February 11, 2013

Aku Dan Awek,Alahai Kasihannya...


Sedang asyik perhati telefon baru,tiba-tiba disapa oleh promoter..

“abang cari apa ye?,
telefon baru ke?...”

“eh taklah,sajer tengok-tengok…”
ringkas jawapan,
lawa jugak promoter yang tanyakan soalan…

“oh okeh,abang tengoklah ye..
ada apa yang nak tanya bagitau saya…”
manis senyuman sedikit hati tertawan,heh..

“err okeh thanks…”senyuman dibalas..






*****

Tiba-tiba masuk seorang lelaki dengan pakaian sedikit selekeh,kontraktor barangkali?
sendiri cuba mengenal pasti.

“ye encik?cari apa ye?nak topup ke?...”soalan diajukan..

“err takdelah,saya nak tengok dulu…”soalan dijawab dengan ringkas.

“ oh,okeh silakan encik…”senyuman diberikan,murah betul dengan senyuman awek ni..

“ni handphone semua harga tetap ke?..tak boleh kasi diskaun?..’’soalan dari mamat tadi diaju pada promoter.

“encik nak beli handphone ke?..berapa bajet encik ye?kot saya boleh tolong recommend kan pada encik…”


                                                                Dia hanya mendiamkan diri.


*****




Aku pulak,perhati dari jauh.
Perhati akan situasi melihat dari sudut tepi.








Hampir 10minit jugak mamat tadi tengok phone.Promoter ni mungkin sebab dah lama sangat tengok mamat tadi pun tetiba usulkan satu phone kat mamat tadi.

“kalau yang ni okeh tak encik?harganya pun murah...
ada dua sim boleh letak..
senang encik nak tukar sim…”cadangan diberikan.

“ni handphone tahan ke?
jenama tak pernah dengar pun…”jawapan dibalas setelah lama berdiam.

“ni handphone biasa encik,boleh call dan mesej…
ada mms sekali…”jawabnya.

“saya tak mahu..” balasnya lagi..

“err okeh,encik cari handphone apa ye?
saya boleh tolong..”

“saya nak cari Samsung s3,tengok boleh?...”

“encik betul ke nak beli?ni set mahal ni…”sedikit mungkin rasa sangsi.

“awak ingat saya takde duit?...
jangan pandang orang takde mata okeh…”sedikit suara keras dibalas.

Promoter hanya diam..

“ni encik boleh tengok,harga rm1000 lebih encik…”

“saya tau,warna lain ada tak? kaler hitam ke?...”

“takde encik,ada warna biru ni jer...”

“tapi saya nak hitam..”

“kita tak de encik…
tapi kalau nak kami boleh cuba cari..”

‘saya nak sekarang!!...”berkeras dengan permintaan.

“kami takde encik,maaf…nak kena order..”sedikit rasa kaget tengok pada gaya promoter tu…

“apalah kedai besar nak tapi barang takde.”tetiba mamat tu merungut..

promoter hanya diamkan diri..
senyum pun tak berapa nak jadi,sambil tengok aku yang dari tadi duduk kat tepi..

“takpe lah,saya tak jadi nak beli..”lalu keluar dari kedai..

“ha?...”seakan terkedu..
tapi masih sempat ucapkan terima kasih..



*****



macam-macam perangai manusia ni,yang kerja jumpa pelanggan setiap hari boleh jumpa bermacam kerenah orang…kesian pula tengok promoter tu,aku pun pernah alami benda lebih kurang sama macam tadi.Istilah pelanggan selalu betul dah tak boleh diguna pakai lagi dah sekarang,kena tengok pada jenis orang dah sekarang..fiuhh~

February 10, 2013

Soseh-Soseh Lagi...




Assalamulaikum,





lama betul tak menulis belog,rasa macam lain macam jer bila cuba nak ketak-ketik papan kekunci ni,
bila ayat entri nak panjang jer,tekan balik backspace,padam mana yang rasa tak kena,heh..sampai bila pun entri tak siap-siap...
okehlah,agak-agak ada ker yang rindu dengan penulisan belog ni?wuu perasan sekejap,heh...


apa khabar kalian semua?moga keadaan sihat hendaknya,nak menulis tapi batasan waktu dan kesuntukkan kerja menyebabkan belog ni terus menyepi dan berabuk..
minggu ni macam-macam trending dekat twitter dan facebook.
salah satunya tentang pemergian adik adam yang telah menghembuskan nafas pada 07-02-13 lalu...
kasihan dengan adik adam,pertama kali tau tentang adik adam ni masa ibu bapanya dijemput dekat Malaysia Hari Ini (MHI) tv3..
Allah memang sangat sedih tengok adik adam kita masa tu,gua yang jiwa kental ni pun tak sedar airmata jantan tu keluar tengok keadaan adik adam..
lepas tu masa aritu dapat tau adik adam meninggal,serius sangat2 terasa kehilangan walaupun tak pernah berjumpa secara depan,
tapi adik adam terasa sangat dekat dihati kita semua.Pada keluarga adik adam,salam takziah diucapkan dan pada sahabat kalian semua,
kita sedekahkan al-fatihah untuk adik adam kita,syurga itu telah pasti disana buat adik adam...

dan yang lain tentang salah satu drama yang hangat diperkatakan dekat stesen tv kita ni,
orang kata best giler ceritanya..betul ke?entahlah serius aku tak tengok langsung ceritanya..
jadi tak tahu sangat,so apa yang dibaca dekat media sosial ada yang kata tersangatlah romantik endingnya..
wuu,terasa macam nak tengok tapi macam tak jugak sebab malas nak tengok cerita dari mula ni,nak kena marathon pulak ceritanya sebab nak tau best ke tak..
memang idak ler nak tengok..




dalam keseronokan kita layan cerita tu,adalah juga terbaca dalam satu forum printscreen dari status facebook dari penonton cerita tu..
masa mula baca status tu,terkedu rasanya.begitu hebat sekali pengaruh tv pada penonton,
manakan tidak bila terlalu taksub dan terikut jalan cerita sampai tak tau tentang pahala dan dosa.

okeh kita bercerita tentang masalah yang jadi sekarang,
dengan masalah sosial dikalangan remaja kita,kisah keterlanjuran remaja kita hari ni seakan dah terlalu biasa kita dengar.
itu adalah satu perkara yang mengerikan,dan jelas menunjukkan betapa runtuhnya akhlak kita hari ini.betapa iman kita hari ini seperti senipis kulit bawang.aku pun berpesan juga pada diri,sebab aku pun manusia yg khilaf juga,
cuma sekadar buat renungan kita bersama...benda ni disekeliling kita,pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan batasan yang tak terjaga lagi...
semua jadi macam perkara biasa,ye mungkin kata aku kolot takkan itu tak boleh kot?
boleh,tapi harus diingat ada batas antara kedua jantina.Dan paling penting yakni maruah.

ya,maruah..lagi2 kaum wanita banyak yang perlu diperlihara dan diperhati tanpa kita sedar.
ambil masa dan merenung kembali,batasan antara lelaki dan perempuan kita hari ini.
ada tak kita jaga benda tu semua?masalah kita hari ini terlalu bebas dalam sesuatu hal.
bukan tak boleh tapi kadang perlu dipantau untuk elakkan dari terjadi benda yang tak elok.mencegah itu lebih baik bukan?aku pun berpesan pada diri,
bukan sekadar menulis tanpa perhati diri sendiri.kita perbaiki mana khilaf kita hari ini..betapa benda ni penting sebenarnya..
kita adalah pelapis hari esok dan anak2 kita bakal jadi pewaris dimasa hadapan..
jika apa yang kita tanam hari ini dalam diri kita benda yang tak baik,
macam mana nanti dengan anak-anak kita?sama-sama kita renungkan.kita terlalu jauh,
usia kita semakin bertambah tapi masa hayat kita semakin berkurang.

*selama mana kita ingin terus leka dengan pentas lakonan dunia,
sedangkan kita sendiri terlupa kita adalah pelakon sebenar dia alam yang singgahan cuma.?
Free Blog Theme and Templates