April 14, 2011

Sekadar Renungan...




Bermacam cerita yang kita baca di dada akhbar sekarang dengan masalah yang pelik-pelik pun ada.Cerita masalah remaja yang berbagai.Terasa ngeri pulak baca cerita yang ada sekarang,kalau dulu tengok akhbar tak ada la kes yang macam ni semua.Sekarang memang tak boleh nak cakap,ada jer yang jadi.

Kenapa semua ni berlaku?cerita yang seakan tak ada kesudahan.Kalau tengok dari cerita remaja putus cinta dengan kes anak luar nikah yang lahir dan isu-isu lain yang dibangkitkan.Macam-macam masalah moral yang ada dapat kita tengok sekarang.Kalau dulu benda macam ni memang malu kalau anak dara yang kalau perangainya yang agak liar keluar dengan suka-suka.Tapi sekarang seakan dah jadi macam perkara biasa.Peredaran masa,merubah corak pemikiran kita dan tata susila adab yang perlu dijaga.


Mungkin nak kata aku kolot dengan benda macam ni.Tapi walau macam mana pun peredaran masa dan majunya satu-satu benda tu,tapi harus diingatkan ada yang perlu dijaga.Nilai ketimuran yang harus ada dalam diri setiap individu itu sendiri.Dalam Islam sendiri pun ada menyatakan tentang adab dalam pergaulan.Bukan semua boleh dibuat secara suka-suka,ada juga batasnya.

Sifat malu dalam diri seakan kurang,bukan aku nak katakan yang kaum wanita jer,tapi aku berpesan pada kaum adam jugak sama.Sebab kita adalah sama,jadi tak ada isu kata aku menyalahkan satu pihak jer.Benda tak akan terjadi kalau sekadar bertepuk sebelah tangan.Kedua belah pihak memainkan peranan dalam apa jugak keadaan.


Mungkin entri seakan berat kalau dibaca,tapi aku bercerita setelah mendengar dari pendapat dan pengalaman seorang tua.Bercerita dengan apa bezanya kita dengan orang dulu-dulu.Melihat dari perubahan zaman,pergaulan antara lelaki dan perempuan.Remaja dulu dan sekarang memang terlalu banyak bezanya.Katanya anak remaja sekarang terlalu liar pengaulannya,ditegur nanti katanya kita siapa.Masa merubah segalanya.


Walau macam mana pun majunya kita,ingat pada agama,adat dan budaya.Jangan sekadar Islam pada nama,tapi perlakuan tak selari dengan apa yang dilakukan.Cerita dari keluhan seorang tua,aku kongsikan bersama..Sekadar renungan antara kita..


8 comments:

Cik TeN10 said... BALAS

setuju.. kdg2 malu bl tgk saudara2 seagama.. cara berpakaian.. pergaulan.. mesti sedih org tu melihat lifestyle remaja skrg.. thanks for sharing.. :)

aiEz said... BALAS

Cik TeN10-yup,tau xpe..tegur dgn seeloknya,kalau boleh..mmg yg cerita ader nada kesal masa bercerita,sme2 kiter..^^

Farhana Jafri said... BALAS

yupp.. sokong2!! adab ketimuran spatutny dijaga.. klau mcm ni la prngai mnusia skrg agakny bila ngara mkin maju..bhasa,budaya, cra pmkaian, adat resam sume pon dh hilang..

jemput singgah ANASAURUS :)

aiEz said... BALAS

Farhana Jafri-yup,tapi kebnyakkan dah hilang..wlu mju cmne pn kne ingt gk asal usul kiter..

Aimifiqa said... BALAS

Btul2, setuju dgn anda. Makin telan dek zaman. Semua yg lama2 dah makin pudar kelihatan.

aiEz said... BALAS

Aimifiqa-betul tu,tu yg silapnya kita..dan kita pun semakin jauh...

kocix! said... BALAS

tapah kah itu??

aiEz said... BALAS

kocix!-yup kat tapah,jln menghala ke tph road..nmpk lain ker?

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates