May 03, 2011

Kisah Fesbuk Lagi?...


 


Fesbuk,siapa yang tak ada akaun fesbuk kan?sekurangnya ada antara dari kita mempunyai satu akaun fesbuk dan ada juga yang mempunyai lebih dari itu.Dengan arus kemodenan sekarang setiap dari kita takkan terlepas dari mengikuti perkembangan teknologi yang ada kini,cara bersosial yang lebih mudah dengan hanya dihujung jari.

Banyak sebenarnya kebaikan fesbuk ni,kalau kita tahu memanfaatkan kemudahan yang ada.Dengan fesbuk dari jauh kita dapat dekatkan,dan ada juga yang mengunakan medium fesbuk sebagai tempat mencari jodoh.Banyak kegunaanya dan kebaikan dari fesbuk ni,dan aku sekalipun tak menafikan itu.

Tapi setiap dari kebaikan pasti ada juga keburukannya.Ada juga yang mengunakan fesbuk dengan menjatuhkan antara satu sama lain.Kalau ada yang dibenci dan yang disakiti,salah satu cara yang mudah mengunakan medium fesbuk untuk saling sindir menyindir,maki memaki orang yang dibenci.Keluar status fesbuk dengan kata-kata mencarut bagai,marah yang teramat pada orang yang dibencinya.Bukan seorang dua yang membacanya,tapi boleh dikata satu dunia.Inilah dunia tanpa sempadan,teknologi hanya dihujung jari.


Memalukan antara satu sama lain,saling benci membenci.Hina menghina dan jadi seakan perkara biasa.Apa yang dikatakan seolah menjadi makanan harian dalam diri,seakan tak punya rasa bersalah untuk meluahkan apa yang dikatakan..Dari kata apa yang diungkapkan,orang dapat menilai siapa kita yang sebenarnya.


 "Aku punya wall,aku punya suka la nak kata apa...."


Betul,tersangatlah betul apa yang dikatakan.Memang fesbuk sendiri,ikut suka apa yang hendak dikatakan.Tapi orang sekeliling dapat menilai kita,siapa diri kita.Jika benci sekalipun usah dimalukan pada yang dibenci,ini letak status yang memalukan dan maki memaki.Ada pula yang komen jenis batu api,melagakan lagi apa yang terjadi.Semakin melaratlah perasaan marah dan benci dalam diri.

Manfaatkan kelebihan yang ada dengan sebaiknya,bukan dengan saling menjatuhkan antara satu sama lain.Jika ada perasaan benci,sama-sama muhasabah diri.Belajar untuk memaafkan dan tidak sekali untuk berdendam.Kerana itu tak mendatangkan sebarang faedah.Mencipta satu-satu hubungan memang mengambil masa,tapi dengan meruntuhkan sesuatu hubungan itu hanya sekelip mata.

13 comments:

Faez Rusni said... BALAS

hurm..fesbuk jgak temapt bnyka fitnah dunia berlaku,mengadu domba

Cerai pon ley pakai FB kan..

ak tmbh info ckit..xpe kan..?

wan dan deffodil said... BALAS

err tersangat btol..

aiEz said... BALAS

paeh-betul tu paeh,setuju sangat..macam2 dah sekarang..tak apa,berkongsi pendapat sesama kita..^^

wan-realiti yang ada sekarang..

ewanrani said... BALAS

singgah sini tgk kawan2 dari innit...terbaikla kat sini..

entries terhangat>>>Bangunan Tenaga Solar Terbesar Didunia

aiEz said... BALAS

ewan-terima kasih singgah kat sini,jenguk kawan2..^^

CMM said... BALAS

ada juga yg guna fesbuk utk spy org...macam2...apa2 pun yg penting, manfaatkan kelebihan fesbuk ni, jgn tersalah-guna, nnt lain jadinya...:)

aiEz said... BALAS

cmm-stalker?yup sebelum ni pun ada ceritakan tentang fesbuk ni..^^,manfaatkan kelebihan yang ada dengan sebaiknya..

post sebelum ni mengenai fesbuk...^^

http://ai3zarisha.blogspot.com/2011/03/kisah-saya-dan-fesbuk-awak.html

http://ai3zarisha.blogspot.com/2011/03/fesbuk-dan-realiti.html

MiZz ShINcHaN said... BALAS

ishhh... ishhh... btl tu bro.. agree wit u also... :) byk yg jd cmni... mksd sy dr segi keburukan fb tu... hmmm...

aiEz said... BALAS

mizz-benda buatan manusia,tak ada yg sempurna,ada kebaikan dan keburukannya..manfaatkan apa yg baik,tu jer..terpulang pada kita utk memanfaatkan macam mana..

K.R Paranga said... BALAS

??? google translate..I need your help.Hehe

aiEz said... BALAS

paranga-hoho..^^

Miss Silent said... BALAS

nice entri babe.! akal diberi untuk befikir. mana yang baik akan dapat manfaat. yang buruk dapat tomahan.. :)

aiEz said... BALAS

miss silent-terima kasih,^^..betul tu..gunakan dengan jalan sebaiknya..

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates