May 12, 2011

Kisah Jurujual...





Bukan mudah nak mencari rezeki,pada aku yang dah bekerja ni terasa juga macam mana susahnya mak aku bekerja dulu untuk membesarkan aku.Yang aku pula,senang-senang jer minta nak itu dan ini.Kalau tak dapat mula lah menangis dan merengek segala.Tapi tu dulu la,masa aku budak-budak.Buat sesuatu pun tanpa berfikir dengan panjang.


Dan sekarang,aku dah merasa semua benda tu,betapa susahnya nak dapatkan apa yang kita nak.Dan kerja macam aku,yang sehari-hari berjumpa dengan pelanggan membuatkan aku faham yang kita sebagai manusia ni punya banyak kerenah sebenarnya.Begitulah sebuah kehidupan,walau sukar macam mana dan pelbagai kerenah yang ada kena juga tempuh,sebab itu jalan yang aku pilih.


Cerita tentang kerja dan kerenah pelanggan ni,teringat aku apa yang terjadi baru-baru ini.Bukan kisah aku sebenarnya,tapi kisah seorang jurujual yang bawa buku-buku agama ni dan merayau mencari pelanggan di kaki lima.Kadang kalau kita tengah makan dekat kedai makan ke,mesti datang dan tegur kita.Lepas tu tanya samada nak beli ke tak apa yang dijual.


Kasihan juga tengok mereka ni bekerja,bagi yang lelaki kira biasa kalau kena panas matahari ni semua,tapi tengok pada yang perempuan berpeluh-peluh kejar pelanggan,tegur jer siapa yang boleh ditegur asalkan barang dapat dijual.Kerja mereka ni pun,ikut pada komisen berapa barang yang dapat dijual,kalau banyak kira lebihlah bulan tu.Kalau tak ada,jawabnya kena berusaha lebih gigih lagi.


Masa aku tengok mereka ni buat kerja,ada lah yang suka-suka jer pergi kacau mereka ni.Buat-buat tanya barang apa yang dijual,lepas tu orang dah tanya mestilah jawab.Beri penerangan segala,lepas tu lepas dah bagi penerangan barang yang dijual boleh pulak yang bertanya ni tadi cakap kuat dan kata yang jurujual ni suka mengganggu orang.Kacau orang nak lalu lalang semua nak tegur,yang jurujual tu perempuan.Boleh dibayangkan betapa malunya apa yang jurujual tu rasa waktu tu.Orang sekeliling dah tengok semacam jer,ada yang iyakan apa yang dikata.Yang jurujual ni,hanya mampu tunduk dan terus pergi dari tempat tu.


Betapa susahnya mereka ni nak mencari rezeki,dugaan pun banyak bila bertemu dengan pelanggan yang bermacam kerenah.Ada yang betul-betul tanya dan ada juga yang sekadar main-main.Pada yang nak bergurau tak kena pada tempatnya tu,usahlah nak bergurau tak kena cara.Mereka ni nak cari rezeki bukannya senang,jadi hormat antara satu sama lain.Kalau kita pun hormat orang lain,orang lain pun akan hormat pada kita.

Aku yang tengoknya,hanya mampu menggeleng tanpa dapat buat apa-apa....

10 comments:

ayuni said... BALAS

setuju 130%. kira bgus dorg berkerja macam tu. bukan mengemis. kadang2 orang sekeliling pandang hina. layakkah mereka menghina??sedangkan mereka lagi hina dek perbuatan tu.
kita pun bkn selalu di atas. bersyukur dengan rezeki halal.

aiEz said... BALAS

ayuni-betul tu,kita tak layak sebenarnya nak menghina orang lain sebab diri kita pun bukan sempurna..hidup bagai putaran roda,bersyukur apa adanya..^^

CintaZulaikha said... BALAS

nk jd jurujual musti byk sabor...klu tak, mmg tak lma la dlm bidang tuh..jd akak hrp aiez ttp bersabar dgn kerenah manusia nih..

aiEz said... BALAS

CintaZulaikha-betul tu kak..sy dah biasa sebab hari2 jumpa bermacam pelanggan,bermacam kerenah dapat sy tengok..betul2 menguji,terima kasih kak..^^

kocix! said... BALAS

sayee nakk carikk kejee!!!!
tulun2..
coti 4 bulan nih..
huhuhu

aiEz said... BALAS

fafa-lama tu kalau cuti sajer tak buat apa2,ehehe..jom tanya2 kedai kat sini..^^

Liena Cutez said... BALAS

realiti hidup jurujual, kene la byk sabar :)

http://innit.nuffnang.com/view/1570901/keyboard-awal-tahun-2000

aiEz said... BALAS

liena-betul tu,setuju sangat..^^

MiZ Rayy said... BALAS

ksian kan.. xmau beli pon jgn la hina..

Syaffroni Effendy Bin Safar said... BALAS

pernah menjadi jurujual selepas abis sekolah suatu ketika dahulu ... terasa perit hidup ... nasib xlama ...Pengalaman paling berharga ...

Free Blog Theme and Templates