December 29, 2011

Termenung,Terkenang Dan Terkedu...







Assalamualaikum,




*membaca itu jambatan ilmu,entri panjang memerlukan ketabahan untuk anda baca sampai habis,hehe...



Jam menunjukkan tepat pukul 5 petang,biasanya waktu macam ni bila kerja seolah tak sabar untuk pulang ke rumah.Kerja 10 jam sehari  bagai terasa terlalu lama.Manakan tidak,perginya matahari baru menyinar,bila pulang matahari sudah pun hampir tenggelam.Adatlah orang bekerja,kalau nak balik rumah awal pun “orang rumah” bukannya ada.

Melihat anak saudara yang tinggal di sebelah rumah berkejaran berlari kesana kemari.Risau melihat telatah yang berlari tanpa henti,takut jatuh nanti maka menyuruhnya henti dari berlari.Siapa yang tak sayang anak saudara sendiri,itulah contoh bapa saudara mithali.hehe..

Cepat benar masa berlalu,anak buah yang kecil dulu dah pun sekolah darjah satu.Terasa umur makin meningkat,hidup pun semakin singkat.Bila duduk sendirian,teringat segala macam kenangan.Bila minda tak terisi,mulalah emosi menusuk ke hati.Ada yang manis,dan ada yang suram.Yang suram bukan semuanya kelam,tapi cukup mengajar diri itulah proses pembelajaran dalam kehidupan.Semakin jauh hati menerawang,semakin banyak perkara yang dikenang.
 
Sedang asyik duduk dan leka,mulalah soal hati jadi persoalan minda.Kenapa tiba-tiba soalan ini berlegar di kepala?adakah ini tanda  jodoh bakal menjelang tiba?...melayan perasaan sendirian…


***************

Sedang asyik terleka mengenang kisah lama,kisah yang baru terjadi datang menjelma.Bukan terjumpa kekasih lama,tapi kisah si anak dara…

Perkara ni terjadi minggu lepas,tentang pelanggan yang datang ke kedai cari barang.Melihat dari dalam sebelum datang memberi salam.Seorang gadis yang cantik rupawan membuat hati jadi tertawan.Ibunya yang buka pintu,tapi aku anak yang ditengok dulu.Heh,naluri lelaki.Tengok macam segan-segan jer si anak ni tadi.Masuk kedai pun di tolak-tolak maknya.Pelik,tapi cuba untuk positif.Malu barangkali.Sangkaan diri sememangnya tepat,sungguh aku sungguh hebat..hahaha..

Bila pelanggan dah masuk kan,jadi kena lah layan.Tanya pada si ibu,tapi si ibu langsung tak tahu menahu.Tanya pada si gadis manis,sembunyi-sembunyi tandanya malu.Aku yang tengok pula,hati jadi tak menentu,ke rupa aku macam hantu?bisik hati sendirian.Akhirnya persoalan terjawab sudah,rupanya nak cari pendrive 4gb.Lepas tu sempatlah juga bersembang dengan si ibu bertanya asal datangnya dari mana,bajet nak tackle hati mentua..cettt

Borak punya borak,yang si ibu cakaplah yang si anak ni pemalu sangat.Dah macam kisah aku dalam entri lepas lah pula.Yang si anak menjeling tajam macam marah bila si ibu bagitau yang anak tadi tu pemalu orangnya.Bila dah tengok muka anak macam tak suka,mulalah tukar cerita.Agak lama jugak berborak,niat dihati nak borak sekejap je.Tak sangka pula makcik ni peramah orangnya.Layankan juga sebab bukan ada kerja lain dan ada pelanggan yang masuk.Tengok si anak tadi muka macam dah marah.Rupanya sebab si ibu sembang terlalu lama,muka manis bertukar masam.Wajahnya asyik seakan geram.

Bila dah tengok ada yang macam tak kena,cerita kenalah dihabiskan.Buat-buat macam ada mesej masuk dalam handphone.Padahal apa pun tak ada.

Si ibu tadi pun minta diri,sempat juga mata memerhati.Bila dah jauh sikit dari kedai tengok si anak marah si ibu sebab sembang lama sangat.Lepas tu keluarlah kata bukan-bukan tak puas hati sebab tunggu lama dan sebab nak kecoh bagitau yang dia pemalu tu.Si ibu tu dah tak tentu arah bila orang keliling tengok lagak si anak.Sianak gadis rupawan,masih buat muka selamba macam tak ada apa-apa.Macam tu punya kes pun ada.Hal yang remeh sampai angin satu kepala.Sampai orang tua pun dah tak kira.Kesian tengok si ibu tu.Malunya satu,anak tengking pun sampai dah tak tau nak kata apa.

Sedih,muka lawa pun tak guna.Bila budi bahasa entah kemana.Orang tua anggap macam kawan-kawan,semua nak dibuat lawan.Sementara masih ada tu,hargailah selagi hayat dikandung badan.janganlah nak tinggi suara ke apa.Bila dah tak ada depan mata,menyesal pun tak guna…

 “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadah kecuali hanya kepada-Nya, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah : “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil” -QS. Al Isra’, 23-24-.



December 23, 2011

Segan Dengan Gadis...

*gambar ihsan google*







Assalamualaikum,




Satu petang yang kelihatan agak mendung di langit menandakan hujan bakal turun membasahi bumi dan juga hati.Kelihatan burung-burung berterbangan bagai hilang kawalan dek kerana angin yang terlalu kencang atau mungkin baru balik dari minum brandi barangkali.

Dalam hati kecil mula membisik

“kan bagus kalau aku ada kereta,tak payah la aku susah nanti kena hujan …” tapi apakah daya kerana itu hanya sekadar bisikan hati berkata jer,heh.

Hati mula keluh kesah dan bertambah gelisah melihat rintik hujan mula kelihatan.Hati mula berbicara sendiri lagi

Manalah rakan sekerja aku yang sorang ni,tak masuk kedai dari tadi.Tengok hari dah gelap semacam,nanti aku juga yang susah basah kena hujan…grr!..”mengeluh aku sendirian lagi.

Sedang aku asyik melayan muka buku sambil menunggu rakan yang seolah tak nampak jalan pulang tersesat dalam terang,bagai menunggu kelapa jatuh menyembah ke bumi.Tiba-tiba,kedengaran pintu kedai ditolak,Kepala sedikit diangkat menjenguk untuk melihat siapa yang datang.Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang agak kusyuk bermain telefon bimbit masuk dan akhirnya,aku menarik nafas lega.

“Akhirnya,masuk jugak budak ni,grr!tanda tak puas hati kerana lewat...”bisik hati kecilku lagi.*nampak sangat aku suka bermonolog sendiri*.

Tanpa membuang masa,kunci motor aku capai dari atas tempat simpanan topi keledar,Dijengket-jengket kaki sambil tangan terus meraba mencari mana letaknya kunci motor tadi.Akhirnya bertemu juga,setelah naik kerusi untuk mencari.Ya,kependekkan aku terserlah disini semasa ingin mencari barang ditempat tinggi.Sebelum balik,sempat aku berpesan pada rakan sekerja yang seorang ni apa kerja yang patut disambung sambil bergaya mengalahkan akulah bos caranya.Kepala ditunduk sambil mengangguk tandanya faham.

“Jangan lupa weyh…”kata ku lagi.

“Yelah…” menunjukkan jawapan tanda yang ia betul-betul faham.

Aku bergegas berlari membuka pintu kedai.Renungan mata pantas melihat lori khinzir melintas didepan mata.Seketika selepas itu,aroma yang kurang enak menusuk lubang hidungku.Agaknya inilah yang dinamakan rezeki aku menerima dengan redha dengan  bau yang kurang enak itu. Dalam ketidak selesaan itu,aku terdengar suara gadis-gadis bergelak tawa.Aku mencari-cari dimanakah gerangan suara itu,ingin katakan suara buluh betong mana datang pokok buluh tengah pekan ni.Sedikit pemikiran yang agak sengal disitu.

Namun kaki tetap jua melangkah setapak demi setapak,menuju ke arah kuda biru atau dikenali juga motor aku.Tapi langkah seakan terhenti terpaku dan lidah bagai kelu melihat sekumpulan gadis ala-ala pasukan sorak bergelak tawa dan bertepuk tampar sesama mereka.Bila melihat aku yang pada ketika itu bagai kaku dan diam kedu tak tahu mana nak tuju.Mereka juga diam sambil melihat aku bagai makhluk asing barangkali didepan mata mereka.Aku?semestinya aku menjadi malu,segan dan seumpamanya.Ya segan,itu kelemahan aku.Aku segan bila ada perempuan yang melihat aku yang jumlahnya lebih dari satu.Dengan tak semena-mena muka seakan menjadi merah dan sifat kelam menjadi salah satu tabiat aku bila jadi tak menentu.Ya,sejujurnya aku malu dengan perempuan.Itulah kelemahan aku yang tak semua orang tahu.*sekarang semua tahu = =''*


Mereka melihat aku yang dah tak menentu.Kaki aku yang pada mulanya bergerak melangkah ke depan dengan perlahan patah semula ke kedai untuk mengelak untuk bertemu gadis-gadis itu.Setelah mereka melihat gaya aku yang mungkin agak pelik,mereka tertawa dengan kuatnya.Aku?hanya mampu mengintai dari dalam kedai melihat mereka.Hujan rintik membasahi bumi,aku pula tak balik lagi.Rakan yang dari tadi duduk perhati,apa kenalah dengan aku ini.Mujurlah gadis-gadis itu takut juga dengan hujan,jadi mereka pun meninggalkan tempat berkumpul tadi.Aku yang melihat mereka yang dah tak ada,pun sama terkejar mengejar masa untuk pulang ke rumah.Membuatkan rakan yang tadinya jadi terpinga-pinga.Sesudah pulang ke kedai barulah diceritakan apa yang berlaku dan diiringi gelak tawa setelah mendengar cerita aku.

“hampeh…”hanya itu yang dapat aku katakan bila diketawakan.

Okeh cerita ni memang betul terjadi dan tu salah satu dari kelemahan dari dulu sukar untuk ditepis.Minta pendapat semua,macam mana nak tingkatkan keyakinan diri ni bila nak bercakap dengan perempuan?Kalau sorang dua boleh lagi kawal rasa malu ni,tapi kalau ramai memang jadi tak menentu.Rasa kelam tiba-tiba tu mesti datang balik,jenuh juga nak hilangkan perasaan ni.Ada cara apa-apa tak untuk atasi masalah ni?.Kalau dibiarkan lama macam ni,jenuh ohh.Cuba bagi tips sikit hilangkan segan dalam diri ni. = =''…

December 20, 2011

Syukurkah Aku?...














Assalamualaikum,





Syukur masih bernafas lagi
Melihat sekitar alam sambil memerhati
Coretan ditulis dari hati kecil ini
Sekadar berkongsi cerita diteratak sepi

Melihat ke langit awan kebiruan
Jiwa yang sedang tertekan jadi tertawan
Siapalah aku tanpa kasihMu Ya Tuhan
Bagai orang yang seakan hilang pedoman

Lemah dengan segala dugaan
Sepanjang perjalanan dalam kehidupan
Tersesat  dalam sedar nikmat yang diberikan
Kembalikan aku dari jiwa yang kekufuran

Perilaku perlu sekata yang dikata
Bukan sekadar dibibir sahaja
Apa guna berkata cinta pada Dia
Sedangkan jauh dari kewajipanNya

Pada lafazku Allah Maha Besar
Tapi tindak tanduk banyak yang tersasar
Betapa sedarnya diri telah ingkar
Jangan kasihMu padaku semakin hari kian pudar

Selagi masih ada peluang dan ruang
Usahkan biarkan ianya terbuang
Kembali mencari jalan pulang yang dulunya hilang
Sebelum ajal datang menjemput pulang

Semalam sejarah yang telah berlalu
Esok dan lusa tak siapa yang tahu
Kerana itu adalah misteri bagiku
Apa amalan buatku sekarang itulah penentu



 *aie@ayie*



*sekadar nukilan buat renungan diri sendiri,mood jiwa-jiwa lagi...








December 14, 2011

Sama Tapi Tak Serupa...


















 Assalamualaikum,







Sama tapi tak serupa,
Berbeza rupa itu kerana bangsanya,
Berbeza cara kerana adatnya,
Berbeza budaya kerana kita satu Malaysia.

Sama tapi tak serupa,
Ada yang sama pada jalannya,
Tapi ada juga sengketa menyalahkan si dia dan dia,
Kerana apa?kerana berbeza pada pemahamannya.

Sama tapi tak serupa,
Kerana perbezaan cara dan pemikirannya,
Yang bersatu hilang muafakatnya,
Kerana bendera kita sengketa.

Sama tapi tak serupa,
Mengatakan haluannya adalah yang benar belaka,
Yang lain dusta hanya angan sahaja,
Sedangkan keduanya,memburu matlamat yang sama.

Sama tapi tak serupa,
Hingga lupa ada persamaannya antara kita
Kenapa perlu lupa pada benda yang sama,
Hanya melihat pada perbezaannya sahaja.

Sama tapi tak serupa,
Kerana terlalu mencari perbezaan yang ada,
Hingga lupa pada sejarah lama,
Dan penyatuan itu adalah asasnya sebuah negara,

Sama tapi tak serupa,
Berbeza sangatkah kau aku dan dia,
Hingga berpuak yang hanya melemahkan kita,
Yang sekadar melemahkan penyatuan sesama agama dan juga bangsa.

Sama tapi tak serupa,
Bukan berpolitik atau apa pun jua,
Hanya menulis sekadar bersahaja,
Merenung hari ini dan esok,kita ada dimana?


*aie@ayie*

December 09, 2011

Contengan Kehidupan...








Assalamualaikum,




contengan hanya sebuah nukilan,
hanya luahan dari seorang insan,
yang melihat pada sebuah lukisan,
potret perjalanan sebuah kehidupan.

setiap dari sebuah perjalanan,
ada episod yang ceritanya berlainan,
kita yang menjadi watak dalam sebuah lakonan,
pentas kehidupan episod seharian.

ini kisah tentang mereka dan dia,
yang punya pelbagai gaya dan cara percakapannya,
slanga juga ada dalam bicara,
gaya barat ikutan budaya.

melihat  pada cara mereka,
membuatkan kadang terfikir juga,
adakah terlalu berfikiran terbuka?,
bagai agama hilang entah kemana.

bila dibicara tentang agama padanya,
dikata kita ceramahnya pula,
sedar juga diri ilmu tak seberapa,
tapi,sebagai saudara harus berpesan juga.

hidup ini bukan untuk meninggi diri,
hingga terlupa usul dan berpijak dibumi,
sedarlah,esok mati adalah pasti,
pasti jua akan dikebumi nanti.

ragam manusia pastinya berbeza,
perangai kita tak semua sama,
apalah ada pada nama,harta,rupa dan wang berjuta,
akhirnya nanti ditinggal juga.

berpijaklah pada bumi yang nyata,
usah terlalu lena mimpi tidurnya,
andai terlena terlalu lama,
leka,alpa jadi teman setia.

begitulah corak mainan dunia,
yang penuh dengan seribu satu daya,
yang terleka terus terlena,
dibuai mimpi yang indah sementara cuma

*aie@ayie*

December 07, 2011

Sabarlah...


*selipar itu simbolik*



Assalamualaikum,






di suatu ketika yang hening yang tak berapa nak hening sebab dalam kedai kan,heh...


"beb,
ko kena tolong aku weyh..."

"la,rilekslah der
,kelam jer la ko ni...
kenapanya?..."

"tolonglah check masalah laptop aku ni,
dari tadi tak boleh bukak...
dier asyik restart jer,
aku dah lah banyak kerja nak kena settle..."

"tapi beb,
ko kena tinggal dulu kat sini...
bagi aku cuba check dulu apa masalahnya...
kot masalah os ke hardware ke..."

"agak-agak bila siap?
pukul berapa boleh?
aku banyak kerja lagi ni nak kena settle,
dah lah semua kerja aku tak ada backup doh..."

"la,
awatnyer ko tak backup dalam pendrive ke external ke...
kan senang,
jadi macam ni ko jugak yang kelam..."

"ala ko ni,
banyak cakap la..
ko buat aku bayar lah...
ko buat cepat ye?..."

"tak boleh,
aku kena ikut turn...
sebelum ko ada lagi yang datang dulu,
tu ha banyak lagi yang beratur nak buat..."

"ala ko buat lah aku punya dulu,ye?..."
*muka gedik*

"ala,tak leh la...
tak adil untuk yang lain..."

"ala,
ko ni kawan-kawan pun payah..."

"aku cuba okeh?..."

"jangan cuba,
kena cepat aku nak..."

"sabarlah,okeh?..."

"aku cuba...
apa-apa aku bagitau nanti..."

"jangan cuba aku nak cepat..."

"beb,percayalah cakap aku...
''aku hanya mampu merancang,Tuhan penentu segala..."

"ni ko perli aku ke apa ni?..."

"taklah,
aku pesan ko suruh sabar jer,
hehe..."

"sengal,
sempat kenakan aku balik..."

"hahaha,
nanti apa-apa aku call ko balik..."


"yelah,
aku sabar..."




*pengajaran

-Janganlah simpan fail kerja dalam satu tempat jer,buatlah backup dekat pendrive ke,external hdd ke.Bak kata orang "sediakan payung sebelum hujan",ni jadi sesuatu hal yang tak dijangka kelam jadinya.

-Banyakkanlah bersabar kalau nakkan sesuatu.Jangan bagi orang yang buat tu nanti hilang sabar sudah...grrr!

December 01, 2011

Hebat Dah Budak Sekarang...

Assalamualaikum,








Situasi di kedai buku...




"Ko tengok la buku tu,
tak yah la tengok dengan aku...
kan ke banyak jer buku kat situ…"

"Aku malu lah,
akak tu tengok jer kat kita…"

"Ala,tengok jer la bukan apa pun…"

"Tak pe la,
aku tunggu kat luar…"

"Penakut,
lain kali tak yah ikut aku…"



Situasi dialog kat atas ni berlaku masa dekat kedai buku.Dua orang budak lelaki kalau ditengok pada gaya nampak macam budak yang masih bersekolah rendah.Kira okehlah kan duduk baca buku dekat kedai buku,tapi ada juga yang tak okehnya bila bahan yang dijadikan bacaan tu bukanlah bahan yang berbentuk ilmiah.Tapi majalah hiburan artis-artis tu.Yang ada fesyen berkemban bagai tu.

Hebat budak sekarang ni,kalau zaman diri ni muda remaja ala-ala nobita di zaman sekolah rendah tu, nak jeling buku macam ni pun ada rasa takut dalam diri.Bila dah tertengok buku macam tu masa muda mudi dulu,rasa malu pun ada.Toleh kiri kanan,kot ada yang perasan kita dok jeling buku macam tu,heh.Yela,dah di ajar jangan sesekali tengok buku atau majalah jenis macam tu,tapi mood sengal ubi ni dah tertanam dalam diri,sesekali tengok jugak.Tapi dalam keadaan sorok-sorok ler jugak,takut nanti kantoi naya jer kena ketuk kepala,*hehe*.Tapi berbeza dah budak sekarang dengan dulu,dengan selamba dan terbuka macam tak ada apa bila duduk selak-selak majalah macam tu.Semakin berani dan terbuka pemikiran mereka hari ni.

Kadang pelik juga dengan pihak yang menyiarkan majalah macam ni.Yelah dengan modelnya berkemban bagai semua,tapi boleh lepas lagi dalam pasaran.Tahu lah, diletakkan gambar model macam tu dibahagian depan,menjadi tarikan pada yang melihat.Faham teknik dan strategi untuk menarik jumlah pembaca untuk membeli majalah macam tu,tapi kena ada benda yang perlu difikirkan jugak.Bukan sekadar mengejar keuntungan semata.Pembaca itu sendiri pelbagai,dari setiap lapisan umur.Dan salah seorang darinya kategori budak sekolah ni.Yelah,buku kan mana ada ditulis untuk kategori umur berapa ke.Yang baru nak naik ni pulak,agak tengok gambar depan model yang agak ''perghhh'' tak terkata,faham-fahamlah ye.

Yang budak-budak sekarang bila tengok mulalah fikir ke lain.Fahamlah kan budak sekarang makin lama semakin berani untuk mencuba sesuatu.Dari tengok gambar macam tu,lepas tu buat ke arah yang lain.Manusia ni ada bermacam-macam sifatnya,jadi sebelum terlewat baiklah dirawat.Bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya.Nanti kalau dah tua liat pulak jadinya,samalah macam kita manusia.Kalau dah tua baru nak dinasihat dengarnya tu tetap ada,tapi yang masuk melekatnya kurang.
Free Blog Theme and Templates