh ye^^
nuce entry^^

YouSOF said... BALAS

Aku bab cucuk tanam ni kurang sikit.. Kalau bab menebas, mencangkul ok lagi.. ;D


Lama dah tak main cacing.. heheh

Semoga kita sentiasa di acuan yang betul..

Zul fattah said... BALAS

betul tu ayi.. hargai jasa kdua org tua ketika mereka masih ada... jgan menyesal kmudian hari..

MalizaMah said... BALAS

setuju .......
benih yg baik, maka baiklah hasilnya.
namun akalu benih itu tidak baik, perlu juga usaha membajanya agr sihat di kemudian hari....

----------------------------

liza tgh praktikel..
so agak jarang blogging.

amna said... BALAS

susahkan nak tentukan istilah.. begitu juga dengan susahnya membentuk dalam acuan..

silap caturan, punah impian :)
salam maulidurasul.. assalam, amna~

Faaein Talip Roy said... BALAS

nice entri!

benih yang baik tapi kalau tak dibaja dengan baik kadang2.. merosakkan juga..

stuck said... BALAS

nice entry yaw! =D

Zehan Ilyana said... BALAS

moga saya takkan terlupa untuk doakan arwah kedua ibubapa saya..
moga saya tetap dapat berbakti walau diorang dah tiada..:')

nice entry..:)

aiEz said... BALAS

teenager@InsyaAllah,sentiasa doakan mereka disana ye...:')

Free Blog Theme and Templates