March 20, 2013

Pesan Mama









Assalamualaikum...


adik anak mama
anak papa dan juga mama
memberi cahaya pada kami berdua
anugerah dari Yang Maha Esa

adik anak mama
pesan mama jadilah insan berguna
pada keluarga dan juga agama
pada bangsa dan negara

adik anak mama
kita punya agama
jadikan ia dalam diri selamanya
hadapi cubaan fitnah dunia yang penuh menggoda

adik anak mama
rencah dunia banyak cabarannya
berhatilah kamu dengan dunia
kerana dunia itu tak semua indah belaka

adik anak mama
jagalah adabmu pada orang tua
bukan hanya pada papa dan mama
agar ada terlatih dirimu menjadi insan berguna

adik anak mama
jagalah maruahmu tak kira dimana
jangan sekali cemarkan ia
tanpa ia hinalah jadinya

adik anak mama
ingatlah Allah walau dimana
solatmu haruslah dijaga sentiasa
agar imanmu tetap terpelihara

adik anak mama
takutlah kamu akan dosa
kerana neraka itu pedih azabnya
moga dijauhkan darimu wahai anak mama

adik anak mama
mama dan papa takkan selamanya ada
hanya satu pinta kami berdua
bila kami berdua tiada kirimkan doa agar damai kami disana

adik anak mama
jangan pernah kamu lupa
kamu juga akan menjengah usia tua
pesanlah nasihat ini buat anakmu juga


p/s:maaf buat kawan² yang tak jemu singgah sini,maaf sebab jarang update sebab sibuk dengan kerja..inshaAllah akan kerap update,dan takkan sekali berhenti menulis belog.. :)

8 comments:

LiLy @ MaMaQiStInA said... BALAS

sentiasa ingat pesan ibubapa...in shaa ALLAH hidup akan lebih diberkati...

Leeza dayasari [santai leeza] said... BALAS

PENULISAN YG BAIK.

aiEz said... BALAS

sis lily@inshaAllah akak,akan ingat selalu pesan bonda...:')

leeza@terima kasih awk..:)

Amanina said... BALAS

Salam..singgah sini :)
Pesanan ibu bapa jgn dilupakan.

Liana cikgugarang said... BALAS

yeah..tbaek incik lappy..

Empayar Utama said... BALAS

Samalah kita aiEz.

Eh, back to basic ke? Cuma dulu ada gambar kaki ^_^

Liana cikgugarang said... BALAS

thums up!.gud writing incik lappy..

El-Janna said... BALAS

adikk anak ayah..

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates