April 28, 2011

Sayang Kita Biar Berpada...









Sayang?kisah chenta lagi?tak.Bukan kisah cinta yang aku nak aku nak ceritakan.Tapi sekadar pengkongsian dari seorang rakan yang bercerita.

Kata orang kalau sayangkan anak kita ajar-ajarkan.Kalau ada yang melakukan kesalahan kita perbetulkan mana yang silap.Menegur untuk kebaikan dimasa hadapan anak tu sendiri.Bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya,kalau dah jadi buluh agak susah untuk dilentur dan dibentuk.


Tapi sekarang,bila ada yang menegur untuk kebaikan anak itu sendiri ada sesetengah ibu bapa yang melenting dan melarang kita mencampuri urusan mereka sekeluarga.Kita hidup bermasyarakat,perlu menegur yang mana silap yang ada,kekurangan yang ada diperbetulkan.


Aku bercerita dan pengalaman rakan aku sendiri,yang mengadu pada ibu dan bapa kawannya.Perihal kawannya yang masih bersekolah dan dibawah umur menghisap rokok  sambil menunjuk-nunjuk pada rakan aku yang seorang ni.Bukan niat untuk menyibuk atau apa,tapi untuk kebaikan kawannya juga.Tapi apa respon yang diberi dari ibu bapanya sendiri,dengan memarahi rakan aku tadi.Kata jangan ambil peduli,jaga urusan sendiri.Dan yang paling tak boleh lupa,bagi alasan mereka mampu untuk membeli rokok yang ada,bukan minta dari sesiapa.


Agak mengecewakan dengan sikap ibu bapa yang langsung tak ambil peduli dengan apa yang terjadi.Tak menegur kesilapan didepan mata sebaliknya membiarkan sahaja walau sudah terang dan nyata.Mungkin ada yang kata aku boleh kata macam ni sebab aku masih belum berkeluarga,tapi ingatlah ini hanya peringatan pada diri juga.


Sayangkan anak biarlah berpada-pada,jangan sampai dipijaknya kepala kita baru nak menyesal dengan apa yang terjadi.Dari sekecil-kecil rokok itu tak mustahil akan mencuba benda yang lain pula.Saat itu untuk menyesal dengan apa yang terjadi pun dah tak ada gunanya.Aku buat entri ini bukan untuk memburukkan sesiapa,tapi sekadar berpesan sesama kita.Tak salah kalau sayangkan keluarga sendiri,tapi kalau ada yang membuat silap sama-sama kita menegur untuk kebaikan,belajar juga untuk ditegur dengan apa yang dikatakan,jangan terus melenting dan terus marah segala.Menegur untuk kebaikan bersama..

7 comments:

kodokencem said... BALAS

nice blog

Miss Shikio said... BALAS

parents yg mcm tu adalah seorang yg ego, sombong, xnak dgr pandangan org lain

menyesal kemudian dah x guna

aiEz said... BALAS

kodok-err thx..^^

jue-yup,beringat sebelum apa2,tp inilah relaliti yg terjadi..cara didikan sekarang tak sama mcm dulu lg dah..

Nazihah@Jiha said... BALAS

apapun alasan itu..
dulu jauh beza dari kini
jika dulu ibu akan memukul anak-anak yang nakal. tapi kini, anak-anak yang nakal yang akan memukul ibu. jika dulu bapa akan merotan anak-anak, namun kini bapa akan lepas tangan ..
sekadar pndpt hamba yg fakir

aiEz said... BALAS

jiha-setuju sangat dengan pendapat yg diberi,sangat berbeza dgn dulu..terlebih manja segala,takutkan anak..kalau dulu,anak2 yg takut ibu dan bapa,kini dah jadi sebaliknya..Ibu melahirkan tuannya..terima kasih kongsi pndapat jiha..^^

RIDZWAN MOHAMED HUSSIN said... BALAS

nanti jadik macam cerita p.ramlee;anakku sazali

aiEz said... BALAS

wan-yup,kisah ank yg derhaka..mnta dijauhkan..

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates