April 19, 2011

Sahabat..




Beruntung sebenarnya ada sahabat disisi yang sentiasa jadi pendengar yang setia,segala keluh kesah yang menyebabkan diri menjadi resah dapat dikongsi dengan sahabat yang memahami.Dan aku bersyukur kerana aku punya sahabat seperti itu.

Aku anak tunggal dalam keluarga,dan kata orang anak yang seorang ini semestinya anak yang manja.Tidak,dan aku menafikan itu.Cuma ada masa dan ketika sifat sebagai manusia ingin dimanja itu ada,tapi bukan selalu.Aku lebih selesa dengan cara aku sendiri,jika aku punya masalah aku lebih selesa dengan cara mendiamkan diri tanpa berkongsi dengan sesiapa.Tapi itu semua dulu kerana kini aku punya sahabat disisi.Berkongsi cerita dari hati ke hati.


Tersangat bersyukur kerana aku punya sahabat seperti yang aku ada sekarang,walau bergurau kata kadangnya pedas tapi aku tahu sifatnya memang begitu.Saling menegur demi kebaikan,menjaga erti persahabatan yang telah terjalin.Sememangnya hendak membina sesuatu ikatan yang berlandaskan pada kesetiaan dan kepercayaan amatlah sukar.Kerana hati kita sebagai manusia tidak sama,namun aku bersyukur kerana ada sahabat yang sekepala sama berkongsi cerita tentang apa yang dipendamkan samada soal hati mahupun perasaan.


Terima kasih pada sahabat yang ada disisi,semoga apa yang terjalin kini akan kekal untuk selamanya..

6 comments:

Miss Shikio said... BALAS

sememangnya sahabat yg kita perlukan di kala suka dan duka.. wahhh! ^_^

aiEz said... BALAS

Miss Shikio-yup,sangat2 menghargainya..^^

kocix! said... BALAS

sahabat adalah seorang yang memahami..
tp sy ade sorg shabat yang tidak memahami..
eeeiii sedey betoll..

aiEz said... BALAS

fafa-yup sahabat adalah seorang yg memahami tentang sahabatnya,err kalau yg tak memahami tu susah sikit nak paham..hehe

kocix! said... BALAS

sgt susahh..sampi sy pn x faham balik ngan dye.
xnk ah jadi sahabat dye dah.bley x?

aiEz said... BALAS

fafa-lor,kenapa eh?takkan la sebab tu sampai nk ptus kwn kot?...

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates