May 30, 2011

Kamu Ikhlas Ke?...




"Kamu ni buat kerja entah ikhlas,entah tidak..."


Apalah akan dirasa bila kena dengan soalan macam tu?Ikhlas,melakukan sesuatu perkara dan perbuatan semata-mata keranaNya tanpa mengharapkan sesuatu balasan mahupun ganjaran.

Aku pernah tanyakan pendapat sahabat aku tentang ikhlas ni,ada yang kata ikhlas ni adalah rahsia Allah dan hanya Allah yang tahu dalam hati hambanya.Dan ada juga yang mengatakan ikhlas tu dapat dilihat dan diukur daripada perbuatan individu itu sendiri,dari apa yang dia lakukan.


Kadang ada individu yang betul melakukan sesuatu perkara tanpa disuruh dilabel sebagai pembodek segala.Dipersoal pula kerja yang dilakukan ikhlas atau tak.Cuma fikirkan perasaan pada yang ditanya,semangat melakukan sesuatu perkara tu dengan penuh rasa tanggungjawab dalam diri ada tapi pudar kerana terasa hati setelah dipersoal soalan macam tu.Kita manusia hatinya tak sama,tak semua boleh terima apa yang dikata.Ada yang sensitif bila dipersoal semacam tu.


Soal ikhlas atau tak,usah dipersoalkan.Kalau ada sesuatu rasa tanggungjawab dengan amanah yang telah diberikan dalam diri pasti buat sesuatu dengan ikhlas.Hanya Allah Yang Mengetahui,kita manusia tak berhak untuk mengadili dengan pandangan mata kasar melihat dan kata-kata.Allah jua yang tentukannya..

8 comments:

Nur Ayuni said... BALAS

aah. ayu pernah ditanya dan pernah juga menanya.heheh.. tapi bila difikir2kan. itu antara diri sendiri la.kalau tak ikhlas maksud nya pekerjaan itu tak dapat keberkatan. senang cerita dilakukan kerana keterpakasaan.
seelok2nya, sesuatu pekerjaan itu dilakukan kerana Allah dan kita akan dapat nikmat berganda. :)

aiEz said... BALAS

ayuni-sama2 juga,pernah ditanya soalan yg sama..bertanya kt orang pun pernah juga,apa2 pun yg penting apa yg kita buat kena ada niat yg betul,setuju sgt kata2 ayu tu..^^

CintaZulaikha said... BALAS

ikhlas atau tak itu sumernya hak kita. kita akan rasa seronok bila membuat kerja kita tu bla kita ikhlas. tiada muka paksaan.

bagi akak tu lah namanya ikhlas~~

aiEz said... BALAS

kak zulaikha-yup,memang seronok kalau buat kerja dengan ikhlas,bukan dgn paksaan..sbb tak nampak dibuat2..:)

nonon787 said... BALAS

ikhlas ni akan nampak dengan perbuatan kita...orang akan faham sendiri samada kita ikhlas atau tak

aiEz said... BALAS

nonon-yup,tu juga yg kawan bgtahu bila ditanyakan tentang makna ikhlas..:)

Mss Ieza said... BALAS

ye btl tu..
ikhlas seseorang tu hya tuhan sje yg tw. :)

aiEz said... BALAS

Mss Ieza-betul tu..^^,

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates