May 31, 2011

Bila Jari Jemari Mula Menaip...





Kata orang mata tulisan pena lebih tajam dari mata pedang.Dalam arus perubahan dan teknologi kini,segalanya kian berubah dengan adanya internet yang terdapat segala informasi yang meluas dan tanpa sempadan.Terpulang pada kita untuk gunakan dengan sebaiknya mahupun sebaliknya.


Dengan adanya internet juga kita dapat mengikuti perkembangan semasa dan segalanya bagai dihujung jari.Bak kata,taip apa yang diingini segalanya akan keluar dipaparan skrin.Begitu mudah,berita gosip?segalanya kita tahu dulu sebelum keluar dalam akhbar tempatan.Dan kini,blog juga dijadikan satu medium untuk berinteraksi antara satu sama lain.Memberi pendapat dan hujah yang sebelum ini hanya disimpan tanpa diluahkan.


Dan aku juga gunakan medium blog ini selain dari fesbuk untuk berinteraksi bersama rakan yang lain.Bertukar idea dan saling mengenali satu sama lain.Begitu berlainan sungguh cara kita berkomunikasi pada hari ni.Tapi ada juga yang mengunakan medium ini sebagai tempat untuk menjatuhkan antara satu sama lain.Sesautu yang kurang benar disampaikan dan disebarkan dengan mudah,dengan hanya segalanya menaip dari papan kekunci.Segalanya terpulang pada kita dalam memberikan sesuatu informasi itu dengan apa cara sekalipun.Tapi ingatlah,bukan kita sahaja yang melihat dan membacanya,tapi satu dunia dapat melihat apa yang ada.


Aku masih teringat akan kata-kata seseorang ini waktu mula aku berjinak dan masih cuba untuk mengenali dunia blog ini.Katanya,apa yang kita cuba sampaikan pada pembaca yang singgah dalam kita itu,adalah satu ilmu.Gunakan dengan sebaiknya,kalau apa yang kita sampaikan tak benar atau menjatuhkan orang lain sesama kita.Fikirkan baik buruk apa yang diberikan,dan aku masih pegang pada apa yang dikatakan.Kadang aku juga risau andai ada yang dikongsikan akan melukakan hati orang lain.


Kita apa yang kita sampaikan,gunakan apa yang ada dengan sebaiknya untuk kebaikan dan manfaat sesama kita.Itu adalah yang sebaiknya..

p/s:mesti orang tu ada singgah dan baca apa yang dipesankan pada aku,terima kasih untuk itu..^^,

28 comments:

Murni Yusoff said... BALAS

Nice entri,mmg btl tu..sokong!
teruskan menulis dn berkongsi ilmu..=)

aiEz said... BALAS

Siti Murni-terima kasih,insyaAllah sama2 kita..^^,

Nazihah@Jiha said... BALAS

saya komen entri ini..hehee^^

teruskan berkongsi ilmu akh aiez^^ insyaAllah , yg penting niat itu betul..lillahitaala^^

aiEz said... BALAS

nazihah-^^,insyaAllah nazihah,yup apa2 pun semua berbalik pada niat keranaNya..terima kasih nazihah..

Unknown said... BALAS

thanks why i love writing too. to share and express :D

feyus said... BALAS

Yap.. blog mmg blh jd tempat luahan hati dan pandangan. nice info bro.;:)
Berkenaan blog hina Islam, Bloggers sila baca ini....

aiEz said... BALAS

Jamie-yup,menulis itu baik,cuma bagaimana cara kita manfaatkan apa yg ada..:)

feyus-thanks bro..^^

No name said... BALAS

apa yang sebenarnya yang kita sampaikan pada orang dalam dunia blog nie, mencermin kan diri kita...

Anonymous said... BALAS

sharing is caring...always keep it up ea!!..like...hee

aiEz said... BALAS

lizzie-yup,setuju tu..^^

nureidah-err,thanks..^^

Mss Ieza said... BALAS

btl tu..smetimes rse cm pe yg kite tulis akn mnyakitkn ati org len..
rmbt sme hitam tp ati lain2 ^^

aiEz said... BALAS

Mss Ieza-yup,rasa terkadang risau kalau ada yg disampaikan dan diceritakan ada yg terluka walau niat sebenarnya lain..memang tak boleh nak jangka,hati kita lain2..:)

balqis said... BALAS

there's always pro & cons right?

aiEz said... BALAS

balqis-yup,ada pro dan kontra..terpulang pd kita utk gunakan sebaiknya..^^

ILA HonEyBuNNy said... BALAS

setuju dengan entry neh..

ada kena mengena dengan lesson plan ila buat tadi untuk presentation..hehehe

SHIMI said... BALAS

Mungkin dengan blog kita dapat bercerita dari hati yang jujur dan sebenarnya....

aiEz said... BALAS

ila-erk,kebetulan..hehe..^^,

shimi-luahan rasa yg dipendam,rasa jujur..cuma ada juga kebaikan dan keburukan bergantung pada apa yg kita sampaikan..:)

. said... BALAS

yup , btol tu ! kata2 or tulisan mmberi kesan pd individu :)

Islamabadians said... BALAS

nice sharing ,,,,,
keep it up....

aiEz said... BALAS

nawal-yup,berhati2 dlm apa yg disampaikan..^^,

s3lten-thanks..^^

ayuni said... BALAS

assalamualaikum aiez .
ayu tersentap owh baca entri kali ni.hehe.for ur info, blog ayu skng adalah blog ke3 kalau tak slp. blog sblm ni terpaksa didlete sebab ramai yg kata ayu terlalu tidak menjaga perasaan mereka.

nway, blog ni untuk kita berkongsi, kalau kita rasa dapat menyedarkan mereka. itu adalah terbaik. kadg2 bila nak cakap face to face cam susah kan. better tulis secara umum. lagipun , orang lain boleh dapat pengajaran dari kisah itu..boleh ke cam tu? hahaha

aiEz said... BALAS

ayuni-waalaikumsalam cik ayu,^^,...errr,banyak blog sebelum ni?hoho..yup,blog untuk berkongsi ilmu,pengalaman yg kita ada..kalau berkongsi ilmu dan mendatangkan sesuatu yg positif itu adalah terbaik ayu..terpulang pada kita untuk manfaatkan pada jalan mana yg kita pilih..^^

ayuni said... BALAS

byk tak byk la. tp lebh dari 1 kre byk kan? hehe. betul2. POSITIF. itu yang terbaik. seng cite, kne hati2 dalam penulisan.haha..

aiEz said... BALAS

err..banyak juga tu,hehe..yup,betul tu..^^

Anonymous said... BALAS

Hidup ini ada dua pilihan. Putih atau hitam. Hitam itu memang seronok, namun penuh noda. Putih itu pahit, namun penuh manfaat.

aiEz said... BALAS

awan biru-betul,kita juga yg mencorakkan pilihan yg dipilih..baik@buruk pilihan kita..^^

Addin said... BALAS

sy tulis apa yang terlintas dalam kepala & berkaitan dengan kehidupan sy . haha :)

untuk kenangan pun boleh .

aiEz said... BALAS

miss addin-sama2 kita kongsikan..^^

Free Blog Theme and Templates