December 29, 2011

Termenung,Terkenang Dan Terkedu...







Assalamualaikum,




*membaca itu jambatan ilmu,entri panjang memerlukan ketabahan untuk anda baca sampai habis,hehe...



Jam menunjukkan tepat pukul 5 petang,biasanya waktu macam ni bila kerja seolah tak sabar untuk pulang ke rumah.Kerja 10 jam sehari  bagai terasa terlalu lama.Manakan tidak,perginya matahari baru menyinar,bila pulang matahari sudah pun hampir tenggelam.Adatlah orang bekerja,kalau nak balik rumah awal pun “orang rumah” bukannya ada.

Melihat anak saudara yang tinggal di sebelah rumah berkejaran berlari kesana kemari.Risau melihat telatah yang berlari tanpa henti,takut jatuh nanti maka menyuruhnya henti dari berlari.Siapa yang tak sayang anak saudara sendiri,itulah contoh bapa saudara mithali.hehe..

Cepat benar masa berlalu,anak buah yang kecil dulu dah pun sekolah darjah satu.Terasa umur makin meningkat,hidup pun semakin singkat.Bila duduk sendirian,teringat segala macam kenangan.Bila minda tak terisi,mulalah emosi menusuk ke hati.Ada yang manis,dan ada yang suram.Yang suram bukan semuanya kelam,tapi cukup mengajar diri itulah proses pembelajaran dalam kehidupan.Semakin jauh hati menerawang,semakin banyak perkara yang dikenang.
 
Sedang asyik duduk dan leka,mulalah soal hati jadi persoalan minda.Kenapa tiba-tiba soalan ini berlegar di kepala?adakah ini tanda  jodoh bakal menjelang tiba?...melayan perasaan sendirian…


***************

Sedang asyik terleka mengenang kisah lama,kisah yang baru terjadi datang menjelma.Bukan terjumpa kekasih lama,tapi kisah si anak dara…

Perkara ni terjadi minggu lepas,tentang pelanggan yang datang ke kedai cari barang.Melihat dari dalam sebelum datang memberi salam.Seorang gadis yang cantik rupawan membuat hati jadi tertawan.Ibunya yang buka pintu,tapi aku anak yang ditengok dulu.Heh,naluri lelaki.Tengok macam segan-segan jer si anak ni tadi.Masuk kedai pun di tolak-tolak maknya.Pelik,tapi cuba untuk positif.Malu barangkali.Sangkaan diri sememangnya tepat,sungguh aku sungguh hebat..hahaha..

Bila pelanggan dah masuk kan,jadi kena lah layan.Tanya pada si ibu,tapi si ibu langsung tak tahu menahu.Tanya pada si gadis manis,sembunyi-sembunyi tandanya malu.Aku yang tengok pula,hati jadi tak menentu,ke rupa aku macam hantu?bisik hati sendirian.Akhirnya persoalan terjawab sudah,rupanya nak cari pendrive 4gb.Lepas tu sempatlah juga bersembang dengan si ibu bertanya asal datangnya dari mana,bajet nak tackle hati mentua..cettt

Borak punya borak,yang si ibu cakaplah yang si anak ni pemalu sangat.Dah macam kisah aku dalam entri lepas lah pula.Yang si anak menjeling tajam macam marah bila si ibu bagitau yang anak tadi tu pemalu orangnya.Bila dah tengok muka anak macam tak suka,mulalah tukar cerita.Agak lama jugak berborak,niat dihati nak borak sekejap je.Tak sangka pula makcik ni peramah orangnya.Layankan juga sebab bukan ada kerja lain dan ada pelanggan yang masuk.Tengok si anak tadi muka macam dah marah.Rupanya sebab si ibu sembang terlalu lama,muka manis bertukar masam.Wajahnya asyik seakan geram.

Bila dah tengok ada yang macam tak kena,cerita kenalah dihabiskan.Buat-buat macam ada mesej masuk dalam handphone.Padahal apa pun tak ada.

Si ibu tadi pun minta diri,sempat juga mata memerhati.Bila dah jauh sikit dari kedai tengok si anak marah si ibu sebab sembang lama sangat.Lepas tu keluarlah kata bukan-bukan tak puas hati sebab tunggu lama dan sebab nak kecoh bagitau yang dia pemalu tu.Si ibu tu dah tak tentu arah bila orang keliling tengok lagak si anak.Sianak gadis rupawan,masih buat muka selamba macam tak ada apa-apa.Macam tu punya kes pun ada.Hal yang remeh sampai angin satu kepala.Sampai orang tua pun dah tak kira.Kesian tengok si ibu tu.Malunya satu,anak tengking pun sampai dah tak tau nak kata apa.

Sedih,muka lawa pun tak guna.Bila budi bahasa entah kemana.Orang tua anggap macam kawan-kawan,semua nak dibuat lawan.Sementara masih ada tu,hargailah selagi hayat dikandung badan.janganlah nak tinggi suara ke apa.Bila dah tak ada depan mata,menyesal pun tak guna…

 “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadah kecuali hanya kepada-Nya, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah : “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil” -QS. Al Isra’, 23-24-.



December 23, 2011

Segan Dengan Gadis...

*gambar ihsan google*







Assalamualaikum,




Satu petang yang kelihatan agak mendung di langit menandakan hujan bakal turun membasahi bumi dan juga hati.Kelihatan burung-burung berterbangan bagai hilang kawalan dek kerana angin yang terlalu kencang atau mungkin baru balik dari minum brandi barangkali.

Dalam hati kecil mula membisik

“kan bagus kalau aku ada kereta,tak payah la aku susah nanti kena hujan …” tapi apakah daya kerana itu hanya sekadar bisikan hati berkata jer,heh.

Hati mula keluh kesah dan bertambah gelisah melihat rintik hujan mula kelihatan.Hati mula berbicara sendiri lagi

Manalah rakan sekerja aku yang sorang ni,tak masuk kedai dari tadi.Tengok hari dah gelap semacam,nanti aku juga yang susah basah kena hujan…grr!..”mengeluh aku sendirian lagi.

Sedang aku asyik melayan muka buku sambil menunggu rakan yang seolah tak nampak jalan pulang tersesat dalam terang,bagai menunggu kelapa jatuh menyembah ke bumi.Tiba-tiba,kedengaran pintu kedai ditolak,Kepala sedikit diangkat menjenguk untuk melihat siapa yang datang.Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang agak kusyuk bermain telefon bimbit masuk dan akhirnya,aku menarik nafas lega.

“Akhirnya,masuk jugak budak ni,grr!tanda tak puas hati kerana lewat...”bisik hati kecilku lagi.*nampak sangat aku suka bermonolog sendiri*.

Tanpa membuang masa,kunci motor aku capai dari atas tempat simpanan topi keledar,Dijengket-jengket kaki sambil tangan terus meraba mencari mana letaknya kunci motor tadi.Akhirnya bertemu juga,setelah naik kerusi untuk mencari.Ya,kependekkan aku terserlah disini semasa ingin mencari barang ditempat tinggi.Sebelum balik,sempat aku berpesan pada rakan sekerja yang seorang ni apa kerja yang patut disambung sambil bergaya mengalahkan akulah bos caranya.Kepala ditunduk sambil mengangguk tandanya faham.

“Jangan lupa weyh…”kata ku lagi.

“Yelah…” menunjukkan jawapan tanda yang ia betul-betul faham.

Aku bergegas berlari membuka pintu kedai.Renungan mata pantas melihat lori khinzir melintas didepan mata.Seketika selepas itu,aroma yang kurang enak menusuk lubang hidungku.Agaknya inilah yang dinamakan rezeki aku menerima dengan redha dengan  bau yang kurang enak itu. Dalam ketidak selesaan itu,aku terdengar suara gadis-gadis bergelak tawa.Aku mencari-cari dimanakah gerangan suara itu,ingin katakan suara buluh betong mana datang pokok buluh tengah pekan ni.Sedikit pemikiran yang agak sengal disitu.

Namun kaki tetap jua melangkah setapak demi setapak,menuju ke arah kuda biru atau dikenali juga motor aku.Tapi langkah seakan terhenti terpaku dan lidah bagai kelu melihat sekumpulan gadis ala-ala pasukan sorak bergelak tawa dan bertepuk tampar sesama mereka.Bila melihat aku yang pada ketika itu bagai kaku dan diam kedu tak tahu mana nak tuju.Mereka juga diam sambil melihat aku bagai makhluk asing barangkali didepan mata mereka.Aku?semestinya aku menjadi malu,segan dan seumpamanya.Ya segan,itu kelemahan aku.Aku segan bila ada perempuan yang melihat aku yang jumlahnya lebih dari satu.Dengan tak semena-mena muka seakan menjadi merah dan sifat kelam menjadi salah satu tabiat aku bila jadi tak menentu.Ya,sejujurnya aku malu dengan perempuan.Itulah kelemahan aku yang tak semua orang tahu.*sekarang semua tahu = =''*


Mereka melihat aku yang dah tak menentu.Kaki aku yang pada mulanya bergerak melangkah ke depan dengan perlahan patah semula ke kedai untuk mengelak untuk bertemu gadis-gadis itu.Setelah mereka melihat gaya aku yang mungkin agak pelik,mereka tertawa dengan kuatnya.Aku?hanya mampu mengintai dari dalam kedai melihat mereka.Hujan rintik membasahi bumi,aku pula tak balik lagi.Rakan yang dari tadi duduk perhati,apa kenalah dengan aku ini.Mujurlah gadis-gadis itu takut juga dengan hujan,jadi mereka pun meninggalkan tempat berkumpul tadi.Aku yang melihat mereka yang dah tak ada,pun sama terkejar mengejar masa untuk pulang ke rumah.Membuatkan rakan yang tadinya jadi terpinga-pinga.Sesudah pulang ke kedai barulah diceritakan apa yang berlaku dan diiringi gelak tawa setelah mendengar cerita aku.

“hampeh…”hanya itu yang dapat aku katakan bila diketawakan.

Okeh cerita ni memang betul terjadi dan tu salah satu dari kelemahan dari dulu sukar untuk ditepis.Minta pendapat semua,macam mana nak tingkatkan keyakinan diri ni bila nak bercakap dengan perempuan?Kalau sorang dua boleh lagi kawal rasa malu ni,tapi kalau ramai memang jadi tak menentu.Rasa kelam tiba-tiba tu mesti datang balik,jenuh juga nak hilangkan perasaan ni.Ada cara apa-apa tak untuk atasi masalah ni?.Kalau dibiarkan lama macam ni,jenuh ohh.Cuba bagi tips sikit hilangkan segan dalam diri ni. = =''…

December 20, 2011

Syukurkah Aku?...














Assalamualaikum,





Syukur masih bernafas lagi
Melihat sekitar alam sambil memerhati
Coretan ditulis dari hati kecil ini
Sekadar berkongsi cerita diteratak sepi

Melihat ke langit awan kebiruan
Jiwa yang sedang tertekan jadi tertawan
Siapalah aku tanpa kasihMu Ya Tuhan
Bagai orang yang seakan hilang pedoman

Lemah dengan segala dugaan
Sepanjang perjalanan dalam kehidupan
Tersesat  dalam sedar nikmat yang diberikan
Kembalikan aku dari jiwa yang kekufuran

Perilaku perlu sekata yang dikata
Bukan sekadar dibibir sahaja
Apa guna berkata cinta pada Dia
Sedangkan jauh dari kewajipanNya

Pada lafazku Allah Maha Besar
Tapi tindak tanduk banyak yang tersasar
Betapa sedarnya diri telah ingkar
Jangan kasihMu padaku semakin hari kian pudar

Selagi masih ada peluang dan ruang
Usahkan biarkan ianya terbuang
Kembali mencari jalan pulang yang dulunya hilang
Sebelum ajal datang menjemput pulang

Semalam sejarah yang telah berlalu
Esok dan lusa tak siapa yang tahu
Kerana itu adalah misteri bagiku
Apa amalan buatku sekarang itulah penentu



 *aie@ayie*



*sekadar nukilan buat renungan diri sendiri,mood jiwa-jiwa lagi...








December 14, 2011

Sama Tapi Tak Serupa...


















 Assalamualaikum,







Sama tapi tak serupa,
Berbeza rupa itu kerana bangsanya,
Berbeza cara kerana adatnya,
Berbeza budaya kerana kita satu Malaysia.

Sama tapi tak serupa,
Ada yang sama pada jalannya,
Tapi ada juga sengketa menyalahkan si dia dan dia,
Kerana apa?kerana berbeza pada pemahamannya.

Sama tapi tak serupa,
Kerana perbezaan cara dan pemikirannya,
Yang bersatu hilang muafakatnya,
Kerana bendera kita sengketa.

Sama tapi tak serupa,
Mengatakan haluannya adalah yang benar belaka,
Yang lain dusta hanya angan sahaja,
Sedangkan keduanya,memburu matlamat yang sama.

Sama tapi tak serupa,
Hingga lupa ada persamaannya antara kita
Kenapa perlu lupa pada benda yang sama,
Hanya melihat pada perbezaannya sahaja.

Sama tapi tak serupa,
Kerana terlalu mencari perbezaan yang ada,
Hingga lupa pada sejarah lama,
Dan penyatuan itu adalah asasnya sebuah negara,

Sama tapi tak serupa,
Berbeza sangatkah kau aku dan dia,
Hingga berpuak yang hanya melemahkan kita,
Yang sekadar melemahkan penyatuan sesama agama dan juga bangsa.

Sama tapi tak serupa,
Bukan berpolitik atau apa pun jua,
Hanya menulis sekadar bersahaja,
Merenung hari ini dan esok,kita ada dimana?


*aie@ayie*

December 09, 2011

Contengan Kehidupan...








Assalamualaikum,




contengan hanya sebuah nukilan,
hanya luahan dari seorang insan,
yang melihat pada sebuah lukisan,
potret perjalanan sebuah kehidupan.

setiap dari sebuah perjalanan,
ada episod yang ceritanya berlainan,
kita yang menjadi watak dalam sebuah lakonan,
pentas kehidupan episod seharian.

ini kisah tentang mereka dan dia,
yang punya pelbagai gaya dan cara percakapannya,
slanga juga ada dalam bicara,
gaya barat ikutan budaya.

melihat  pada cara mereka,
membuatkan kadang terfikir juga,
adakah terlalu berfikiran terbuka?,
bagai agama hilang entah kemana.

bila dibicara tentang agama padanya,
dikata kita ceramahnya pula,
sedar juga diri ilmu tak seberapa,
tapi,sebagai saudara harus berpesan juga.

hidup ini bukan untuk meninggi diri,
hingga terlupa usul dan berpijak dibumi,
sedarlah,esok mati adalah pasti,
pasti jua akan dikebumi nanti.

ragam manusia pastinya berbeza,
perangai kita tak semua sama,
apalah ada pada nama,harta,rupa dan wang berjuta,
akhirnya nanti ditinggal juga.

berpijaklah pada bumi yang nyata,
usah terlalu lena mimpi tidurnya,
andai terlena terlalu lama,
leka,alpa jadi teman setia.

begitulah corak mainan dunia,
yang penuh dengan seribu satu daya,
yang terleka terus terlena,
dibuai mimpi yang indah sementara cuma

*aie@ayie*

December 07, 2011

Sabarlah...


*selipar itu simbolik*



Assalamualaikum,






di suatu ketika yang hening yang tak berapa nak hening sebab dalam kedai kan,heh...


"beb,
ko kena tolong aku weyh..."

"la,rilekslah der
,kelam jer la ko ni...
kenapanya?..."

"tolonglah check masalah laptop aku ni,
dari tadi tak boleh bukak...
dier asyik restart jer,
aku dah lah banyak kerja nak kena settle..."

"tapi beb,
ko kena tinggal dulu kat sini...
bagi aku cuba check dulu apa masalahnya...
kot masalah os ke hardware ke..."

"agak-agak bila siap?
pukul berapa boleh?
aku banyak kerja lagi ni nak kena settle,
dah lah semua kerja aku tak ada backup doh..."

"la,
awatnyer ko tak backup dalam pendrive ke external ke...
kan senang,
jadi macam ni ko jugak yang kelam..."

"ala ko ni,
banyak cakap la..
ko buat aku bayar lah...
ko buat cepat ye?..."

"tak boleh,
aku kena ikut turn...
sebelum ko ada lagi yang datang dulu,
tu ha banyak lagi yang beratur nak buat..."

"ala ko buat lah aku punya dulu,ye?..."
*muka gedik*

"ala,tak leh la...
tak adil untuk yang lain..."

"ala,
ko ni kawan-kawan pun payah..."

"aku cuba okeh?..."

"jangan cuba,
kena cepat aku nak..."

"sabarlah,okeh?..."

"aku cuba...
apa-apa aku bagitau nanti..."

"jangan cuba aku nak cepat..."

"beb,percayalah cakap aku...
''aku hanya mampu merancang,Tuhan penentu segala..."

"ni ko perli aku ke apa ni?..."

"taklah,
aku pesan ko suruh sabar jer,
hehe..."

"sengal,
sempat kenakan aku balik..."

"hahaha,
nanti apa-apa aku call ko balik..."


"yelah,
aku sabar..."




*pengajaran

-Janganlah simpan fail kerja dalam satu tempat jer,buatlah backup dekat pendrive ke,external hdd ke.Bak kata orang "sediakan payung sebelum hujan",ni jadi sesuatu hal yang tak dijangka kelam jadinya.

-Banyakkanlah bersabar kalau nakkan sesuatu.Jangan bagi orang yang buat tu nanti hilang sabar sudah...grrr!

December 01, 2011

Hebat Dah Budak Sekarang...

Assalamualaikum,








Situasi di kedai buku...




"Ko tengok la buku tu,
tak yah la tengok dengan aku...
kan ke banyak jer buku kat situ…"

"Aku malu lah,
akak tu tengok jer kat kita…"

"Ala,tengok jer la bukan apa pun…"

"Tak pe la,
aku tunggu kat luar…"

"Penakut,
lain kali tak yah ikut aku…"



Situasi dialog kat atas ni berlaku masa dekat kedai buku.Dua orang budak lelaki kalau ditengok pada gaya nampak macam budak yang masih bersekolah rendah.Kira okehlah kan duduk baca buku dekat kedai buku,tapi ada juga yang tak okehnya bila bahan yang dijadikan bacaan tu bukanlah bahan yang berbentuk ilmiah.Tapi majalah hiburan artis-artis tu.Yang ada fesyen berkemban bagai tu.

Hebat budak sekarang ni,kalau zaman diri ni muda remaja ala-ala nobita di zaman sekolah rendah tu, nak jeling buku macam ni pun ada rasa takut dalam diri.Bila dah tertengok buku macam tu masa muda mudi dulu,rasa malu pun ada.Toleh kiri kanan,kot ada yang perasan kita dok jeling buku macam tu,heh.Yela,dah di ajar jangan sesekali tengok buku atau majalah jenis macam tu,tapi mood sengal ubi ni dah tertanam dalam diri,sesekali tengok jugak.Tapi dalam keadaan sorok-sorok ler jugak,takut nanti kantoi naya jer kena ketuk kepala,*hehe*.Tapi berbeza dah budak sekarang dengan dulu,dengan selamba dan terbuka macam tak ada apa bila duduk selak-selak majalah macam tu.Semakin berani dan terbuka pemikiran mereka hari ni.

Kadang pelik juga dengan pihak yang menyiarkan majalah macam ni.Yelah dengan modelnya berkemban bagai semua,tapi boleh lepas lagi dalam pasaran.Tahu lah, diletakkan gambar model macam tu dibahagian depan,menjadi tarikan pada yang melihat.Faham teknik dan strategi untuk menarik jumlah pembaca untuk membeli majalah macam tu,tapi kena ada benda yang perlu difikirkan jugak.Bukan sekadar mengejar keuntungan semata.Pembaca itu sendiri pelbagai,dari setiap lapisan umur.Dan salah seorang darinya kategori budak sekolah ni.Yelah,buku kan mana ada ditulis untuk kategori umur berapa ke.Yang baru nak naik ni pulak,agak tengok gambar depan model yang agak ''perghhh'' tak terkata,faham-fahamlah ye.

Yang budak-budak sekarang bila tengok mulalah fikir ke lain.Fahamlah kan budak sekarang makin lama semakin berani untuk mencuba sesuatu.Dari tengok gambar macam tu,lepas tu buat ke arah yang lain.Manusia ni ada bermacam-macam sifatnya,jadi sebelum terlewat baiklah dirawat.Bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya.Nanti kalau dah tua liat pulak jadinya,samalah macam kita manusia.Kalau dah tua baru nak dinasihat dengarnya tu tetap ada,tapi yang masuk melekatnya kurang.

November 30, 2011

My View My World Contest

Pertama kali join contest anjuran Cik Nurul,untuk maklumat lanjut klik SINI








Dua keping gambar menjadi taruhan untuk contest ni,harap Cik Nurul kenan,hehe...;)


lokasi depan rumah,waktu senja



lokasi masjid Tapah,Perak.


*tak dapat update entri baru,keadaan tidak berapa mengizinkan...

November 27, 2011

Cepatnya Masa Berlalu...







Assalamualaikum,





Hari ini bulan baru dalam kalendar Islam,dan bila tibanya bulan baru ni berbagailah azam tahun baru dan tekad pada diri.Berjanji melakukan penghijrahan pada diri,adakah azam yang dulu telah terlunas?atau masih lagi ditakuk itu lagi?tepuk dada tanya pada diri sendiri.Sama,diri ini pun macam tu juga,bila ada tibanya tahun baru,berbagai azam baru dibuat.Ada yang tercapai dan ada yang sangkut dipertengahan,heh.

Bila jer nak melakukan sesuatu kebaikan,selalunya banyak sangat halangan.Tapi andai diri bersungguh-sungguh untuk berubah kearah kebaikan,niat yang baik segalanya dipermudahkan,insyaAllah.Biar apa pun yang datang menduga,jadikan itu sebagai satu cabaran,pokok pangkal terletak pada hati.Memerlukan tekad dan disiplin pada diri agar lebih baik dari tahun yang sudah-sudah.

Berpesan juga pada diri,sama-samalah kita perbaiki mana yang kurang selama ini.Biar ada keseimbangan antara duniawi dan diakhirat nanti.Mencari apa yang sebenar-benarnya yang dicari selama ini dalam diri dan bersama menghayati saat penghijrahan yang bakal dilakukan nanti dan bukan sekadar berazam seperti tahun yang lepas tapi kotakan apa yang dikatakan.Penghijrahan harus dilakukan...

November 24, 2011

5 Minit Lagilah...





*gambar dari uncle google*





Assalamualaikum,





"5min lagi la aku solat,
penat kot aku dah la kerja dari pagi tadi..."

"solat maghrib tu kan singkat masanya,
segerakanlah..."

"kejap lah,
aku penat lah...
ko faham kan aku cakap?..."

"faham,
okeh aku minta maaf okeh..."

"apasal ko minta maaf?
bukan ko buat salah pun...
salah aku kan lewatkan solat..."

"ye,tapi aku nak minta maaf jugak...
andai kata la kan,
5min waktu ko nak rehat ni...
tiba-tiba nyawa aku ditarik macam mana?
aku tak nak nanti aku mati aku buat ko terasa hati dengan aku...
nanti seksa aku kat sana nak cari ko,
nak minta maaf...
sedangkan ko dan aku alam tak sama..."

"woi,janganlah merepek...
aku tak amik hati la...
aku tau salah aku...
aku pun minta maaf jugak..."

"yup,aku pun silap jugak...
cuma kita tak jangka kan apa akan jadi 5min lagi...
sama macam bola,
dengan masa 5min tu macam-macam kita tak jangka...
5min bermacam perkara ko dengan aku tak duga,
dalam 5min banyak orang mati disana sini,
dalam 5 min persahabatan yang bertahun bina boleh putus macam tu jer,
dalam 5 min juga boleh putus ikatan saudara.
terlalu lama 5 min tu beb,
tak siapa yang tahu semua rahsia dalam 5min tu...
sebab tu sebelum apa-apa aku minta maaf kat ko,
aku pun banyak buat dosa...
jadi tak nak la aku rasa terbeban lagi,
dosa aku dengan ko..."

"ko dalam cerita ko ada jer macam tuju kat aku kan?
dan-dan ler ko citer pasal ko..."

"err,mana ada....
aku citer pasal aku la ni...
5min yang menjadi misteri,
kan-kan?hehe..."

"yela,
ko ada jer ayat nak kenakan aku balik...
grrr!!..."

"err,hehe...
rileks la,
ko kan kawan aku...
so kena la selalu tegur kan..."

"errmm,ye la..."

"hehe..."



*tak ada siapa yang tahu apa akan jadi dalam masa 5min selepas ini.Jom selesaikan apa yang tertangguh,selagi ada masa.Segerakan dan usah tertangguh...

November 19, 2011

Blogger Picisan Nak Tegur Blogger Otai Boleh?...






Assalamualaikum,






Lama sungguh blog 3kupang ni menyepi,tak macam sebelum ni rajin jer nak update blog.*rajen ler sangat,heh*.Terima kasih kerana sudi singgah ke teratak hati nan sepi ini,*cehhh*.Maaf kalau tak singgah balik blog kalian.Kesibukan  masa membataskan diri untuk menulis entri baru,*alasan*.Terus terang memang agak sedikit serabut bulan ni,nak bahagikan masa blog dan kerja.Yang menjadi mangsa,tentulah blog ni.*kesian blog,touching sudah lama tak update,heh.*

Kali ni nak cerita pasal blog pula.Sekarang ni kalau tengok,rakyat Malaysia ni begitu rajin menulis dah sekarang,kreatif dan inovatif.Jika dilihat peratusan statistik blogger baru,meningkat bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Bermacam genre blog yang dapat kita baca.Ada yang gaya penulisannya macam ni,dan ada juga yang macam tu.Yang lagi hebat bila berani buat entri yang ala-ala propa ni.Berani hanya di dunia maya jer la kot,kalau bersua muka secara depan tak tahu ler pula macam mana,ye tak?.heh.

Tapi,bukan tu yang nak di ceritakan.Ada juga yang secara berani menulis entri dengan isu yang sensitif.Mungkin pada pendapat tuan blog nampak agak kelakar bila pos lawak-lawak ni.Yela dah pos lawak,mestilah jadi lawak kan?takkan nak sedih pulak.Tapi,isu yang dibangkitkan haruslah peka dengan sekeliling.Isu agama dan negara bukanlah bahan yang boleh dijadikan gurauan dan sindiran.

Faham jika diselitkan unsur humor dan sindiran dalam menyampaikan sesuatu mesej.Tapi bukankah kita juga diajar menegur jika seseorang itu melakukan kesilapan dengan cara yang lebih berhemah?Budi bahasa menunjukkan bangsa,semua orang tahu itu.Tapi kini dah berubah,budi bahasa melambangkan siapa dan identiti kita yang sebenarnya.Baik buruk apa yang disampaikan,orang dapat menilai siapa kita yang sebenarnya.

Berpesan juga pada diri,nak tegur lebih-lebih pun diri tak sempurna orangnya.Blog pun hanya blog picisan yang mati segan update pun jarang.Jika berkaitan dengan isu sensitif  ni,berhati-hatilah bila menulis,tak semua benda boleh dibawa bergurau.

*layout baru ni okeh ke?..

November 14, 2011

Tumpang Tanya?...






Assalamualaikum,





"ye encik,
cari apa ye?
boleh saya tolong carikan.."

"tak pe,
saya tengok-tengok dulu...
awak buat jer kerja awak..."

"tapi encik,
cari barang apa ye?
saya boleh tolong kot,
kalau encik tak jumpa..."

"tak apa saya nak tengok jer dulu.."

"oh,baik..."

....................................................................................................................................................................

selepas 10 min...

"err,kabel telefon ni ada jual tak?
jenuh cari pusing-pusing tapi tak ada pun jumpa...
nak buat pasang kat modem streamyx..."

"ohh,kabel telefon tak ada encik...
kabel network jer kita ada,
kalau nak beli kedai depan..
yang jual barang elektik tu..."

"la,ye ke?
kenapa tak bgtau saya?..."

"kan,saya dah tanya tadi encik nak apa kan?...''

"err,aah la
silap saya,
terima kasih..."

"sama-sama..''
=.=!


okeh memang tak terkata lagi dah...=.=!


November 12, 2011

Ini Betul-Betul Sangat Aneh...





Assalamualaikum,




Ini adalah entri aneh,sila jangan terasa aneh bila membacanya,hehe...


Aneh,dalam dunia ini berbagai perkara aneh yang kita tidak ketahui dan tersembunyi.Begitu anehnya kehidupan yang sangat aneh tersebut.Memang anehlah kan?benda yang kita tak pernah tengok memanglah ia nampak aneh,heh.Tapi keadaan sekarang telah berubah dan sesuatu yang aneh itu tidak lagi dianggap perkara yang aneh.

Pelik bukan?bila sesuatu yang aneh tidak lagi dianggap perkara yang aneh.Dan ia ada jer disekeliling kita.Itu memang perkara yang betul-betul aneh.Mana tak anehnya,bila ada jer insan yang dengan gaya bersahaja membiarkan apa yang selama ini tersembunyi  didedahkan tanpa rasa bersalah pada diri.Masih lagi mampu untuk tersenyum dan bermesra manja bila dijadikan bahan tontonan dan seakan pameran yang perlu dibanggakan. Boleh diibaratkan “hadapi dengan senyuman”,sudah lupakah diri pada Rasul,Quran dan Tuhan?

Ada juga perkara aneh ini berlaku dikalangan anak-anak kecil yang baru nak mengenal dunia.Yang anehnya,hiburan diutamakan dan menjadi satu kemestian walaupun ada sesetengah dari hiburan itu bila dibiarkan akan menjadi sesuatu yang melalaikan. Dan ada yang lebih aneh,hiburan seperti ini menjadikan anak-anak sebagai salah satu sasaran.Diadakan pertandingan yang menjanjikan hadiah lumayan dan menjadi salah satu tarikan.Hiburan jadi keutamaan,pelajaran diabaikan.Menari dan menyanyi  dengan penuh kegembiraan.Seolah,itu bukan perkara aneh untuk dilakukan.Yang lebih menghairankan,sanggup menangis kesedihan bila disingkirkan dari pertandingan seolah punah tugu harapan dan terlerailah segala impian.

Dan yang tersangat aneh,bila teguran disalah ertikan,dan lebih aneh orang lain pula dipersalahkan.Dianggap kolot dan tidak berfikir secara terbuka,dalam menerima perubahan semasa.Itu adalah satu perkara yang sangat aneh…

*sangat aneh bila diri dapatkan siapkan entri aneh ini,walaupun diri terasa seakan aneh menggunakan aneh banyak kali dalam cerita…anda juga betul-betul sangat aneh bila dapat membacanya sehingga habis,hehe..;p

November 10, 2011

Abang ,Adik Nak Servis ?...





Assalamualaikum,




"Abang,
nak tanya,kalau nak servis laptop berapa RM eh?
kira abang format laptop ni nanti..."

"oh,
biasa format laptop biasa RM bla bla bla..."

''oh,
nanti kalau abang format data tu nanti
semua macam mana eh?..."

"data tu nanti semua abang backup
sebab tau kan ada kerja,gambar tu semua kat dalam..."

"okeh,
bukan apa abang,
kat dalam ni banyak kerja sekolah yang cikgu bagi kena siapkan,
abang jangan bagi hilang satu pun ye?

"err,okeh...
tapi adik bagi nombor telefon dulu...
 nanti dah siap abang call..."

"okeh,
ni no fon saya...
012 bla bla bla...
abang,jangan bagi hilang satu pun tau
ingat tu..."

"err..
jangan risau okeh...
siap jer nanti abang terus call..."

"okeh,abang,
terima kasih..."

"err,
sama-sama..."




Hebat budak sekolah sekarang ni,pergi sekolah dah bawak netbook.Yela,kan ke sekarang ni ada pemberian netbook percuma untuk pelajar sekolah.Memudahkan untuk membuat tugasan yang diberikan oleh guru sekolah ni.Dulu masa zaman sekolah tak adalah pulak dapat benda macam ni.*jeles*

Tapi,ada jugak yang tak seronoknya.Ada juga yang dapat netbook ni,masa tulah nak masuk game bagai dalam netbook tu.Itu boleh dikira okeh lagilah.Ada juga segelintir pelajar ni yang salah gunakan teknologi ni untuk simpan video klip 3gp ni.Bukan sekadar borak kosong,sebab benda ni memang dah berlaku depan mata.Baik lelaki dan perempuan,sama jer.Cuma yang terbaru yang berlaku baru-baru ni pelajar perempuan yang simpan benda macam ni untuk dijadikan koleksi.

Agak terkedu bila tengok benda macam ni seolah jadi perkara biasa pada remaja sekarang.Dengan masalah sosial sekarang yang seakan tak ada kesudahan.Ibu bapa perlu peka dan memantau apa yang anak-anak remaja buat dengan adanya teknologi yang ada sekarang ni supaya tak disalah guna.Paling kurang perlu ada sedikit asas penggunaan  komputer ni,supaya senang memantau anak,agar ia tak disalah guna..

*jarang dah update blog...=.=!








November 08, 2011

Jiwa Merdeka vs Jiwa Rosak...










Assalamualaikum,



Jiwa merdeka vs jiwa rosak.Wah tajuk nak propa jer lebih kan?*kelas kau maria.heh.*Okehlah berbalik pada cerita,setelah berhari-hari menyepi dari dunia blogging.Rindu jari jemari nak ketak ketik keyboard ni,tapi bila mengadap jer pc ni,idea bagai sudah hilang terbang entah kemana.Tu yang sunyi jer blog ni,heh.*alasan*.
 
Apa pula cerita nak dikongsi kali ni?tentang raya aidiladha?err,rasa tak kot sebabnya raya kali ni macam tahun lepas.Biasa jer,hee.Dalam kesibukan umat Islam sibuk dengan persiapan raya aidiladha sebelum ni ada jugak golongan yang sibuk memperjuangkan hak dan suara mereka.Memperjuangkan hak individu katanya,dalam kebebasan untuk bersuara.Okeh,tak salah rasanya jika ingin memperjuangkan hak dan kebebasan bersuara,tapi biarlah berpada-pada.Dan janganlah menegakkan sesuatu yang bertentangan dengan norma dan fitrah manusia.

Serius bunyinya kan?heh.Ketepikan fahaman dan pegangan politik masing-masing.Dalam isu ni,bersamalah kita bersatu menentang benda macam ni.Kalau nak fikirkan masalah warna bendera dan fahaman politik masing-masing sampai sudah tak habis.Tapi ini isu akidah umat Islam kita hari ini.Sanggup ke kita satu hari nanti,bila adanya golongan sebegini yang lantang memperjuangkan hak mereka dengan sewenang-wenangnya melakukan perbuatan yang bertentangan dengan agama dan nilai kehidupan normal berleluasa dimana-mana.Rasanya mesti ada yang tak sanggup kan nak tengok benda pelik-pelik macam ni merata-rata kan?.

Ngeri pulak rasanya,jika dibayangkan bila golongan sebegini semakin berleluasa di kalangan masyarakat kita pada masa depan.Golongan sebegini bebas melakukan apa jer tak kira tempat dan dimana-mana.Mahu ke kita tengok tu semua?bersediakah kita?.Cukuplah dengan masalah pembuangan bayi dan masalah keruntuhan akhlak yang tak pernah selesai.Kini ada pula masalah dan benda macam ni.Bersatulah kita dalam setiap apa pun yang kita lakukan.Kerana dalam Islam itu kekuatannya adalah penyatuan sesama kita sendiri.Ini isu akidah,masing-masing tak perlu tuding menuding jari.Ada masalah yang lebih besar untuk kita fikirkan.Ingatlah,hidup kita perlu saling berpesan-pesan.Jadi,"sebarkanlah walau hanya sepatah ayat."

*Bila Allah nak turunkan bala,bukan seorang dua jer yang kena…

November 04, 2011

Wanita Tua Itu...






Assalamualaikum,



Wanita tua itu,
Ibarat serikandi pahlawan Melayu,
Tegak berdiri walau rintangan datang beribu,
Kerana dia adalah wanita yang bergelar ibu...

Wanita tua itu,
Hidupnya penuh dugaan,
Cabaran perjalanan penuh rintangan,
Tapi tetap tabah hadapi cabaran,
Kesulitan dirahsiakan dengan satu senyuman...

Wanita tua itu,
Hidupnya penuh rahsia,
Hatinya kadang penuh luka,
Tapi masih mampu rahsiakan seribu cerita,
Menanggung derita demi anak tercinta...

Wanita tua itu,
Pergorbananmu itu terlalu besar buat diriku,
Walau seribu tahun kutaburkan seluruh jasaku,
Takkan terbalas semua pergorbanan mu,
Dalam membesarkan aku anakmu...

Wanita tua itu,
Aku ingin kamu tahu,
Kamu tetap dihatiku selalu,
Ibu dan kekasihku yang satu,
hingga ajal datang menjemputku,
Sayangku hanya untuk dirimu,
Ibu.....


*Walau sekarang bukan hari ibu,tapi tak lama lagi hari raya korban.Apa pengorbanan terbesar kita lakukan untuk kedua ibu bapa kita?...

November 02, 2011

Surat Balas Adam Pada Hawa...






Assalamualaikum,


Tadi jalan-jalan blog BulatMata,
tertarik rasanya nak buat entri balas dari entri terbaru Cik Rin kita ni.
Nak baca hasil karya beliau yang lain,jemput singgah SINI..   ^^,


Ini entri jiwa-jiwa,jangan pitam selepas baca...=.=!


Surat untuk Hawa..


Dari Adam,

Hawa,satu hari insyaAllah awak akan bahagia selamanya dgn saya,menjadikan awak halal utk saya...

Hawa,saya faham terkadang awak emosi awak mahu menguji diri ini dan awak sememangnya memerlukan perhatian dari saya utk awak....

Hawa,saya sedikitpun tidak terkecil hati mahupun terasa emosi dengan awak kerana saya tahu awak punya jiwa yg halus dalam diri...

Hawa,takkan sekali saya nodai janji yg pernah terpatri antara kita...hanya maut dapat memisahkan kita,dan cinta pada yang Esa juga ttp dihati saya...

Hawa,saya cuba mencuri sedikit masa agar awak tidak terasa hati mahupun melukakan hati awak..

Hawa,inilah saat diri diuji kesabaran pada diri ini...

Hawa,saat maut datang menjelma takkan siapa menduga..andai saya pergi sebelum awak,awak juga milik saya...


*fuhhh,muntah ijo...*

Wordless Wednesday#15...




*Nak digapai tangan tak sampai...

November 01, 2011

Awak Kita Kawan Kan?...





Assalamualaikum,



"awak kita kawan kan?..."

"ye,mestilah kita kawan,
tapi kan
kenapa ye awak tanya macam tu?..."

"tak ada apa-apa awak...
saya cuma nak tahu...
awak,
kalau saya bagi awak senaraikan keburukan saya boleh tak awak senaraikan?..."

"err,
agak susah tu awak...
tapi saya cuba okeh..."

"baik,
saya bagi masa pada awak dalam 15 min macam tu awak senaraikan okeh?..."

"baik..."

.................................................................................................................................................................


selepas 15 min....

"baik,
awak dah senaraikan keburukan saya kan?
saya nak tengok...
apa yang awak tulis..."

"err,
ni dia..."

"aik?
kenapa awak tak tulis apa-apa?
kan tadi saya dah bagi masa pada awak..."

"err,
betul awak...
awak ada suruh saya senaraikan sebarang keburukan awak sepanjang perkenalan dan persahabatan kita,
tapi saya tak sanggup awak..."

"kenapa?..."

"saya boleh tulis berpuluh perangai dan keburukan awak...
tapi jika saya menulis apa jer keburukan awak,
saya juga memikirkan benda yang sama awak akan tulis tentang saya...
kita ibarat cermin awak,
awak juga adalah pantulan diri saya...
saya melihat keburukan awak,
saya juga melihat diri saya...
jadi tak usahlah saya menulis keburukan orang lain,
sedangkan silap sendiri dan keburukan tu juga ada pada saya...
yang selama ni saya tak nampak..."

"betul jugak kan awak,
silap orang mahupun keburukan orang lain kita boleh nampak dengan jelas,
sedangkan kesilapan yang ada pada diri langsung tak sedar...
tak perlu saling tuding menuding jari,
sedangkan jari yang menunjuk pada orang lain tu lebih banyak tunjuk pada diri sendiri..."

"^^,"


*entri sekadar rekaan,bukanlah dialog harian yang biasa diceritakan dalam entri sebelum ni..... (^^,)





October 31, 2011

Alamak Kena Taq...

Assalamualaikum,


Kena tag dengan blog EmpayarUtama.Pertama kali kot buat pos macam ni...tak reti sangat sebenarnya main tag-tag ni,tag nama sekolah taulah,heh...

Tengok syarat pun macam senang jer..antaranya ialah

•tak boleh tag orang yang sama yang telah ditag
• letakkan semua peraturan ni didalam entri tersebut
• tag 11 orang dan link mereka dalam entri
•maklumkan pada empunya tuan blog bahawa telah ditag
• ceritakan 11 perkara mengenai diri dalam post entri
• jawab kesemua soalan yang telah diberi oleh orang yang tag anda,dan reka 11 soalan untuk dijawab oleh mereka yang ditag oleh anda.

*Tujuan tag ni salah satu cara mempromosikan blog anda pada rakan blogger yang lain,pada yang telah di tag tiada paksaan untuk join... ;)



11 perkara mengenai diri
*seorang yang simple giler
*suka buat lawak sesengal ubi
*berbintang pisces
*anak tunggal*bosan*
*suka layan kartun,tak sedar dah tua..huhu
*minat melukis tapi tangan dah jadi kayu sebab asyik pegang skru driver jer masa kerja,heh
*suka ambil gambar awan,kalau perasan dalam setiap pos entri sebelum ni banyak letak gambar awan...:)
*seorang yang giler pada gadget
*suka kacau orang lain,huhu...
*berblog pada asalnya kerana merajuk membawa hati yang terluka*bajet frust,cehh*
*masih single,hahaha*promote ni*




jawapan soalan Empayar Utama

nama penuh
-terbalikkan nama Arisha maka keluarlah nama penuh pemilik blog,hehe..

nama suami,isteri ataupun yg tersayang
-belum ada yang berpunya..=.=!

entri terbanyak dalam sebulan
-jumlah 36 post,semangat ni masa mula2 berblog...

entri paling kurang dalam sebulan
-7 post,paling sikit..bulan ni nak berblogging memang tak ada idea giler...heh

pendapat tentang blog Empayar Utama
-simple,macam-macam cerita ada...

blog feveret
-boleh check kat bloglist tepi kanan laptop mahupun pc,hehe...

kenapa suka blog feveret tu
-ada bermacam cerita dan gaya bila cerita dalam setiap entri

apa yang pertama sekali buat bila buka blog
-baca setiap dari komen yang ada...;)

kalau tak berblogging sekarang buat apa
-main muka buku jer la...=.=

berapa lama masa diambil untuk baca entri ni sebelum post entri yang ni
-err,beberapa jam...jenuh pikir nak buat ke tak,hehe...

perasaan bila ditag
-err,mati kutu..blur nak jawab ke tak..huhu



11 blog yang dipilih untuk ditag


Dan ini 11 soalan yang wajib dijawab oleh anda...;)

1-nama penuh anda mengikut pada surat kelahiran mahupun kad pengenalan diri

2-tarikh lahir anda,senang nanti nak bagi hadiah,hihi...

3-asal usul nama blog anda yang ada sekarang,kalau boleh storylah sikit ye...
nak tau ler jugak

4-kenapa anda berblogging ni ye?

5-berapa usia blog anda sekarang?dari mula berblogging hingga sekarang...

6-ni nak tanya pasal blog aie ni pulak,
macam mana anda boleh kenal atau terjumpa blog aie ni ye?
cuba citer sikit...

7-pendapat tentang blog aie ni macam mana?
kritikan juga diperlukan untuk perbaiki mana yang kurang,jujur ye...
 
8-blog aie ni berat tak masa nak loading?

9-selalu masa bosan buat apa eh?

10-blog kesukaan anda?

11-kenapa suka blog tu ye?

October 29, 2011

Entri Sesengal Ubi-Pakcik Memang Cool Giler...

 *gambar sumber google*



Assalamualaikum,



"kamu tolong saya check pc ni boleh?...
mestilah boleh kan?
sebab saya kan customer kamu,
jangan kamu kata tak boleh,
kalau tak boleh saya buli kamu....''
*nada gurau*

"eh mestilah boleh jer pakcik,
masalah apa ye?..."

"kamu tanya saya?
kalau kamu tanya saya,
saya nak tanya siapa?..."

"err,
aah betul jugak,
baik saya silap...
saya check dulu,
pakcik duduk ye saya check..."

'kalau saya tak mahu duduk?..."

"err,
tak apa,
pakcik buat jer apa-apa,
tapi janganlah buat bukan-bukan,
jenuh saya..."

"kamu risau ye?
tak apa,
kamu jangan risau...
saya nak hisap rokok kat luar dulu...
kat dalam ni tak boleh merokok kan?..."

"tak boleh pakcik,
sebab ada aircond..."

"yela,
saya pun tak mahu bagi kamu sesak nafas
dan sesak kepala melayan kerenah saya,
saya keluar dulu ye..."

"err,baik..."

"saya keluar ni?..."

err,ye pakcik keluar lah...

"betul ni?"

"err,
betul pakcik,
dah tau masalah
saya bagitau pakcik..."

"okeh saya duduk luar,
tapi tak adalah duduk...
saya diri lah sambil tengok orang..."

"err...=.="

.....................................................................................................................................................................

selepas 15 minit...


"pakcik,
pc ni kena tinggal dulu,
saya belum dapat detect lagi masalahnya...
pakcik tinggal nombor telefon nanti saya call semula ye..."

"kena bagi ke?
kalau tak nak?..."

"err,
janganlah pakcik..
untuk rekod saya
dan nak bagitau pakcik semula nanti senang..."

"yela...
ni no pakcik 012 bla bla bla...
kamu dah tahu masalah hantar rumah pakcik ye?
boleh?..."

"boleh jer pakcik,
tapi rumah pakcik kat mana ye?..."

"kamu tahu rumah besar kat sana tu?
kan ada rumah besar kat situ..."

"ye saya tahu,
oh,tu rumah pakcik la ye?
kaya pakcik ni..."

"aah,
tu la rumah pakcik...
lama dah pakcik duduk situ...
takkan la kamu tak tau?..."

"saya tau pakcik orang sini
tapi tak tau duduk mana....
nanti saya dah siap saya hantar ye..."

"okeh,
baguslah kamu ni..."

"biasa jer pakcik..
hehe..."
*kembang-kembang kena puji...;p*

"okeh kat mana rumah pakcik tadi?
cuba bagitau?..."

"rumah besar kat jalan sana tu kan?..."

"ha bagus,
tapi...
rumah besar tu bukan rumah pakcik...
pakcik duduk sebelah rumah besar tu jer...
kamu jangan salah hantar pulak ye..."

"err,
lah sebelah rumah tu je...
ingatkan rumah besar tu
terkena saya..."

"hahaha,
sajer nak gurau dengan kamu...
hahaha..."

"err..
sabar jer lah..."
=.=!


*gila-gila pakcik ni,memang suka bergurau sampai terkena jer masa sembang...nasiblah,selalu sembang kenakan orang dan sekarang sendiri dah terkena,huhu...=.=!

October 27, 2011

Kisah Chenta Jiwa Yang Tak Berapa Nak Lara...

 *gambar sumber uncle google*



Assalamualaikum,




Pernah dengar lagu Getaran Jiwa,Belaian Jiwa dan Gelora Jiwa tak?pernah jer kan?takkanlah tak pernah dengar kot?cuba cari dekat utube ada jer nama "Jiwa" disebut-sebut.Kenapa dengan "Jiwa?"Ha inilah nak cerita,kisah saya yang bernama "Jiwa",hehe.Popular kan saya?selalu jer orang menyebut nama saya,tambah lagi yang hati yang berbunga jiwa ni.Memang hati jiwa-jiwa lah,hehe.Tapi kan,baru-baru ni orang selalu kaitkan saya dengan "Lara".Siapa "Lara?" saya pun tak tak tahu.Yang saya tahu cuma satu,iaitu "Rohani,"*pstt,dia isteri saya..heh*

Saya bahasakan diri sebagai "Jiwa" jer ye,bukan apa rasa agak selesa dengan panggilan tu."Jiwa" selalu jer menyendiri dan sepi.Dengan itu "Jiwa" gemar mencari keseronokan duniawi.Meskipun jiwa bergembira dan mencari keseronokan yang ada di dunia ni,"Jiwa" selalu terasa kosong.Biarpun "Jiwa" bersuka ria bersama teman "Jiwa","Jiwa" masih terasa ada kekurangan dalam diri.

"Jiwa" mencari-cari ketenangan dalam diri "Jiwa",mencari kenapa masih ada kekurangan yang "Jiwa" sendiri tak pasti.Sehinggalah pada suatu hari,tika "Jiwa" merenung dan berehat diatas kerusi di taman."Jiwa" terdengar suara azan,"Jiwa" terasa seakan tersentap didalam diri.Tanpa "Jiwa" sedari airmata "Jiwa" bergelinangan."Jiwa" terkenang pada zaman kecil "Jiwa".Tiap kali azan berkumandang,"Jiwa" dan keluarga "Jiwa" selalu ke masjid bersama.Tapi kini "Jiwa" sudah dewasa "Jiwa" semakin jauh."Jiwa" semakin hanyut dengan dunia,"Jiwa" hanya mencari keseronokon dunia semata-mata.

"Jiwa sangat sedih..."

"Jiwa" malu,"Jiwa" sudah lupa bagaimana melakukan kewajipan pada Allah Yang Esa."Jiwa" benar-benar malu dan banyak bergelumang dengan dosa.Sesudah melihat orang lain habis bersolat,pada ketika itulah "Jiwa" terdengar alunan suara orang mengaji.Siapa yang mengaji tu?hati "Jiwa" bertanya sendirian.Pada ketika itulah "Jiwa" terpandang seorang  bersih wajahnya.Suara itu terhenti seketika tatkala melihat "Jiwa" begitu asyik melihatnya.Siapakah dia?rautnya begitu berseri,wajahnya tampil bersih dan mendamaikan hati.

Itulah "Rohani",yang sentiasa mengingati Allah disisi.Sentiasa melakukan kewajipan pada Maha Pencipta.Membuatkan "Jiwa" ingin mengenalinya dengan lebih rapat lagi.Rupanya "Rohani" anak Pak "Iman"."Jiwa" memberanikan diri untuk berjumpa dengan orang tuanya."Jiwa" disoal kenapa mahu mengenali "Rohani"."Jiwa" berkata yang "Jiwa" benar ikhlas untuk mengenalinya."Jiwa" tak mahu bercinta-cinta kerana "Jiwa" tak mahu semakin hanyut dan lalai bila bercinta.Pak "Iman" seakan memahami dan dapat melihat "Jiwa" benar-benar ikhlas untuk mengenali puteri kesayangan hati iaitu "Rohani".

Maka,bersatulah kami."Jiwa dan Rohani",Setelah kedatangan "Rohani" dalam hidup "Jiwa",terasa hidup lebih sempurna."Rohani" menerima "Jiwa" seadanya.Membawa "Jiwa" keluar dari dunia lama."Jiwa dan Rohani" saling melengkapi dan "Rohani" selalu mengingatkan "Jiwa" pada yang Esa agar jangan mengulangi kesilapan lama dan akhirnya kami bahagia untuk selamanya dan dikurniakan "Hati" sebagai lambang cinta dan kebahagiaan kami.

Begitulah kisah "Jiwa dan Rohani".

*kebahagiaan hati dapat dipenuhi bila kesejahteraan jiwa dan rohani diisi dengan sesuatu yang mengingatkan kita dengan Pencipta... :)

October 25, 2011

Lawak Dan Wanita?...





Assalamualaikum,




Sekarang ni,kalau kita lihat banyak jer rancangan yang berbentuk hiburan dan jenaka yang disiarkan dikaca tv sampai tak tahu nak tengok yang mana satu.Meriah,ada rancangan yang berbentuk informasi dan diselitkan juga dengan sedikit hiburan bagi menceriakan suasana.Begitu juga dengan rancangan bual bicara,dalam perbincangan artis tempatan dijadikan sebagai artis jemputan dan juga sebagai salah satu tarikan buat penonton.

Bila sesekali layan cerita yang berunsur jenaka ni 'masyuk' jugak,heh.Yela dapatlah jugak menghilangkan rasa tekanan seharian bekerja dan juga dapat bersama dengan seisi keluarga.Okehlah tu kan?tapi ada juga yang tak okehnya bila jenaka yang disajikan pada penonton dirumah diselitkan pula dengan jenaka yang berunsurkan sesuatu yang memalukan.

Jenaka lucah seringkali dijadikan lawak pada mereka yang sering kekurangan idea ini.Dan selalunya,wanita jugak yang dijadikan bahan untuk diketawakan.Hairan,masih ada juga ada penonton yang masih ketawa dengan lawak sebegini,terpaksa atau dipaksa-paksa?Seolah-olah lawak sebegini dijadikan sesuatu yang biasa pulak pada yang mendengarnya.Seolah hilang nilai sensitiviti dalam isu sebegini,seakan semua perkara dijadikan mudah dalam satu-satu hal.

Seharusnya perkara sebegini bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan bahan gurauan.Mungkin ada yang mengatakan,ini cuma sekadar jenaka jer tapi perlu ke sampai semua perkara dijadikan bahan tawa?.Bayangkan bila tengah duduk santai bersama keluarga,tengah ketawa dengan lawak yang ada,sekali keluar lawak lucah macam tu,boleh ke gelak lagi bila dalam situasi macam ni?mesti ada perasaan malu bukan?paling kurang pun mestilah ada rasa segan bila ada benda macam ni.

Bukan apa,kalau menonton bersama seisi keluarga mestilah ada anak-anak kecil ni kan,jadi benda lawak macam ni senang sangat buat mereka ni terpengaruh.Sebelum melarat baik beringat,tak semua benda bolek dijadikan lawak,semata-mata nak bagi orang gelak.

p/s:blog 3kupang...
Free Blog Theme and Templates