Assalamualaikum,
Bunga,entri buat bunga?Kaum hawa kan diibaratkan seperti bunga,jadi entri ni seakan simbolik buat kaum hawa.Ini bukan entri jiwang atau yang berbau bunga cinta jiwa,hanya sekadar cerita buat kaum hawa.Mana yang selalu singgah blog aku yang tak seberapa ni mungkin akan perasan,kenapalah aku selalu jer bercerita tentang kaum hawa ni.Adakah kerana aku ini seorang romeo yang kononnya romeolah sangat?heh.Tak ada lah,ini cerita tentang kita.Mana yang baik jadikan teladan,yang buruk dijauhkan hendaknya.
Sekadar berkongsi cerita sesama kita,aku ada kenalan perempuan ni.Cerita lama dijadikan teladan buat kaum hawa sekalian.Kenal pun tak ada lah serapat mana,cuma tahulah kan,sebelum adanya zaman fesbuk macam sekarang ni mypace lah jadi tempat untuk tambah kenalan maya ni.Nak dijadikan cerita,berkenalan dengan seorang awek ini.Okeh,sebagai lelaki yang agak tak kacak,terujalah juga bila ada awek nak berkenalan dialam maya ni,heh.Aku pun masa tu muda remaja lagi,agak dah kenal lama bertukar nombor telefon.
Dari situ,bermulalah segala cerita.Cerita apa?jangan fikir bukan-bukan ye.Berkenalan hanya di ruangan maya jer tak ada lebih-lebih,setakat mesej dan telefon jer.Jarak umur pun jauh dan dia pun duduk jauh nun diselatan tanah air sana,aku cuma anggap dia sebagai adik jer.Nak lebih memang tak ada,sebab tak berapa percaya ikatan jarak jauh ni.Dia tiap kali ada masalah mesti kongsi dengan aku,baik gaduh dengan pakwe sekalipun cerita dengan aku.Aku pun pelik juga kenapalah benda macam ni pun nak cerita dengan aku,tanya dan tanya rupanya dia dah anggap aku macam abang.Alah,kira macam abang angkatlah juga.Aku pun tak kisah lah kan orang nak cerita,aku dengar jer lah.
Pada satu hari ni,dia beria-ria menangis masa call aku,pelik jugalah kan.Lagi satu,aku ni bukan boleh dengar perempuan menangis,sebab nanti aku pun mesti menangis.Okeh yang tu aku tipu,heh.Yela,rasa lain kot bila dengar perempuan ni menangis,nak pujuk tak tahu,aku menangis pun aku pujuk diri sendiri.Err,aku menangis?okeh abaikan yang tu,heh.Aku pun tanya kenapa beria sangat menangis?dan dia pun bagitahu yang dia dah putus dengan pakwe dia.Aku pun suruh sabar semua.Lepas tu dia bagitahu dah terlanjur dengan lelaki tu.Agak meremang jugalah dengan pengakuan dia,masa aku kenal dengan dia ni umur 17 tahun.Tingkatan lima tu,masih bersekolah lagi.Tapi disebabkan kehidupan yang agak sosial,dia pun terlanjur.
Masa aku kenal dia ni pun,waktu aku berumur 20 tahun,jadi benda ni pun dah lama.Sebagai yang agak tua masa tu,ada juga aku berpesan pada dia supaya jangan mudah sangat percaya dengan lelaki ni.Sampai terlanjur macam tu sekali.Ada juga cakap pada dia supaya jangan ulang lagi apa yang dia dah buat tu,dan itu juga kali terakhir aku berborak dengan dia.Tak lama lepas tu,dia tukar nombor telefon dan senyap tanpa berita sampai sekarang.
Cuma aku nak pesankan disini,walau sayang macam mana sekalipun dengan pasangan tu.Janganlah sesekali nak gadaikan maruah tu,sayang okeh.Ingat pada mak ayah sebelum nak buat sesuatu.Jangan nak fikir seronok jer,selama mana kan nak hidup macam tu?Ingat juga,kita punya agama.Setiap batas dan pergaulan ada caranya.Sebab itu Islam sendiri ada mengajar kita adab dalam pergaulan,bukan semua boleh nak main redah jer.
Lagi-lagi sekarang ni,kalau tengok bermacam dah masalah sosial hari ni.Kes zina,rogol dan banyak lagi dah jadi macam berita wajib pula dalam akhbar.Benda macam ni kita kena jaga,baik lelaki mahupun perempuan.Tapi dilebihkan buat kaum perempuan ni,bukan apa.Jangan terlalu leka,mudah percaya semua pada lelaki.Lelaki hidung belang pun sekarang ramai,.jadi berwaspada sentiasa.
*panjangnya entri aku ni,fuhhh..penat taip..heh..
7 comments:
jgn sebb takot di tgglkn kita terpakse gadaikan maruah...lelaki x tanggung ape pun kalau break tetiba..pompuan la yg tggung,,
panjang tak pe bro.. asalkan ada pengajaran..jgan risau r..aku baca la..
tu r popuan..korang kena ingat laki ni, bukan semua jahat.. tambah2 lagi, aku ni..yg air dah penuh di kepala.
alahai, manja nya gadis tu dengan ayie. em tp kan ayie mmg banyak sgt terlanjur lagi2 budak sekolah. diorg in love gila dan tak fikir apa dah. so skang ni ayie contact lg tak dgn dia? beza umur 3 tahun je pun ayie..hehe..tapi taktau lah if ayie dapat terima yg habis madu sepah dibuang.
salam......
entry yg pnjng...tapi ada pengisian.
apa yg pnting di sini,kekuatan agama pd diri.kalau punya pegangan agama yg kukuh,insyaallah,biar kemana pun kaki menalngkah pasti tidak akan berlaku perkara2 yg di larang......
diri ini juga sentiasa beringat dan juga mengingati....TQ.... friend.... ^___^
mizz pua-yup,sbb tu dlm Islam ni tak ada kapel cmni..utk elakkan dri jdnya zina,sbg pmpuan jga diri n maruah,tu yg pnting...:)
zul fattah-err,thanks bro singgah sini..ada yg btul2 juga n xdinafikan,cuma ada golongan segilintir ni kan..kn manusia ada mcm2 rgam..:)
namee-err,mnja mcm tu jer..heh,yup btul tu..syg tak berpada n xfikirkan sgt masa dpn..err,xde cntact dah..err,heh...=,=!
grape apple-wasalam..:)
cahaya-btul2 kekuatan agama dan iman dlm diri kena kukuh dr jdnya bnda mcm ni..insyaAllah sama2 kita pelihara..:)
sayang yg terlebih smpai xingat nak sayangkan diri sendiri. meremang bila baca entry ni. risau jg tgk remaja skrg, berani xbertempat..huhu!!!
Post a Comment