October 05, 2011

Saya Nak Kapel Jer,Tak Nak Kawen Boleh?...



Assalamualaikum,


Setelah beberapa hari blog ini menyepi dari menulis entri,terasa sengal sendi lah pulak bila tak ketak ketik papan kekunci ni,heh.Dan entri kali nak cerita pasal nak kapel jer,tapi tak nak kahwin.Err,macam mana tu?boleh ke?...Heh,langkau rangkap dua ye,hee.. ;)

Bagi setiap pasangan bercinta semestinya inginkan sesuatu hubungan tu keperingkat yang seterusnya kan?.Mestilah ye dop?takkanlah tak nak kahwin pulak.Lagi pun semua ni kan benda baik takkanlah nak dilengahkan lagi kalau dah ada rezeki lebih dan diri pun terasa dah mampu untuk semua tu. Jadi tunggu apa lagi?Cuba tengok balik sekeliling kita hari ni,bermacam dah masalah sosial yang berlaku bila dilengahkan benda yang baik ni.

“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.”.-Riwayat Tabrani-

Diri ini pun bukanlah insan yang baik sangat pun,tapi sebagai manusia kita jugak perlu saling berpesanan antara satu sama lain jugak.Bila kita berkapel ni pulak selalu banyak yang mendatangkan benda negatif dari yang positif.Memanglah akan ada yang mengatakan yang diri tahu menjaga batas dan pergaulan,tapi kena ingat jugak yang syaitan itu sentiasa ada bagi memesongkan kita.Bukankah diantara lelaki dan perempuan bila berdua ada yang ketiga?,jadi sebab itu tak ada kapel dalam Islam itu sendiri dan yang ada hanyalah perkahwinan.Jika berkenan,teruskan jumpa keluarga minta izin untuk berkawan dengan perempuan,tu tanda betul-betul menuju ke arah itu dan bukanlah sekadar main-main jer.

Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.” -Ibnu Majah-

Lagipun benda baik kan,kena lah kita segerakan.Kalau ditanya pada diri bila nak kahwin?memang nak disegerakan,tapi pasangannya tak ada jer,heh.Ni pulak pasangan yang berkapel ni,tak mahu berkahwin ke?besar pahala mendirikan masjid dan mahligai yang akan terbina ni,jadi segerakanlah.Usahlah setakat berkapel jer tanpa ada arah dan tujuan.Hidup ini perlu ada matlamat baru apa yang diusahakan dan ikatan yang terbina diredhai.

*Jadi member yang bercerita tak nak kahwin tu,ni jawapan balas dalam entri,heh..;p

*Selalu kena tanya bila nak kahwin tak?singgah baca SINI pulak...;)

33 comments:

ayuni said... BALAS

Ada segelintir berpendapat wang hantaran menjadi halangan kepada mereka untuk membina masjid. Rasanya itu bukan satu alasan. Sebelum bercinta, haruslah mempunya kewangan yang kukuh. Bila sedari diri dah cukup, baru bercinta. Jangan menambah dosa dengan mendekatkan diri dengan perkara yang memang patut dielak. Fikir2 dan selamat beramal. :)


* wewit.. sweet nye kapel tu.lalala

m said... BALAS

banyak baca entri yg hampir berkaitan, menjak ni. emm

adwafarahin said... BALAS

bercinta bagai nak rak x kawin, haishhh rugi2 :P

Anonymous said... BALAS

salam..


takut baca tajuk tuuu

rozeeta rashid said... BALAS

tak payah kapel lah. cinta lepas kahwin. sakit hati je kapel nih. *ayat sentap* haha

rozeeta rashid said... BALAS

tak payah kapel lah. cinta lepas kahwin. sakit hati je kapel nih. *ayat sentap* haha

adan said... BALAS

mulai esok aku nak cari kapel ar.. aku nak kapel gak.. aku nak kawin gak.. miahahahaha... aiez tolong carikan awek untuk aku boleh? hehe


bekawan tu tak salah pun kan.. dari bekawan la kita kenal hati budi pasangan kita tu..

btw nice pic kat atas tu..

LiLy @ MaMaQiStInA said... BALAS

wee witt..bila nk kawin?? ;)

Betul tu..benda yg baik jgn dilengahkan.. ^_^

Anonymous said... BALAS

gatal nk pg kawen la plak...

Anum said... BALAS

hehehe
n3 yg menarik

kocix! said... BALAS

peewwiitt! dating katne uh?

Nazihah@Jiha said... BALAS

Assalamualaikum akh :)

suka baca entri ini :)
akh jgn kapel2 tau...kawin baru bercinta k...^^, ~pesan dr adik~

wahida said... BALAS

kawen best woooo..

Nora Yusop said... BALAS

pertama kali,MAAF...sy ingin membetulkan,
" Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kerana ketiganya adalah syaitan" - Riwayat Tabrani...

hmm, rugi kapel tp xnak kawen.. nak jd kekasih gelap je ke??klu sekadar nak mrasa dunia kapel, hmmm...alangkah ruginya. rugi masa dn pelbagai lagi...maruah diri tu lg penting.. jgn dicemarkan hanya kerana 'kapel'...

kapel ni lagi byk maksiat dr manfaatnya... jd jgn ingat nak kapel je tp xnak kawin... Rugi!!! :)

Aki said... BALAS

pergh.. ini tanda2 Aie nak kawen la ni.. ho ho ho.. jangan bagi lama Bro,kasi cepat la.. ;-)

YouSOF said... BALAS

Buat apa nak kapel kalau benda tu banyak 'menyediakan' benda negatif berbanding positif.. kan bro. Dah ready fizikal dan mental terus maju setapak, nikah. ;)


Harap² dihindarkan dari hasutan syaitan.



*Kes kulit mengelupas tu masa aku darjah enam la bro.. ;D

ILA HonEyBuNNy said... BALAS

nak kawin jugak...

tapi masih belajar lagik..hehe...

bercinta lps kawin la best kan..eheh

Syazwan Che Deraman said... BALAS

kalo dah kapel tu, biar la sampai ke jinjang pelamin kan?.
baru la berbaloi.

Unknown said... BALAS

no komen , haha

amna said... BALAS

NIKAH, connecting people the right way !

Mek Onie said... BALAS

kawen kalau dah ada jodoh jangan dilambatkan....

p/s:saya mencari suami bukan pakwe,hehe

Rtp Farra Arisha said... BALAS

menikah, melangsungkan pernikahan isn't like games that we always play. it's serious thing to be discussed very well by two sides.

iya. i do agree with u.s yaitans are everywhere yg bisa memusnahkan manusia. so, the good thing better percepatkan, takut pula benda yg tidak diingini berlaku.

Namee Roslan said... BALAS

oh ayie, saya mahu segera kahwin sbb saya tak suka berhubungan lama2. tp apa kan nasib...tunggu tunggu jodoh belum smpai. tapi tetap berpegang teguh pd pendirian diri...bf saya suami saya. first n the last so tiada istilah EX bf EX bf dalam hidup saya :)

Unknown said... BALAS

bukan tak nak kahwin . tapi ekonomi belum stabil . insyaAllah akan disegerakan :)

Umie Nadhirah said... BALAS

orang takde soal aku mende camni, sebab aku baby face.hahahahaha.kalo kawen nanti halo2 aku k? insyaAllah aku datang..

kim heeruul said... BALAS

gua single sebab gua blom masyuk lg..^^

Faaein Talip Roy said... BALAS

selalu je kena tanya 'bila nak kawen?'. haish.. kadang2 bosan dah nak jawab.. ~___~

Unknown said... BALAS

gambar2 dalam blog ni lawa lawa hehehe

kajaharuna said... BALAS

kawin.. kawin.. oh kawin.. hahahahah,
okeh jum kawin :)

RinsyaRyc said... BALAS

-->nak kawen baru kapel.. buleh?

Unknown said... BALAS

hahha...klakarnya entry ni...jgn mrah ye tuan hamba...heheh...sbnarnya yg kta thu n sedar,xde istilah 'cuple' dlm Islam...n hukumnya haram lau ber'cuple' tp makhluk kat dunia ni makin moden,'cuple' dijadikan sbg menu kta hari ni,bg sape yg xpenah or xber'cuple' msti kna paku rapat..tul x?xbaik cm 2...bercinta n cuple lah lpas nikah,dpt pahala...insyaallah

Kira Sakura said... BALAS

eh baju blogger perak?

setuju sgt.. tak guna terus berhubungan andai tiada matlamat mahukan pernikahan...

Eyka said... BALAS

nti gua kwen klu ade jodoh..hewhewhewh :P

Free Blog Theme and Templates