August 31, 2011

Merdeka Raya...

doodle google hari ini


Assalamualaikum...


Hari ini dalam sejarah,tahun 2011.Raya dan merdeka dalam masa yang sama.Pasti menjadikan sesuatu yang berbeza untuk tahun ini.Sedar tak sedar,dah 54 tahun kita merdeka.Terlalu besar pengorbanan pejuang terdahulu untuk memerdekakan negara,sanggup berjuang demi pertahankan tanah air tercinta.

Begitu peritnya hidup dizaman itu,nak makan apa pun susah.Ini bukanlah sesuatu cerita yang didongengkan,tapi belajarlah dari sejarah.Kerana sejarah banyak mengajar kita akan erti sesuatu kehidupan dan pengalaman.Dan jangan kita sesekali mudah lupa,kerana sejarah juga mungkin akan berulang.Bukan mudah untuk pertahankan kemerdekaan sesebuah negara,lagi-lagi dengan arus kemodenan sekarang.Kita sekarang tidak merasa apa yang mereka terdahulu merasa,jadi mungkin kita tidak menghargai sangat apa yang kita rasakan sekarang.Sekadar melaungkan merdeka bila tepat tarikhnya,tanpa memahami maksud kemerdekaan yang sebenarnya.

Merdekakah kita?apa yang kita fahamkan dengan maksud kemerdekaan itu?bebas dari penjajahkah?bebas untuk berkata akan sesuatu perkara?Tanya pada diri,apa yang kita fahami dengan makna merdeka itu sendiri. Jangan jadi seperti sesetengah golongan yang hanya bermain kata dalam bicara.Berkata yang pejuang terdahulu bukanlah perwira.Bicara bukan pada dasar politiknya,cuma berfikir sebelum berkata-kata,memikirkan pada mereka yang pernah melaluinya.

Membina persefahaman dalam sesebuah negara bukanlah satu perkara yang mudah.Semua ini mengambil masa untuk membina satu negara yang aman.Jadi hargailah apa yang kita kecapi,usah persiakan kemerdekaan yang kita ada sekarang.

p/s-ingat nak cuti dari post entri raya ni,tapi tengok blog sunyi jer..tu yg post,heh..(:

12 comments:

Namee Roslan said... BALAS

ayie, selamat menyambut hari kemerdekaan. negara kita dah lama merdeka tp wonder why ramai yg masih x merdeka. tak faham erti sejarah dan pengorbanan wira bangsa kita. mat sabu?

Nur Ayuni said... BALAS

salam merdeka. erm. merdeka ini luas maksudnya. bagi negara malaysia, apa yg kita faham. bebas dari penjajah. tapi sbenarnya, akal kita ni pun dijajah. so, tepuk dada tnye selera. masih mahu dijajahkah.

bape tahun malaysia merdeka?? --> soalan yg belum tentu dpt dijawab oleh segelntir orang.

Zul Fattah said... BALAS

bro..salam kenal..
slamat hri raya dan salam Merdeka..
kita merdeka hanya pada zahir je.. tapi fikiran kita masih kuning lg..

aiEz said... BALAS

namee-terima kasih namee,yup itu yg realitinya sdar dlm xsedar..yup,slh satu kes tu,heh...

ayu-terima kasih ayu,yup mmg luas pd definisinya...masih ada yg dijajah wlupun merdeka dilaung2kn...:)

aiEz said... BALAS

zul fattah-salam kenal jugak bro,
slmat hari raya kembali & salam merdeka...:)

yup,itu yg masih ada pd kita...:)

cik Q said... BALAS

Yeahh :)
selamat menyambut merdeka raya ;D

aiEz said... BALAS

Cik q-Selamat menyambut merdeka raya juga,hee..;)

amna said... BALAS

selamat hari merdeka.. syukur dapat hidup dalam negara aman & makmur :)

sangat kebetulan,kan..

aiEz said... BALAS

amna-selamat hari merdeka juga,yup alhamdulillah kekalkan apa yg ada skrg..:)

*btul tu..:)

AQILAH ALIAS said... BALAS

#MerdekaRaya..

IMANSHAH said... BALAS

salam merdeka..singgah di pagi raya ke-3

aiEz said... BALAS

aqiah-err,hehe..:)

imanshah-terima kasih singgah sini..:)

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates