May 19, 2011

Dimana Arah Kita?...


 



Siapa ada tengok cerita Juvana dekat tv3 setiap hari Isnin?jalan cerita yang agak mantap,dengan lakonan berkesan dari pelakon baru yang diperkenalkan.Ini bukan iklan berbayar untuk promosi siri tv3, cuma sekadar berminat dengan jalan cerita yang dibawa..

Kalau kita tengok jalan cerita yang dibawa,itulah realiti kita hari ini.Kisah remaja kita yang semakin membimbangkan dari hari ke hari.Bukan semua remaja kita sebegitu,tapi segelintir dari remaja kita hari ini.Seperti aku nyatakan dalam entri sebelum ni tentang masalah remaja kita sekarang,gaya pemikiran kita hari ini kian berubah.Semakin majunya kita hari ini,semakin mundur akhlak dalam diri.Bukan diri menolak teknologi,cuma ada sikap segelintir dari kita yang hanya mementingkan keseronokan semata.

 
Ada segelintir remaja kita hari ini,kalau dilihat semakin berani sifatnya.Ya,sikap berani harus ada dalam diri agar diri tidak senang dibuli mahupun dikeji, tapi sayangnya keberanian yang ada dalam diri bukan pada  tempatnya.Kalau kita tengok hari ini,dengan kisah mat rempit yang tak ada kesudahan,sikap kita yang suka bersosial tanpa ada had dan batasannya.Kalau nak ceritakan banyak sebenarnya masalah dikalangan remaja kita hari ini,dan disekeliling aku sendiri.Aku juga tahu macam mana menjadi remaja,apa yang remaja inginkan.Keseronokan yang tak ada batasnya,tapi sampai bila kita nak terus jadi macam tu?selama mana kita nak bawa sikap yang macam tu?


 Memanglah kata masa remaja ni lah nak seronok bagai,tapi kena juga ingat setiap apa yang kita lakukan ada batasnya.Ini tidak,dengan masalah bersosial sesama lelaki dan perempuan tanpa ada batas,bila apa yang dilakukan atas nama keseronokan bermacam boleh terjadi.Harus diingatkan,kita bakal pelapis,dan kita adalah pewaris dengan apa yang ditinggalkan.Kalau elok apa yang kita lakukan hari ini,eloklah masa depan yang kita bawa.


Aku pun beringat pada diri aku juga,belajar dari kesilapan .Selagi diri masih bernyawa,perbetulkan segala kesilapan yang ada.Usah tunggu tika usia tua baru menyesal akan segala,itu pun jika diri masih ada...

16 comments:

Nur Ayuni said... BALAS

ramai kata masalah utama datang dari rumah? betul ke? ayu rasa macam betul macam tak.depends cara komunikasi antara family.remaja dan masalah ibarat isi dengan kuku.erm.

aiez, nk mintk pndpdt ttg cara menyelesaikan masalah keluarga. maybe dalam kominukasi.:)

taliff said... BALAS

Ajaran yang baik itu penting untuk anak-anak. Lengkapi diri dengan Ilmu~~

aiEz said... BALAS

ayuni-nak kata datang dr rumah pun tak boleh jugak,faktor rakan sebaya pun boleh jd salah satu penyumbang jugak..:)

err,pendapat selesaikan masalah keluarga?mcm mana tu?


taliff-betul2,baik yg ditunjukkan baik jugak hasilnya..:)

menusuk hati said... BALAS

anak nakal ni mungkin sb terlalu bnyk manjaan dpd ibubapa.jarang dh ibubapa yg bg pluang pd guru bdk itu utk merotan anaknya kalu buat silap

Nur Ayuni said... BALAS

aiez :yup salah satu faktor juga.so, pemantauan digalakkan.
cam ne eh nk ckp, lbh krg mcm how 2 be a good sis or bro. faham ke? xfhm nnt ayu try cari ayat lbh faham.hehe

aiEz said... BALAS

menusuk hati-betul tu,agak jarang kalau jumpa situasi macam tu,nanti kalau guru merotan ke apa ada pula jd isu..guru pun naik takut dgn anak murid sendiri,sama juga dgn ibu bapa kalau dimanja lebih nanti dipijak kepala kita balik..

ayuni-hehe..^^,err macam mana nak bagi pendapat eh?sedangkan diri sendiri pun tak ada adik beradik..apa2 pun cara komunikasi dgn betul kena ada jugak..kalau nak bertegur kena ada caranya..baru orang akan dgr kata kita..kita pun pernah alami seusia adik2 kita,so mesti faham apa yg dorg nak..^^

Nur Ayuni said... BALAS

anak tnggal ke? ayat ni "kita pun pernah alami seusia adik2 kita,so mesti faham apa yg dorg nak..^^" serius buat ayu terasa.ehem!
orite.thanz ya aiez!

aiEz said... BALAS

ayuni-err,yup...^^,sama2..tak pandai nak bg pendapat sbb diri sendiri pun byk kekurangan..hoho..^^

Nur Ayuni said... BALAS

yeah! aiez ska merendah diri. bagus! haha. tq sifu! :)ehem!

Nazihah@Jiha said... BALAS

Assalamualaikum akh..^^

saya peminat drama Juvana tu! tak lepas tgok dr mula hik2...jln penceritaannya mmg mantap...ada maksud tersendiri bg yg nak mengertilah...^^

*keberanian tunjuk pada tempat yg betul..betul tak??

aiEz said... BALAS

Ayuni-err,^^,

Nazihah-Waalaikumsalam ukhti..^^

sy juga,jln cerita mmg mantap,dan ada isi yg tersirat disebalik cerita tu sendiri..nk ckp sensitif,hoho..

betul tu,biar kena pada tempat dan waktu yg betul..setuju sangat..^^

Reen Rostarizam said... BALAS

cerita juvana tu mmg bagus, buat pengajaran, dan buat org tahu apa sbnrnya yg mereka rasa... sybas dkt org yg menerbitkan dan menulis cerita ni :)

Miss Shikio said... BALAS

harus dibawa iktibar cerita2 macam tu

:)

aiEz said... BALAS

reen-betul tu..^^

jue-betul ada yg boleh dijadikan pengajaran..^^,..

daddyzkool said... BALAS

mmg harus beringat2 ketika muda lagi sebab bila umur sudah meningkat tua tiada apa lagi dapat di perbetulkan...

aiEz said... BALAS

daddyzkool-betul tu,kalau dah tua dah terlewat,itu pun kalau sempat menjelang tua untuk bertaubat..

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates