August 21, 2011

Pesanan Buat Kaum Wanita...




Assalamualaikum...

Ini hanya sekadar entri sedikit maklumat yang ingin dikongsikan pada pembaca blog yang tak seberapa ni.Dan ia lebih ditekankan buat kaum wanita diluar sana,kerana apa?supaya lebih berhati-hati kemudian hari.

Apa isu yang ingin dikongsikan?seperti yang sedia maklum teknologi hari ini memanglah tersangat maju.Dengan adanya teknologi,ia memudahkan kita untuk melakukan sesuatu perkara.Tapi sedar atau tidak,ada juga golongan yang menyalah gunakan teknologi sedia ada.Pada yang menggunakan teknologi pada jalan yang bermanfaat,sama-sama kita dapat merasa kebaikannya.Tapi jika digunakan pada jalan yang tak sepatutnya?impak yang lain pula kita akan terasa.

Okeh,sebelum bercerita panjang ingin sekali lagi berpesan pada kaum wanita diluar sana supaya lebih berhati-hati semasa menggunakan tandas awam misalnya ataupun ditempat yang tak dijangka.Kenapa?sebabnya sekarang ni adanya kewujudan kamera yang bersaiz mini yang mampu dimiliki dan mudah untuk dibawa kemana sahaja.Tak siapa yang tahu apa yang dibawa itu adalah kamera bersaiz mini,kerana rekabentuknya sama seperti barang yang biasa digunakan.Salah satu darinya berbentuk pemetik api.

Seakan tak percaya bukan?percayalah sebab benda ini memang ada.Dan ada yang menyalah gunakan benda ini untuk tujuan yang tidak baik.Jika sekali imbas memang tak ada siapa yang tahu bahawa itu adalah alat perakam berkamera,tapi ada sedikit beza di bahagian hujung bawahnya iaitu terdapat kamera kecil untuk merakam video dalam bentuk resolusi gambar yang sangat jelas.Bukan itu sahaja,alat ini juga boleh merakam bunyi disekeliling juga dengan jelas.Kebiasaanya benda ini digunakan oleh golongan lelaki berhidung belang,untuk merakam sesuatu yang bukan-bukan.

Ini bukan entri untuk menakutkan anda,tapi cuma sebagai peringatan dan perkongsian buat kaum wanita diluar sana.Sekarang ni banyak teknologi yang disalah guna.Jadi apa yang perlu supaya lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling,dan perlu lebih peka terhadap sesuatu yang tak dijangka.

p/s:Benda ini memang ada,dan pernah cuba dari seorang rakan.Jadi berhati-hati.

36 comments:

Umie Nadhirah said... BALAS

mesti hati2 masuk tandas awam/fitting room pasni.. kena check betul2..

aiEz said... BALAS

umie-betul,lepas ni kena hati2..benda ni kecik jer..tak ada saper tau yg tu kamera..

Umie Nadhirah said... BALAS

a’ah.. thanks 4 de info.. & terima kasih komeng2 blog umie :D

aiEz said... BALAS

umie-sama2 kita,umie pn rajen singgah sini..:),tkr2 pndapat kan..:)

Syazwan Che Deraman said... BALAS

bahaya bahaya.

aiEz said... BALAS

syazwan-yup bro..sgt2 bahaya,thanks singgah sini..:)

Unknown said... BALAS

tersgt bhya.. that why sara xsuka guna tandas awam .. fitting room hoho mmg selalu berhati hati bila msk.. double check up.. :)

AFIQAH HANI said... BALAS

t h a n k s for the information . :)

LiLy @ MaMaQiStInA said... BALAS

Thx for the info ya..mmg bahaya ni..kena lebih berhati2..lily mmg jarang masuk tandas awam..mmg Xkan masuk kecuali betul2 terdesak..

merahitujambu said... BALAS

ngeri jee dengar...=/

ayuni said... BALAS

pernah cuba pada rakan?????apakah?

kompem tak guna tandas awam dan fitting room lepas ni kerana diriku begitu berharga :)

aiEz said... BALAS

sara-yup,kena lebih berhati-hati lepas ni...

nur afiqah-sama2 kita...

mummy qistina-sama2,yup mmg kena berhati2...

merahitujambu-err,hati2 lepas ni...

ayu-maksud ayt tu,adeh slh fhm ni...benda tu mmg ada dan pernah tgk dan tahu fungsi benda tu mcm mana sperti yg ditulis kat ats tu...-,-!

yup kena hati2 lpas ni..

amna said... BALAS

assalam :)

pemetik api rupanya. tu la, kadang2 rasa was2 je bila masuk tndas awam. tpi nak buat cmne, tak leh nak detect.. takat ni x pernah perasan..

NMH said... BALAS

err...xna masuk tandas awam daa..haa

ILA HonEyBuNNy said... BALAS

takootnya..terima kasih ingatkan...

tu kalau masuk toilet awam, mesti usha2 dulu....hehe

Far8 budak baik said... BALAS

tu lahhh kn..
skrg ni teknologi
kreatif sgt...
klo lelaki masuk toilet sape nk tgk kn..hahahaha

Rikajue said... BALAS

>.< aiya...nak tanya, ada tak langkah2 yg sure dapat kesan helah mcm itu?susah nak cari sebab teknologi makin kreatif, mungkin kamera tersembunyi dah makin kecil...makin susah nak kesan. -.-"

aiEz said... BALAS

amna-wasalam amna,yup yg pernah tgk dalam bentuk pemetik api...benda ni cuma bahagian bwh jer ada kmera,bhagian ats pula mcm biasa,buka kepalanya jd mcm pendrive..

NMH-err,kena hati2 xkira bukan tndas awam jer...

ila-sama2 kita,hati2 lpas ni..
yup,betul2 tgk2 dulu sblm guna...

far8-yup,err merepek..huhu..-,-!

anna-bntuknya mcm lighter blkg bhgian bwh ada kmera kcil,klu xpasan mmg tgk mcm lighter biasa...tp pernah tgk dlm tv ada org ajr,mcm dalam fitting room klu tetibe line fon xde,ada glombang dr kmera cctv...jd kena hati2...

Dhiya Fariza said... BALAS

thanks for the reminder!

aiEz said... BALAS

dhiya-sama2 kita...:)

Namee Roslan said... BALAS

ayie..betul! kat fitting room banyak sangat! sebab tu saya tak suka pergi toilet mahupun fitting room. takut. nnti tahu2 je muka kita dah tersebar kt utube ke. tak pasal je. :/

txs for sharing ayie :)

aiEz said... BALAS

namee-yup,betul2..tulah,bahaya jer kalau kena mcm tu,baik berhati2 sblm apa2,seram jer...

sama2 namee..:)

ShalleyshaLina a.k.a ChaLie said... BALAS

huwaa takutnyaaa.....T_T macam2 sekarang nie kan? aduss...kena careful 8 kali ganda nie

aiEz said... BALAS

shalina-tu la,yup lebih berjaga2 slpas ni..

Bunga said... BALAS

mmg kena berjaga2...sekrang dah pelik2..

LuN@_aiDi said... BALAS

gerunnyer dengar..
tp itu ler, kne berhati2 skng neh macam2..^huhuhu

Unknown said... BALAS

dh tak slmat dah mesia ni

aida-myasara said... BALAS

selalutgk siling tandas takut ada kamera walaupun cuma wayar jek
hahahah

kajaharuna said... BALAS

mcm2 la sekarang ni.. kene hati-hati lepas ni..

Sarah Mohd Saleh said... BALAS

ohh yeke..terima kasehh for the infooo ;)

Sarah Mohd Saleh said... BALAS

ohh yeke..terima kasehh for the infooo ;)

aiEz said... BALAS

bunga-betul,kena hati2..lg2 tmpat awam...

luna-yup,jd hati2lah ye...

ezan-err,klu ada mnusia jns cmni..;)

aida-err,hehe..tak pa,hati2 kn..:)

kaja-yup,jaga diri ye..;)

Aki said... BALAS

yup.. memang ade.. aki pun pernah ade satu,kawan bagi dulu.. tapi since rasa susah nak gune,baik bagi ngan orang lain.. takde fungsi pun.. thanks for sharing Bro..

NER said... BALAS

wah..takutnya. br je masuk fitting room and toilet kt laut. Seriouly kna berhati-hati pasni. thanks for the info!

aiEz said... BALAS

aki@sama2 aki,tak ada faedah simpan benda2 mcm ni,org selalu slh guna...

ekmi@err,kena hati2..benda2 mcm ni byk yg kurg peka..tips2 ni pun blog aki ad kongsikan jugak..kita sama2 share:)

Qaseh Qistina said... BALAS

uih..menakutkan jer...bahaya la kalau x sedar...mmg kena hati2 kalau masuk fitting room / toilet nih . . bila teknologi dah canggih, ada pulak yg salah gunakan kn..haihh =.=

Free Blog Theme and Templates