Assalamualaikum,
Meriah lah sungguh rancangan tv kita hari ni,cerita apa yang nak tengok semuanya ada.Baik kartun ke,cerita hantu ke,semua ada.Kalau dulu cerita macam ni susah sangat nak lepas kat tv,sekarang tak ada yang nak tapis lagi dah,semua kira okeh je.Asalkan rating tetap ada,heh.
Kadang tengok cerita macam ni pun kita tengok macam biasa jer kan?macam tak ada mendatangkan apa kesan pada kita.Tapi secara tak sedar benda macam ni ada juga keburukannya.Yelah,kalau cerita dikategorikan sebagai umum,dan kita tengok seisi keluarga.Tiba satu part dalam drama,ada pulak adegan ingin bercumbu dan mendatangkan berahi semacam tu,apa reaksi kita bila tengok satu famili?mesti ada perasaan malu bila ada benda macam tu.
Rancangan tv juga memainkan peranan dalam kehidupan kita seharian.Manakan tidak,ada juga dikalangan remaja kita pada hari ini yang bebas melakukan apa jer akibat terpengaruh dengan benda macam ni.Lihat jer statistik remaja dan kelahiran anak di luar nikah yang ada sekarang,amat membimbangkan.Dan statistiknya kebanyakkan dikalangan remaja kita,kerana dasar apa?cinta.
Jika benar kerana cinta sekalipun,usah terlalu singkat dan leka dengan mainan cinta ini semua.Ditujukan baik lelaki mahupun perempuan,sekadar peringatan sesama insan.Sebelum menginginkan sesuatu memang segalanya indah dan terbuai dengan kata,tapi percayalah segalanya hanya kata semata kata dusta.Jika benar dan kasih akan cinta pasti memilih jalan yang sebenarnya.Dan bukan dengan sewenangnya berjanji dengan sesuatu yang diri tak pasti.
Sebab tu selalu berpesan pada yang perempuan,kalau sekalipun sayang,jangan dengan sepenuh jiwa.Sayangi diri sebelum benar-benar sayang pada yang dikasihi.Bila dah terjadi sesuatu yang tak diingini,menyesal pun dah tak guna lagi.Nak seronok kat dunia ni memang takkan cukup,tapi selama mana nak seronok jer?renungkan...
ps/:entry seakan emo..=..=
29 comments:
bila tgk satu family. perasaan malu membuak2. terus tukar channel.kadang2 terpaksa buat2 teroff tv tu. masing2 segan nak perasan apa yang berlaku.
Diriwayatkan daripada Anas r.a, rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:” Di antara tanda-tanda datangnya hari kiamat ialah 1) Ilmu agama akan diambil kembali (dengan meninggalnya para ulama’) 2) ketidaktahuan (terhadap agama) merajalela 3) Meminum minuman beralkohol (telah menjadi kebiasaan) 4) Zina dilakukan secara meluas dan terbuka.”
subhanallah.
cinta tu buta.. bole buat kita lalai.. tp masing2 mau fikir sendri kan.. sudah besar.. takkan sbb cinta, snggup gadai maruah diri.. lg2 perempuan..
atas sebab ini la, saya tak suka bercinta.. single lagi selamat :)
insyaallah dijaga dengan baik..terima kasih..peringatan sesama insan,.
tak setuju dengan adegan lapan belas sx buatan malaysia ni..semuanya nak tiru barat..segan nak tgk cerita pelakon melayu kena buat adegan tuut...sgt tak suka..
cinta Ilahi cinta yg pasti..
laki selalunya nak kapel dah set dalam pale nk ehem2...so hati2 cari pakwe
jom melawat saya kat Sini
Geram tgk citer tu td..mudah sgt termkn pujuk rayu..
mmg cter skang xde tapis2.adehhh.. malu dgn anak buah! sensitiviti dah xde!
*saya syg mak saya! heheh
biasa la..keseronokan dunia...mmg realiti dh mmg buktikan remaja sekrg agak hilang kawalan sikit...ckap untuk semua
Entry berguna. Sebagai remaja, dah boleh fikir mana baik mana buruk.
cerita melayu sekarang tah pape .
cinta pada ilahi adalah cinta sejati
risaulah !...dgn dunia zaman skrg ni, PCL ade 2 ank pempuan, tak taulah cmner nak handle dgn baik...mohon segalanya dlm lindungan Allah.
salam ziarah.
nice entry, lovely pixels.
teruskan berkreativiti.
jgn laa emo di hari jumaat..=)..nice info..thanks
suke tengok filem horror .. tapi penakut .. HAHA
nk syg kene agak2 la
Assalamualaikum..btul 2,skrg ni mcm2 yg kita bleh tngok kat tv,isu2 agama pn dikaitkan...apa motif diorg pn xthu lah...agama pn dipersenda n bg cntoh yg xbaik kat umun...
tingat episod jiwa n lara semalam. geram je!
Nice entri :)
terasa ke'emo'an itu.. yelah.. dah makin nampak dah tak ada batas-batasnya.. sedih juga..
aku pun heran cmnerw finas ley approve =='
ok , insaf bace entry ko
hey babe ! why so serious ? hihihi ;p
cinta berpada-pada. jangan tersalah langkah.
sebanarnya media memainkan peranan penting gak dalam membendung gejala seks remaja..
em tv ? entah asyik pasal cinta je. kadang2 penuh dgn angan2. tak realistic.
boleh tak aku cakap, aku taktau nak komeng ape jugak hahaha..
kau jangan la emo2 time panas2 macam ni.. tak baek..
kurangkan tengok tv le.. :)
emo ek?,.hihi,.jarang tengok ayie emo camni,.ermm,macam tu la bis org tv,..
erk.. relex sudah bro.. jgan emo2 sangat.. aku dah 3 tahun x layan cite dlam tv..
Post a Comment