October 11, 2011

Klip 3Gp,Kamu Ada?...





Assalamualaikum,



"beb,ko wat pe?
ni laptop ni bila sampai?..."

"tadi masa ko rehat...
aku tengah backup fail customer ni dulu...
banyak fail dier weyh,dah la cakap masa hantar tadi kata jangan hilang satu pun...
ko tolong double check eh..."

"okeyh je...
ko check dulu k..."

...................................................................................................................................................................


"beb,ko tengok ni fail apa..
astaga,banyak beb simpan video ni...
giler la..."

"la,habis tu ko delete jer la...
jangan backup benda macam ni,
ni ko tolong backup kira ko tolong dier gak simpan benda ni...."

"tak apa ke?..."
"ko tak berani meh aku delete...
kalau hilang pun takkan dier berani tanya fail apa yang hilang..."

"mana ko tau?..."

"aku tau la sebab sebelum ni aku pernah buat jugak kat customer lain...
aku taknak terlibat dengan benda macam ni..
kira ko bersubahat tu tolong backup fail dier...
cuma aku tak faham la,kenapa yang selalu simpan benda ni orang kita jugak...
kita ada agama,tak ingat ke semua tu?..."

"la,ko jangan la tanya aku..
aku mana tau,emo la ko..."

"tak dela emo,
cuma aku sedih jer banyak benda macam ni dorang simpan buat apa..
dah ada anak bini pulak tu,
budak sekolah pun sama jugak simpan benda kotor macam ni..."

"err,yang tu aku pun tak ada jawapan..."

heh,tak ada jawapan kan?
lepas ni mana customer yang ada simpan benda macam ni ko delete jer terus...

"err,part tu ko buat ye...
aku takut nak delete data customer..."

"ko takut customer ke yang kat atas tu?..."

"err,yela..."

"heh..."


Realiti diri sebagai seorang yang bekerja di sebuah kedai komputer.Benda macam ni dah selalu sangat jadi,klip video macam tu dah jadi macam kebiasaan dikalangan remaja mahupun yang dah berkeluarga.Cuma terkilan kenapa benda macam ni suka sangat disimpan?tak ingat tuhan ke?jangan hanya nak fikir seronok semata.Ingat kita ada agama,tanpa agama goyahlah iman kita.Tu yang terjadi masalah gejala sosial,macam kes entri sebelum ni.Sebab menularnya video macam ni dikalangan kita.

Fikir kesan jangka panjang tentang keruntuhan akhlak,masalah lain yang akan timbul.Kerana nafsu rosak generasi akan datang dan juga agama.Mana ibu bapa yang ada anak remaja tu,tolonglah pantau telefon bimbit ataupun notebook anak-anak ni.Peka dengan perubahan anak-anak sebelum perkara lebih parah terjadi.Sekadar pesanan dari diri yang tak seberapa...


*aku juga melalui usia remaja,masa untuk enjoy telah lama berlalu...
masa berlalu terlalu cepat,hidup kita juga semakin singkat...

27 comments:

adwafarahin said... BALAS

byk cara lain bole enjoy..bkn smpan bnd2 cmnie..

yg da de anak bini tu,x malu ke? buatnye anak2 bkk kan da jd mslh nnt.

adwa suka pendirian aie..teruskan ok! :)

Azreen Amran said... BALAS

deleting the unnecessary files. :)

atau anda dikira bersubahat. :)

LiLy @ MumMyQiStInA said... BALAS

Tak patutlah simpan video2 mcm tu..
sekalipun dh kawin mmg x patut simpan benda2 mcm tu..kang..nnt tak tersengaja..anak2 ternonton video tu kan naya..blh merosakkan akhlak..

Syazwan Che Deraman said... BALAS

terasa plak aku.
hehehhe

Fatin Mraz said... BALAS

komputer boleh diformat, bagaimana dgn 'their dirty minds'?

...inilah sebab musabab sampai yang liwat anak umo 23 hari la..kes rogol sana sini..

panass dunia.

rozeeta rashid said... BALAS

bagus2. suka cara aiez. =)

ishh macam2 masalah manusia sekarang ni. cuba letak asmaul husna ke dalam laptop tu. lagi bagus.

Fara E's said... BALAS

remaja paling byk simpan benda nieyh , bukan setakat dalam lappy , phone pun ada

benda nieyh makin berleluasa , tak tahu nak cakap apa :(

CikGu Ma said... BALAS

orang paling kulut tak reti pakai bnda alah cmni adalah saya ^^,

Anum said... BALAS

macam2 kan

Nora Yusop said... BALAS

kesan drpd selalu melihat benda2 kotor mcm ni melemahkan daya ingatan...

baik delete je...huhu

Namee Roslan said... BALAS

kenapa panggil 3gp eh ? video perempuan2 yg promote motor tu ke ? hmm, apa pun benda yg x elok ayie buangkan aja. takyah fikir pasal depa marah ke x. Allah marah ayie nnti..ayie takut tak?? haaa

Fad said... BALAS

terbaik la....sesuai jadi calon suami, menantu, adik ipar duai..hehehe

amna said... BALAS

alhamdulillah.. delete.delete.delete.
dulu time beli nset, minta dia masuk lagu . x sangka sekali dia transfer video clip 'mengerikan' T.T''

Rtp Farra Arisha said... BALAS

the bad things we shouldn't keep it as our peneman..tak baik untuk ditonton dan disimpan..ianya hanya bisa menjahanamkan akhlak yg baik bertukar kepada yg lebih buruk. :/

ABU said... BALAS

jgn delete..save bgi kat aku..
peng!!! pelempang satu! hahaha..

bagus la jgn bersubahat :D

Afikah Aziz said... BALAS

suke ng kwn tu,delete terus je kn bek hehe..bagus2

Addin said... BALAS

nak enjoy dengan cara yang salah . hmm

Saiazuan said... BALAS

fuhh mintak dijauhi la.. aku dlu2 memang suka rakam2 ni.. skrng, sori la.. malas dah..

Faaein Talip Roy said... BALAS

betul lah.. selalunya orang2 kita juga suka tengok melayan video2 cam ni.. hish.. taubatlah..

baguslah buat tindakan macam tu..

teha said... BALAS

nk enjoy pon agk2 laa kan.. hehe

ILA HonEyBuNNy said... BALAS

bagus2...kita bakoor n delete ja..ehheheheh

Mya said... BALAS

erk. sekali tengok menda2 tah pape tu, 40 hari Allah tutup pintu hati kita. nauzubillah mintak dijauhkan. em.

Nur Ayuni said... BALAS

cantik gambar. ehem! ;P

*jangan fikir orang sekeliling tak tahu apa yang kita fikirkan. jangan fikir orang sekeliling tak tahu arus permodenan.

YOUsoF said... BALAS

Syukur aku masih 'waras' nak buat benda mainan setan macam ni...




Jangan was² bro. Elak bersubahat tu lebih berani berbanding elak dimarah customer.. ;)

adan said... BALAS

kita ada persamaan la bro.. kerja kat kedai komputer.. hehehe

perenggan terakhir tu.. aku juga mengalaminya.. masa enjoy telah lama berlalu.. aku agak time aku enjoy umur sekolah menengah je.. hehehe..

aiEz said... BALAS

adan@yup,masa ak enjoy masa sek men jer,dah keje ni nk enjoy xde lagi dah..jauh kena fikir..=..=!

meisnani said... BALAS

nani sokong2!!

men shouldn't keep that "video" for their life... just get married law da ta tahan sgt... apewla...

p/s: smnjak g kursus kahwen ney nani emosi sket... ahahaha

Yang Ada Di Apesal...

Free Blog Theme and Templates