October 27, 2011

Kisah Chenta Jiwa Yang Tak Berapa Nak Lara...

 *gambar sumber uncle google*



Assalamualaikum,




Pernah dengar lagu Getaran Jiwa,Belaian Jiwa dan Gelora Jiwa tak?pernah jer kan?takkanlah tak pernah dengar kot?cuba cari dekat utube ada jer nama "Jiwa" disebut-sebut.Kenapa dengan "Jiwa?"Ha inilah nak cerita,kisah saya yang bernama "Jiwa",hehe.Popular kan saya?selalu jer orang menyebut nama saya,tambah lagi yang hati yang berbunga jiwa ni.Memang hati jiwa-jiwa lah,hehe.Tapi kan,baru-baru ni orang selalu kaitkan saya dengan "Lara".Siapa "Lara?" saya pun tak tak tahu.Yang saya tahu cuma satu,iaitu "Rohani,"*pstt,dia isteri saya..heh*

Saya bahasakan diri sebagai "Jiwa" jer ye,bukan apa rasa agak selesa dengan panggilan tu."Jiwa" selalu jer menyendiri dan sepi.Dengan itu "Jiwa" gemar mencari keseronokan duniawi.Meskipun jiwa bergembira dan mencari keseronokan yang ada di dunia ni,"Jiwa" selalu terasa kosong.Biarpun "Jiwa" bersuka ria bersama teman "Jiwa","Jiwa" masih terasa ada kekurangan dalam diri.

"Jiwa" mencari-cari ketenangan dalam diri "Jiwa",mencari kenapa masih ada kekurangan yang "Jiwa" sendiri tak pasti.Sehinggalah pada suatu hari,tika "Jiwa" merenung dan berehat diatas kerusi di taman."Jiwa" terdengar suara azan,"Jiwa" terasa seakan tersentap didalam diri.Tanpa "Jiwa" sedari airmata "Jiwa" bergelinangan."Jiwa" terkenang pada zaman kecil "Jiwa".Tiap kali azan berkumandang,"Jiwa" dan keluarga "Jiwa" selalu ke masjid bersama.Tapi kini "Jiwa" sudah dewasa "Jiwa" semakin jauh."Jiwa" semakin hanyut dengan dunia,"Jiwa" hanya mencari keseronokon dunia semata-mata.

"Jiwa sangat sedih..."

"Jiwa" malu,"Jiwa" sudah lupa bagaimana melakukan kewajipan pada Allah Yang Esa."Jiwa" benar-benar malu dan banyak bergelumang dengan dosa.Sesudah melihat orang lain habis bersolat,pada ketika itulah "Jiwa" terdengar alunan suara orang mengaji.Siapa yang mengaji tu?hati "Jiwa" bertanya sendirian.Pada ketika itulah "Jiwa" terpandang seorang  bersih wajahnya.Suara itu terhenti seketika tatkala melihat "Jiwa" begitu asyik melihatnya.Siapakah dia?rautnya begitu berseri,wajahnya tampil bersih dan mendamaikan hati.

Itulah "Rohani",yang sentiasa mengingati Allah disisi.Sentiasa melakukan kewajipan pada Maha Pencipta.Membuatkan "Jiwa" ingin mengenalinya dengan lebih rapat lagi.Rupanya "Rohani" anak Pak "Iman"."Jiwa" memberanikan diri untuk berjumpa dengan orang tuanya."Jiwa" disoal kenapa mahu mengenali "Rohani"."Jiwa" berkata yang "Jiwa" benar ikhlas untuk mengenalinya."Jiwa" tak mahu bercinta-cinta kerana "Jiwa" tak mahu semakin hanyut dan lalai bila bercinta.Pak "Iman" seakan memahami dan dapat melihat "Jiwa" benar-benar ikhlas untuk mengenali puteri kesayangan hati iaitu "Rohani".

Maka,bersatulah kami."Jiwa dan Rohani",Setelah kedatangan "Rohani" dalam hidup "Jiwa",terasa hidup lebih sempurna."Rohani" menerima "Jiwa" seadanya.Membawa "Jiwa" keluar dari dunia lama."Jiwa dan Rohani" saling melengkapi dan "Rohani" selalu mengingatkan "Jiwa" pada yang Esa agar jangan mengulangi kesilapan lama dan akhirnya kami bahagia untuk selamanya dan dikurniakan "Hati" sebagai lambang cinta dan kebahagiaan kami.

Begitulah kisah "Jiwa dan Rohani".

*kebahagiaan hati dapat dipenuhi bila kesejahteraan jiwa dan rohani diisi dengan sesuatu yang mengingatkan kita dengan Pencipta... :)

44 comments:

Nur Ayuni said... BALAS

Diri ini bukan sehebt “Rohani” yang dapat membawa “Jiwa” ke jalan lurus, tapi berharap “Jiwa” yang bkl ditemui mempunyai nilai seteguh “Rohani” utk membimbing diri.

Dalam setiap perhubungan, yang paling penting ialah dapat menerima pasangan seadanya. “Jiwa” bertuah memperoleh “Rohani” yang dapat membimbing ke arah kebahagiaan dunia dan akhirat.indahnya hubungan jika masing-masing memberi dan menerima :)

kim heeruul said... BALAS

tanpa rohani hidup tidak lengkap...=)
nice entry..

rozeeta rashid said... BALAS

wahhh suka entri ni! tersirat! jiwa akan kosong tanpa rohani. bila jiwa dan rohani bersatu, lahir la hati yang suci.

Umie Artoqiemie said... BALAS

yess jiwa dah ketemu cahaya... indahnyaaa penggunaan bahasa yg aiez gunakan.. boleh jadi novelist ni.. hehehehe.

RinsyaRyc said... BALAS

ada bini nama rohani kam? nak isik borang lagi?? seb baek baca entri nih.. kalau tak jadi no. 2.. huhuhu...


*moga2 dapat jiwa dan rohani.. ^^

BlueiceButterfly said... BALAS

~disebalik kisah ada pengajaran yang tersirat..:)

LiLy @ MumMyQiStInA said... BALAS

Alhamdulillah.."jiwa" dipertemukan dengan "Rohani"yang dapat membimbingnya kearah kebaikan & kebahagiaan dunia akhirat..

Walau semewah mana pun kita..jika kita lupa padaNya..ia takkan menjanjikan kita kebahagiaan.. melainkan kita sentiasa beringat padaNya..

adwafarahin said... BALAS

wuaaa mcm bace novel plak rsenye

*adwa baca kadang2 tersebut jawa plak -___-!

Faaein Talip Roy said... BALAS

wah... Alhamdulillah... Semoga "jiwa" dan "rohani".. sentiasa saling bersama melengkapi selamanya... nicelah aie.. seronok baca..

Anum said... BALAS

mesti sentiasa mengingati pencipta

aiEz said... BALAS

ayu@mmg tersangat indah jika masing2 saling memberi dan menerima seadanya...moga ketemui apa yg dicari,insyaAllah..:)

kim@jiwa dan rohani saling melengkapi..:)

rozeeta@yup,betul tu... :)

umie@cahaya yg dicari2,hee..err,jauh sgt tu umie...=='

rin@aip2,tak baik tau ri..kosong jer lagi ni..:)
*insyaAllah rin..:)

blueicebutterfly@hee,:)

sislily@betul tu kak,jika jauh drNya kita takkan berasa tenang dihati... :)

adwa@err,cerita pendek jer ni adwa.. :)

*hehe,aie pun tersilap2 juga masa type entri ni,hehe..;)

faaein@alhamdulillah,jiwa dan rohani saling memerlukan dan melengkapi...terima kasih awk.. :)

anum@yup,kena selalu mengingati agar tak terlalu jauh dan lalai..:)

Rtp Farra Arisha said... BALAS

pabila rohani dan jiwa yg baik menyatu, maka semuanya membimbing ke arah kebaikan :)

Fara E's said... BALAS

jiwa dan rohani same penting

btw , bestlah aiez ! ;D

YOUsoF said... BALAS

Entry yang baik! ;)


Kalau dah betul ikhlas dan bersedia nak ke level seterusnya, buatlah. InsyaAllah kita peroleh ketenangan jiwa tu kan bro.


Adalah tak patut kita tak ingat Tuhan setiap masa, sedangkan kita mendapat nikmat-Nya setiap saat..

amna said... BALAS

great! best3..
alhamdulillah Jiwa dan Rohani bersatu dalam keredhaan Iman :)

Paris Lipton said... BALAS

jiwa dan rohani ke jln yg diredhai...
wahhh nice ayat lahh...

EmpayarUtama said... BALAS

Aku suka entri ni, banyak yang boleh dipelajari :)

meisnani said... BALAS

aie, suddenly my tears fall from my eyes after finished reading this entry... i don't know why... but what i feel is i'm far from Him..days by days...but He still give me a chance which is a breath.. i'm realize of it but the condition is still same.. i need to find Him back.. i knew each breath, each seconds He is watching over me...Dear Highness Allah, i'm a poor slave...

bobiedanbad said... BALAS

jiwa dan rohani saling melengkapi

Namee Roslan said... BALAS

ayie sgt pandai menulis bnd ayg bersirat dan penuh emosi. syabas.:) jiwa dan rohani...jiwa yang mengawal rohani. so kita kena bersihkan jiwa kita kan. :) jiwa bersih,apa yg diperlakukan oleh rohani juga bersih.. :) dekatkan diri dengan Allah. insyaAllah..

Aki said... BALAS

pergh.. mantap Bro.. terharu Aki bace.. Lu punya ayat memang terbaekkk.. ^_^.v..

aiEz said... BALAS

farra@yup,benar tu...:)

fara@betul,sama2 penting dan perlu ada...err,mekaseh fara...:)

yousof@yup bro,benda yg baik kan..:)
setuju,kita menghirup udara yg telah dipinjamkan,jd jgn ada rasa lupa pdNya..:)

amna@terima kasih..:)
yup,itu yg cuba disampaikan..:)

paris@menuju jalan cahaya Illahi..:)

nani@peluang masih ada,dan Allah sentiasa menerima taubat hambaNya...selagi ada msa,dekatkan dri dgnNya,kerana Allah takkan pernah jauh dr kita...:)

empayarutama@terima kasih,moga ada manfaat drnya..:)

bobie@betul2..:)

namee@err masih blajar namee... :)
sama2 saling melengkapi dan memerlukan sama lain...insyaAllah namee..;)

aiEz said... BALAS

aki@err masih2 blajar..:)
byk yg kurang...:)

hafiz hafizol said... BALAS

saya sangat malas nak bace .. kih3.. tp tengok tjuk pun macam dah sedap.. lalala..

:D

sentap tak sentap x? kah3

RinsyaRyc said... BALAS

hai pakwe~

Izyan Masri said... BALAS

LENGKAP JIWA,LENGKAP ROHANI,HIDUP PON DIBERKATI,PASTU HAPPY.EYH?MCM PNTUN DAH XD

Ain Annynenna said... BALAS

emm leh tahan idea tu..suka la..hahhah

Ain Annynenna said... BALAS

emm leh tahan gak idea tu..suka2,,hahaha

Mya said... BALAS

meaningful sgt entri ni:)

merahitujambu said... BALAS

nice sgt..tetiba nk jadi jiwa..=p

aiEz said... BALAS

hafiz@err,heh biasa jer..:),thx singgah..:)

rin@err,gosip2..;p

izyan@err,aah jd pantun sudah..hehe..:)

ain@err,thnks...:)

mya@suka bg yg tersirat2..:)

merahitujambu@jiwa yg mengenal penciptaNya...:)

RinsyaRyc said... BALAS

mana ada gosip, betullah~ #lariikkkk

Zul Fattah said... BALAS

jiwa rohani pasangan yg paling secocok..

anamizu said... BALAS

tak ramai spt "ROHANI" kini..
semoga daku menjadi setabah itu :)





LUV,
CIK ANA

aiEz said... BALAS

rin@err,merajuklah muka selamber nt..hoho..;)

zul@yup bro..saling melngkapi..:)

ana@insyaAllah cik ana...:)

el-nur vivi said... BALAS

ayat penuh dgn makna..jiwa, rohani, semuanya saling melengkapi..suka entry ni

RinsyaRyc said... BALAS

<---simgel..

pi tanya abang dulu kalau nak pi ngorat enn~ ti abangmukaslamber marah kalau awak men redah.. kih3

aiEz said... BALAS

rin@fuhh,idak ler sanggup...;p

**::CIKNUURUL::** said... BALAS

sweet sangat cite ni,.ermm,.moga2 apa yg kite cari slame ni,insyallah jumpa,.ape2 pon, tetapkan jiwa kita ke jalanNya,.agar rohani sentiasa hidup!,.

aiEz said... BALAS

CN@;),insyaAllah awak,moga ketemu apa yg dicari...

kajaharuna said... BALAS

jiwa rohani..
wah!! nice la aiez :))

aiEz said... BALAS

kaja@err thanks awak..:)

Addin said... BALAS

addin suka :) nice one .

aiEz said... BALAS

addin@terima kasih...^^

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates