September 26, 2013

Amarah...


assalamualaikum...

berita semasa yang tengah jadi viral di laman sesawang adalah berkenaan tentang perilaku seseorang kepada seorang tua..siapa?tak perlulah nak bagitahu sebab umum dah sedia tahu kan?fiuhhh..

tapi bukanlah nak cerita tentang orang tu tapi sekadar mengajak berfikir sebagai manusia yang dikurniakan akal adalah kita luaskan pandangan tentang apa yang terjadi..

rata-rata komen berkenaan tentang apa yang terjadi banyak yang basuh betul dengan orang tu,heh..aku pun rasa geram juga dengan apa terjadi pada pakcik tu..manakan tidak orang tua diperlakukan sedemikian rupa..bayangkan orang tua itu adalah orang tua kita sendiri,tak ke pilu rasa hati?dimaki dan dikeji tak cukup lagi disepak pula dengan kaki..haih,naik berapi jugalah rasanya..sabarjelah

okeh taknak cerita lebih,aku bacalah komen tentang perkara tersebut rata-rata pun marah dan maki..tapi kan,sangatlah sedikit aku baca yang komen agar dibukakan hati orang tersebut untuk bertaubat dan dibukakan hidayah agar berubah..yeah,itu fakta..

bukanlah nak belahkan mana pihak,tapi agak kesian juga bila mana ibu bapa orang tu pun dipalitkan sekali..yang buruk perangai anaknya tapi terpalit sama kedua orang tua..tak kesama kita sama jer macam mereka yang mana mencaci dan menghina?

sama jer dah jadinya kita bila kita turut sama dan menghina mereka..adalah lebih baik agar didoakan agar terbuka hatinya dibukakan mata melihat akan dosa dan menyesal akan silapnya..dari kita sibuk mencaci dan menghina juga..yang mana tanpa sedar kita sama seperti mereka..

agak ada yang marah kan bila aku cakap macam ni?hehe..taklah,aku tak sokong pun apa yang terjadi,sebab masih guna akal yang diberi..orang tua perlu dihormati..cuma tanpa kita sedar dalam marah kadang kita tersasar,tersilap kata dalam bahasa..tu yang jadi kes maki memaki macam kat pakcik tu..

apa pun,anggaplah ini hanya entri santai..sejenak ajak memikir,kita semua manusia biasa..masing-masing membuat silap,selagi ada masa kita perbaiki mana yang kurang..ada yang silap kita betulkan dan tegur sebaiknya..hemah juga perlu ada,walau hati panas juga terasa tapi kawal sebaiknya...moga kita doakan agar orang tu menyesal akan segala dan sedar akan silapnya..


August 20, 2013

Doa Untuk Mereka...



kuasa yang haq telah dinafikan,
 kejatuhannya telah lama dirancangkan,
 firaun moden manusia berwajah syaitan,
al sisi kamu bakal dilaknatkan..

yang tak berdosa menjadi mangsa,
 baik yang tua muda dan wanita,
dosa mereka kerana perjuang haq yang sebenarnya,
betapa kamu dayus wahai pendusta..

tangan halus cuma bermuka-muka,
kononnya kejadian bukan salahnya,
cuba mengambarkan dia adalah wira,
 binasalah kamu wahai tangan yang durjana...

duri dalam daging juga telah mendedahkan dirinya,
 siapa dia yang sebenarnya,
 misi apa yang dimahukannya,
bergabunglah sunni kita bersatu bersiap sedia dengan mereka...

anak muda yang masih leka,
 masihkah kamu terus terlena,
dibuai dengan indahnya dunia,
 sedangkan syahid dan jihad telah memanggil kita...

jika kalian tak punya upaya,
 palinglah muka tolaklah mereka,
doa kita senjata yang utama,
doakan saudara kita di Mesir dan seluruh dunia...

bangkitlah dari tidur yang lama,
bersatulah hatilah kita semua,
kenapa perlu sengketa yang sia-sia?,
 perpaduan kita lebih utama...

sudahlah dari mimpi yang lama,
ayuh doakan saudara kita,
 siap sedia dengan bakal berakhirnya dunia,
kerana ini adalah salah satu tanda kiamat bakal tiba...

August 06, 2013

Gambar Dan Bonda...

Assalamualaikum,







 



 *antara gambar kegemaran*



Pagi tu,aku duduk seorang diri sambil main telefon bimbit..sambil godek-godek telefon aku buka aplikasi untuk kamera..ya,memang hobi aku suka mengambil gambar. Mencari sudut yang sesuatu mengambil gambar,aku cuba menangkap gambar kemuncup yang pada aku nampak sangat unik..kuasa Allah dalam menciptakan sesuatu kejadian, betul takde siapa yang perasan yang ni adalah kemuncup yang ada dilaman rumah.Sebenarnya aku juga tak perasan,tapi sebab cuba tangkap gambar embun maka aku pun jumpa kemuncup ni. cantik bukan?berbentuk love..takde siapa peduli kemuncup,tapi bila diambil gambar macam ni,baru kita tahu indahnya alam kebesaran kuasa Allah..:')



                                   *ini sebenarnya kemuncup,sebelum berkembang jadi lurus*


Berbalik pada cerita,hobi aku memang suka tangkap gambar..gambar yang menjadi kesukaan,gambar alam.Tu adalah target aku tiap kali ambil gambar.berbekalkan dengan telefon ambil gambar dimana jer aku suka. Senang dan mudah dibawa.Kagum sebenarnya bila kita ambil gambar dan tengok balik gambar tu,ada kecantikkan yang kita sendiri jarang perasan.Benarlah kata orang,Allah tak jadikan sesiatu sia-sia melainkan untuk kita mengkaji dan menghayati apa yang Allah dah ciptakan untuk kita.Dari situ dapat kita lihat betapa kecilnya kita,kebesaran Allah.Walau teknologi secanngih mana,takkan sekali mampu serupa Allah jadikan.

Dalam masa aku tangkap gambar dan simpan kat komputer tu,aku mula sedar sesuatu.Satu perasaan yang bersalah dalam diri.Aku terkedu sebenarnya selama ni aku tak perasan benda ni..Apa dia? baru aku perasan dalam banyak-banyak gambar hanya sekeping dua jer muka bonda kesayangan aku.Ya Allah,aku benar-benar tak perasan selama ni.Dalam beratus gambar yang aku ambil,dengan gambar awannya, permandangan,kanak-kanak,bunga,dan unggas lain tapi gambar bonda aku hanya sekeping dua?Rasa bersalah teramat sangat,bonda yang melahirkan aku dan membesarkan aku tapi gambar hanya ada sikit jer. Bagi aku,bonda aku adalah segalanya,apa salahnya berikan memori kegembiraan gambar bersama aku dengan bonda.Bonda cuma satu,tiada bandingnya dengan orang lain. sejak aritu,aku ambil gambar bonda dan dijadikan satu kenangan buat aku.Dari raut wajah bonda,kelihatan bonda telah tua dan berusia.Rambut beruban dimakan usia,ya aku semakin dewasa dan bonda semakin tua. Hargai mereka yang kita sayang selagi masih ada.Sayang bonda buat selamanya..:')

Berapa ramai antara kita yang simpan gambar orang tua kita dalam telefon ataupun dalam wallet?soalan jujur untuk kalian untuk sama-sama renungan dan sama perbaiki kekurangan Ni dah nak dekat raya,pada yang jauh pulanglah jumpa ayah dan bonda,gembirakan hati mereka dihari-hari tua..usah abaikan mereka,kerana tanpa mereka siapalah kita hari ini..



p/s:maaf jarang update blog sekarang,terima kasih sudi singgah...

July 24, 2013

Kuasa Menulis Tuu..










Assalamualaikum,



lama dah tak menulis blog,sibuk jer memanjang dengan kerja dan dengan keadaan tangan yang kadang asyik lenguh kesan dari di gigit kucing dan operate tu,membataskan diri nak menulis..banyak sebenarnya nak cerita tapi tu lah ada jer halangan.Dan bila halangan tu makin lama jadi penyakit M ler pulak..huhu

okeh abaikan mukadimah yang panjang berjela tu...

apa cerita nak kongsi kali ni?ni nak cerita tentang kuasa seorang penulis blog ni..nah bukanlah kuasa macam kuasa IronMan tu ke,Spiderman ke apa tapi kuasa kita bila menyampaikan sesuatu dalam penulisan..
bukan senang sebenarnya nak bagi orang suka dekat blog kita ni..bermacam idea diperah untuk di isi sampaikan pada pembaca..ada cerita yang disampaikan tu cerita gosiplah,masakan ke apa dan berbagai lagilah..

demi menyampaikan sesuatu pada pembaca..tapi harus diingat jugak,setiap apa yang kita sampaikan biarlah pada sesuatu yang benar dan mendatangkan kebaikan bersama..besar sebenarnya tanggungjawab sebagai penulis blog ni..bagai menjaga satu amanah buat semua.yela kan,kalau buat cerita yang sekadar cerita tanpa ada fakta,fitnah dan pepecahan akan jadi lepas tu..tak ke jadi naya?

harus diingat,selain dari media di tv atau di maya contohnya facebook,penulis blog memainkan peranan dalam sesebuah penyampaian maklumat..jadi apa pun yang kita sampaikan atau cerita bukanlah pada sekadar ikut emosi sesuka rasa,tapi pada amanah dalam menyampaikan sesuatu yang manfaat pada orang lain..kena ingat apa yang kita sampaikan dalam dunia maya ni adalah kekal,apa yang kita buat dengan mudah jer boleh jadi bahan untuk masa depan..dengan teknologi telefon canggih bertambahlah mudah ia tersebar dengan cepat..

fikir dengan bijak bila nak menulis sesuatu perkara,lagi-lagi dalam kehidupan kita kat Malaysia ni yang pelbagai bangsa,agama dan budaya..banyak perkara nak dijaga,berakal dalam menyampaikan sesuatu..fikir berpuluh kali pun takpe sebelum nak buat sesuatu..sekali dah terlajak memang
agak susah dah nak berpatah balik...ni potpet ni pesan jugak kat diri sendiri..sebab dah seronok sangat menulis memang takkan sedar apa kesan baik buruknya benda tu..bila dah terlajak baru nak menyesal takkan berguna lagi dah...

June 24, 2013

Jerebu..Sedarkah Kita?



jerebu mula kelihatan,
sebagai satu dari ingatan,
bukankah Allah telah berpesan,
jangan lupa janji yang telah dikhabarkan...

sekarang bukan masa menuduh sana sini,
siapa punca ini terjadi,
muhasabah diri audit kembali,
adakah masih kita tak sedar lagi?...

bumi ini juga sudah tua,
hampir tiba pada masanya,
cukuplah membuat dosa disini sana,
bumi merintih minta kiamat segera...

p/s:pesanan buat diri..

June 16, 2013

Perasan Perasaan..

Bintang pujaan di depan mata..
teriakan histeria di kanan dan kiri..
menatap wajah bintang pujaan yang selama ini dikaca tv bagai mimpi disiang hari..


Ya Allah,kacaknya dia..
pujian demi pujian makin kedengaran..
pekikan suara memanggil nama superstar bagai menggila..


Dengan senyuman yang dibalas buat peminat,
membuatkan hati gadis bagai tak keruan..
ahh,indahnya bagai dialam kayangan...


Ya itulah kisah kita si anak muda,
yang bagai nak gila menjunjung hiburan dunia.
Menjerit mengada usahlah nak kata,
rasa macam nak cubit jer dibuatnya..

Terlalu banyak hiburan yang diterapkan,
baik lelaki juga perempuan..
semua peringkat usia dijadikan sasaran,
masihkah kalian tidak perasan?..

June 14, 2013

Inilah Kisah Sebenarnya...Di Gigit Kucing

assalamualaikum,



                                                                    nilah kucingnya,hehe..

haa dalam entri yang lepas dengan tajuk nak menulis entri tapi tangan berbalut tu kan,nak tau apa yang menyebabkan jadi sampai macam tu sekali?
percaya atau tidak,tu disebabkan kena gigit KUCING..ye,kena gigit kucing..awat yang jadi teruk sangat sampai macam tu sekali?tak tahu nak kata,dan tak terduga sebenarnya.
yela macam yang kita tahu,kucing ni manja dan comel..tapi bila datang angin dia,perghh macam tulah jadinya..hehe..

tangan yang berbalut tu jadi sampai bengkak-bengkak lah jugak,bukan sebab jejari besar ye kawan-kawan tapi sebab bengkak..hehe..jejari tu tak gemuk,ada komen lepas kata jari tu gemuk,haha lawak jer hafizol ni..
terima kasih buat kawan-kawan yang mendoakan cepat sembuh..Allah juga yang membalas jasa kalian..Amiin..berbalik pada cedera ni,yang dok calar-calar tu sebab kena kaki dia,huhu..abislah tangan ni berparut sana berpaut sini,kurang saham aku ni orang nak masuk meminang,haha..
yang berbalut tu pulak,sampai kena buat operation..disebabkan nanah dan darah terkumpul kat dalam.kesan dari kena gigitan kucing ni..pesanan buat yang kena gigit kucing ni,lepas kena tu teruslah jumpa doktor..macam aku lewat sehari,sebabnya sampai demam ler jugak kena gigit ni..so kalau cepat buat rawatan tu,doktor boleh cegah lagi..dia jangan lewat kena cucuk tu,lebih kurang ke masa 6 jam..lebih pada tu,memang melaratlah sakit tu..

macam mana boleh kena gigit?alkisahnya main-main dan gurau manja dengan tuan dia ni,sekali terlebih manja nahh lompat dan gigit akibat geram sangat kot haha..merasa jugak ler aku naik ambulan ni,walaupun tanpa bunyi siren,hehe..duduk dalam bilik bedah sambil diperhatikan oleh pelatih-pelatih yang belajar tengok macam mana doktor ni operate tapak tangan aku ni..doktor pun macam tak percaya jer kes aku ni,yela sampai kena bedah semua sekali disebabkan kena gigit kucing..berkali jugak dokter tanya,kamu bela kucing ke harimau?hehe..sampaikan yang pelatih-pelatih pun terkedu tengok tangan aku ni..doktor sapu kat tangan,rasa sejuk-sejuk tangan tu ala macam kebas jer..masa ni  lah aku sendiri tengok,doktor toreh tempat gigitan tu..nahhh,terkeluarlah darah dan nanah yang terkumpul..okeh serius,tak suka tengok darah banyak sangat tapi rasa nak tengok jugak,hehe..secara profesionalnya doktor tekan,picit dan cuci tempat tu..





 kesan gigit dan operate,huhu..

sakit tak?tak rasa sakit apa pun,rasa macam tangan tu kebas jer..dan hari tu semuanya selesai..nasib tak kena tahan wad,petang tu balik..sepanjang ada kat sana,servis dan layanan nurse yang aku panggil akak tu semuanya baik sangat..ada akak nurse ni tunggu aku balik sampai selesai semua..
hari tu akak tu balik kerja lewat,kesian jer kat akak nurse tu,amanah dan tanggungjawab kerja kan,.so kena jaga..haa memang respeklah kat akak tu..dan tak lupa jugak pada doktor yang merawat aku,hehe..

sekarang,alhamdulillah tangan semakin okeh..cuma dua jari tak berapa kuat nak gerak,nak genggam benda pun macam susah sikit jer..sekarang tinggal rawatan untuk fisioterapi dengan gerak kerja untuk tangan ni.kena latih selalu tangan ni
bagi gerak-gerak..agak sakit tapi kena paksa jugak..bila dah sakit macam ni,baru rasa insaf pada diri..sepanjang ada kat hospital tengok orang sakit macam-macam..Allah,bila nikmat yang kita ada tu ditarik tu rasa insaf diri..
lagu dan bait kata ingat 5 perkara sebelum 5 perkara tu memang kena selalu ingat..






“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :

Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,
Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
Hidupmu sebelum datang kematianmu.”

memang amat terasa masa tu,tengok orang sakit semua menginsafkan diri..memang kadang kita selalu leka dengan semua ni,tapi alhamdulillah setiap apa yang jadi ni ada hikmah..
Allah nak selalu kita ingat Dia..jadi bila kena benda macam ni,sakit ke ujian semua jangan mengeluh..Allah sedang menguji kita..panjang pulak enti aku ni,hehe..kena latih tangan ni,menaip pegang apa yang patut,maka jadilah entri ni..hehe
terima kasih pada kawan-kawan yang mendoakan kesihatan yang baik semua..sayang korang semua,hug,hee.. :)

June 07, 2013

Saya Ingin Menulis Tapi...

 
ingin kembali menulis tapi keadaan tak mengizinkan...akan kembali menulis lepas dari sembuh,ada cerita sebaliknya...inshaAllah,doakan semoga cepat sembuh..:)

 

May 20, 2013

Aku Dan Penggunting Rambut...










Assalamualaikum...


macam biasa aku tiap bulan pergi kedai gunting rambut,tak tahan kot nak rambut panjang-panjang ni..cepat rimas dan panas,rambut pendek ala skema jugak jadi pilihan,pilihan zaman berzaman,hehe...

sampai jer dekat kedai gunting rambut,cantek!aney kunci pintu kedai...

“aney!kenapa tutup kedai?nak gunting rambut ni,wuuu.”buat muka ala sedih lah konon..

“saya mahu makan dulu!you tengok itu pintu,ada tulis "makan time"..”jawap aney..

“alala aney,nanti lah makan..customer ni..”bajet tak boleh sabar...

“takpa,you kasi duduk dulu..saya makan tarak lama,10-15min jer..”jawap aney selamba..

“okeh lah aney,jangan lama..”

“yela..you tengok kereta lalu lalang,tunggu saya nanti haa...”

“tengok kereta lalu lalang?banyak lagi benda boleh buat…”jawap aku dalam hati..

bosan,duduk tengok kereta lalu lalang..kedai depan traffic light..lampu merah tukar hijau,hijau tukar kuning..tanda minta sedia untuk berhenti,tapi tak motor kereta makin bawak laju lagi adalah..ragam manusia...

sedar tak sedar boleh tahan aney ni kenakan aku,30minit tak nampak muka lagi..takpe tunggu jela..aku dah biasa kedai aney ni,dari umur 7tahun lagi sampai umur aku sekarang ni..dari kedai dulu biasa-biasa sekarang ada aircond ohhh..hehe

*****

hampir 1jam menunggu..

“aloo kawan,sorry ya..saya satu orang sini,dari pukul 2 saya mahu makan,tapi orang keluar masuk keluar masuk..sudah lewat saya mahu makan,”jelas aney..

“takpelah aney,saya tunggu jer..saya memang sini jugak tempat kasi potong rambut..”sedapkan hati sendiri jer ni,haha..

“takpa² you duduk sini..saya kasi gunting baik punya..”

“apa macam aney?bukan macam biasa ka?kasi size mata itu mesin 1 belakang sama tepi,atas kasi mata 2..okeh aney?”

“boleh²,you memang sini jugak selalu mari..”

aku senyum sendiri..


******


tiba²  aney mulakan cerita..

“you apa nampak yang baru sama ini tempat?...”

“apa aney?takde pun..”

“ada you kasi tengok depan...”

“apa?ada apa aney..”

“ada kamera lah..itu depan you tengok..”

“aku yang blur ni pun tengoklah kat cermin besar depan aku..canggih betul kamera dalam cermin eh aney?”tanya aku..

“taklah,you tengok itu cermin..atas punya..”

“ohhh,hahaha itu,cakaplah dekat belakang aney,Nampak dalamcermin jer.. ingat dalam cermin tadi kamera dia..”

“apalah you,”hahaha..

“sengal aney,gelakkan aku..”


******


“aney berapa lama aney sudah ada sini ya aney?dulu orang lain sekarang lain² orang…”

“saya kerja sini,7 tahun sini..boleh cakap melayu jugak..”

“aney bukan orang malaysia ka?...”

“ohh bukan,saya permit jugak mari..dari india itu sana..aney beri penjelasan...”

“ohh ingat aney malaysia punya orang..kerja okeh aney?tengok aney hari² kerja...”

“yalah,saya punya bos antar sini saya kerja,jaga kedai satu orang..pagi pukul 830pagi sampai 10malam..esok sama kerja lagi..”

“takde cuti ke aney?”tanya aku..bukan tak tahu kedai ni 365hari buka jer selalu...

“takda,saya kerja takda pernah cuti..hari² kedai bukak..makan kalu,satu orang ha banyak susah..kena tutup kedai..macam tadilah..”jawap aney

“tulah aney..tapi aney kerja gaji banyak kan?mesti lebih dapat...”

“mana ada!gaji saya rm1300 satu bulan..makan lagi tiap hari sendiri,mahu bayar permit rm250 satu bulan..berapa lagi tinggal?saya kerja mahu juga makan,minum,rokok ka  kan?berapa mahu hantar balik kampung india?”tanya aney...

aku hanya mampu mendengar,nak jawap lebih tak boleh..kesian pulak kat aney ni..kerja hari²,bos buat betul² macam apa jer..elaun takde,makan kena sendiri..bila ramai orang jadi kelam kabut ...hari² dok umah singkat jer masanya..

aku tengok cermin depan aku,bukan sebab nak tengok hensem ke tak aku..tapi mula merenung balik pada diri...aku selalu mengeluh mengadu penat kerja itulah inilah,tapi bila fikir balik,aney ni lagi teruk kerja dari aku...selama ini rasa macam aku kurang bersyukur,aney ni sedarkan aku balik...

saat aku rasa aku susah,ada yang lagi susah dari aku..bila aku rasa aku kenyang makan,ada yang sedang menahan lapar sebab tak mampu nak cari rezeki sesuap nasi...

ternyata kita selalu lupa,hanya sedar akan kesusahan diri tapi lupa akan kesusahan orang lain..selalu meminta-minta tapi jarang untuk memberi...pengajaran aku untuk hari ini,hargai dan syukur apa yang ada,jangan terlalu cepat mengeluh..sampai lupa ingat akan orang lain..

April 28, 2013

Ragam-Oh!Atok..





*sumber google





assalamualaikum,
perlahan pintu kedai ditolak..

waalaikumsalam,aku menjawab salam diberi..
seorang lelaki tua,bercermin mata dan berkopiah dikepala tersenyum pada aku..

seperti selalu,
senyuman disambut...

kamu kenal atok lagi tak?
tanyanya pada aku..

err,kenal tapi ingat-ingat lupa..
jawab aku ringkas..

ish kamu ni,ni atok la yang beli komputer dengan kamu tu dulu..
ingat?..
tanya atok tu lagi..

err yang rumah kat jalan tapah road tu eh?
tepi jalan?..
tanya aku untuk kepastian..

haaaaaa..yang tulah,
bagus-bagus..ni ha atok datang nak kamu tolong tengokkan komputer atok,boleh?

boleh jer atok,
saya tengok dulu apa masalahnya ye,
tapi mana komputer atok?
tak bawak ke?...

ada,komputer dalam kereta..
atok tak larat nak angkat,cepat pulak rasa penat....
balasnya lagi..

ohh takpe tok,meh saya angkat meh..
mana?

tu ha kereta atok...

pergi mengambil komputer dalam kereta...


************


okeh atok,komputer apa masalahnya ye?
cer cerita...

atok ni senang jer...
kamu tanya atok,kalau atok tau idak ler hantar ke kamu..

err,idak tok..
maksud saya..
komputer ada keluar apa ye?

takde apa-apa,
keluar gambar lepas tu,
tu jela..

ohh okeh..
kalau macam tu ada keluar gambar okeh la tu tok..

idak,tak okeh..
atok on komputer..
lepas tu monitor menyala udah itu ajer...
balas atok..

err,okeh..
takpe-takpe atok tinggal dulu ye..
saya check nanti...

taknak,atok nak kamu on dulu..
baru kamu tau apa yang atok kata tadi..
err,atok takleh tok..
saya kena settle komputer lain dulu...

kamu cuba dulu ye,nanti kamu dah pasang tengok takde atok tinggal ler..

err..okeh,atok tunggu dulu ye..
saya nak turunkan komputer lain dulu baru test komputer atok..

ohh takpe-takpe..kamu buat dulu,atok tunggu..


*********


lebih kurang 10minit...


maaf tok lambat,okeh meh saya check komputer atok..

kamu cuba ler.
.atok idak ler tau apa-apa..
selalunya cucu atok balik sini dorang yang tengokkan kalau ada apa-apa..

ohh cucu atok yang perempuan tu ke?

aah...dia selalu duduk dengan atok dengan opah kat sini..
sekarang dia udah kerja kat kolumpo sana tu..
tinggal ler atok dengan opah kat sini..
eh,kamu pasang ler komputer atok tu ha..
ada pulak sembang pasal cucu atok kenapanya?

err..atok yang cerita saya dengar jer.

udah-udah kamu pasang komputer atok cepat..

err okeh atok...


*****






 *sumber google



kabel power supply dicucuk dan ....

kebOOmm..bunyi power suppy yang rosak meletup apabila dicucuk dengan kabel elektrik..
bingit telinga seketika,kedai blackout kerana suis utama tertendang akibat litar pintas..

atok,kenapa tak bagitau dia ada meletup macam ni?

kamu idak tanya atok,idak ler atok bagitau kamu apa yang keluar..
kamu cuma tanya pasal cucu atok jer tadi..balas atok

ohhh atokk,adehh..
tak terkata sebab telinga rasa bingit dengan bunyi meletup tadi..

komputer selesai masalah,tukar power supply sebab kena kilat..lepas tu hantar balik kat kereta
atok..huhu
tamat sudah~


*macam-macam ragam dengan kerja ni..lagi-lagi berurusan dengan orang awam..lain kerja lain ragam dan dugaannya,yang penting kerja dengan ikhlas dan jangan merungut..baru rezeki tu masyukk dan berkat..huhu..

April 14, 2013

Bila Masa Itu Tiba Nanti...











Assalamualaikum,



Jangan tinggalkan aku wahai kamu semua..kamu semua nak pergi mana?..kenapa kamu kurung aku dalam tempat gelap?mana luar dan mana tingkap...aku takut dan aku dapat rasakan ada sesuatu yang berjalan diatas badan aku..aku tak boleh bergerak,tolong aku!!!!


Kenapa aku ditinggalkan sendirian?mana kawan mana teman?kenapa hidung aku disumbat,kenapa badan aku diikat..aku takut dan aku lemas,ruang yang sempit membuatkan aku semakin rimas..lepaskan aku,aku takut untuk sendirian..


Adakah aku sekarang sudah mati?meninggalkan alam yang fana ini?aku takut tinggal sendiri..berilah aku peluang untuk hidup lagi,aku janji akan perbaiki amalan didunia nanti,buat menerangi tempat sempit aku ini..

Berdosanya aku didunia,banyak melakukan perkara sia-sia..bagiku dunia itu adalah syurga,sedangkan ianya sementara cuma..Ya Allah,ampunkan dosa aku,aku tahu sudah terlambat bagi aku..
Jadikan aku sebagai pedoman buat insan yang punya kehidupan,andai mereka tahu balasannya aku disini,pasti mereka perbanyakkan amalan untuk disini...


P/s:-ini hanya rekaan,untuk kita sebagai insan yang bernyawa..mati itu pasti,sama-sama perbaiki amalan tika masih didunia..

March 20, 2013

Pesan Mama









Assalamualaikum...


adik anak mama
anak papa dan juga mama
memberi cahaya pada kami berdua
anugerah dari Yang Maha Esa

adik anak mama
pesan mama jadilah insan berguna
pada keluarga dan juga agama
pada bangsa dan negara

adik anak mama
kita punya agama
jadikan ia dalam diri selamanya
hadapi cubaan fitnah dunia yang penuh menggoda

adik anak mama
rencah dunia banyak cabarannya
berhatilah kamu dengan dunia
kerana dunia itu tak semua indah belaka

adik anak mama
jagalah adabmu pada orang tua
bukan hanya pada papa dan mama
agar ada terlatih dirimu menjadi insan berguna

adik anak mama
jagalah maruahmu tak kira dimana
jangan sekali cemarkan ia
tanpa ia hinalah jadinya

adik anak mama
ingatlah Allah walau dimana
solatmu haruslah dijaga sentiasa
agar imanmu tetap terpelihara

adik anak mama
takutlah kamu akan dosa
kerana neraka itu pedih azabnya
moga dijauhkan darimu wahai anak mama

adik anak mama
mama dan papa takkan selamanya ada
hanya satu pinta kami berdua
bila kami berdua tiada kirimkan doa agar damai kami disana

adik anak mama
jangan pernah kamu lupa
kamu juga akan menjengah usia tua
pesanlah nasihat ini buat anakmu juga


p/s:maaf buat kawan² yang tak jemu singgah sini,maaf sebab jarang update sebab sibuk dengan kerja..inshaAllah akan kerap update,dan takkan sekali berhenti menulis belog.. :)

March 10, 2013

Pakcik...



Pada suatu hari...






“adik,tolong pakcik boleh?...”


“inshaAllah pakcik,apa ye yang boleh saya tolong pakcik?...”


“ni ha,pakcik baru beli broadband ni tapi tak tahu pakai..ajar boleh?...”


“err boleh jer pakcik,meh saya tengokkan…”


“haa bagus,senang pakcik kamu nak tolong ajarkan..


tapi bukan ajar kat pakcik ler yer,ajar kat anak pakcik..Maklum ler pakcik dah tua,susah nak hadam..”


“ha,susah nak hadam?...”
sedikit keliru dan kedu


“tak,maksud pakcik,susah nak ingat..


slow ler kamu ni…”
penjelasan diberi,terkena aku.
  

“err…”


“boleh tak ni ajar anak pakcik?..”
soalan ditanya lagi untuk kepastian..


“boleh jer pakcik,ater mananya anak pakcik tu?..”


“ada tu ha dalam kereta,dia malu benor orangnya,pakcik ajak sekali tadi taknak…”
pakcik berikan penjelasan.


“err,perempuan ke pakcik?..”


“ater ada ker laki yang pemalu?..”
soalan dipulang dengan soalan.


“err ada,saya pun pemalu jugak…”
*senyum pada pakcik tu*


“bior benor kamu?...ater macam mana nak kawen?...”
kesitu pulak soalan pakcik ni bertanya.


“err…
*hanya tersengih*
  

‘sengih ye kamu,kejap panggil anak pakcik kejap..”


“err,okeh…”



********

“ha angah,kamu pergi kat pakcik tu,minta dia ajar kamu guna macam mana,kamu karang jangan tanya abah…tanya pakcik tu abih2…”


sambil tengok muka aku..


“err baik abah…”
jawab anaknya yang hanya aku kenal dengan nama angah.


“pakcik panggil aku?..”
monolog aku sendiri dalam hati



********


“yang mana ye awak tak tahu?awak buat saya nak tengok boleh?...”
sesi perkenalan lah sangat dengan anak pakcik tadi,eceh.


“yang ni,nak connect minta id dengan password macam mana eh?...”
angah bertanya.


“err,sape register benda ni?...”
bajet kontrol macho bertanya balik.


“abah kita la…”
jawapan diberi,ringkas.


“kena tanya abah awak,masa register ada bagi id,cuba tanya kot abah awak lupa…”
aku cuba berikan penjelasan.


“kejap,abah kat luar tu,tengah hisap rokok…”


“err okeh,awak tanya boleh?..”a
ku bertanya


“apa dia?...”
balasnya


“err awak umur berapa?pastu kenapa abah awak suruh awak panggil saya pakcik?sentap ohh rasanya…”
Tanya aku yang agak sentap tadi.


“haha,takde apa la awak..Saya umur 23,abah memang macam tu…
abah sajer nak tengok air muka awak macamana bila kena panggil 
pakcik…”
jawapan yang diberi,masih tak berpuas hati.


“err kenapa pulak awak?...”
Tanya aku lagi


“kalau saya panggil awak pakcik,takde la awak nak mengorat saya nak jelling ker,awak pun mesti jadi segan kan,abah taknak orang kacau anak dara dia..sambil senyum bercerita…”


“hah,..."
jawapan yang diberikan macam lain macam jer.



******

Pakcik tu masuk kedai balik…



 
“dah ke angah?dah tanya pakcik dah apa nak tanya..?.”
Tanya pakcik tu kat anak dia.


“dah abah..”
sambil tersenyum


“kamu tunggu kereta ye,abah nak cakap dengan pakcik ni jap…”


“okeh abah…”



******


“Adik maap ler ye,sajer pakcik nak sakat kamu tadi,panggil kamu pakcik…”
sambil tangan bersalam dengan aku.


“err takpe pakcik,saya okeh jer..
*padahal memula sentap,heh*


“sempoi ler kamu,kalau orang lain mahu dah berubah muka pakcik panggil macam tu..tapi pakcik tengok kamu sempoi…”katanya


“err..”


“terima banyak ye dik tolong pakcik,pakcik balik dulu…assalamulaikum!”
salam diberi sebelum keluar kedai.


“waalaikumsalam pakcik sambil tersenyum..
*bersalam dan berlalu pergi..*



-tamat-


***

Situasi terjadi kat kedai aku sebelum ni,kan sempoi  ada pak mentua macam ni suka gurau,hehe..
Free Blog Theme and Templates