September 29, 2011

Tiada Kata Se-Chantek Bahasa...

*apa kaitan entri dengan gambar pun tak tahu,heh...*




Assalamualaikum,



Tiada kata secantik bahasa,heh dah macam lirik lagu ler pulak tajuk entri ni.Memang pun cilok dari petikan lirik dari lagu,untuk dijadikan bahan entri kali ini.Orang kita memang terkenal dengan sifatnya yang kaya dengan budi bahasa dan santun dalam bicaranya,tapi jika dilihat budaya itu semakin kurang dalam kehidupan kita hari ini.Ditambah dengan bahasa rojak yang dicampur dengan gaya bahasa yang agak urban menjadikan sesuatu perkataan tu kadang agak pelik bila dibicarakan.

Okeh,berbalik pada tajuk dan cerita,*macam dah menyimpang jauh pulak,heh*.Jika dilihat hari ini,kadang dalam kita berbicara dengan terlalu bersahaja pun tak boleh jugak.Kerana apa?mungkin niatnya pada kita sekadar bergurau senda,tapi percayalah tak semua perkara boleh dijadikan bahan gurauan bila bercerita sesama kita.Masakan tidak,dalam bicara terselit dengan kata sindiran dan cacian seolah jadi bahan perbualan yang biasa dan bersahaja.

Hati kita sesama manusia tak siapa yang boleh menduga,ada yang cepat terasa dan menjadikan diri akan tersentap bila mendengarnya.Kata itu adalah doa,jadi fikirkan sebelum mula berbicara hingga membuatkan ada yang terluka.Dan nilaikan sendiri,bagaimana diri ingin dihormati?sedangkan diri tak sesekali menghargai hati dan perasaan orang lain.Apa yang kita tuturkan,itulah diri kita sendiri.Mencerminkan watak dan peribadi dalam diri.

Baik pada yang tua mahupun yang muda ,menulis entri ini bukan sekadar untuk suka-suka.Berpesan jugak pada diri,sama menjaga tuturkata dalam bicara.Membina ikatan dan persefahaman itu memang mengambil masa,namun jika ingin meruntuhkan ikatan yang terjalin sekian lama semudah apa yang dikata.

23 comments:

kjaharun said... BALAS

betul.. sokong~~







suka entry ini :)

shafiqabdshukor said... BALAS

btol2..

Umie Artoqiemie said... BALAS

perghh ayat dalam entry ni memang da-bomb ! salute~~

Heidi Shafiq said... BALAS

good job! :)

PCL said... BALAS

setuju sangat tu...salam pagi khamis aiez.

LiLy @ MumMyQiStInA said... BALAS

Betul..Hati kita siapa yg tahukan..
Berfikirlah sblm meluahkan sesuatu yg blh menyinggung perasan org lain..

Nisa Si Gadis said... BALAS

betul betul tu :)kadang2 ade jugak yg cepat terase kan .

Fara E's said... BALAS

ayat makan dalam , hekhek

nurradizan said... BALAS

sokong sangat.



entry ni best;)

adwafarahin said... BALAS

gua setuju!

hati lain2 ssh nk duga kot..saling berpesan2 la

rara pinkmafia said... BALAS

bahasa jiwa bangsa. =)

sara zainol said... BALAS

terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata? fikirkan lah ye ! sara setuju ngan kata kata kamu.

Nur Ayuni said... BALAS

nice pix. i like :)

nway. setiap insan pasti ada cara masing2 utk berkomunikasi. dan ia berkait rapat dengan emosi, keadaan. jadi, setiap tutur kata harus dilihat pada masa dan tempat ia dilemparkan. :)

Saiazuan said... BALAS

nice one dude.. budi bahasa budaya siapa? budaya kita la.. ;)

amy syahirah said... BALAS

sy suke entry ni . sy sokong awak =)

ILA HonEyBuNNy said... BALAS

entry y best....

hati2 dalam berkata2....;)

ABU said... BALAS

terlajak perahu boleh gostan.. terlajak kata binasa...

wah.. aku latu suka main cakap sedap jari jak..:P

Munna said... BALAS

itu lah..kalau nk bgurau tu kena jgk tgk keadaan..tsilap ckp skit abis lah..

Namee Roslan said... BALAS

pengajaran, berhati2 lah bila mengucapkan kata2. :) kadang2 kita niat gurau tp dah mengguriskan hati org. macam2 boleh jadi dengan hanya kata2. kadang smpai boleh bawak musuh.

rozeeta rashid said... BALAS

fikir sebelum berkata-kata. =)

Faaein Talip Roy said... BALAS

terlajak perahu boleh diundur.. terlajak kata-kata musnahlah segalanya..

err.. kadang2 memang tak perasan bila ada tersalah kata-kata tu..

*suka tengok awan tu!.. ^^,

adan said... BALAS

salam.. bro aku suka entri ni.. lagi2 part perenggan akhir tu.. btw.. picture tu smart..

ILA HonEyBuNNy said... BALAS

baca sekali lagi entry neh...

sebab nak beringat untuk diri sndri..hehe

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates