Pada yang sebelum ni tak bertudung,ada yang berjinak-jinak dengan mula memakai tudung.Satu perubahan yang baik.Tapi ada juga yang memakai tudung dengan alasan sekadar fesyen dan suka-suka,maaf jika ada yang membaca dan terasa dengan penulisan yang aku sampaikan.Tapi aku ingin kongsikan tentang satu pengalaman dari orang terdekat dengan aku.
Pernah aku tanyakan soalan ni pada seorang rakan perempuan,sebab apabila dia datang bekerja dengan memakai tudung.Tapi apabila keluar bersama rakan yang lain,tudung habis dibuka segala.Jawapannya yang begitu diambil mudah membuatkan aku terasa agak tersekima seketika.Dia memakai tudung bukannya kerana ikhlas atau apa,tapi kerana terpaksa.Kalau diikutkan memang terasa panas dan rimas dengan fesyen yang menutup kepala ni.Katanya lebih baik tak pakai tudung dari pakai kalau hatinya tak ikhlas.
Tambahnya lagi,nak pakai tudung kerana sebab nak nampak baik tapi perangai entah apa-apa.Yang pakai tudung bukan semuanya baik kalau perangai teruk.Buat apa nak hipokrit katanya.Okey,itu jawapan yang aku rasa agak melampau kerana seakan menghina pada mereka yang memakai tudung.Hati manusia,baik buruknya kita siapa kita yang nak tentukan.Hanya Dia yang mengetahui apa yang tersirat dihati kita setiap insan.Kalau dia tak pakai tudung tak apa,tapi jangan dihina pada yang lain.
Masing-masing punya hak kebebasan diri,tapi kalau itu yang dilaung-laungkan dan dibesarkan alamat punahlah apa yang ada dalam diri,jangan sampai hanya tinggal Islam pada ic semata tapi cara dan apa yang diajarkan tak selari dengan apa yang ada.Pada yang memakai tudung jangan pula diperlekehkan,kerana secara sedar atau tidak diri juga persenda agama.
Maaf sekali lagi sekiranya ada yang terasa,tapi entri ini sekadar renungan.Dari pengalaman,aku kongsikan.
17 comments:
mereka yg pakai tudung tu sebab ikut fesyen dan xmo hipokrit tu patut malu kepada diri sndr dan Allah..
walaupun terpaksa dan tanpa kerelaan hati, yang wajib tetap wajib.
nice pandangan...thank kongsi info nie..bleh jadikan pengajaran...
entries terbaik jom tgk>>>Maharaja Lawak Minggu 5 : jozan terbaik
myza-yup betul tu,tu adalah satu kewajipan..bukan kerana fesyen..
salwa-betul,setuju sangat..
ewan-sama2 kita ewan..^^
"orang yang menutup aurat tak semestinya baik. tapi orang yang baik itu akan menutup aurat."
malu bila tengok kaum sendiri cakap macam tu. cakap tak belajar agama kang marah. sendiri fikirlah ea. sorry kalo komen ni cam teremo. hehe :)
Nice entry..
salamkenalan..jumpa blog kamu di Blogger fb page and intereted to the entry..
zaman sekarang ni orang anngap tudung tu sebagai adat bukan syariat .
ape nak jadi ~
siti-tu lah,tak patut kata macam tu,pakai kerana benda yang wajib..terima kasih komen dekat sini..^^
cik angkuh-salam kenalan juga,terima kasih singgah sini dan komen..^^
gadis-syariat yg telah diamanahkan dan dipelihara..^^
perempuan yang pakai tudung semata-mata sbb fesyen mmg org yg paling rugi....
ayu x pernah nk try pakai selendang/tdg lilit2.. mcm org cacat!
2 la lumrah dunia skank.. kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..
senang menuding jari.. hakihatnyer mereka xtau.. sorang yang rosak.. lain juge turut kne tempias..
betul.. kite xleh mengata owang.. baik buruk diri mereka hanya DIA yang menilai.. ^_^
ayu & lanun-betul tu,doakan yg terbaik untuknya suatu hari nanti..^^
ramai jgk yg beralasan mcm dia.. kalau dah wajib, hukumnya tetap wajib, tak perlulah bg such alsan yg kdg2 x blh ditrima dek akal..
hanys-betul tu..susah kalau hati dah kata macam tu,pakai ikut suka..ada masa dan ketika jer..
nice entry...mybe die belum dpt hidayah dari-Nya..oleh itu doakan lah die agar berubah menjadi muslimah yang sejati..
terbang bersamaku-betul,doakn yg terbaik bagi dirinya agar berubah pada kebaikan..
dia tak sedar erti pakai tudung kot.
farhana-bukan sekadar tudung tapi aurat yg harus dipelihara..^^
Post a Comment