Lelaki kaki pancing?apa benda la yang aku merepekkan ni?Adakah maknanya seorang lelaki yang hobinya suka memancing ikan diwaktu ada masa lapang?..
Berbalik kepada cerita lelaki kaki pancing ni,bukan itu yang aku nak sampaikan.Sebenarnya lelaki kaki pancing ni adalah seorang yang pandai berkata-kata dalam hal memujuk seorang wanita.Ayat semanis kata,pandai berjanji setia dalam bercinta.Janji sumpah setia untuk selamaya tapi kata hanya sekadar kata.
Eh aku kutuk kaum aku sendiri ke?tak.Bukan aku mengutuk kaum aku sendiri.Tak semua lelaki yang punya sifat macam tu.Ada juga lelaki yang kalau bercinta memang betul-betul setia.Kalau ada awek lawa melintas depan mata pun sanggup tak pandang,sebab apa?sebab setia pada kekasih yang ada.Cuma aku bercerita tentang golongan yang segenlintir ni,aku bercerita atas pengalaman orang disekeliling aku.
Kalau ada yang jenis senang dipujuk mesti senang-senang je masuk kail kaki pancing macam ni.Cuma berhati-hati dalam bercinta segala,jangan mudah termakan pujuk rayu orang lelaki.Lelaki sebegini kebanyakannya yang bercinta hanya sekadar suka-suka tanpa ada sebarang matlamat dan ikatan.Tidak suka dirinya dikongkong apa lagi jika sesuatu hubungan tu dibawa ke arah yang lebih serius.
Lelaki kalau sebelum dapat sesuatu berjanji akan sesuatu yang kadang dengar pada logik pun macam tak logik pun ada.Mana taknya,sumpah setia walau lautan api pun sanggup nak diredah.Cehhh!mana ada lautan api,sebab tu la berani cakap jer lebih,kalau betul ada lautan api dah confirmlah lebur dalamnya.Tak sempat nak pergi berenang ke apa.
Pada wanita,jangan mudah dipujuk rayu bagai.Kena ada juga sikap tegas dalam diri tu,tau bezakan mana yang baik dan mana yang tak.Bercinta sememangnya indah,tapi jangan sampai terlebih sudah.Perpada-pada apabila bercinta jangan gadai maruah yang ada.
Pada lelaki,jangan sakiti hati perempuan itu dengan nak mainkan perasaan.Harus diingatkan apa yang terjadi pasti ada balasan,mungkin bukan kini.Tapi disana adalah pasti.Renungan untuk diri sendiri jugak..
10 comments:
thanks..bab kaw beri p'ingatan ma owg pompuan..
betul tu ayie..jgn percaya pda si mulut manis tu..kalau nak percaya pergi kiss dulu hahahah =P
fuh ! suka entry ni. thanx then for reminding us..
sheissulyn-wc,sama2 kiter ingat2..
░♥si lampu neon♥░-nurul,pergh xmo nkl2 kiss sume ni,hehe..:P
shahirahkhairudin-sama2 kiter gk..^^
Ingatkan pancing ikan... hehe...
baru nk cari tips-tips memancing...
Tapi biasalah, kalau nak sesuatu tu, mesti kena usahakan. Jadi, istilah pancing tu sama macam usahalah kan? Tapi terpulanglah kat masing-masing. Janji tu pun bukan boleh senang-senang buat, sebab belum tentu boleh tertunai. Makananya, kalau rasa tak mampu, jgnlah buat janji. Bagi perempuan pula, kena sentiasalah fikir panjang... Berhati-hati juga, lebih baik kenal peribadi dahulu... Kalau tidak... susah nanti.. =D
Sedikit pandangan penulis blog Minda Insan. Terima kasih.
farid-err haha..kalau tak baca habis memang takkan tahu..betul tu usaha,tapi dalam kes kat atas tu laen sikit..janji manis...huhu..yup,betul tu..kita diberi akal untuk berfikir sebelum membuat keputusan..
tpi bile seorg pmpuan tu tegas,
lelaki akn ckp sombong.. jual mhl..
bla di tegur buat x tau dikata kta prasan plak...
mcm mna ni?? hishh!!
zahirah@err,xpe sombong sikit..sbb kita nk melihat dier samada btul2 atau tak..psl kaki pncing ni kes lelaki jnis buaya sikit,hehe...cuma klu nk tgur tu pn ada caranya,bkn cara main2..:)
@Farid bin Aspar
sma la aku..igt entri ni pasal laki suka mincing ikan..dah la KDN aku asyik mebebel kalo aku nak p mincing...sampai hokum tuhan dia kuarkan..xleh nk ckp ape la kalo mcm tu..teseksa hobi
Heemmm , suamiku ni kaki pancing,tiap cuti kerja ingat pancing aja.
Bini ke anak terabaikan,lagi bukan jenis sweet punya org,suka tak suka trs cakap direct,entah sb virgo start dia ke apa entahlah.
Kalau jenis setia setakat ini “yes”,,, tapi kalau selingkuh tak tau lah..
Bini ni nak juga lah di perhatikan,anak juga nak holiday kene tunggu mood dia tu ON.
Bikin hati tak puas,rasa nak sangat patahkan semua joran dia tu. (Masih sabar lagi)
Tu je Min, hanya nak luahkan jer.. mana tau ada kaki pancing terbaca komenku,bolehlah koreksi dikit.
Post a Comment