Assalamualaikum,
Jiwa merdeka vs jiwa rosak.Wah tajuk nak propa jer lebih kan?*kelas kau maria.heh.*Okehlah berbalik pada cerita,setelah berhari-hari menyepi dari dunia blogging.Rindu jari jemari nak ketak ketik keyboard ni,tapi bila mengadap jer pc ni,idea bagai sudah hilang terbang entah kemana.Tu yang sunyi jer blog ni,heh.*alasan*.
Apa pula cerita nak dikongsi kali ni?tentang raya aidiladha?err,rasa tak kot sebabnya raya kali ni macam tahun lepas.Biasa jer,hee.Dalam kesibukan umat Islam sibuk dengan persiapan raya aidiladha sebelum ni ada jugak golongan yang sibuk memperjuangkan hak dan suara mereka.Memperjuangkan hak individu katanya,dalam kebebasan untuk bersuara.Okeh,tak salah rasanya jika ingin memperjuangkan hak dan kebebasan bersuara,tapi biarlah berpada-pada.Dan janganlah menegakkan sesuatu yang bertentangan dengan norma dan fitrah manusia.
Serius bunyinya kan?heh.Ketepikan fahaman dan pegangan politik masing-masing.Dalam isu ni,bersamalah kita bersatu menentang benda macam ni.Kalau nak fikirkan masalah warna bendera dan fahaman politik masing-masing sampai sudah tak habis.Tapi ini isu akidah umat Islam kita hari ini.Sanggup ke kita satu hari nanti,bila adanya golongan sebegini yang lantang memperjuangkan hak mereka dengan sewenang-wenangnya melakukan perbuatan yang bertentangan dengan agama dan nilai kehidupan normal berleluasa dimana-mana.Rasanya mesti ada yang tak sanggup kan nak tengok benda pelik-pelik macam ni merata-rata kan?.
Ngeri pulak rasanya,jika dibayangkan bila golongan sebegini semakin berleluasa di kalangan masyarakat kita pada masa depan.Golongan sebegini bebas melakukan apa jer tak kira tempat dan dimana-mana.Mahu ke kita tengok tu semua?bersediakah kita?.Cukuplah dengan masalah pembuangan bayi dan masalah keruntuhan akhlak yang tak pernah selesai.Kini ada pula masalah dan benda macam ni.Bersatulah kita dalam setiap apa pun yang kita lakukan.Kerana dalam Islam itu kekuatannya adalah penyatuan sesama kita sendiri.Ini isu akidah,masing-masing tak perlu tuding menuding jari.Ada masalah yang lebih besar untuk kita fikirkan.Ingatlah,hidup kita perlu saling berpesan-pesan.Jadi,"sebarkanlah walau hanya sepatah ayat."
*Bila Allah nak turunkan bala,bukan seorang dua jer yang kena…
20 comments:
~setuju2..nice sharing :)
entry awak sangat kellas..
bahasaa melayu awak sangat awesome..
sokong sgt2, sekarang semua sibuk berpolitik..
kena buat modus operandi untuk menangani masalah gejala2 sosial n budaya kuning. moga2 masing2 ada rasa tanggungjwb kepada keluarga. kalau setiap keluarga memelihara kebajikan n mendidik anak2 mereka jadi golongan yang baik, InsyaAllah generasi masa hadapan akan lebih berwibawa. jgn reti buat anak lepastu biar aje nak jadi samseng ke doktor ke.. sbb msa depan anak2 ditgn ibu bapa.
Jadilah orang yg bertanggungjwb~
berat tol topik ni yer ayie,,papehal,,salam eidul adha :)
makin lama makin menjadi2 pulak kan. makin banyak pengaruh tak baik. betul sangat. kita kena bersatu. jangan dibiarkan je golongan tu berleluasa.
betul tu. sedikit demi sedikit budaya sana nak di bawa ke sini..
mcm provoke pun ada..
yang penting Saling bersatu sesama kita untuk menghalang perkara2 sebegini dari terus berleluasa..
kes yg paling ketara skrng perhimpunan seks bebas yg ambiga nk buat sgt tu la
mmg nk bg budak2 sesat agaknya..
moga2 kite terlindung dr melakukan perkara2 mcm tu.amin
bersatu kita teguh..bercerai kita rObOh...huhu...
salam aidiladha :)
setuju sgtt !
athirah@err,thanks...^^
kaja@err,terima kasih awak..yup,byk lg benda yg lebih penting utk difikirkan..isu akidah kita hari ni...
rin@betul rin,perlu ada sifat tanggungjwb utk tangani masalah macam ni...sebab apa2 pun semua bermula dr rumah,acuan dan didikan yg diberikan...
yen@harus,masalah kita hari ni..:)
salam iduladha kembali yen...
rozeeta@betul awak,kita terlalu didedahkan dgn benda ni,tak macam dulu2...
fatin@yup,kian disebarkan dikalangan kita hari ni..kita pula kdg mudah terikut dgn budaya dr sana...
sis lily@betul kak,ketepikan benda2 lain..kembali bersatu baru kita teguh...xnk tgk kita saling berpecah2 mcm hari ini...sedih
adwa@yup ttg benda tu,tak ptut diketengahkan benda mcm ni..insyaAllah,moga terpelihara dr benda macam tu...
CTK@salam aidil adha kembali,yup betul tu..bersatulah kita...
fara@err,yup thanks fara..^^
hal-hal macam ni kalau tak bendung.. memang parahlah.. peringatan.
dunia semakin tiba ke penghujungnya kan..
ni masalah besar ni. lagi2 plak si Ambiga tu sibuk nak buat seksualiti merdeka tu. bakal menjadi2 lah masalah buang bayi, masalah sosial yg lain. n banyak bnda lain lagi yg bakal dituntut, mungkin akan tuntut plak pasangan islam yg belum kahwin boleh tinggal serumah ke..emm.
dorang berbicara tanpa menggunakan akal. melakukan sesuatu tanpa memikirkan baik buruk sesuatu perkara.
manusia sekarang menyedihkan :(
mintak jauh semua bnda2 negatif...aminnn
dunia akhir zaman dah..macam2 hal berlaku kan.....
slm aidiladha aiez...bagus kita saling ingat mengigatkan...kerna ada yg mudah lupa....
Ternyata ada manusia yang bangga mengaku sudah merdeka, sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya..
Aku pun naik ngeri la bro, benda macam ni kalau kit tak tentang habis-habisan memang bahaya. Jangan menyesal bila benda dah jadi separah-parahnya.
Sakit hati pun ada jugak dekat manusia yang jenis kononnya berniat murni, padahal dah sah² benda tu SALAH.
melayu memang mudah lupa..
aku melanau, tu pasal tak pernah lupa pasal ni ahakksss haha..
:P
betul. paling penting kesedaran dan memperbetul apa yg patut diperbetul. ketepikan segala fahaman dan kepentingan sendiri yg tak menguntungkan tu.
Post a Comment