October 25, 2011

Lawak Dan Wanita?...





Assalamualaikum,




Sekarang ni,kalau kita lihat banyak jer rancangan yang berbentuk hiburan dan jenaka yang disiarkan dikaca tv sampai tak tahu nak tengok yang mana satu.Meriah,ada rancangan yang berbentuk informasi dan diselitkan juga dengan sedikit hiburan bagi menceriakan suasana.Begitu juga dengan rancangan bual bicara,dalam perbincangan artis tempatan dijadikan sebagai artis jemputan dan juga sebagai salah satu tarikan buat penonton.

Bila sesekali layan cerita yang berunsur jenaka ni 'masyuk' jugak,heh.Yela dapatlah jugak menghilangkan rasa tekanan seharian bekerja dan juga dapat bersama dengan seisi keluarga.Okehlah tu kan?tapi ada juga yang tak okehnya bila jenaka yang disajikan pada penonton dirumah diselitkan pula dengan jenaka yang berunsurkan sesuatu yang memalukan.

Jenaka lucah seringkali dijadikan lawak pada mereka yang sering kekurangan idea ini.Dan selalunya,wanita jugak yang dijadikan bahan untuk diketawakan.Hairan,masih ada juga ada penonton yang masih ketawa dengan lawak sebegini,terpaksa atau dipaksa-paksa?Seolah-olah lawak sebegini dijadikan sesuatu yang biasa pulak pada yang mendengarnya.Seolah hilang nilai sensitiviti dalam isu sebegini,seakan semua perkara dijadikan mudah dalam satu-satu hal.

Seharusnya perkara sebegini bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan bahan gurauan.Mungkin ada yang mengatakan,ini cuma sekadar jenaka jer tapi perlu ke sampai semua perkara dijadikan bahan tawa?.Bayangkan bila tengah duduk santai bersama keluarga,tengah ketawa dengan lawak yang ada,sekali keluar lawak lucah macam tu,boleh ke gelak lagi bila dalam situasi macam ni?mesti ada perasaan malu bukan?paling kurang pun mestilah ada rasa segan bila ada benda macam ni.

Bukan apa,kalau menonton bersama seisi keluarga mestilah ada anak-anak kecil ni kan,jadi benda lawak macam ni senang sangat buat mereka ni terpengaruh.Sebelum melarat baik beringat,tak semua benda bolek dijadikan lawak,semata-mata nak bagi orang gelak.

p/s:blog 3kupang...

33 comments:

Nur Ayuni said... BALAS

Skng channel tv berlambak, belum yg ada astro bagai.
Nak salahkan sape eh? Rasanya harus ada tapisan dalam setiap rancangan kan? So, salah pada yang memeriksa dan salah pada pengarah. Itu yang utama, tanpa mereka, tak da la adegan tu.
Kita yang menonton ni, kdg2 secara spontan terkeluar ketawanya, jadi, ada baiknya yang perasan tu, menegur spy tiada individu yang terasa.

Addin said... BALAS

trend sekarang lawak macam tu boleh jual. huhu

meisnani said... BALAS

heee sy org ptame bace blog 3kupang ney =) hehhhee...

okay2 now let me comment ur entry (muke professor jap)

entry awk ney bagus n betul sepatutnye sbgai Melayu khususnye kita hendaklah mnjage nilai ketimuran kita yg penuh dgn adab n juga sebagai muslim kita haruslah pemuh dgn sifat malu..=)

rozeeta rashid said... BALAS

setuju sangat! memang tak patut. banyak lagi cara untuk berlawak. tak perlu lawak yang lucah.

Miss Eiza said... BALAS

lawak murah , tak suka lah . huuu

LiLy @ MumMyQiStInA said... BALAS

Bila takde idea melawak..bginilah jadi nye..tapi yang hairan penonton pun boleh ikut gelak..hmmm..tak patut..

adwafarahin said... BALAS

btla aie..skrng bnd2 lucah nie da jd mcm bahan lawak da..x sesuai utk bdk2 tgk..kite pulak yg jd segan bile bdk2 tanye bnd yg diorang x tau..padahal bnd tu lucah
aishhh mcm2 la skrng

Aki said... BALAS

Memang tak stuju.. Tapi,percaya atau tidak,itulah yang kebanyakkan orang suka.. ntah,aki pun heran nape.. Bagi aki,untuk ketawa ataupun membuatkan orang ketawa,itu sudah jadi tanggungjawab diri sendiri,tapi, biarlah mengikut kesesuaian pendengar dan biarlah bertapis,kalau nak sangat,buat dengan kawan2,sudah.. :-p

Zul Fattah said... BALAS

seharusnya... ibubapa perlu menonton bersama anak2.. dan menjelaskan kpd anak2 tentang isu yg tidak sepatutnya.. supaya anak2 lebih paham.. hehe

Paris Lipton said... BALAS

kwn2 pon slalu gurau mcm ni tpgruh tb la ni...aduiii

Rosalia said... BALAS

btl tu. sbb tu sy tak ske tgk tv

Fara E's said... BALAS

kdg2 malu gax T.T

kajaharuna said... BALAS

kadang-kadang, ada benda yang tak bole bawak gurau.. :)

Nalisa Syahira said... BALAS

buat lawak tah hape , gagah je nak bg org gelak .

Namee Roslan said... BALAS

ayie pernah tgk iklan bini-biniku gangster x? namee rse x senonoh . adik namee tanya kot..xtau nk jwb apa. diorg ni buat filem ke apa semua tak fikir. nk untung je.

RinsyaRyc said... BALAS

<---tak sngt tengok cite melayu. tapi memng tak patut la bende camni berlaku.. budak kecik banyak yg tengok.. last2 jadi ikutan pulak kan dah susah?

Faaein Talip Roy said... BALAS

tu lah.. bila dah buat lawak tu kadang2 ikut suka depa je cakap sesuka hati.. kalo ada mesin filter.. memang nak tapis aje lawak2 macam tu... hurm..

CikGu Ma said... BALAS

hiburan yang banyak boleh menggelapkan hati...

lama tak melawat cni..^^,

jom baca entry baru saya

http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2011/10/nak-berubahdari-mana-nak-mula.html

aiEz said... BALAS

ayu@tu la,seharusnya kena ada pihak berwajib tgur bnda2 mcm ni,xdelah semua nk main redah jer...

addin@kalau diperhatikan mcm tu la aie tgk addin...jd ternd pulak...

nanai@err,hee..yup ptt ada rasa malu pd diri tu,dan sensittif bnda2 mcm ni...

rozeeta@yup,byk lagi bhn yg boleh dibuat lwk..=.=

eiza@err,yg memalukan...

sis lily@tu la kak,ptt rasa malu jugak dgn bnda mcm ni...

adwa@yup tu la,aie pn pnh kena ty bnda mcm tu dgn bdk2...

aki@yup,kbnykan skrg byk yg suka lwk mcm tu..dah mcm biasa jer..

zul@err,buat ditanya pelik2 naya jer,hehe...

paris@yup,ada2 mmg btul ada stgh2 yg lain jd bhn gurau plak...

rosalina@err,mcm rancngan berita dan informasi xtgk?

fara@terkedu...

kaja@yup betul tu awak...:)

nalisa@err,mcm xde idea lain...

namee@pernah namee kt tb,ada ank buah ayie ty org tu knp dier mcm tu?err nk jwb apa?terkedu jer...yup,kbnyakn memang mcm tu,sama jgk dgn filem yg persenda agama...

rin@rin mst tgk korea kn?hehe...yup mmg ada yg terikut2,dorg ni sng terbawa2 bnda xelok rin...

faaein@yup tu la,bdn berwajib pn seakan tak kisah jer..ada yg gelak sama..apakah?mcm xde rasa malu...

cikgu ma@yup...ada hiburan yg melalaikan dlm xsedar...terima kasih singgah cni..:)

smilenajah93 said... BALAS

hiburan yg melalaikan kita .

Izyan Masri said... BALAS

PASNI SAPE BUAT LAWAK LUCAH KITA KETUK JE T_T

Faz Abas said... BALAS

lawak ni hukumnya harus tapi sekiranya berlebihan hukum jatuh kepada haram contoh lawak menghina agama, lawak penyerupaan jantina dan lawak menyentuh sensitiviti jantina.

jemput singgah blog saya www.kisah-dan-kasih.blogspot.com

anamizu said... BALAS

seriyes malu gila bila tgk dgn adik2..mmg demm gila rasa dia~




slm kenal,
cik ana

aleen aiden said... BALAS

yup.kadang2 ade yg nampak macam membodohkan diri sendiri pon ade.pffft

Abu Huzaifah said... BALAS

malaysia tiru lawak luar negara... luar negara bnyak bab lucah2... =..="

aiEz said... BALAS

najah@betul2...

izyan@err,grangnya,sabar2..:)

faz@yup,ada bts dan hukum yg kne jga juga...

ana@yup,aie juga pernah alami situasi yg sma2...salam kenal juga cik ana...:)

aleen@yup,seakan dibuat2...

abu@yup abu,mmg nmpk semakin lama semakin menuju kearah tu...sedih

amna said... BALAS

setuju..
kadang tu mmg melawak melulu.. sampaikan harga diri (x kira wanita ke lelaki) diperkotak ktikkn T.T

Saiazuan said... BALAS

rmi dok lawak double meaning je.. adoi~ melawak pn ada batas gak an.. hmm

aiEz said... BALAS

amna@yup betul...dah jd mcm kebiasaan jer pulak..

saiazuan@yup,btul2...

yen(toka ziizokukuto) said... BALAS

sekarang ni biasalah,,,,pelawak pun dah banyak,,saingan tinggi,,so,,cari jalan mudah,,

Mya said... BALAS

kena berbatas. hmm

**::CIKNUURUL::** said... BALAS

bila idea xde,.cmtu la jadinye,.huhu,.dan yg sebenarnye, minda diorang dh diajar sebegitu,dh biasa dengan lawak2 yg memalukan tanpe diorang sedar,.sbb tu bila buat lawak yg spontan, ia akan kuar terus tanpa disedari,.lawak kan,..

aiEz said... BALAS

yen@tp apa2 pn sensitiviti kna jga juga,xleyh semua main redah..:)

mya@yup,betul tua awk..:)

CN@yup,selalu jd mcm tulah...xptt betul..

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates