August 26, 2014

Lambat.



Lambat.


"sesuatu yang lambat ni biasanya datang pada waktu yang tepat,jadi usahlah kau keluh kesah kenapa apa yang kau inginkan tak segera ditunaikan..."

August 25, 2014

Bahagia.




Ingin.


Bahagia,
semua ingin bahagia bukan,
sama juga aku kau dan dia,
tapi apa bahagia yang sebenarnya,
saat kau ingin bahagia dengan manusia,
ia datang dan pergi,
kadang tanpa alasan pun diberi,
lalu kau patah hati,
melayan hati sedih sendiri.

hey,
bangkitlah kamu,
usah duduk diam termangu-mangu,
sedang banyak yang lain menunggu,
buat apa dibawa hati yang pilu,
yang mana suramnya lebih dan sayu.

lihat,
dunia ini penuh warna kan,
banyak lagi dihadapan,
cuma kau yang perlu buka jalan,
bukan tutup pintu dengan halangan,
kau yang sendiri yang tentukan,
haluan jalan hidup ini dihadapan.

tunggu,
sejauh mana kau berlari,
usah kau mendongak terlalu tinggi,
lihat tunduk selalu ke bumi,
agar kau tahu realiti,
hidup ini memang selalu diuji,
Allah ingin menguji insan yang disayangi,
kerana tak mahu kau leka lagi.

lihat,
itulah BAHAGIA abadi.

August 24, 2014

Rabak.

Rabak.

kau tertanya tanya,
kenapa kau di uji Dia,
lalu kau seakan tak redha,
akan segala ujian dariNya.

hati kau seakan gundah,
ada sesuatu buatmu lelah,
namun egomu tak mahu mengalah,
kau pura pura kau masih gagah.

kau cuba cari dunia,
akhirnya kau tak punya apa,
dunia hanya suka tapi dalam derita,
rasa kosong tak berharga.

sedang kau tercari cari,
kau bermimpi satu situasi,
yang mana buat kau terbuka hati,
kembali mengenal cinta Illahi.

mimpi yang sangat ngeri,
tentang rasa azabnya mati,
kau menangis tanpa sedari,
sungguh rasa insafi diri.

sungguh itu satu tarbiah,
betapa rabak hati kau tanpa Allah,
pada Allah jiwa berserah,
moga kau terus tanpa asa dan istiqamah.

August 23, 2014

Rindu.

Rindu.


kau rasa serba tak kena,
seolah ada satu rasa,
rasa yang kau saja rasa,
bukan mereka atau dia,
hanya kau seorang saja.

rasa yang tak keruan,
buat hati tak tertahan,
apakah ini ujian Tuhan,
atau hanya mainan perasaan,
kau nafikan kau tidakkan.

kau menjauh dari landasan,
jalan lurus dihadapan,
kau fikir kau dapat jawapan,
ternyata itu hanya bayangan,
bukan jawapan apa kau carikan.

jiwamu tak keruan,
meski kau senyum hanya luaran,
isi hati mu rahsia Tuhan,
tapi Dia tahu apa yang kau simpankan,
ternyata kau rindu sama Tuhan.

RINDU yang kau sendiri nafikan,
kembali pada Tuhan.
janji yang kau telah lafazkan.

Pandang.

Pandang.

"Bila kau pandang sesuatu dengan suatu pandangan berbeza,kau akan buat keputusan yang lain dari yang kau pernah buat..kerana berbeza itu unik,luar dan lain dari kebiasaan.."

August 22, 2014

Aksara.

Aksara.

selesa dengan bicara tanpa kata,hanya dengan nukilan aksara..ramai yang merasa,cerita kita sama..rasa kita yang jadikan kisah cerita..

Rahsia.

Rahsia.


aku tahu,
rahsia aku,
aku simpan aku kutip satu satu,
hanya aku yang tahu,
tak perlu tanya rahsia aku,
cukup aku,
dan Dia tahu.

Banyak.

Banyak.

"banyak sangat dah aku menangis sebab manusia,semuanya sia sia..sampai aku sendiri tak mampu nak menangis untuk Dia,hina sangat aku rasa.."

August 18, 2014

Sahabat.

Sahabat.


"kau untung sebenarnya,ada sahabat yang tegur kat kau selalu..kau buat silap sikit,dia tegur kat kau..payah sekarang nak jumpa sahabat macam tu..aku harap aku pun boleh jadi cam sahabat kau tu..kalau aku tak dapat kawan macam sahabat kau tu,aku kena jadi macam sahabat kau tu..sebetul betulnya sahabat.."

August 17, 2014

Banding.

Banding.

"manusia biasa lupa apa yang dia ada,tapi selalu banding apa yang orang lain ada..tu aku terpaksa mengaku,sebab aku pun macam tu jugak.."

Saksi.

Saksi.


semua pengikut yang puluh,ratus ribu tu lah yang akan jadi saksi,mana bukti amalan duniawi..tanggungjawab dan amanah yang dipikul dan menjadi saksi bukti..mana berat kanan atau bahu kiri.

August 16, 2014

Selagi.


Selagi.

"tak kisahlah kalau kau jenis degil,susah nak masuk orang bagi nasihat ke apa,tapi selagi kau bernyawa selagi ada nafas yang kau dok hela,selagi tu masih ada peluang dan ruang dari rahmat Allah,tu jangan lupa.."

Terima.

Terima.


"Allah tak hantar dia tanpa sebab pun dalam hidup kau,semuanya bersebab kan..takde istilah kebetulan,semuanya dirancang Tuhan..jadi ambil yang positif,yang penting cara penerimaan kita tu,samada terima dengan redha atau tak.."

August 12, 2014

Hati.








Hati.


aku tengok kau kejap tulis macam ni,lepas satu pos kau tulis kejap macam ni..sebenarnya kau okeh ke tak ni?kejap soal hati,lepas tu macam ni pulak..dah kenapa,cuba cerita..


takde apa pun,kau tahu kan hati?selalu berbolak balik..begitulah cerita aku..

Tutup.






Tutup.

"sebab Allah tutup aib aku,kau nampaklah baik aku..cuba kalau aib aku terdedah,aib aku jaga dan simpan ni dihijabkan..kau kenal dan tahu baik buruk aku,kau rasa kau nak kawan lagi dengan aku?.."

August 11, 2014

Berbeza

Berbeza.


"macam rumput,kau tengok rumput kat laman bila panjang kau rasa semak..kau buang dah jadi okeh balik..tapi kalau kau potong rumput tu kau bagi lembu kambing makan kan ke ada faedahnya..
cara kita..cara kita menilai sesuatu perkara,takde yang Allah jadikan sesuatu perkara atau benda tu sia sia..melainkan untuk kita sebagai manusia berfikir..pandang dari sudut berbeza..kau akan nampak lebih dari sekadar pandangan mata.."

August 10, 2014

Masih.



Masih.


"aku malu orang nampak aku buat dosa,aku malu orang nampak aku dalam hina berdosa,aku malu pada mereka.

dalam masa sama aku masih buat berbuat dosa.

kenapa aku sebegitu?
malu manusia tapi bukan Dia?.."

August 09, 2014

Kejar.


Kejar.


"manusia yang kau kejarkan,memanglah dia akan lari,cuba aku kejar kau,kau lari tak?.."

-"haha,tak kelakar.."

"hehe aku gurau jer,takdelah..kalau kau kejar manusia pun jangan terlalu berharap..letakkan pada Allah semuanya.bila kau tak dapat apa yang kau kejar,takdelah kau kecewa sangat.
Minta dan doa kat Dia.doa dan usaha kena ada juga,tu aku takleh nafi.pergi jumpa wali tu sebetulnya,Allah tahu niat kita,jangan terlebih gentle konon nak sendiri sendiri,biarkan urusan orang tua kita sendiri dan wali berdikusi,selebihnya kau serah pada Allah,jadi bila kau direject ke apa takdelah kau merengek."


-"pandai kau kan ajar aku,kau bila lagi bro?.."

"haha,entah bro...krikk krikk krikk"

August 08, 2014

Jodoh.


Jodoh.


"yang bercinta tak semestinya kahwin kan bro,
tapi yang jadi bakal kita tulah jodoh kita.

tapi sebab hati kita ni terlalu ego,
taknak mengalah dengan apa Tuhan dah tentukan,
jadi kita melawan,
kita nak jugak walaupun itu bukanlah haq,
sebab tu bila kita tak dapat apa yang kita mahu,
jatuh terduduk lepas tu,
kena selalu ingat,
tak semua kita nak kita akan dapat,
kita manusia dan bukannya Tuhan,
Allah dah tetapkan satu satu buat hambaNya,
jadi tak usahlah nak rasa down ke apa,
ikut saja aturanNya.."

August 07, 2014

Bahagia.





biarlah kau lihat orang bahagia,
kau doakan dalam diam saja,

ikhlas tabah dan redha kan ia,
kelak bila tiba masa,

kau pun akan merasa,
apa rasa itu bahagia.

Akan,
usahlah layankan jiwa.

August 06, 2014

Lagha.



Lagha.

tak boleh nafi,
ini kita sehari hari.


ada instagram?

boleh jenguk instagram sini.

instagram.com/ayie_suhari

atau cari id ayie_suhari

August 05, 2014

Tahap.


Tahap.


ujian yang kau dapat bukannya sama dengan orang lain,
Allah uji hambaNya semua lain lain ceritanya,
sebab apa?
sebab kita ni masing masing berbeza tahap imannya,
berbeza tahap sabarnya,
dah tu usah mengeluh bila ditimpa ujian,
bukannya Allah sengaja berikan beban,
tapi Allah tahu kau boleh bertahan,
memang lah sakit memang lah perit,
syurga tu bukannya mudah,
ingat senang nak capai syurga indah?.

August 04, 2014

Kekal.



Kekal.

"Pada aku internet ni benda kekal bro,maksud aku kalau kau pos benda benda apa sekali pun kat internet ni..baik atau buruk dia akan terus ada kat internet..tu sebab kalau ada apa apa sekali pun,tak kisah kau nak pos apa..kau fikirlah dua tiga kali,empat lima kali pun takpa..kalau boleh kau semasak-masaknya..benda ni akan jadi modal untuk orang nayakan kau balik..tak kiralah kau dah berubah ke arah baik,tapi dengan adanya internet hujung jari,klik je nama kau..berderet yang kau pernah pos keluar kat internet.."

ada instagram?

boleh singgah sini,pos blog kebanyakkan dari instagram.. 

instagram.com/ayie_suhari

August 03, 2014

Milik.

"hati kita ni milik Allah,
bila bila masa jer boleh berubah,
sebab tu bila tiap kali minta pada Allah,
moga diberi ketetapan hati,
jangan bagi hati ni berbolak balik,
biar hati tetap pada agama Allah,
dikuatkan jugak akidah,
kita ni umat akhir zaman,
memang bermacam dugaan.."

Lima.


Lima.


rukun yang lima,
kau tahu bukannya tak tahu,
lima kali sehari kau ucap,
tapi kata dan laku tak seperti apa yang diungkap,
hanya ucap tapi maksud tak tangkap,
sebab tu tingkah laku dalam hidup banyak yang silap..

August 02, 2014

Cari.

Cari.

kalau kau tahu rindu rasa sakit,
kenapa kau sendiri cari penyakit.

dah tahu kapel tu haram,
lagi nak gatal merenyam..

-krikk krikk krikk..

Hilang.

Hilang.


kita ni bro,
kalau hilang anggota badan tapi nafas masih ada kira okeh lagi,
cuma nikmat tu sikit kurang..

tapi kalau kita ni hilang Allah dalam diri,sia sia hidup,
hilang nikmat terbesar dalam diri walaupun nafas tu masih ada,
jiwa rugi hati mati..

July 31, 2014

Manis.

Manis.

"jujur,kadang aku malu jugak dengan saudara baru yang baru memeluk Islam ni,
diorang lagi bersungguh nak dalami Islam dan kenal Islam,
sebab diorang rasa indahnya Islam manisnya hidayah.."


July 28, 2014

Maafkan

Maafkan kami Palestina,
kami sini gembira rasa,
bunyi mercun sini sana,
hari ini hari raya.

maafkan kami Palestina,
kami sini hari raya,
nak sambut raya dengan saudara,
lama sudah tak berjumpa.

maafkan kami Palestina,
kami sini sibuk sangat rasa,
ada buat rumah terbuka,
ramai orang datang beraya.

maafkan kami Palestina,
anak kami dapat duit raya,
upah mereka berpuasa,
ganjaran mereka dihari raya.

maafkan kami Palestina,
kami sini gelak tawa,
meriah pula rasa,
tak berjumpa dengan sahabat semua.

maafkan kami Palestina,
kami nak pergi masjid sana,
takbir raya sudah bergema,
tanda kemenangan sebulan puasa.

Maafkan kami Palestina.


July 25, 2014

Hujah

Hujah.


"apa hujah aku untuk jawab dengan Allah?
mata melihat yang haram,
lidah berkata yang dusta,
kaki melangkah ke arah lagha,
tangan mengambil yang bukan haq,
semua ini akan jadi saksi untuk aku nanti,
sekatrang aku bisa berdalih di dunia,
tapi di sana aku tak mampu berkata apa apa..."


July 24, 2014

Malu.



kau kata kau pemalu,
tapi bila ajnabi mula bicara kau terlajak juga,

kau kata kau pemalu,
tapi bila bicara aku dengar suara kau yang kuat bergema,

kau kata kau pemalu,
tapi aku lihat kau ketawa tak ingat dunia.

kau kata kau pemalu,
tapi malu kau perkara yang sia sia.

kau kata kau pemalu
tapi kau sebenarnya malu untuk apa?

ohh aku lupa,
definisi malu itu cuma bila tidak berpakaian saja.


July 20, 2014

Hakis.


Hakis.

"kau nampak lekuk kat air tu?kau agak agak berapa lama air tu nak hakis batu tu sampai jadi bentuk macam tu?.."

-"dalam puluh tahun,atau mungkin ratus tahun.."

"yup,memang amik masa..kejadian Tuhan kan,setiap apa yang jadi mesti ada hikmahnya..sama jugak macam kita manusia ni,tiap dosa dosa kita buat selama ni..kita boleh hakis,kita boleh kikis..semua atas diri kita jugak,nak ubah atau tak..jalan tu selalu ada,kita jer pilih yang mana.."

-"yup betullah tu..kikis hakis sisa jahil,yang berkarat dalam hati ni..susah,ambil masa..tapi yang penting ada usaha,istiqamah untuk jadi lebih baik dari sebelum ni..tq bro,selalu ingatkan aku.."

"kau kan kawan aku,sahabat aku.."

July 16, 2014

Puji.


"perempuan tu suka pada pujian,kau puji jer sikit cukup lah..kau tengok apa dia kata,mula mula yela dia nafikan "eh taklahh biasa biasa jer.." tapi kalau dah lama kau puji "tq awak..hikhik.."jadinya..
haa ni kalau kau nak best lagi kau puji ala-ala Islamik sikit.."Subhanallah,cantiknya ciptaan Allah.."walau pun dia tak balas,tapi mesti baca kan?..dalam hati mesti suka sangat..kau tengok lah,lepas tu mesti rajinlah dia pos gambar baru...tak caya kau tengoklah.."

1:15pm

July 15, 2014

Selalu.




Selalu


"kau selalu online instagram,twitter,facebook dengan wechat..tapi kau jarang pos apa-apa..kau tengok apa eh sebenarnya?.."

-"perempuan..."

July 12, 2014

Gugur.



gugurnya daun nun di Arasy sana,

telah tertulis satu nama,

giliran siapa pula akan tiba,

mungkinkah salah satunya nama kita.

-sudahkah kita sedia,
atau hanya masih dalam leka,
moga terjaga dalam lena,
di buai mimpi sementara cuma.

July 11, 2014

Pray 4 Gaza..


burung besi terbang berlegar

cari sasaran tiap ceruk dan bandar

namun sedikit tidak takut atau gentar

kerana yakin pertolongan Allah Yang Maha Besar.


meski hanya batu jadi bidikan

kau tetap berani untuk melawan

matlamat satu pertahankan bumi warisan

hanya Allah tempat jadi sandaran.


sungguh kami malu padamu saudaraku

kami malu untuk mengaku

hanya doa dapat ku kirimkan padamu

bertalu talu walau jauh beribu batu


derita kalian juga derita aku,

kerana kalian dan aku adalah satu,

berpegang pada kalimah yang satu,

doa kami bersama kamu.


kalian telah dijanjikan syurga

kalian pejuang sebenar benarnya

pada Allah kami meminta

agar dipermudahkan segala.


#pray4gaza

July 04, 2014

Beban.


Beban.

kau tahu bukan,
tika diri mu beratnya dosa,
Allah mengampunkan segala dosa hambaNya,
tika kau sujud,
lalu dosa di bahu dan atas kepala mu itu turut sama jatuh dan gugur tika diri mu dekat dengan Tuhan,
Ya Allah Maha Pengasih,
Pengampun segala dosa,
tika diri sesal segala.

sama juga tika kau perlukan kekuatan,
kau sujud pada Tuhan Allah Yang Satu,
waktu itu kau perlukan kekuatan,
hanya Dia kau adukan,
Allah melihat apa kau lakukan,
jiwa yang penuh keikhlasan dan taubat yang kau lakukan,
sebenar benar sujud yang kembali pada Tuhan,
lalu Allah berikan kau kekuatan,
agar kau terkurang rasa beban,
Ya Allah betapa besar kasihMu Tuhan,
pada Mu dibukakan jalan,
agar ada kekuatan yang dikembalikan,
untuk teruskan perjalanan,
episod sebuah kehidupan,
sebelum hayat di kandung badan.

June 30, 2014

Akhirat.




akhirat.


amalan dunia jadi penentu kita disana,

sedang ramai yang memilih untuk syurga,

tapi kurang usaha untuk mengapainya,

lebih mudah meminta tanpa usaha.


senang syurga itu bukan percuma,

ada mahar yang perlu dibawa,

amalan dunia ditanam dan disemai baja,

lalu akhirat sana dituai hasilnya.


mengapai syurga bukan mudah,

pahit jerih dan sangatlah payah,

tanamkan cekal agar tidak mudah menyerah,

kelak hasilnya nanti amatlah indah setelah berpenat lelah.


June 28, 2014

Kita semua adiwira.


kita semua adiwira.


adiwira & wirawati dalam diri,
tak perlu berkostum seperti superman,batman atau pun catwoman..

kerana apa?

 kita memang sudah punya kebaikan dalam diri,
cuma kerajinan dan kepekaan kita pada sekeliling yang buat kita mahu atau tidak untuk membantu orang lain.

jadi,bantulah pada orang yang memerlukan pertolongan,
tak perlu dihebahkan atau dicanangkan,
cukuplah kebaikan yang dilakukan Tuhan yang tahu.

June 26, 2014

Gelap Gelita.



malam itu,aku tidur lewat sedikit dari biasa..sibuk buat kerja part time service komputer dari customer bawa balik ke rumah..jadilah,buat duit poket pakai belanja.

penat dan  mengantuk,mana taknya siang kerja mengadap komputer jugak..serabut dengan kerja nak repair yang tak sudah-sudah..kerja baiki komputer sekarang tak macam dulu,teknologi semakin meningkat..masalah pelik-pelik dihadap satu persatu..tak tahan rasanya mata malam ni..

sebelum tidur,surah 3 qul dibaca,doa tidur dan wudhuk jugak tidak lupa..otak masih ligat fikirkan tentang kerja..esok terus hantar komputer customer sebelum masuk kerja,bisik hati sendiri.

tanpa sedar aku terlena..dan tiba-tiba aku didalam satu suasana,yang tempatnya tidaklah aku biasa..gelap lagi gelita..sukar untuk aku meneka aku masih dimana..

aku cuba untuk bergerak,namun tak berdaya..tubuhku dibalut dengan kain putih,mulutku sukar untuk aku berkata-kata..tiba-tiba aku lihat orang di atas ku,melemparkan tanah ke atas badanku...ya,aku dialam kubur..aku merasa amat terseksa semasa dialam kubur..aku melihat mereka menanam aku tapi aku tak punya daya untuk berkata apa..aku jadi sesak nafas,tak semena-mena air mataku mengalir..menangis kerana aku tak boleh berbuat apa-apa..aku menangis ketakutan ditinggal keseorangan..aku menangis kerana aku tidak berteman,dan aku menangis kerana tubuhku terbeban dengan tanah yang penuh ditubuhku..

aku ingin bangkit,tapi aku tak berdaya..dan aku tak mampu berbuat apa-apa..Ya Allah ampunkan segala dosa,hanya itu yang mampu dilafaz tapi tak terdengar sesiapa..aku menangis,dan terus menangis...

tiba-tiba...

aku terjaga dari tidur,dan ya..Aku menangis dalam tidur,pipi aku basah sebab aku menangis dengan apa yang alami dalam tidur tu tadi..sungguh,diri ini berasa sangat berat masa tu..aku menangis sesudah tersedar,sungguh Allah telah menegur aku..

kejadian yang sangat terkesan didalam hati dan sehingga kini.

-pengalaman sendiri,syukur diri ini masih bernyawa..Allah berikan jalan untuk berubah..selagi nafas masih ada,selagi itu masih punya peluang,jadi usah disiakan..kembali pada Tuhan,jangan terlelap dan terbuai dengan dunia sementara cuma.

June 21, 2014

Bunga/Perempuan.


Bunga/Perempuan.

kalian begitu berharga,
tak ternilai harganya,
jagalah diri sebaiknya,
usah terlena buainya dunia.

kalian begitu berharga,
pelihara dirimu sentiasa,
kerana dunia begitu banyak dusta,
usah terjerumus lembah dosa.

kalian begitu berharga,
tak ternilai harga nilai duit berjuta,
maruahmu jagalah ia,
usah ia dipersia.

kalian begitu berharga,
dirimu diperhati sentiasa,
jagalah dirimu walau kemana,
banyak mata melihatmu dengan mata dosa.

kalian begitu berharga,
pesanku ini tidaklah seberapa,
hanya ini dapat ku coretkan cerita,
hargai dirimu sentiasa.

Hidup Tak Semudah..


hidup ni bukan macam sparepart kat motherboard pc ni,mana yang kau rasa taknak kau cabut dan diganti dengan lain..agak rasa kurang laju kau cabut ram dan upgrade bagi tinggi untuk mudahkan kau buat kerja..kapasiti yang kurang kau boleh cabut atau tambah untuk bagu lebih besar lagi lalu data-dara lama kau boleh padam diganti dengan baru..processor yang rendah kau boleh upgrade bagi lebih tinggi untuk senangkan kau buat kerja dan selesa..tak semudah itu..manusia diberi akal,hati,nafsu dan pancaindera yang lain..semua siap Allah telah kurniakan..kau boleh gunakan pada jalan yang betul atau jalan yang salah..semua terletak pada diri kau..saat kau tersilap langkah dan kembali mengenal Tuhan,orang sekeliling mula menilai kau..menilau kau yang dulu,siapa diri kau..dan kalau kau boleh padam segala ingatan dalam orang lain tentang kau,itu pasti kau buat bukan?tapi tak boleh..apa yang boleh,kau kena terus tabah dan kuat dengan apa yang kau telah hijrahkan..istiqamah dan kekal dgn apa yang kau buat..fikiran kau akan terkenang akan dosa-dosa lalu kau,kau tak berdaya untuk melupakan..tapi kau punya Tuhan,Allah yang satu..mohon diberi kekuatan untuk melupakan segalan dosa-dosa lalu yang telah kau kesalkan..Allah menguji kau bila mana kau berubah,ambil yang positif bersangka baik dengan Tuhan ada hikmah disebalik ujian..yang penting perlu untuk bertahan..hati kau,kau tanam dan simpankan dengan janji kau pada Tuhan yang takkan sekali ulang akan kesilapan,dan dia tahu apa isi hati kau..Ingat Allah selalu.
#notakakibuatdiri.

June 19, 2014

Jangan Mengalah...

Kisah ni kisah pengalaman sendiri,apa yang baik datangnya dari Allah..


"nikmat yang ada pada diri jangan sekali kufur,

saat nikmat ditarik secara perlahan jangan terasa futur,

kerana semua ini hanyalah pinjaman dari Dia,

bersangka baik selalu dengan Allah."

-aku pernah rasa kehilangan nikmat yang Allah kurniakan..bila mana nikmat kaki yang digunakan,langsung tak boleh digerakkan..selama hampir 1bulan lebih,akibat kemalangan...dengan izin Allah,dan doa seorang ibu..Alhamdulillah kaki yang tak boleh digerakkan,akhirnya pulih seperti biasa..kedengaran agak pelik,tapi jika Allah izinkan tetap juga jadi takde apa yang boleh halang..semua atas Dia..jangan mudah berputus asa..JANGAN,tanam dalam diri jangan mudah mengalah..selagi ada keyakinan macam tu,Allah sentiasa bantu..In shaa Allah.

June 16, 2014

Memang Suka Bergaduh Eh?



Assalamualaikum sebagai pembuka bicara..eceh ayat,heh..

tajuk macam lain macam jer kan,macam nak cari pasal jer,haha..takde lah baca dulu sampai abis barulah komen kan,jangan baca separuh jalan dan komen..lagi pun entri ni takde lah panjang mana pun pendek jer..hehe

kenapa aku buat tajuk entri macam tu?kemain jer tajuk nak gempak..haha..okeh serius,balik pada topik..sekadar ajak berfikir bukan nak mencari pasal ke apa..perasan tak kalian kita ni suka berbalah dan suka mencari gaduh antara satu sama lain?perasan tak?..

contoh?

kalian perasan tak tiap kali ada sesuatu isu dimainkan..contoh bola misalnya..haa ni punya kes sampai berpukul-pukul kita semua..fanatiknya lain macam,semangat kenegerian masing2 punyalahlah berkobar..negeri tu kata negeri ni,sana kata yang tu dan yang lain-lain..wehhh,kita duduk satu malaysia lah,apa pasal gaduh-gaduh ni semua?penatlah,team ni gaduh team sana yg sana salahkan yang ni..tak boleh ke nak berdamai?

lagi?

kalian perhatikan pulak kalau isu bangsa..okeh aku takde nak rasis ke apa,pada aku semua sama jer..bangsa ni salah kan bangsa tu,dan yang sana kata bangsa ni macam-macam..tolonglah..kita ni satu negara la weh,mana kata semangat satu malaysia yang muafakat tu?cer cerita aku sikit..

lagi dan lagi?

politik,haaa kes ni pun satu hal jugak..masing-masing pun gila kuasa kan..aku tau politik dan kehidupan memang tak dapat dipisahkan..even dalam islam pun politik dan agama itu memang satu cabang yang sama jugak..kalau takde politik dalam islam mudahlah berlakunya rasuah dan masalah2 lain..haa tapi sekarangnya isu,perhatikan..aku serius dan pelik kenapa hal ni takde kesudahan?bukankah kita memimpin negara yang sama dan perlu ada permuafakatan dalam bangunkan bangsa dan agama?ni tidak masing2 kata masing2...ni yang buat aku sedikit terkilan,sedangkan hal ni dari aku kecil lagi kenapa kita saling bermusuhan?.

lagi dan lagi dan lagi?

isu bangsa..pada aku bangsa kalau terlebih angkat bangsa pun tak boleh jugak..sedangkan kalau perjuangan Islam tu sendiri lagi utama..ni tidak,bila politik mesti kaitakan bangsa..sedang kalau yang beragama Islam itu sendiri bukanlah pada bangsa semata..tapi pada bangsa lain pun ada Islam jugak..sedih der...serius aku sedih..

lagi?

banyak lagi isu nak tambah tapi karang kata aku berjela pulak..tapi serius lah,kenapa kita takde muafakat dalam segala hal?..mungkinkah sebab kita dah terlalu lama hidup aman,jadi kita saling bergaduh dan bercakaran?

aku masih menanti jawapan.

June 15, 2014

Manusia semakin pelik.



hari ini,laman sosial menjadi satu platfom untuk kita saling berhubung antara satu sama lain..mudah bukan?terlalu mudah untuk kita saling menyapa kawan-kawan kita yang jauh..tak macam dulu,hanya sms dan chatting jer yang ada untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

sekarang?nah macam-macam ada..wechat,facebook,instagram,twitter dan macam lagilah yang boleh digunakan untuk terus terasa dekat dengan kawan-kawan..dengan medium ini jugak kita boleh kenal dengan sahabat baru..ye,sahabat baru dialam maya..

namun bukan semua kemudahan ini datangnya dengan kebaikan..kalau dah namanya manusia,setiap
kemudahan dan teknologi yang ada pasti akan ada yang ambil peluang buat benda yang tak elok..okeh kita buka sikit minda,facebook
misalnya..tidakkah kalian merasakan semakin pelik?kenapa pelik?semakin hari semakin banyak manusia pelik yang muncul di facebook.

apa yang peliknya?kita boleh tengok segala macam jenis manusia dekat facebook ni..bermacam kerenah yang boleh kita nampak..kadang tanpa rasa segan silu remaja kini terlalu bebas dalam pergaulan..baik lelaki atau perempuan..gambar yang diupload untuk tontonan ramai pun tanpa segan silu tunjuk sedang berciumlah,meraba sana sini..dan paling teruk yang ada dialam maya gambar sedang melakukan hubungan kelamin..

apa semua ini?

apa yang boleh dikatakan,teknologi sikit sebanyak memang membawa kesan pada masalah sosial pada hari ni..remaja dan berbagai peringkat umur tanpa rasa malu pada orang lain dengan selamba pos yang bukan-bukan..serius kadang diri ini rasa malu tengok pada apa yang jadi masa kini..kita semakin jauh,semakin mengikut zaman jahilliah dulu..semakin teknologi makin canggih,semakin sifat malu kian terbelakang.

sedih rasanya lihat apa yang jadi..betullah,dunia semakin penghujung..kiamat semakin dekat,moga kita tak terlambat untuk bertaubat..pesanan juga buat diri.

June 14, 2014

Kau Tahu?


kau tahu?


-tak.


apa yang kau tak tahu?


-dah kau tak bagitahu,manalah aku tahu.


hahaha..okehlah serius,kau tahu?


-senget manalah aku tahu.


hehe,gurau..Islam itu agama dakwah,bukan menghukum.


-tahu.kenapa?


tapi kenapa eh ramai yang suka menghukum dari menyampaikan apa yang telah diajar?


-tak tahu.hanya yang suka menghukum yang punya jawapan.


*******


-tak salah kalau nak menegur tapi jangan terus menghukum..tegur dengan cara yang baik.

June 08, 2014

"Tak Ingin Dikenali Tapi Pos Gambar Sana Sini.."

seorang sahabat bertanya soalan ini untuk seorang wanita.

"aku pelik dengan perempuan zaman sekarang,ceritanya.."

"laa kenapanya?.."

"yela kau tengok kat fb,ig atau twitter sekalipun,ramai perempuan yang pos gambar mereka sendiri..kalau dulu,susah nak kenal perempuan..sekarang ni kau tengoklah..."

"err..."

"kau tak rasa pelik,mereka ini gayanya tak ingin dikenali,
tapi pos gambar sana sini..macam mana tu?.."

diam tanpa jawapan,hanya yang punya badan punya jawapan."

June 01, 2014

Beban.




"aku rasa baik aku mati jer dari aku hadap semua masalah yang entah apa-apa ni,serabut tahu tak serabut?kau tak rasa apa yang aku rasa..kau cakap senanglah,suruh sabarlah..sampai bila?.."

-"aku tahu,senang untuk aku cakap minta kau sabar semua..sebab yang rasa tu kau bukan aku.kalau aku dibagi ujian macam ni,jujur aku pun rasa macam yang kau rasa..tapi kan,kan Allah uji kita atas apa yang kita mampu..sabarlah,Allah sayang  kau.."

DIAM

"tapi kan,kalau aku mati lagi baik kan?takde aku susahkan sesiapa lagi dah..*nada hambar*"

-"kau nak mati?sebelum mati cuba kau pergi hospital dulu..kau tengok orang-orang kat sana bertapa mereka berjuang untuk terus hidup..betapa mereka cuba nak hargai sebuah kehidupan..tapi kau?lebih baik mati yang kau minta.."

SENYAP

*situasi sayu*


-hargai kehidupan yang ada,bukan dengan lari dari masalah untuk lupakan sesuatu..sungguh Allah takkan bebankan sesuatu melainkan atas kemampuan hambaNya.


May 20, 2014

Apa Yang Paling Sakit?



tahu apa yang paling sakit?
saat yang paling sakit bila mana saat diri terjatuh,
jurang yang paling dalam,
waktu kau ingin mengenal Tuhan,
tapi tak siapa peduli,
hanya mampu bertahan sendiri,
bangun dan bangkit kembali,
cuba untuk bertahan,
walau diri lemah tanpa sokongan,
cuba untuk bangkit,
hanya Allah tempat berserah,
sungguh terasa pasrah,
saat diri tersangat lemah.

-sungguh,tak semua manusia ada saat kita sukar dan merana.Terpaksa bertatih sendiri,bangun bangkit kembali.


May 16, 2014

Perasan Tak?





"nak tegur ke tak nak tegur ke tak?..."

takpelah cerita jugaklah eh...

setiap kali dekat sekolah ada aktiviti sekolah,tak kiralah hari guru ataupun hari-hari perayaan lain..mesti ada pengelibatan pelajar lelaki dan perempuan kan?ada yang ambil peluang ni sertai bakat nyayian dan tari menari ke apa semua..yelah masa ni lah ramai yang tunjuk bakat yang ada..ye tak?

okeh,diri pun dulu pernah sekolah dan menjadi pelajar..dari zaman sekolah lagi dah perhati jer benda ni..tapi apalah nak kata kan,masa tu kan pelajar..tak berani nak tegur hal ni..

hal apa tu?...

perasan tak,tiap kali masuk jer ada persembahan atas pentas,bermacam gaya baik lelaki dan perempuan kita boleh lihat..pencampuran dan pergaulan jadi tak terbatas..bab pakaian?amboiiihh masa ni lah semua melaram sakan ..dengan baju ketat satu hal,singkat pun satu hal..

macam mana tu?

ya,kita telah dididik dari zaman sekolah lagi hal ni,dari tadika sampai lah ke peringkat tinggi..pergaulan bebas tanpa sedar,pakaian tak terjaga bebas masa tu..

perasan tak?..

-notakaki,benda ni sekadar ajak fikir..fikir secara terbuka,sekadar pandangan peribadi..

May 13, 2014

Buat awak-Wanita



Awak,
saya merayu pada awak yang bernama wanita,
kalau awak yang bernama wanita nak berwangi-wangian,
mohon jangan berlebihan,
tolong awak..

saya merayu,
saya seorang lelaki dan sekeliling awak juga ramai yang bernama lelaki,
saya tahu apa yang lelaki fikirkan,
meskipun lelaki mampu tunduk pada pandangan,
tapi bau-bauan yang awak pakai pada badan,
buat lelaki jadi tak keruan..

saya mohon pada awak semua kalian,
saya hormat akan kalian,
sebab itu saya berpesan pada kalian,
saya tak mahu kalian diapa-apakan,
mohon dijauhkan dari awak kalian,
saya tahu apa lelaki fikirkan,
saya tahu apa yang lelaki dambakan,
jagalah diri awak kalian,
dari berbauan yang berlebihan,
kerana syaitan selalu membisikan,
saya mahu awak fikir-fikirkan...
Free Blog Theme and Templates