December 29, 2011

Termenung,Terkenang Dan Terkedu...







Assalamualaikum,




*membaca itu jambatan ilmu,entri panjang memerlukan ketabahan untuk anda baca sampai habis,hehe...



Jam menunjukkan tepat pukul 5 petang,biasanya waktu macam ni bila kerja seolah tak sabar untuk pulang ke rumah.Kerja 10 jam sehari  bagai terasa terlalu lama.Manakan tidak,perginya matahari baru menyinar,bila pulang matahari sudah pun hampir tenggelam.Adatlah orang bekerja,kalau nak balik rumah awal pun “orang rumah” bukannya ada.

Melihat anak saudara yang tinggal di sebelah rumah berkejaran berlari kesana kemari.Risau melihat telatah yang berlari tanpa henti,takut jatuh nanti maka menyuruhnya henti dari berlari.Siapa yang tak sayang anak saudara sendiri,itulah contoh bapa saudara mithali.hehe..

Cepat benar masa berlalu,anak buah yang kecil dulu dah pun sekolah darjah satu.Terasa umur makin meningkat,hidup pun semakin singkat.Bila duduk sendirian,teringat segala macam kenangan.Bila minda tak terisi,mulalah emosi menusuk ke hati.Ada yang manis,dan ada yang suram.Yang suram bukan semuanya kelam,tapi cukup mengajar diri itulah proses pembelajaran dalam kehidupan.Semakin jauh hati menerawang,semakin banyak perkara yang dikenang.
 
Sedang asyik duduk dan leka,mulalah soal hati jadi persoalan minda.Kenapa tiba-tiba soalan ini berlegar di kepala?adakah ini tanda  jodoh bakal menjelang tiba?...melayan perasaan sendirian…


***************

Sedang asyik terleka mengenang kisah lama,kisah yang baru terjadi datang menjelma.Bukan terjumpa kekasih lama,tapi kisah si anak dara…

Perkara ni terjadi minggu lepas,tentang pelanggan yang datang ke kedai cari barang.Melihat dari dalam sebelum datang memberi salam.Seorang gadis yang cantik rupawan membuat hati jadi tertawan.Ibunya yang buka pintu,tapi aku anak yang ditengok dulu.Heh,naluri lelaki.Tengok macam segan-segan jer si anak ni tadi.Masuk kedai pun di tolak-tolak maknya.Pelik,tapi cuba untuk positif.Malu barangkali.Sangkaan diri sememangnya tepat,sungguh aku sungguh hebat..hahaha..

Bila pelanggan dah masuk kan,jadi kena lah layan.Tanya pada si ibu,tapi si ibu langsung tak tahu menahu.Tanya pada si gadis manis,sembunyi-sembunyi tandanya malu.Aku yang tengok pula,hati jadi tak menentu,ke rupa aku macam hantu?bisik hati sendirian.Akhirnya persoalan terjawab sudah,rupanya nak cari pendrive 4gb.Lepas tu sempatlah juga bersembang dengan si ibu bertanya asal datangnya dari mana,bajet nak tackle hati mentua..cettt

Borak punya borak,yang si ibu cakaplah yang si anak ni pemalu sangat.Dah macam kisah aku dalam entri lepas lah pula.Yang si anak menjeling tajam macam marah bila si ibu bagitau yang anak tadi tu pemalu orangnya.Bila dah tengok muka anak macam tak suka,mulalah tukar cerita.Agak lama jugak berborak,niat dihati nak borak sekejap je.Tak sangka pula makcik ni peramah orangnya.Layankan juga sebab bukan ada kerja lain dan ada pelanggan yang masuk.Tengok si anak tadi muka macam dah marah.Rupanya sebab si ibu sembang terlalu lama,muka manis bertukar masam.Wajahnya asyik seakan geram.

Bila dah tengok ada yang macam tak kena,cerita kenalah dihabiskan.Buat-buat macam ada mesej masuk dalam handphone.Padahal apa pun tak ada.

Si ibu tadi pun minta diri,sempat juga mata memerhati.Bila dah jauh sikit dari kedai tengok si anak marah si ibu sebab sembang lama sangat.Lepas tu keluarlah kata bukan-bukan tak puas hati sebab tunggu lama dan sebab nak kecoh bagitau yang dia pemalu tu.Si ibu tu dah tak tentu arah bila orang keliling tengok lagak si anak.Sianak gadis rupawan,masih buat muka selamba macam tak ada apa-apa.Macam tu punya kes pun ada.Hal yang remeh sampai angin satu kepala.Sampai orang tua pun dah tak kira.Kesian tengok si ibu tu.Malunya satu,anak tengking pun sampai dah tak tau nak kata apa.

Sedih,muka lawa pun tak guna.Bila budi bahasa entah kemana.Orang tua anggap macam kawan-kawan,semua nak dibuat lawan.Sementara masih ada tu,hargailah selagi hayat dikandung badan.janganlah nak tinggi suara ke apa.Bila dah tak ada depan mata,menyesal pun tak guna…

 “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadah kecuali hanya kepada-Nya, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah : “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil” -QS. Al Isra’, 23-24-.



26 comments:

LiLy @ MumMyQiStInA said... BALAS

kesian plak dekat si ibu..
Sayangilah Ibubapa kita selagi hayat ada..tanpa mereka siapalah kita..
*tetiba teringat kat mak ayah kat KG..rindu sgt2 kat diorg..

adwafarahin said... BALAS

nk tegur pon bkn dgn cara depan org ramai.ckp elok2 kan boleh.sian kt mak tu

ish x ptt btl,muka lawa perangai pulak x lawa :(

*rindu mak tetibe :'(

Addin said... BALAS

betul la orang kata, yang luara tak menggambarkan dalaman.

addin sihat je :) insha Allah. apa medium yg senang nak contact dengan aie ni ?

Pok Amai-Amai said... BALAS

Sy paling benci org yg suka menegur keras, marah, menengking mak atau bapak dpn2 org ramai. Serius kalau sy ada kat situ, mmg sy tegur aje pompuan tu.

Mak bapak kita, itu jelah yg ada. Yg jage kite dr kecik smpi lah ke bsr nie....seteruk mane kita sebagai anak, tetap mrk tak akan smpi hati nak buang kita.

Ish, tetibe sy emo. Sorilah ye?

=D

Alieza Dayasari said... BALAS

kesian...
hargailah ibu kalian selagi masih ada....
kenapa perlu dilakukan spt itu..
tak akan mereka tak ingat saat2 kecil dulu ibu kita baik kat kita...
haizzzz...

Fara E's said... BALAS

ingatan buat kte semua jgak kn (:

rozeeta rashid said... BALAS

nampak pemalu. sekali perangai macam tu. sayang. perangai tak secantik wajah. terus aie cancel nak tackle. haha.

YOUsoF said... BALAS

Siapa tak suka dengan dan kecomelan kan.. Tapi bila kecomelan tu cuma sekadar di luaran, hampa..


Kesian betul kat si ibu, sangat tak patut kot anak tu buat macam tu. Aku pun pernah jumpa perempuan cantik, tapi bahasa.. Tak payah cakaplah, 'comel' habis!

Zul Fattah said... BALAS

bodoh r si anak tu..? buat apa nak marah dan tengking mak sendiri.. dah memang betul apa yg mak dia cakap..
malu itu biasa.. bg wanita..

Faaein Talip Roy said... BALAS

lagi segan bila orang tengok macam tu..

mesti sedih si ibu tu..

peringatan.. jangan buat macam tu pada mak ayah kita..

Ieja said... BALAS

Luaran tak memberi makna apa2..kan? :)

~Nana BamBam~ said... BALAS

agak kurang ajar betul perempuan tuh kan..depan orang ramai kenapa menengking memarah macam tu..patutnye hormat la sikit orang tua kita...

ish2...

Cikgu Ma said... BALAS

aik, mula2 pemalu, tp marah mak depan org ramai??? musykil btol...

fenomena akhir tahun

Alieza Dayasari said... BALAS

forensik heroes tu sy memang tgk pun ....
HK byk juga crita2 mcm bomba, polis, imgresan.. like.....

Addin said... BALAS

psst, addin takda fb la aie. hehe

**::CIKNUURUL::** said... BALAS

laaaa,..siannye,..memang ade kes mcm tu sekarang ni,.kononnye si anak nak jaga standard!,.xmahu maknya bersembang lama macam duduk kat rumah jiran,malu katenye,.tapi xperlu la sampai hilang kemanisan berbahasa,.

ingatkan boleh dibawak berbincang lebih jauh ek,rupenye,.ermm,lupakan je la ayie,.

Paris Lipton said... BALAS

kusangkakan malu sampai ke petg, rupanya ada agenda lain...apekah?
err skrg ni ckp tggi dgn mak pon dh x, ckup la masa hingusan dulu....
*sedih3...

cimOt said... BALAS

hampa :(

she's not as sweet as her shyness..

محمد رازيق said... BALAS

salam aie. sori yie lambat. hehe. banyak persamaan tuh.. bnyk kali putus ek?? putus boleh tumbuh balik. hehe.. aie, aku sedih kalau tgk budak tngking mak dia. huhu. bukan apa, cubalah budak tu pikir balik camna ibu dia layan dia masa kecil. huhu. nice entry yie.

El-Janna said... BALAS

amboi kemain lg pjg entryy
biasa la manusia...

EmpayarUtama said... BALAS

Memula kata pemalu, baru beberapa minit perangai sebenar dah tau...

cimOt said... BALAS

sini laaa asal aku..

http://akupunyepasalaaa.blogspot.com/2011/12/gua-legend-motocross-dulusila-percaya.html

[PCL] said... BALAS

Salam, Hepi New Year 2012...

aik ada azam nak takel awek nampak !!...semoga tak lama lagi la tuh..

p/s : dah dimasukkan dlm bloglist, tq Aiez.

Namee Roslan said... BALAS

amboi ayie, menjeling anak dia. patut ngurat lah mak dia dulu. hehe. em, kenapa pemalu sgt anaknya smpai tersorok2 belakang mak nya. malu tapi marah mak ?? gitu ??

aiEz said... BALAS

namee@hahaha,lain jadinya nanti namee,hehe..malu tapi lain yg jadinya..terserlah segalanya..=='

GrApE@KhAiRuL said... BALAS

salam...emm bgus entry ni...skrg ni sush sngat nk cri si dara yg bermuka mnis + berbudi pekerti,yg ada smua bermuka mnis tp hati cm bangkai..adat dunia...yg hodoh dikeji padahal hatinya sgguh nurani tp dipandang sepi ibarat melukut di tepi gantang..apakan daya,dh lumrah alam..

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates