September 03, 2011

Itu Tak Lawak Okeh...

gambar sumber google 



"Lawak doh muka dia,hahaha..."

"Tak baik ko,kesian dia...
"

"Tak la,lawak okeh...dah lah muka macam tu,pakai pun tak kena dengan gaya.Fesyen pekebende...
"

"...."


Dialog diatas ni bukan rekaan dan memang berlaku baru-baru ni.Yela dah raya kan,masing-masing nak melaram dengan baju raya baru.Ada yang mengenakan fesyen yang macam ni,dan ada yang pakai fesyen yang jenis macam tu juga.Inilah masanya nak cantik dengan pakaian baru,bila lagi kan?.

Nak dijadikan cerita,adalah seorang insan ni.Kita manusia ni bukan semua sempurnakan,punya kelemahan dan kekurangannya dalam diri.Nak dijadikan cerita,apa yang dipakainya tak lah kena pada pandangan orang yang melihatnya.Bagi aku yang melihatnya pun ada semacam tak kena jer.Tapi tak boleh nak salahkan dia juga,citarasa manusia kan berbeza.Kalau kita kata cantik,mungkin pada mata orang lain tak.Jadi itu yang membezakan kita kan.

Aku yang tengok kesian jugalah sebab dia kena gelak dengan orang lain,sampai naik merah jugalah muka dia.Nak tegur pun ada caranya bukan dengan cara gelakkan orang lain.Senang cakap,memang dia kena kutuk dengan sindir teruk jugalah.Agaklah kan,dia pun manusia biasa juga,ada perasaan macam orang lain,jangan fikir hati kita jer nak jaga.Lepas tu kena kutuk sebab muka tak seberapa pun kesian jugalah.Kalaulah muka agak kurang dan tak cantik persis model iklan pun, janganlah pula dihina sesama manusia.Kita mentertawakan orang lain dan menghina dengan kejadian rupa dia macam tu,sama juga kita menghina kejadian Allah.Jadi fikirkanlah sebelum nak ketawakan orang lain.

Nak mengata pun nilailah balik diri tu,sempurna sangat ke diri tu?kita semua sama jer,ada kelemahan dalam diri.Mungkin sekarang kita gelakkan orang tu,tapi ingatlah juga hidup ni bagai roda.Esok kena pada diri tengok macam mana.Renungkanlah balik,apa yang kita tunjukkan,itulah sifat kita sendiri.Melihat pada orang lain,sama lah juga seperti melihat pantulan dalam diri.Jadi fikir balik kalau nak ketawakan orang lain.

2 comments:

Namee Roslan said... BALAS

:( tak baiknya. em, yela. dulu namee pernah pakai tudung terbalik. kawan tegur n gelak kuat2 di khlayak ramai. namee malu sgt. em smpai skang teringat. yela namee x reti pakai tudung, pastu bila belajar nk pakai org buat macam tu. mana hati ni rasa macam gv up...

org kadang2 xde sensitivity kan. :(

aiEz said... BALAS

namee-tula,kesian jugak dia masa tu..err,yeke?xptutnya gelak kat namee mcm tu..ptt kena jga hati namee sbg kwn klu ada silap tgur bkn gelakkn lg..xpe namee,jgn mudah mengalah,kita sma2 blaja..;)

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates